You are on page 1of 3

Refleksi pengajaran mikro

Syukur kerana saya telah berjaya menjalankan tugasan pengajaran mikro untuk
mata pelajaran matematik. Topik yang saya pilih untuk pengajaran mikro ini bertajuk fungsi
trigonometri di bawah mata pelajaran matematik tambahan tingkatan lima. Saya telah
membuat rancangan pengajaran harian untuk sesi selama 40 minit yang melibatkan
subtopik melukis dan melakar graf untuk fungsi trigonometri dan seubtopik menyelesaikan
pelbagai persamaan yang berkaitan dengan ciri-ciri graf fungsi trigonometri yang telah
dilukis atau dilakarkan.
Pada akhir pengajaran ini saya berharap agar pelajar berupaya untuk melukis dan
melakar graf berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh guru, dapat mengaplikasi
modulus fungsi trigonometri ke dalam graf dengan betul serta dapat menyelesaikan pelbagai
persamaan yang berkaitan dengan ciri-ciri graf yang telah dilukis atau dilakarkan.
Langkah pertama saya mulakan ialah melalui set induksi bagi pengajaran mikro.
Kelas ini mempunyai 20 orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan
sebagai kelas sederhana. Saya memberitahu murid-murid berkenaan pengetahuan sedia
ada untuk dikaitkan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini. Dengan mengingat
balik apa yang diajar pada PdP yang lepas, ini memudahkan saya sebagai guru dan pelajar
itu sendiri dalam menjadikan sesi PdP kali ini lancar tanpa sebarang masalah.
Kelebihan yang saya dapati semasa pengajaran mikro ini ialah saya dapat mengajar
dengan baik dalam keadaan kelas yang terkawal. Ini kerana bilangan pelajar yang seramai
20 orang mudah untuk guru mengawal suasana bilik darjah. Dengan membuat dan
melengkapkan jadual untuk persamaan , di mana mempunyai pelbagai nilai, saya
meminta bantuan pelajar bersama-sama melengkapkan jadual di hadapan papan putih.
Setelah itu, dengan menggunakan teknik penyoalan semasa bertanyakan bentuk-
bentuk graf trigonometri yang akan saya lukis, ia menarik minat murid ke arah tajuk yang
dipelajari. Berdasarkan jadual yang sudah lengkap, saya melakar bentuk graf untuk sin, kos
dan tan. Di sini saya meminta pelajar membuat perbandingan ciri-ciri graf yang dilakar.
Antara kelebihan yang saya dapati ialah pada aktiviti seterusnya saya membuat
cabutan undi kad di mana setiap kad mempunyai persamaan trigonometri yang berlainan
sudut. Para pelajar dalam berkumpulan akan melukis graf berdasarkan soalan yang
diberikan. Sebelum melukis, saya menetapkan bahawa skala untuk paksi- dan paksi-
semua kumpulan adalah sama.
Sebagai contoh untuk persamaan , kumpulan pertama mendapat sudut
lingkungan 0 hingga 360 manakala kumpulan kedua mendapat persamaan yang sama dan
mendapat sudut lingkungan 360 hingga 720 dan kumpulan seterusnya mendapat sudut
lingkungan 720 hingga 1080. Setelah melukis graf di atas kertas graf yang diberikan,
ketiga-tiga kumpulan ini melekatkan kertas graf di hadapan papan putih untuk dibincangkan.
Ketiga-tiga kertas graf disambungkan dan membentuk satu graf yang mana bersudut 0
sehingga 1080. Aktiviti ini amat menarik minat para pelajar dan melibatkan semua pelajar
yang pendiam dan aktif.
Kelemahan yang saya dapat semasa pengajaran mikro ini ialah, kadang-kadang
saya bercakap dengan laju. Ini menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar sendiri
untuk menerima isi pengajaran yang saya sampaikan. Ini boleh menyebabkan kemungkinan
pelajar menyalah tafsir apa yang disampaikan oleh saya. Ini merupakan satu bentuk
gangguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Antara kelemahan yang lain ialah saya hanya memandang pada satu tempat sahaja
di dalam kelas. Saya hanya memandang pelajar di sebelah kiri bilik darjah sahaja semasa
membuat penyelesaian di papan putih. Ini menyebabkan pelajar yang berada di sebelah
kanan bilik darjah tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh saya. Di sini saya perlu
mengubah kedudukan saya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan agar semua pelajar dapat
melihat cara penyelesaian yang saya tulis di papan putih.
Semasa pengajaran saya , ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberapa
murid yang tidak berapa aktif dan pendiam di dalam kelas di mana mereka pun berminat
untuk menjawab soalan tetapi saya tidak memberi perhatian kepada mereka kerana asyik
melayan murid-murid yang begitu aktif di dalam kelas.
Penambahbaikan yang saya boleh lakukan ialah cuba mengawal percakapan
semasa penyampaian isi pengajaran dengan tidak bercakap terlalu laju. Selain itu juga, saya
boleh mengubah nada suara dengan meninggikan suara untuk memberi penekanan pada
isi-isi yang penting bagi membolehkan para pelajar sedar dan peka terhadap apa yang saya
cuba sampaikan.
Selain itu, saya perlu mempelbagaikan lagi cara pengajaran saya. Saya boleh
menyediakan alat bantu mengajar seperti membawa kertas grid yang besar di hadapan
kelasuntuk memudahkan saya dan pelajar melukis graf. Dengan ini para pelajar secara tidak
langsung mendapat gambaran yang lebih jelas dalam gambaran graf-graf yang dilukis. Ini
juga secara tidak langsung menjimatkan masa guru semasa melukis graf.
Antara penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah pada akhir langkah
pengajaran atau semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat
sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada
mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat
menjawab soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak
dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Sepanjang pengajaran mikro selama lebih kurang 15-20 minit, kami sependapat
bahawa masa yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menyampaikan pengajaran kami
sedangkan peruntukan masa rancangan pengajaran harian kami ialah sebanyak 40 minit.
Kami hanya menunjukkan langkah-langkah yang penting semasa sesi pengajaran mikro ini.
Ini menyebabkan langkah-langkah yang agak penting perlu diabaikan dan ia mengganggu
kelancaran kami semasa sesi pengajaran mikro ini.
Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan
pengajaran mikro ini, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya
melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah
saya pelajari daripada pengajaran mikro ini.Secara keseluruhan pengajaran mikro saya
agak berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang
seterusnya. Penglibatan murid yang aktif menyebabkan pengajaran ini lebih bermakna dan
memberansangkan proses pengajaran. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu
langkah yang sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil
pengetahuan sedia ada dan minat murid.
Oleh itu, melalui penulisan refleksi ini sedikit sebanyak saya dapat mengenal pasti
kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan
pengajaran makro, serta dapat mengenal pasti cadangan-cadangan penyelesaian untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan saya, serta proses-proses penambahbaikan semasa
menjalankan pengajaran semula makro berdasarkan maklum balas oleh rakan-rakan
sebaya dan pensyarah.

You might also like