You are on page 1of 16

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

“KELAB BAHASA ISYARAT”

SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA

16700 PASIR PUTEH,

KELANTAN.

DISEDIAKAN OLEH:

NOORUL EFFAH BINTI RAZID

1
KANDUNGAN

TAJUK
1. PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG
2. RASIONAL
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
5. VISI
6. MISI
7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
8. JAWATANKUASA PENAJA
9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
10. HAL SURAT-MENYURAT
2. PERLEMBAGAAN
1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
2. MATLAMAT
3. OBJEKTIF
4. MOTO
5. LOGO DAN PENGERTIAN
6. BENDERA DAN PENGERTIAN
7. LAGU
8. KEAHLIAN
9. PAKAIAN
10. GURU PENASIHAT
11. AHLI JAWATANKUASA
12. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
13. KEWANGAN
14. KEHADIRAN
15. PERATURAN-PERATURAN
16. TINDAKAN DISIPLIN
17. PINDAAN PERLEMBAGAAN
18. PEMBUBARAN
19. HAL-HAL LAIN
PENUTUP
LAMPIRAN
TAJUK

Kelab Bahasa isyarat

1. LATAR BELAKANG
Kelab Bahasa Isyarat merupakan inisiatif pihak Sekolah kebangsaan Daeng Andika
bagi memperkenalkan pelajar kepada Bahasa Isyarat yang merupakan bahasa
terpenting di dunia. Ia juga adalah satu-satunya medium yang sesuai bagi
berkomunikasi dengan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah
pendengaran dan pertuturan. Altiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Bahasa
Isyarat ini akan menarik pelajar untuk terlibat secara aktif sekaligus melatih mereka
untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat dengan mudah dan lancar.

2
2. RASIONAL

2.1 Malaysia adalah negara yang terdiri daripada pelbagai kategori manusia,
termasuklah mereka yang kurang upaya (OKU). Terdapat pelbagai kategori
OKU, antaranya adalah OKU pendengaran dan pertuturan. Mereka yang
kurang bernasib baik ini ada kalanya mengalami kesukaran untuk menjalani
kehudpan harian kerana tidak difahami oleh orang lain. Satu-satunya cara
bagi membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar tanpa halangan
adalah dengan memperkenalkan seluruh warganegara kepada Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM) yang merupakan bahasa utama mereka.

2.2 Membolehkan setiap kategori manusia berhubung tanpa ada jurang yang
memisahkan sekaligus mengelakkan OKU pertuturan dan pendengaran
daripada merasa terasing dalam komunikasi harian.

2.3 firman Allah berbuat baiklah sesama manusia

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk sifat empati dan prihatin dalam jiwa setiap rakyat Malaysia melalui
pengenalan kepada Bahasa Isyarat Malaysia seterusnya menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan golongan OKU pertuturan dan
pendengaran.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Isyarat

4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri kepayahan dan
kesusahan yang dilalui oleh OKU pertuturan dan pendengaran dalam
berkomunikasi.

4.3 Melahirkan individu yang mempunyai sifat empati terhadap orang lain.

4.4 Mewujudkan minat untuk belajar dalam diri pelajar.

4.5 Membantu kerajaan dalam mewujudkan satu negara bangsa yang bersatu-
padu.

5. VISI

3
5.1 Menjadikan bahasa isyarat antara bahasa terpenting di Malaysia bagi
mewujudkan satu negara bangsa yang adil kepada setiap kategori
masyarakat tanpa mengira kekurangan dan permasalahan masing-masing.

6. MISI

6.1 Memastikan stiap murid diberi peluang untuk mempelajari dan


mempraktikkan Bahasa Isyarat tanpa segan silu.

