You are on page 1of 5

LAPORAN PERLAWANAN BOLA JARING DAN BOLA SEPAK BAGI

MURID TAHUN 6
Nama Program

: Perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak

Peserta

: Murid Tahun 6 (Pasukan Mengikut Kelas)

Tempoh

: 3 Minggu

Tarikh

: 27 September 2015 15 Oktober 2015

Tempat

: Padang S.K Kampong Melayu, Kluang Johor

Objektif

: Antara objektif perlawanan ini dijalankan ialah:

a. Mengisi masa lapang yang berfaedah dan mengelakkan


gejala ponteng sekolah bagi murid Tahun 6.
b. Menggalakkan interaksi sosial lebih positif di samping dapat
melahirkan murid-murid yang sentiasa aktif dan cergas.
c. Memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan dalam
pasukan.
d. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan
menonjolkan kemahiran yang terpendam dalam permainan
bola jaring dan bola sepak.
Setiap tahun Unit Sukan & Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampong
Melayu, Kluang Johor telah merangka dan menjalankan beberapa aktiviti untuk
murid-murid Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai
wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid setelah mereka
menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti
murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang
dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibatkan aktiviti dalaman dan aktiviti
luaran.
Antara aktiviti luaran yang diadakan ialah perlawanan bola sepak bagi murid
lelaki dan perlawanan bola jaring bagi murid perempuan. Perlawanan diadakan
megikut kelas masing-masing. Sistem pertandingan yang digunakan ialah sistem
liga di mana setiap pasukan perlu bertanding antara satu sama lain dan kumpulan
yang mengumpul mata tertinggi adalah pemenang.

Kami, guru-guru pelatih perempuan telah ditugaskan untuk mengendalikan


aktiviti memanaskan badan sebelum perlawanan, aktiviti menyejukkan badan
selepas perlawanan, pencatat masa dan pengadil perlawanan manakala guru pelatih
lelaki membantu dalam perlawanan bola sepak. Keputusan pertandingan bagi bola
jaring dan bola sepak adalah seperti berikut:
Keputusan Pertandingan Bola Sepak
Tempat Pertama : 6 Melati (A)
Tempat Kedua : 6 Kenanga (B)
Tempat Ketiga : 6 Dahlia (A)
Tempat Keempat : 6 Anggerik (A)

Keputusan Pertandingan Bola Jaring


Tempat Pertama : 6 Bakawali
Tempat Kedua : 6 Anggerik
Tempat Ketiga : 6 Dahlia
Tempat Keempat : 6 Kenanga

Melalui perlawanan seperti ini diharapkan dapat melahirkan insan yang


harmonis dan seimbang dalam mencapai hasrat negara agar mereka bersedia dari
segi jasmani, rohani dan mental sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.
Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap seawalnya agar sikap
berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk menjadi insan yang
mempunyai matlamat dan berwawasan.
DOKUMENTASI BERGAMBAR:
MEMBANTU MENYEDIAKAN GOL BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN DAN MENYEJUKKAN BADAN

PERLAWANAN BOLA SEPAK SEDANG DIJALANKAN

You might also like