You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA BULATAN


SUBJEK PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN

Disediakan oleh: Rosliza binti Amir Bek Alhaadi bin Ismail Muhd Hafiz Sukaimi Muhd Isa bin Etit (PISMP 5A AMBILAN JANUARI 2012)

1.0 PENGENALAN Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan merupakan subjek elektif bagi kumpulan pengajian PISMP Ambilan Januari 2012. Tugasan kerja kursus bagi subjek ini adalah menghasilkan kertas kerja bagi anjuran Permainan Tradisional yang dipilih bagi tiap-tiap ahli kumpulan yang telah ditentukan. Permainan Tradisional merupakan salah satu aspek yang seharusnya menjadi khazanah untuk diwarisi pada generasi muda masa sekarang. Hal ini supaya permainan tradisional ini tidak pupus ditelan zaman. Pelbagai jenis permainan tradisional yang sememangnya masih cukup sesuai dimainkan pada zaman sekarang walaupun dengan adanya cabaran permainan yang begitu moden seperti permainan video. Oleh yang demikian pelbagai usaha haruslah dilakukan, atas sebab keinginan untuk terus menapakkan khazanah permainan ini agar tidak ditelan zaman, maka dengan itu satu bentuk kertas kerja telah dihasilkan untuk menganjurkan permainan tradisional, dalam kertas kerja ini permainan tradisional yang dipilih ialah Sepak Raga Bulatan. 2.0 LATAR BELAKANG Kertas kerja ini meliputi rancangan pelaksanaan bagi menganjurkan permainan tradisional Tating Lawi yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur (IPGKBM). Permainan tradisional Sepak Raga Bulatan wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis Permainan Sepak Raga Bulatan ini lazimnya dimainkan oleh kaum lelaki, namun pada zaman sekarang permainan ini juga diberi peluang untuk dimainkan oleh perempuan. Permainan ini sesuai di kawasan yang lapang supaya pergerakan pemain tidak terbatas. 3.0 MATLAMAT Untuk memberi latihan kepada guru pelatih tentang cara pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dirancang 4.0 OBJEKTIF i. Memberikan pendedahan kepada guru pelatih cara hendak mengendali dan menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang. ii. Menggalakkan lagi pendedahan kepada guru pelatih mahupun peserta tentang permainan tradisional Sepak Raga Bulatan. iii. Membantu membina daya kreativiti tentang cara mengajar dan memberikan penerangan kepada murid.

5.0 PERATURAN DAN CARA PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA BULATAN

Peraturan permainan 1. Setiap ahli dalam kumpulan hanya boleh menimang bola raga sebanyak tiga kali. Kemudian bola raga perlu diberi kepada ahli yang lain. 2. Setiap kumpulan diberikan masa selama dua minit masa untuk menimang bola raga. 3. Setiap kumpulan hanya diberikan lima kali jatuhan. Jika kumpulan tersebut sudah mendapat lima kali jatuhan sebelum masa permainan tamat, kumpulan itu akan dikeluarkan daripada permainan. Cara permainan 1. Setiap ahli perlu membuat timangan seberapa banyak yang mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 2. Bola raga akan diberikan kepada setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan perlu mempunyai ahli seramai 4 atau 5 orang. 4. Setiap kumpulan perlu sama bilangan ahli lelaki dan perempuan.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN Sebelum permainan dimulakan, semua pemain hendaklah berdiri di dalam

kawasan Bulatan 5m mengarah ke pusat Bulatan 2m, kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa permainan sedang berjalan. Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti; Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola; Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi oleh pemain No. 1 kepada pemain yang berada di hadapan, pemain yang menerima bola boleh kembalikan semula kepada pemain No.1 ataupun boleh memberi kepada mana-mana pemain dalam pasukan itu; Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi daripada tiga (3) sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga, bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. Sekiranya melebihi tiga (3) sentuhan, mata hanya dikira dalam tiga (3) sentuhan itu sahaja; Permainan boleh diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal iaitu kedua-dua kaki melebihi garisan bulatan atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi

7.0 BUTIRAN AKTIVITI YANG DIRANCANG Tajuk Permainan Tradisional: Sepak Raga Bulatan Tempat: Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) Masa: 10.00 pagi hingga 10.30 pagi (30 Minit) Tarikh: 15 Mac 2014 Sasaran Peserta: Pelajar PPISMP 2A IPGKBM Alatan Permainan: Bola Raga

