You are on page 1of 6

MISKONSEPSI MATEMATIK DALAM TAJUK PANJANG DAN CADANGAN

INTERVENSI BAGI MENGATASI MASALAH INI.


Isu matematik yang sering kali berlaku yang dihadapi oleh guru-guru masa kini
adalah miskonsepsi dalam konsep matematik. Miskonsepsi
juga Bmerupakan kesilapan
Gambarini
Rajah
yang dilakukan secara berulang-ulang. Terdapat pelbagai isu matematik dalam semua tajuk
matematik tidak kiralah bagi peringkat sekolah rendah ataupun peringkat sekolah
menengah.Isi yang selalunya terlibat adalah berpunca daripada tahap penguasaan
pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru.

Di

Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah ataupun
menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik ( Tengku Zawawi
et al, 2009). Murid-murid ada yang tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka
menjawab soalan mengikut kefahaman
dilakukan

berulang-ulang

sehingga

mereka yang sedia ada.


ada

orang

yang

Kesilapan ini akan

memperbetulkan

konsep

mereka.Kebanyakkannya miskonsepsi ini berlaku dalam tajuk-tajuk Sukatan Dan Geometri.


Antaranya topik yang selalunya menjadi masalah bagi murid-murid untuk memahami dan
menguasainya ialah tajuk Panjang.
Antara isu miskonsepsi yang melibatkan tajuk Panjang ini ialah isu yang melibatkan
penukaran antara unit. Sebagai contohnya, unit meter (m) tukar kepada unit sentimeter
(cm), unit kilometer (km) tukar kepada unit meter (m) atau pun sebaliknya mengikut soalan
yang telah diberikan. Kebanyakkanya murid akan keliru dalam penukaran unit ini kerana ia
melibatkan dua operasi bahagi dan darab serta tidak ingat 1 m ada berapa cm dan
sebaliknya. Apabila murid di minta untuk menukarkan unit m kepada cm, mereka keliru
sama ada ingin menggunakan operasi bahagi ataupun darab. Kesilapan inilah yang sering
berlaku terhadap murid-murid.Jika perkara asas ini mereka tidak ingat maka sukarlah bagi
mereka untuk faham dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Murid-murid akan lebih keliru
apabila belajar kesemua hubungan di antara unit-unit ini sehingga mereka keliru dan tidak
mengetahui berapakah

yang perlu mereka bahagi atau darabkan sama ada 10, 100

ataupun dengan 1000. Berikut merupakan kekeliruan yang berlaku bagi penukaran unit
sentimeter (cm) dan milimeter (mm).Masalah ini telah saya dapati daripada murid saya
sendiri ketika saya mengajar tajuk Panjang.

Seperti gambar rajah diatas, kita dapat perhatikan murid ini mengalami kekeliruan
semasa pertukaran unit. Murid ini tahu 1 cm adalah 10 mm tetapi murid tersebut keliru
sama ada ingin menggunakan operasi darab ataupun bahagi. Murid ini telah menggunakan
operasi darab di mana 2.7 mm didarabkan dengan 10 dan nilai yang murid itu dapat ialah 27
cm. Dengan ini, nilai yang murid tersebut itu dapat adalah salah walaupun betul murid itu
menggunakan 1cm bersamaan 10 mm. Gambar ini merupakan cara penyelesaian yang
betul untuk soalan tersebut.

