You are on page 1of 2

3.

PERANAN TAMADUN TAMADUN MALAYSIA

MELAYU

DALAM

PEMBINAAN

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya. Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya. Tamadun Malaysia adalah berasaskan tamadun Melayu walaupun tamadun- tamadun lain turut mempengaruhi pembinaan tamadun Malaysia. Tamadun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

3.1

Tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia

Malaysia kini adalah sebuah Negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri. Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaankerajaan Melayu lebih awal. Kerajaan- kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan sebagainya. Sistem pemerintahan kerajaan Melayu terdahulu yang mempunyai sistem beraja seterusnya diamalkan dalam konteks pemerintahan di Malaysia yang mana Yang di- Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, disamping Raja- raja Melayu sebagai ketua negeri. Sistem Pemerintahan Beraja adalah antara sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Negara merdeka yang berdiri di atas tunggak Rukun Negara. Sistem perundangannya adalah berasaskan adat Melayu dan hukum syariah. Contohnya Hukum Kanun Melaka dan Undang- undang Laut

Melaka. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan dalam perlembagaan Malaysia. Islam dan Melayu telah menjadi satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah termaktub Islam menjadi identiti orang Melayu, Islam agama rasmi Malaysia dan wujud kebebasan beragama bagi penganut agama lain. Bahasa Melayu menjadi bahasa tulisan kitab- kitab agama dn menjadi bahas pengantar komunikasi iaitu lingua franca. Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia termaktub bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebnagsaan Malaysia. Orang Melayu telah diberi kedudukan Istimewa dalam penerajuan dan pemilikan Negara Malaysia (Kosep Ketuanan Orang Melayu). Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malyasia Perkara 153, orang Melayu mendapat

keistimewaan serta pengakuan dan peniktirafan terhadap undang-undang adat orang Melayu. Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang

mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain. Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha dan alIkhwan.

You might also like