6.2

6.3

7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

7.1

8. JAWATANKUASA PENAJA KELAB BAHASA ISYARAT

8.1 Jawatankuasa “Kelab Bahasa Isyarat” akan terdiri daripada:

Penasihat : Encik Muhammad bin Zakaria


Pengerusi : Puan Noorhana binti Ismail
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :

9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN

9.1 Kelas Asas Bahasa Isyarat

9.2 Menyertai program Bahasa Isyarat peringkat kebangsaan

9.3 Menyantuni pelajar kelas Integrasi

9.4 Signing lagu dalam Bahasa Isyarat

9.5 Ujian berkala kemahiran Bahasa Isyarat

9.6 Program komunikasi bersama OKU pertuturan dan pendengaran di luar


sekolah

10. HAL SURAT-MENYURAT

4
5
KELAB BAHASA ISYARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA

NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

A. Nama Persatuan : Kelab Bahasa Isyarat


Sekolah Kebangsaan Daeng Andika

B. Alamat : Sekolah Kebangsaan Daeng Andika


16700 Pasir Puteh,
Kelantan.

PERATURAN 2 : MATLAMAT

2.1 Memupuk sifat empati dan prihatin dalam jiwa setiap rakyat Malaysia melalui
pengenalan kepada Bahasa Isyarat Malaysia seterusnya menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan golongan OKU pertuturan dan
pendengaran.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Isyarat

3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri kepayahan dan
kesusahan yang dilalui oleh OKU pertuturan dan pendengaran dalam
berkomunikasi.

3.3 Melahirkan individu yang mempunyai sifat empati terhadap orang lain.

3.4 Mewujudkan minat untuk belajar dalam diri pelajar.

3.5 Membantu kerajaan dalam mewujudkan satu negara bangsa yang bersatu-
padu.

6
PERATURAN 4 : MOTO

4.1 Moto Kelab Bahasa Isyarat

“Comprehension Out Of Passion”

4.2 Pengertian moto

4.2.1 Secara bahasa, moto kelab ini bermaksud pemahaman berdasarkan


minat.

4.2.2 Secara istilah, moto kelab ini bermaksud hanya dengan mencintai
bahasa ini, murid dapat memahaminya.

4.2.3 Ia juga bermaksud hanya dengan mencintai OKU pertuturan dan


pendengaran, murid dapat belajar bahasa ini dengan bersungguh-
sungguh dalam usaha untuk berkomunikasi dengan mereka dengan
lancar dan fasih.

PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN

5.1 Logo Kelab Bahasa Isyarat

5.2 Pengertian logo

5.2.1 Simbol ‘hati’ melambangkan kecintaan pelajar kepada ilmu


pengetahuan dan rakyat Malaysia sehingga berani mencuba untuk
belajar bahasa baru.

5.2.2 Isyarat tangan bermaksud “sayang” dalam Bahasa Isyarat bermaksud


kecintaan dan keinginan yang mendalam dalam diri ahli kelab untuk
mendalami Bahasa Isyarat, sejajar dengan moto kelab iaitu
“Comprehension Out Of Passion”

5.2.3 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian hati ahli kelab.

7
5.2.4 Warna hitam melambangkan keberanian dan kesanggupan murid
untuk belajar.

PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN

6.1 Bendera Kelab Bahasa Isyarat

6.2 Pengertian Bendera

6.2.1 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian hati ahli kelab.

PERATURAN 7 : LAGU

7.1 Lagu Kelab Bahasa Isyarat

7.1.1 Komposer : Izz Andika bin Syaref

7.1.2 Lirik : Syeraz Muhammad bin Lukman

Negara demokrasi

Utama komunikasi

Semua dirai

Segenap bucu dan sisi

Bahasa isyarat bahasa perpaduan

8
Bahasa isyarat bahasa pergaulan

Bahasa isyarat bahasa keunggulan

Menuju rakyat berwawasan

Satu bahasa segenap bangsa

Dari yang muda kepada yang tua

Satu bahasa semua warga

Dari rakyat seluruh negara

PERATURAN 8 : KEAHLIAN

8.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Daeng
Andika tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.

8.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara berjumpa dengan guru
penasihat dan mengisi borang yang disediakan.

8.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju untuk berpegang kepada


Perlembagaan dan akan mengambil bahagian bagi menjayakan visi dan misi
kelab.

