You are on page 1of 3

1

Panduan Membuat Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) Pendidikan Jasmani


1. Perkara yang perlu diberi perhatian pada bahagian Permulaan perancangan RPH:
i. Objektif Pembelajaran (SK) adalah kenyataan standard kandungan dalam Dokumen
Kurikulum Standard KSSR PJ. Standard kandungan adalah pernyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan
yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai.

ii. Standard Pembelajaran (SP) merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian
setiap standard kandungan. Pilihan SP perlulah mengikut cadangan dan ketetapan yang
telah dicadangkan oleh Bahagaian Pembangunan Kurikulum (BPK). Contoh di muka
surat 4 Dokumen Kurikulum Standard PJ Tahun 2: jadual pemilihan bagi Modul
Kemahiran dan Modul Kecergasan.

Modul 1. Kemahiran
Aspek 1
Kemahiran Pergerakan

Aspek 2
Aplikasi Pengetahuan dalam
Pergerakan
Aspek 5
Kesukanan

Modul 2. Kecergasan
Aspek 3
Kecergasan Meningkatkan
Kesihatan
Aspek 4
Aplikasi Pengetahuan dalam
Meningkatkan Kecergasan
Aspek 5
Kesukanan


* Pemilihan SP mestilah mengikut pilihan di atas (aspek 1, 2 & 5 atau aspek 3, 4 &
5) bagi semua PdP PJ.

iii. Bagi EMK (elemen merintasi kurikulum) rujuk buku EMK yang boleh dimuat turun dari
laman web BPK, KPM.

iv. Sumber/ BBM perlu nyatakan bilangan alat yang akan digunakan dalam PdP untuk
lihat nisbah alatan dengan bilangan murid.

v. Penilaian PdP contoh lembaran kerja boleh dirujuk kepada Buku Panduan Pengajaran
PJ di bahagian Uji Minda atau Senarai Semak.
2. Bahagian Rancangan Pengajaran Harian (RPH):
i. RPH terdiri daripada lima (5) kolum iaitu Bahagian/ Masa, Aktviti, Fokus Pembelajaran,
Pengelolaan/ Strategi PdP dan Alatan/ Catatan. Lihat dua contoh RPH.




2

ii. Pengisiannya ditulis mengikut urutan empat (4) bahagian iaitu bahagian Permulaan atau
Set Induksi (3-5 minit), Perkembangan (8-12 minit), Kemuncak (8-10 minit) dan Penutup
(3-5 minit). [ terpulang samada kelas itu 30 minit atau 60 minit ]

iii. Bahagian Permulaan:
- Masa diperuntukan ialah 3-5 minit sahaja.
- Aktiviti pilihan aktviti untuk memanaskan badan dicadangkan sama ada
menggunakan pendekatan permainan atau senamrobik. Aktviti permainan di
bahagian ini lebih kepada untuk tujuan memanaskan badan dan meransang
keseronokan murid yang memang suka bermain. Sila guna CD muzik Tahun 1, 2,
dan 3 yang dibekalkan oleh BPK (Unit Muzik) atau mana-mana muzik yang
bersesuaian dengan pergerakannya.
- Regangan otot nyatakan regangan otot bahagian mana badan yang akan
dibuat.Lihat pilihan aktiviti yang akan dilaksanakan dan otot yang terlibat.
- Fokus Pembelajaran adalah tujuan/ matlamat sesuatu aktiviti itu dipilih untuk
dilaksanakan di bahagian Permulaan.
- Pengelolaan/ Strategi PdP bagaimana pilihan aktiviti itu dilaksanakan dalam
kelas.Boleh diterangkan menggunakan ayat atau lakaran dan gambar berkaitan
Bagi Strategi PdP, rujuk sembilan (9) strategi PdP yang dikeluarkan oleh BPK:
(strategi kontekstual, masteri, teknologi maklumat & ICT, konstruktivisime,
kecerdasan pelbagai, kajian masa depan, belajar cara belajar, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) dan pembelajaran akses kendiri (PAK). Mosston &
Asworth (2002) teaching spectrum juga boleh digunakan sebagai pilihan strategi
PdP. Ada 11 teaching style mengajar PJ mengikut Mosston dan Asworth.
- Alatan/ Catatan nyatakan alatan yang akan gunakan dalam bahagian ini. Buat
catatan sekiranya perlu sebagai ingatan.

iv. Bahagian Perkembangan:
- Masa diperuntukan antara 8-12 minit.
- Rancangan dua atau tiga aktiviti sahaja dalam bahagian ini.... faktor masa. Pilihan
aktiviti seharusnya dapat mencapai SP yang dihasratkan. Lihat contoh aktiviti PdP
dalam Buku Panduan PdP PJ Tahun 1,2,3 dan 4.
- Pilihan aktiviti PdP perlulah dekat dengan murid, menyeronokkan, selamat, ada
cabaran dari segi fizikal dan minda (membuat keputusan).
- Urutan aktiviti PdP penting.
- Fokus pembelajaran dinyatakan dengan jelas dengan pilihan aktiviti itu. Guna ayat
dan gambar untuk menjelaskan bagaimana aktiviti itu dilaksanakan.
- Nyatakan strategi PdP yang anda akan gunakan dalam pengajaran.
- Kecekapan anda mengendalikan bahagian ini adalah penting. Libatkan murid
sekerap yang mungkin dalam aktiviti PdP anda.
- Alatan PdP banyak digunakan dalam bahagian ini.

v. Bahagian Kemuncak:
- Masa diperuntukan antara 8-10 minit



3

- Pilihan aktiviti bahagian ini seharusnya memberi peluang kepada murid untuk
mempraktikkan kemahiran yang baru dipelajari dengan kemahiran yang lepas dalam
satu situasi permainan atau pertandingan. Strategi PdP kontekstual kerap digunakan
dalam bahagian ini.
- Elak daripada murid menunggu lama giliran mereka untuk bermain atau ambil
bahagian.
- Biasanya bahagian ini menggunakan banyak alatan PdP.
- Boleh selitkan pendekatan TGfU

vi. Bahagian Penutup:
- Masa diperuntukan antara 3-5 minit.
- Guru akan buat pilihan aktiviti gerak kendur untuk pulih otot-otot murid yang
digunakan dalam aktiviti PdPnya.
- Guru akan buat refleksi, soal jawab dengan murid dan kesimpulan PdPnya.
- Guru edar lembaran kerja kepada murid. Murid boleh siapkan pada waktu itu atau
serah kepada guru pada kelas akan datang.

vii. Hal-Hal Lain:
- Buat sedikit catatan refleksi (SWOT) PdP anda selepas mengajar dari segi kekuatan,
kelemahan dan cadangan penambahbaikan.
- Fikirkan/ catat tindakan susulan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
- Penting RPH anda perlu ditulis dengan teliti dan lengkap apabila diselia oleh guru
pembimbing sekolah dan penyelia praktikum (pensyarah).

Semoga panduan ini dapat membantu pelajar guru membuat persiapan yang baik untuk
pengajaran-pembelajaran yang menyeronokkan(didik hibur), berkesan dan selamat.

KHOO TIANG OON
JABATAN PJK
IPGKPP

You might also like