You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN BATU SEREMBAN BIL 01/2013

Tarikh : 04 Mac 2013 (Isnin) Tempat : Bilik Tarannum IPG Kampus Pendidikan Islam Masa : 2.30 petang

Kehadiran : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 4.

En.Asmirul bin Ahmad Wahab Puan Noor Najiah binti Ahmad Cik Fatin Afifa binti Fadzil En.Izrin Shah bin Md.Fadzlillah En.Muhammad Azri bin Marsoha En.Mohd Faris bin Mohd Zulkifli En.Mohamad Hafizan bin Zainuddin

Pengerusi Pen. Pengerusi Peng. Teknik Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Setiausaha

1.0 Ucapan Alu-aluan 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. 1.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua Penguruspengurus Pasukan. 2.0 Makluman Mengenai Pertandingan Batu Seremban 2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa akan menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Pelaksana. 2.2 Pengerusi menetapkan tarikh pertandingan batu seremban pada 28 Mac 2013, dan akan diadakan di gimnasium IPG Kampus Pendidikan Islam. 2.3 Mesyuarat mengingatkan semua pengurus pasukan supaya mengesahkan peserta-peserta dari pasukan masing-masing sebelum 18 Mac 2013. Tindakan : semua ahli 3.0 Pembentangan Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan 3.1 Pengurus Teknik membentangkan undang-undang dan peraturan pertandingan.

Tindakan: Makluman 4.0 Senarai Nama Peserta Dan Jadual Pertandingan 4.1 Setiausaha memaklumkan senarai nama peserta dan jadual pertandingan. 4.2 Cabutan undi telah dilaksanakan untuk menentukan giliran peserta. Tindakan: Pengurus Pasukan 5.0 Borang Penyertaan Dan Borang Pertandingan 5.1 Pengerusi menerangkan tentang borang penyertaan dan borang pertandingan. 5.2 En.Izrin Shah memberi cadangan sekiranya berlaku kelewatan peserta akibat kecemasan, perlawanan diteruskan dengan giliran peserta seterusnya. Tindakan: Makluman 6.0 Hal-Hal Lain 6.1 Pengerusi menetapkan pemakaian baju adalah lengkap berbaju sukan dan warna antara ahli pasukan adalah seragam. 6.2 Peralatan batu seremban akan disediakan oleh pihak penganjur. 6.3 Minuman akan disediakan oleh pihak penganjur. Tindakan: Makluman 7.0 Penangguhan Mesyuarat 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang hadir dan sebarang makluman akan diberitahu kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MOHAMAD HAFIZAN ZAINUDDIN) Setiausaha Pertandingan Batu Seremban

(ASMIRUL BIN AHMAD WAHAB) Pengerusi Pertandingan Pertandingan Batu Seremban

You might also like