Di mana untuk menukarkan unit milimeter (mm) kepada

sentimeter (cm), murid tersebut perlu menggunakan operasi bahagi untuk selesaikan soalan
tersebut.Operasi yang digunakan perlulah guru menekankan kepada murid bagi
mengelakkan kekeliruan berlaku lagi.
Seterusnya, terdapat contoh yang dibuat oleh murid di sekolah dalam gambar Rajah G :

Gambar Rajah G

Gambar Rajah H

Murid ini cuba menukarkan 5.3m kepada unit cm, tetapi disebabkan murid tersebut
keliru dalam penukaran unit ini, maka murid tersebut telah membahagi nilai 5.3 m dengan
1000 dan mendapat nilai 0.0053 cm. Berbeza dengan murid sebelum ini yang keliru untuk
menukarkan unit.Sepatutnya cara menyelesaikan soalan tersebut seperti dalam gambar
Rajah H seperti mana yang telah dibuat oleh rakannya. Jika di lihat dari gambar Rajah H,
murid tersebut mendarabkan nilai 5.3 m dengan 100 bagi mendapatkan nilai sentimeter (cm)
kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa 1 m adalah bersamaan dengan 100 cm.
Oleh itu, apabila nilai 5.3 m didarabkan dengan 100 maka nilainya akan menjadi 530 cm.
Dengan ini, pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan kekeliruan ini daripada
terus berlaku.Cara mengatasinya murid tersebut mestilah sentiasa menulis unit sebelum
menjawab soalan. Jika soalan melibatkan meter (m) dan sentimeter (cm), maka tulis unit 1
m = 100 cm. Dengan ini murid tidak akan keliru dan cuai ketika menjawab soalan.

Sebagai contohnya :
5.3 m = ________ cm
1 m = 100 cm

()

cm

(x)

5.3 x 100
= 530 cm

Isu yang seterusnya ialah isu yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam soalan
penyelesaian masalah ia lebih kepada murid perlu membaca, memahami dan jawab soalan.
Guru matematik di sekolah rendah perlu menyedari bahawa kebolehan membaca dalam
matematik ialah satu isu yang besar. Hal ini kerana, jika murid tersebut mengalami masalah
kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu symbol atau tatatanda matematik akan
menyebabkan berlakunya salah konsep. Kesukaran ini akan menyebabkan murid tersebut
tidak dapat membaca dan juga memahami apa kehendak soalan tersebut. Sehubungan
dengn itu, murid juga akan gagal untuk menterjemahkannya ke dalam ayat matematik.
Sebagai contohnya :
Beberapa pokok rambutan dan pokok mangga ditanam disuatu lorong sepanjang 640 m

4
supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. 8 m daripada panjang lorong itu ditanam
dengan pokok rambutan. Hitung panjang dalam km, lorong itu yang ditanam dengan pokok
manga.

Jika kita lihat dari cara penyelesaian murid tersebut (Gambar Rajah H) memang
betul tetapi disebabkan murid ini tidak memahami lebih baik tentang kehendak soalan,
3

makan murid tersebut telah membuat kesilapan yang mana sebenarnya soalan tersebut
ingin mencari maklumat tentang jarak pokok manga ditanam dan bukannya pokok rambutan
kurang kefahaman tentang cara mencari maklumat dalam soalan penyelesaian masalah
boleh menyebabkan murid tidak dapat mencari jawapan yang betul daam suatu
permasalahan. Intervensi yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah polya
seperti rajah disebelahnya. Apabila di lihat cara murid tersebut menyelesaikan masalah,
murid tersebut menggunakan kaedah polya, iaitu memahami masalah, merancang strategi ,
melaksanakan penyelesaian dan menyemak, murid tersebut dapat menjawab dengan baik
bagi soalan ini. Di mana murid tersebut telah membulatkan masalah yang terdapat dalam
soalan tersebut. Selain itu, guru juga perlulah mencari cara yang lain untuk mencari kaedahkaedah yang lain untuk memudahkan murid faham dan seterusnya dapat menjawab serta
menyelesaiakn soalan penyelesaian masalah ini.
Isu seterusnya masalah murid dalam menguasai kemahiran asas menganggar,
mengukur dan mencata unit dalam meter atau sentimeter.Murid tidak dapat membezakan
yang mana satu unit yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Gambar rajah J adalah
contoh murid menjawab soalan tersebut.Gambar tersebut telah saya rujuk daripada kajian
kes yang telah dilakukan oleh Shaharil Bin Saidin dari kumpulan UPSI 0 (A112PJJ) dengan
tajuk Asas Ukuran.

