You are on page 1of 5

BANDING BEZA MAKLUMAT JAWAPAN TIGA

KUMPULAN SAMPEL
Untuk tujuan membuat banding beza sampel jawapan murid, saya telah memilih sampel
jawapan daripada kumpulan murid Adrian Martin dan juga kumpulan murid Ak Hamizan bin Agk
Yusuf. Berdasarkan jadual maklumat jawapan sampel murid yang telah disediakan, saya dapati
bahawa ketiga-tiga kumpulan ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Persamaan dan
perbezaan ini dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu kaedah penyelesaian soalan,
ketepatan jawapan dan bilangan cara yang mampu dibuat oleh pelajar.

PERSAMAAN
Melalui analisis yang telah dibuat, persamaan yang jelas dapat saya lihat bagi ketiga-tiga
kumpulan ini adalah dari segi cara penyelesaian (Cara 1) bagi soalan nombor 1 hingga 4.
Persamaan yang dimaksudkan adalah rata-ratanya menggunakan tren penyelesaian yang
sama iaitu dalam bentuk lazim. Bermula dengan kumpulan sampel murid saya, Adrian dan Ak
Hamizan, murid-murid hanya memulakan cara pengiraan meraka dalam bentuk lazim sebagai
cara pertama mereka. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan guru-guru di
sekolah mengutamakan kaedah penyelesaian dalam bentuk lazim bagi soalan tambah, tolak
dan darab.
Selain itu juga, persamaan kedua adalah sebahagian besar daripada 24 orang sampel
murid yang dikumpulkan berjaya menjawab soalan 1 dengan jawapan yang tepat, kecuali
seorang sahaja daripada kumpulan murid Ak Hamizan yang mungkin melakukan kecuaian
semasa proses menambah nombor. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada
mereka telah menguasai konsep penambahan dengan baik kerana telah berjaya memberikan
jawapan yang betul walaupun sekurang-kurangnya dengan menggunakan satu cara sahaja iaitu
penyelesaian bentuk lazim.

PERBEZAAN
Dari segi berbezaan pula, saya akan membahagikan perbezaan ini kepada dua aspek
iaitu kekuatan dan kelemahan. Analisis perbezaan dari segi kekuatan ini akan dinilai
berdasarkan ketepatan jawapan yang dijawab dan jugak kaedah yang mereka gunakan untuk
menjawab soalan. Manakala untuk kelemahan pula, saya akan mengupas dari segi kesilapan-
kesilapan yang telah dibuat oleh murid serta masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh
mereka semasa menjawab soalan.

Kekuatan

Kumpulan Murid Nadzri

Bagi kumpulan sampel murid saya sendiri, kekuatan yang saya dapat lihat selain daripada
mampu memberikan jawapan yang tepat bagi soalan penambahan iaitu soalan 1 dan 2, mereka
ini juga mampu memberikan lebih daripada satu cara khususnya pada soalan 1 dan 2.
Sebahagian daripada mereka mampu menggunakan dan memindahkan soalan ke dalam
bentuk gambar rajah sebagai simbolik untuk menjawab soalan tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa penguasaan mereka dalam penambahan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan
soalan-soalan operasi yang lain.
Selain itu juga, terdapat beberapa orang murid daripada kumpulan ini juga mampu
menunjukkan jalan kira penambahan mereka dalam bentuk abacus. Tambahan pula terdapat
juga seorang murid menggunakan petak seratus untuk menyelesaikan soalan penambahan
akan tetapi lukisan yang dilukisnya itu kurang jelas untuk menerangkan bagaimana dia
mendpatkan jawapan tersebut.
Seterusnya, kekuatan kumpulan ini juga adalah mereka mampu memahami kehendak
soalan nombor 5 dengan baik kerana 7 daripada 8 sampel murid boleh menunjukkan gambar
rajah seperti mana kehendak soalan. Akan tetapi, sebahagian daripada mereka mengalami
miskonsepsi dalam menentukan lukisan tersebut berdasarkan lukisan yang dilukisnya itu.

Kumpulan murid Adrian

Bagi kumpulan murid Adrian pula, kekuatan yang dapat saya lihat dariapada kumpulan
murid ini adalah kebanyakan daripada mereka mendapat jawapan dengan menggunakan
kaedah bentuk lazim dan ayat matematik. Berdasarkan analisis yang dibuat, jalan kira yang
ditunjukkan mereka menggambarkan mereka mahir dalam penyelesaian bentuk lazim dan juga
susun atur nilai tempat.
Selain itu, kebanyakan murid dari kumpulan ini juga dapat menjawab soalan sehingga cara
yang ketiga, namun cara 2 dan cara 3 mereka kadang-kadang adalah cara penyelesaian dalam
bentuk yang sama dengan cara 1. Sebagai contoh cara 1 dan cara 3 adalah masing-masing
dibuat dalam bentuk lazim. Tambahan pula, mereka juga dapat memindahkan data yang diambil
daripada bentuk lazim kepada bentuk ayat matematik.

