You are on page 1of 37

KONSEP,TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

EZAH FATINI BINTI ZAKARIA FATIN AFIFA BINTI FADZIL SITI NUR IDAYU BINTI ABDULLAH PISMP 6.12

DEFINISI DAN KONSEP


Pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya. Memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh menjalani sesi P&P yang menggunakan pendekatan seperti golongan normal.

Perbezaan dari segi tahap keupayaan mereka maka keperluan dan kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan mereka. PJ disesuaikan daripada aktiviti PJ tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti pogram PJ dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan PJS ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

MATLAMAT DAN TUJUAN PJS


PJS bermatlamat menyediakan keperluan PJ kepada pelajar istimewa. Objektif-objektif pengajaran PJS mempunyai dua komponen iaitu :
Tingkah laku yang dapat diperhatikan Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan x peratus gerak balas

Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Memperkembang potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan JERIS Melahirkan insan yang memiliki kesedaran, kejujuran, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

Lahirkan insan berktrampilan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis bagi memenuhi keperluan negara. Kurikulum menekankan kemahiran belajar dan generik pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum membolehkan pelajar dan masyarakat Malaysia berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak,tepat dan sesuai dengan budaya dan nilai semasa.

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

TEORI-TEORI BERKAITAN

FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

Berpusatkan subjek

Berpusatkan pelajar Berpusatkan masalah

REKA BENTUK BERPUSATKAN SUBJEK

Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran Terdiri drpd:- reka bentuk mata pelajaran - reka bentuk disiplin - reka bentuk bersepadu - reka bentuk korelasi

Reka bentuk mata pelajaran:


Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum Merupakan reka bentuk yang berkaitan dgn isi kandungan pelajaran yg terdapat dlm buku teks Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sbg subjek Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun drpd ringkas ke kompleks Tumpuan pelajaran tertumpu kpd proses mengingat dan memahami.

Reka bentuk disiplin: Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contoh dalam PJ, selain mengajar kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran satu permainan

Reka bentuk bersepadu: Menyatukan 2 atau lebih subjek yg menjadi 1 matapelajaran yg bersepadu Membekalkan pelajar dgn ilmu yg bersepadu dan tidak terasing Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin Pelajar akan melihat ilmu sbg 1 yg bersepadu dan lebih bermakna Contoh: matapelajaran sains terdiri daripada biologi, fizik,kimia dan ia disepadukan di peringkat sekolah menengah rendah sbg matapelajaran sains.

Reka bentuk korelasi: Mengaitkan maklumat antara 1 subjek dgn subjek bertujuan utk mengurangkan pemisahan antara subjek Contoh: seorang guru PJ boleh bekerjasama dgn guru sejarah bg menghasilkan portfolio yg bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajahan hingga sekarang.

REKA BENTUK BERPUSATKAN PELAJAR


Menganggap pelajar merupakan elemen yg penting dlm bidang pendidikan Berdasarkan kpd falsafah progressivesme Terbahagi kepada 3 kategori Reka bentuk berpusatkan pelajar Reka bentuk berpusatkan pengalaman Reka bentuk berpusatkan humanistic

Reka bentuk berpusatkan pelajar: - pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran. Contoh: sifat kanak-kanak suka bermain, maka kurikulum PJ sekolah rendah diselitkan permainan

Reka bentuk berpusatkan pengalaman: - sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar - penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum - kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar

Reka bentuk berpusatkan humanistic: - mementingkan konsep kendiri kpd pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri - menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap) - memberi penekanan kpd isi kandungan, kognitif pengalaman dan perasaan - menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan - menekankan kpd pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan

REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH


Memberi fokus kpd masalah dalam kehidupan Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan. Terbahagi kpd 2: - reka bentuk situasi kehidupan - reka bentuk semula masyarakat

Reka bentuk situasi kehidupan - berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh di aplikasikan dalam kehidupan secara terus - Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dlm reka bentuk diri

Reka bentuk semula masyarakat: - berorientasikan masyarakat - mengaitkan hubungan kurikulum dgn perkembangan masyarakat dr aspek social, politik dan ekonomi - dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat - menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yg berkualiti

KURIKULUM PJ
Berasaskan 3 domain:
Psikomotor Kognitif Afektif

DOMAIN PSIKOMOTOR Terdapat integrasi yg selaras dgn system saraf dan otot utk menghasilkan pergerakan yg diingini Meningkatkan dan menguasai kemahiran motor dalam olahraga Menguasai segala kemahiran olahraga

DOMAIN KOGNITIF Mengandungi beberapa aspek iaitu: Pengetahuan spt peraturan permainan, langkah-langkah keselamatan, terminology dan fungsi tubuh Kebolehan dan kemahiran intelektual spt penguasaan strategi, penggunaan jangka berhubungan dgn jarak, masa, bentuk, ruangan, kelajuan dan arah dlm implementasi aktiviti, permainan dan diri Penyelesaian masalah,, perkembangan menerusi pergerakan Memahami perhubungan aktiviti fizikal dgn struktur dan fungsi tubuh badan Pengetahuan spontan ttg kesan aktiviti Membina undang-undang dan peraturan olahraga Membina 1 konsep semangat kesukanan utk amalan Mengetahui segala jenis dan cara latihan

DOMAIN AFEKTIF Perkembangan social dan emosi kendiri dan meliputi aspek-aspek berikut: Gerak balas yg sepatutnya terhadap aktiviti fizikal spt reaksi positif Kesedaran diri di mana menyedari keupayaan Penghargaan kendiri Mengawal perasaan kekecewaan, kemarahan, kegembiraan, kepuasan dll Menyuburkan kesihatan mental, disiplin serta inisiatif Mengembangkan keyakinan diri, maruah dan semangat kekitaan

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu reka bentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktivitiaktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang berikut: i. Bidang Pengurusan Kehidupan ii. Bidang Akademik Berfunsi iii. Bidang Kerohanian dan Nilai - nilai Murni iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti

BIDANG PENGURUSAN DIRI

a. Komponen Pengurusan Diri b. Komponen Kemahiran Manipulatif c. Komponen Pengurusan Tingkah laku d. Komponen Kemahiran Hidup
BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI a. Komponen Bahasa Melayu b. Komponen Matematik c. Komponen Bahasa Inggeris d. Komponen Multimedia

BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI a. Komponen Pendidikan Agama Islam b. Komponen Pendidikan Moral

BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI


a. Komponen Pendidikan Jasmani b. Komponen Pendidikan Seni c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut: i. mampu berdikari ii. berdisiplin dan bersikap positif iii. bermoral dan beretika iv. berkemahiran dan berketerampilan v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara (http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-khaspkbp.html )

Contoh Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas

You might also like