Gambar Rajah J
Kalau kita lihat disini jelas sekali murid tersebut gagal menguasai menguasai kemahiran
asas menganggar, mengukur dan mencata unit dalam meter atau sentimeter.

Unit

kilometer ialah untuk panjang untuk jarak yang jauh seperti jarak antara Tawau ke Kota
Kinabalu ialah 268 km. selain itu, bagi unit meter adalah untuk jarak yang panjangnya
sederhana dan boleh diukur dengan alat pengukur. Bagi unit cm pula ialah untuk panjang
yang pencek dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris.Kemahiran mengukur
hendaklah diajar secara praktikal. Ini akan dapat memudahkan pelajar memahami konsep
ukuran panjang yang dipelajari. Di samping itu, ianya juga penting kerana pelajar tidak
dapat lari daripada proses membuat ukuran dalam kehidupan seharian. Pendedahan awal
perlu kepada pelajar agar mereka mahir membuat ukuran dengan menggunakan alatan-

alatan untuk mengukur dan bijak menentukan unit piawai ukuran panjang yang sesuai
digunakan.
Bagi langkah penyelesaian pula, guru boleh membawa pelbagai alat mengukur yang
menggunakan unit meter dan sentimeter seperti pembaris dan pita pengukur.

Guru

membuat aktiviti mengukur dan mencatat ukuran panjang dan lebar objek besar seperti cari
panjang dan lebar bagi bilik darjah dan gelanggang badminton.

Kemudian guru boleh

membuat aktiviti menganggar dan mengukur objek dalam unit cm bagi objek objek seperti
panjang jengkal, jari hanti dan lengan untuk anggaran dan ukuran sebenar. Kesimpulan
pengajaran guru ialah mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah
dalam proses menganggar, mengukur dan mencatat ukuran dengan alat pengukur yang
piawai.

Strategi pengajaran di atas dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran

berfikir seperti kemahiran memfokus, kemahiran mengumpul maklumat, kemahiran


menyusun dan emahiran menganalisa dan menyepadu dan kemahiran menilai.
Selain itu, murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum
mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
matematik dalam pelbagai situasi. Oleh itu, pemahaman konsep dan kemahiran matematik
adalah amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan pelajar
dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini
adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sector
pendidikan terutama sekali guru-guru. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai
alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau
tumpuan murid-murid di dalam kelas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Noor Azlan A.A, dan Nurdalina D, penggunaan bahan bantu mengajar juga turut
memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada murid.Dalam tajuk ukuran panjang
ini sangatlah tidak digemari oleh murid-murid kerana berkait dengan unit-unit dan mereka
mudah untuk keliru apabla jawab soalan tajuk panjang. Lebih-lebih lagi apabila soalan yang
berbentuk penyelesaian masalah, murid-murid malas ingin membaca sambil memahami
kehendak soalan. Oleh itu, seorang guru haruslah membina sebuah bahan bantu belajar
untuk murid-murid agar mereka berasa seronok untuk belajar dan fokus apabila guru
sedang mengajar.
Kesimpulannya, kesemua isu matematik yang terlibat perlu diatasi sebelum ianya
menjadi lebih serius dalam kalangan murid masa kini.Pengetahuan murid terbatas dalam
mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki.Menurut Liew dan Wan Muhamad
Saridan (1991), pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu
dalam kalangan murid. Ini mengakibatkan sesetengah murid khususnya murid yang lemah
5

akanmenghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu


konsep. Masalah yang murid itu hadapi berkait rapat dengan kelemahan mereka terhadap
pengajaran asas nombor di mana tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi tetapi ia
perlu diselidik secara mendalam bagaimana masalah ataupun kelemahan itu berlaku
terhadap murid tersebut.

You might also like