Kumpulan murid Ak Hamizan

Bagi kumpulan yang ketiga pula, kelapan-lapan murid tersebut kebanyakkan hanya
menggunakan kaedah bentul lazim dalam menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan
operasi tambah, tolak dan darab. Sampel jawapan daripada kumpulan ini juga menunjukkan
bahawa mereka tidak mempunyai cara alternatif yang lain yang boleh digunakan.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang cuba menggunakan kaedah kecerakinan
tetapi cara yang mereka tunjukkan itu adalah tidak tepat. Disamping itu, beberapa orang murid
juga ada mencuba menggunakan kaedah ayat matematik tetapi sama seperti kaedah
kecerakinan, cara penyelesaian yang ditunjukkannya itu kurang tepat dan jelas.

Kelemahan

Kumpulan Murid Nadzri

Melalui analisis yang telah dibuat, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan
daripada sampel murid itu. Pertamanya adalah sebahagian daripada mereka mengalami
beberapa miskonsepsi. Sebagai contoh, miskonsepsi dari segi istilah pinjam di soalan 3 dan
juga miskonsepsi nilai tampat puluh dan sa pada soalan nombor 4. Terdapat juga murid yang
mengalami kecuaian operasi di mana terdapat seorang murid yang membuat operasi tolak pada
soalan tambah menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah. Selain itu juga, kelemahan
murid dalam kumpulan ini juga adalah mereka gagal menjelaskan dengan tepat gambar rajah
yang dilukiskan itu, contohnya seperti gambar rajah abacus dan juga petak seratus yang tidak
beberapa jelas untuk menerangkan jalan pengiraan tersebut.
. Selain itu, kelemahan murid dari kumpulan ini juga dapat dilihat melalui soalan yang
melibatkan gambar rajah di nombor 5. Sebagai contoh, terdapat murid yang tidak dapat
menunjukkan maksud pendaraban 5 x 3 dalam bentuk gambar rajah dengan betul.

Kumpulan Murid Adrian
Antara kelemahan yang dapat dilihat dari kumpulan ini adalah, terdapat murid yang
mengalami miskonsepsi operasi tambah dan tolak. Murid gagal membezakan tanda operasi
tambah dan tolak. Sebagai contoh, terdapat murid yang menggunakan operasi tolak dalam
soalan penambahan yang menyebabkan jawapannya tidak tepat. Selain itu, murid dari
kumpulan ini juga belum menguasai kemahiran sifir nombor. Hal ini dibuktikan apabila terdapat
murid yang salah mendarab menyebabkan murid tidak mendapat jawapan betul bagi soalan
pendaraban tersebut.
Selain itu, murid kumpulan ini juga gagal menunjukkan perwakilan 5x3 dengan betul.
Kesemua antara mereka telah menunjukkan gambar rajah perwakilan yang tidak jelas dan
tepat. Seterusnya, kelemahan yang dapat dilihat adalah kumpulan ini tidak mampu memberikan
banyak cara yang berlainan selain daripada cara bentuk lazim dan juga ayat matematik.

Kumpulan Murid Ak Hamizan

Bagi kumpulan ini pula, murid-murid hanya tahu untuk menggunakan kaedah penyelesaian
dalam bentuk lazim sahaja. Mereka tidak dapat memberikan kaedah alternatif yang lain yang
dapat digunakan oleh murid. Walapun terdapat beberapa orang murid yang cuba kaedah lain,
namun cara tersebut kurang tepat. Hal ini menunjukkan murid-murid tidak didedahkan dengan
kaedah-kaedah penyelesaian yang lain yang lebih kreatif dan menarik.
Selain itu, murid daripada kumpulan ini juga gagal menjawab soalan gambar rajah pada
soalan nombor 5.
















ASPEK KUMPULAN MURID
NADZRI
KUMPULAN MURID
ADRIAN
KUMPULAN MURID AK
HAMIZAN
KEKUATAN Mahir dalam penyelesaian
bentuk lazim.
Pelbagai cara
Sebahagiannya
memberikan jawapan tepat.
Memahami kehendak
soalan 5 walaupun terdapat
miskonsepsi.
Mahir dalam
penyelesaian bentuk
lazim dan ayat
matematik.






Mahir dalam penyelesaian
bentuk lazim.

KELEMAHAN Berlaku miskonsepsi di
beberapa soalan.
Miskonsepsi pada soalan 5.
Berlaku miskonsepsi
di beberapa soalan.
Kurang kuasai sifir.
Kurang cara
altenatif.
Gagal mewakilkan
5x3.
Berlaku miskonsepsi di
beberapa soalan.
Kurang cara altenatif.
Gagal mewakilkan 5x3.

You might also like