You are on page 1of 4

Saya telah menggunakan temu bual sebagai instrumen untuk mendapatkan

pandangan dan pendapat murid mengenai penggunaan Pecahan Rama-rama dalam


meningkatkan kemahiran menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya
sehingga 10. Temu bual ini dipersembahkan dalam bentuk transkrip untuk
menyokong data-data yang diperolehi.
Jadual 11: Dapatan Temu Bual bagi Item 1
Item 1

Bagaimana kamu menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya


sehingga 10?

M1
M2
M3
M4
M5

Susah.. (sambil mengerutkan kening)


Bentuk lazim susah nak faham (sambil memuncungkan bibir)
Susah jika menggunakan kaedah bentuk lazim
Susah sebab tak faham (senyap selama 30 saat sebelum menjawab)
Sangat susah (sambil tunduk)

Berdasarkan transkrip dalam Jadual 11, saya mendapati bahawa murid M1,
M4 dan M5 susah untuk memahami tajuk penambahan pecahan. Ini menunjukkan
murid telah menanam persepsi bahawa penambahan pecahan adalah satu tajuk yang
sukar dan murid tidak berminat untuk mempelajari pecahan. Murid M2 dan M3
mengatakan susah dan tidak faham kerana menggunakan kaedah bentuk lazim
dalam

menyelesaikan

soalan

tambah pecahan.

Ini

menunjukkan,

murid

merasakan kemahiran penambahan dua pecahan wajar yang penyebutnya sehingga


10 ini adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dapat dikuasai apabila
menggunakan kaedah lain selain daripada bentuk lazim.

Jadual 12: Dapatan Temu Bual bagi Item 2


Item 2

Apa pendapat kamu tentang Pecahan Rama-rama?

M1

Pecahan Rama-rama lebih senang membantu menjawab soalan


berbanding bentuk lazim.
Berkesan sebab Pecahan Rama-rama berwarna-warni, cantik dan senang
untuk digunakan.
Boleh mengira dengan tepat, boleh lukis-lukis. Bentuk lazim
susah untuk faham.
Seronokbentuk lazim tak menarik, susah nak kira
Berkesan kerana Pecahan Rama-rama mudah dan seronok.

M2
M3
M4
M5

Jadual 12, menunjukkan jawapan yang diberikan oleh murid ketika ditemu
bual. Kesemua murid berpendapat bahawa Pecahan Rama-rama lebih berkesan
dan mudah untuk digunakan berbanding kaedah bentuk lazim. Hal ini menunjukkan,
penggunaan Pecahan Rama-rama dapat mengurangkan kekeliruan yang dialami
oleh murid. Murid lebih menyukai Pecahan Rama-rama kerana tidak susah untuk
digunakan berbanding bentuk lazim yang selalu digunakan dalam menambah
pecahan wajar yang penyebutnya sehingga 10 yang boleh mengelirukan murid
dalam pengiraan.

Jadual 13: Dapatan Temu Bual bagi Item 3


Item 3

Apakah kaedah yang akan kamu gunakan bagi menyelesaikan


soalan menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya sehingga
10?

M1
M2
M3
M4
M5

Nak guna Pecahan Rama-rama...senang nak kira...


Mestilah Pecahan Rama-rama sebab lebih mudah..
Pecahan Rama-rama, enang dan mudah dibuat...
Dulu saya guna kaedah lazim, sekarang saya pilih Pecahan Rama-rama
Nak, ada jawapan yang salah kalau guna bentuk lazim

Berdasarkan Jadual 13, semua murid memilih untuk menggunakan Pecahan


Rama-rama dalam menyelesaikan soalan menambah pecahan wajar yang
penyebutnya sehingga 10. Murid M1, M2, M3 dan M4 menyatakan bahawa Pecahan
Rama-rama lebih senang untuk dikira, senang difahami dan cepat dalam
menyelesaikan pengiraan. Murid M5 pula mengatakan bahawa penggunaan bentuk
lazim dalam menyelesaikan soalan boleh menyebabkan terdapat jawapan yang
salah dikira oleh murid. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid, jelas
menunjukkan penggunaan Pecahan Rama-rama ini dapat membantu murid
menjawab soalan dengan baik dan lancar. Kaedah ini terbukti lebih mudah difahami
murid berbanding kaedah-kaedah yang lain.

Jadual 14: Dapatan Temu Bual bagi Item 4


Item 4

Kenapa kamu memilih Pecahan Rama-rama untuk menambah dua


pecahan wajar?

M1
M2

Dulu tak faham, sekarang dah faham macam mana nak tambah
pecahan
Mudah sangat, lukis rama-rama dapat jawab soalan pecahan.

M3
M4
M5

Lukis-lukis dapat tau jawapan.


Yakin, sebab rama-rama dapat memberikan jawapan.
Yakin sebab rama-rama lebih mudah

Transkrip temu bual dalam Jadual 14, menunjukkan bahawa kesemua murid
yakin dapat menjawab soalan dengan betul apabila menggunakan Pecahan ramarama. Ini bermaksud, penggunaan Pecahan Rama-rama ini dapat membantuk
meningkatkan kemahiran

murid

dan

melonjakkan

prestasi

menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya sehingga 10.


seperti

bentuk

lazim

murid
Kaedah

dalam
lain

telah mengurangkan keyakinan murid untuk menjawab

soalan dengan betul kerana kesalahan boleh berlaku dalam proses pengiraan
bentuk lazim yang rumit.

Berdasarkan analisis keempat-empat item tadi, jelas menunjukkan bahawa


semua murid ternyata lebih selesa dan suka untuk menggunakan Pecahan Ramarama dalam menyelesaikan soalan menambah dua pecahan wajar yang
penyebutnya sehingga 10. Maka, data-data yang diperoleh ini dapat membuktikan
bahawa penggunaan Pecahan Rama-rama dapat meningkatkan kemahiran
menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya sehingga 10.

You might also like