8.4 Setiap ahli berhak dan diwajibkan mengundi dalam Mesyuarat Agung kelab.

8.5 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diakan sekiranya tidak terdapat
sebarang halangan mahupun rintangan.

PERATURAN 9 : PAKAIAN

9.1 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah

9.2 Sesi aktiviti kelab

9.2.1 Waktu persekolahan : Pakaian seragam sekolah

9.2.2 Luar waktu persekolahan : Pakaian kasual

9
PERATURAN 10 : GURU PENASIHAT

10.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru di sekolah ini.

10.2 Guru penasihat hendaklah menyumbang dan bertanggungjawab dalam


perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

10.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa peka dan bersama dengan ahli kelab
semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 11 : AHLI JAWATANKUASA

11.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

11.2 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

11.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

11.4 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar


surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.

11.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:

11.5.1 Pengerusi

11.5.2 Naib Pengerusi

11.5.3 Setiausaha

11.5.4 Bendahari

11.5.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 12 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

12.1 Pengerusi

12.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua meseyuarat.

12.1.2 Meneliti catatan minit mensyuarat dan memastikan segala keputusan


yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

10
12.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat
dari semasa ke semasa

12.1.4 Membantu Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti.

12.1.5 Mengambil alih tugas Guru Penasihat sekiranya perlu.

12.2 Naib Pengerusi

12.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.

12.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi

12.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

12.3 Setiausaha

12.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

12..3.2 Mencatat dan menandatangani minit mensyuarat/laporan kegiatan.

12.3.3 Mencatat kehadiran ahli

12.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

12.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

12.4 Bendahari

12.4.1 Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan kelab.

12.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara


kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahihannya.

12.4.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

12.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam


mesyuarat.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan


dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
penasihat dari semasa ke semasa

11
12.5 Ahli Jawatankuasa

12.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dillaksanakan.

12.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

12.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

PERATURAN 13 : KEWANGAN

13.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui yuran bulanan yang
diputuskan semasa Mesyarat Agung iaitu sebanyak RM3.00 seorang
sebulan.

13.2 Untuk mengadakan aktiviti luar yang memerlukan kos tambahan, kelab boleh
memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti dan yuran khas.

PERATURAN 14 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

14.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktivti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun persekolahan.

14.2 Kegagalan berbuat sedemikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki


menulis surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal berbuat sedemikian, markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum akan dipotong dan tindakan tegas
akan diambil.

PERATURAN 15 : PERATURAN-PERATURAN

15.1 Peraturan sekolah sebagai peraturan asas.

15.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli kelab.

15.3 Ahli kelab yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 16 : TINDAKAN DISIPLIN

12
16.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

16.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut.

16.2.1 Amaran lisan

16.2.2 Amaran bertlis

16.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 17 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

17.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

17.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

17.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Guru Besar.

PERATURAN 18 : PEMBUBARAN

18.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh


Pendaftaran persatuan secara bertulis.

18.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng


daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

PERATURAN 19 : HAL LAIN-LAIN

19.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap aktiviti


yang dijalankan.
19.2 Ahli kelab hendaklah peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

13
14
PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Bahasa Isyarat” tidak lain dan tidak bukan hanyalah
bertujuan untuk mendatangkan manfaat dan kelebihan kepada para pelajar Sekolah
Kebangsaan Daeng Andika. Kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam diri pelajar
mampu membentuk dan melatih diri pelajar untuk menjadi seorang yang berkemahiran dan
sempurna dalam pelbagai aspek kehidupan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan
sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak disia-siakan begitu
sahaja.

Sekian, terima kasih.

15
Disediakan oleh,

...........................................

NOORUL EFFAH BINTI RAZID

Guru Penasihat Kelab Bahasa Isyarat

Sek. Keb. Daeng Andika

Tarikh: ...............................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................ ..............................................

MAZLAN BIN OTMAN AHMAD MARWAN BIN YASIN

GPK Kokurikulum Guru Besar

Sek. Keb. Daeng Andika Sek. Keb. Daeng Andika

Tarikh: ............................... Tarikh: ..................................

16

You might also like