8.0 CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA BULATAN

PENGERUSI Mohd Isa Bin Etit

SETIAUSAHA Rosliza Binti Amir Bek AJK URUSSETIA Alhaadi Ismail Muhd Hafiz Sukaimi AJK PERSIAPAN TEMPAT Hollysten Anak Jimmy Braoh Henley Josit Zuhaidi Suhaimi Bin Mohamat Tadong Anak Empuau Benny Bin Raijun Marliah Nasir@Juhadi Mashlina Mokhsar Cassandra Inggam Estrop Nur Adibah Binti Salehuddin AJK KEBERSIHAN, KEBAJIKAN & KESELAMATAN Sharifah Nur Rasyidah Binti Syed Mohd Zainal Al-Bidin Nur Shafieyah Ardinie Lingutan Abdullah Mohd Wal Asri Mohd Yusoff Nor Nadia Nabilah Binti Mohd Nor Azan Nur Siti Zahara Binti Abu Bakar AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI Qurratu Aini Binti Jumaan Hakimah Jamahari

9.0 PERINCIAN TUGAS BAGI SETIAP JAWATAN DALAM ORGANISASI PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA BULATAN

JAWATAN Pengerusi

PERINCIAN BIDANG TUGAS Bertanggungjawab mengurus pengelolaan, kewangan dan aktiviti Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti Bertanggungjawab untuk cuba mengatasi sebarang masalah bersama dengan ajk yang berkaitan jika timbul kerumitan

Setiausaha

Menyediakan Kertas Kerja Pertandingan Permainan Tradisional Sepak Raga Bulatan

Ajk Urussetia

Menyediakan semua peralatan yang digunakan sebelum sesuatu acara dijalankan mengikut spesifikasi tempat. Menyediakan senarai semak alatan yang diperlukan.

Ajk Persiapan Tempat

Memastikan persiapan padang untuk pertandingan disediakan selengkapnya. Menentukan kedudukan kawasan setiap permainan, posisi pemain, pengadil dan penonton yang teratur dan bersesuaian.

Ajk Kebersihan, Kebajikan & Keselamatan

Memastikan kawasan permainan bersih sebelum dan selepas permainan tradisional berlangsung Memastikan tahap kesihatan peserta berada dalam keadaan baik Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan. Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan sertamerta. Menyediakan alatan perubatan

Ajk Fotografi & Dokumentasi

Mengambil gambar dan video sebelum, semasa dan selepas permainan tradisional berlangsung. Membuat laporan ringkas sebelum, semasa dan selepas permainan tradisional berlangsung.

10.0

PENUTUP

Sesungguhnya kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan supaya pelaksanaan permainan tradisional Sepak Raga Bulatan dapatlah dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan agar aktiviti permainan yang dirancang bukan Sahara memberikan keseronokan tetapi juga mampu untuk mendidik individu untuk lebih berdisiplin samaada sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana mahupun peserta, di samping mampu memberi pendedahan kepada guru pelatih yang berperanan sebagai AJK pelaksana permainan ini tentang cara merancang dan mengendalikan rancangan yang telah dibuat.

11.0

PELAN LANTAI SEPAK RAGA BULATAN

Lampiran B

12.0

BORANG MARKAH

KUMPULAN: TEMPOH PERMAINAN: TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Bil.Jatuhan

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Set 7

Set 8

Set 9

Set 10

KEPUTUSAN: Jumlah Set: Jumlah Mata: Kiraan Terkumpul:

13.0

BORANG MARKAH KEPUTUSAN KESELURUHAN

TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Perkara

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Jumlah Set

Jumlah Mata

Jumlah Keseluruhan

Pemenang:

14.0

BORANG MARKAH

KUMPULAN: TEMPOH PERMAINAN: TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Bil.Jatuhan

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Set 7

Set 8

Set 9

Set 10

KEPUTUSAN: Jumlah Set: Jumlah Mata: Kiraan Terkumpul:

15.0

BORANG MARKAH

KUMPULAN: TEMPOH PERMAINAN: TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Bil.Jatuhan

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Set 7

Set 8

Set 9

Set 10

KEPUTUSAN: Jumlah Set: Jumlah Mata: Kiraan Terkumpul:

You might also like