You are on page 1of 53

PJM 3112 – PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK:
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN –
KENALPASTI BAKAT, PEMBANGUNAN ATLET

UNIT: PISMP SAINS SEMESTER 5

NAMA AHLI KUMPULAN:


LILIAN CHIN LI LIAN
NOOR FATINAH BINTI RUSLI
MERRY LU LEE AI
Program Pembangunan Sukan
• Program melibatkan kegiatan sukan
merupakan sebahagian daripada aktiviti
kehidupan masyarakat.

• Aktiviti sukan memberikan kesempatan


kepada ahli-ahli sukan dan masyarakat untuk
mengenal dan mengintegrasikan secara praktik
pengetahuan yang dipelajari mereka melalui
aktiviti amali sukan.
TUJUAN
• Melaksanakan program pembangunan sukan dari peringkat
akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah.
• Mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan
secara berterusan dalam jangka masa panjang.
• Melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk
mewakili Negeri dalam kejohanan SUKMA dan seterusnya
mewakili negara.
• Melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta
lebih efisen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
• Memantau perlaksanaan program latihan yang dijalankan di
setiap pusat latihan.
Kenal pasti Pembanguna
bakat n atlet

Program
Pembangunan
Sukan
Kenal Pasti Bakat
Definisi
• Menurut Peltola Thomson dan Beavis (1992),
identifikasi bakat merupakan satu proses
menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai
sukan yang mereka suka dan boleh memberi
kejayaan berdasarkan keputusan parameter
ujian yang dipilih. Parameter ini direka untuk
meramalkan kemampuan pencapaian kanak-
kanak mengikut tahap kecergasan dan
kematangan pada masa sekarang.
• Menurut Deboran Hoare (2000), identifikasi
bakat (TID) merupakan satu proses
penyaringan kanak-kanak dan remaja dengan
menggunakan ujian fizikal, psikologikal dan
ciri-ciri kemahiran untuk mengenal pasti atau
identifikasi mereka yang berpotensi bagi
menjayakan sukan yang tertentu .
Kenal pasti bakat (Talent Identification
Device (TID))
• Matlamat: mencungkil bakat-bakat muda yang
berpotensi untuk diberikan latihan untuk program di
bahagian pembangunan atlet.
• Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili
negara dalam sukan.
• Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu:
– Mengadakan program khas yang diadakan di pusat-
pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia.
– Pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di
peringkat daerah (MSSD), negeri (MSSN) dan
antarabangsa (MSSM).
• Atlet-atlet yang berjaya dalam pemilihan peringkat
kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu
Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan
Bukit Jalil.
• Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat
umur 12 tahun.
• Jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih
pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara
antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak
baik.
• Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan
mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang
lemah dan menghapuskan peluang pemain untuk
terus maju.
in
aai
at
a
h
n
o
u
d
l,a
Sumber-sumber Ahli Berbakat
ae
m
n
eh
Jn
h
as
gsib
u
ae
ad
kn
p
sta
aeta
n
kr
in
att
i
n
K
eu
te
m
Sr
p
p
eu
ark
p
tejta
raan
gan
n
n
,u
Tr
d
ia
Pemilihan Berstruktur
Pemilihan Berstruktur -
satu pelan dirancang untuk menentukan
peraturan pemilihan pemain dijalankan secara
adil dan hanya pemain yang sesuai dipilih.

Pemilihan Objektif Pemilihan Subjektif


Pemilihan Objektif
• Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet dinilai.
 Contoh: sukan badminton  kemahiran asas yang
dinilai adalah seperti membuat servis, pukulan,
pergerakan di gelanggang dan lain-lain.
• Komponen kecergasan atlet diuji supaya jurulatih dapat
mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih.
 komponen kecergasan: daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, komposisi badan
• Kesesuaian atlet untuk bermain dalam permainan individu
atau berpasukan.
 Permainan berpasukan memerlukan tahap
penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan
sepasukannya.
Pemilihan Subjektif
• Bergantung pada penilaian peribadi jurulatih terhadap
seorang atlet.
– Pemerhatian terhadap sifat atlet: sanggup
berkorban untuk mencapai kejayaan, berdisiplin,
dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat, gigih,
mudah menyesuaikan diri  memberikan
gambaran subjektif yang menyeluruh kepada
jurulatih.

• Jurulatih melihat rekod peribadi atlet atau


mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan
yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat
tambahan.
Identifikasi Bakat
Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap
kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu

Faktor Prestasi
• Struktur Tubuh Badan
• Tindak Balas dan Koordinasi
• Kestabilan
• Kekuatan dan Kuasa
• Kelajuan
• Ketangkasan
• Daya Tahan
• Kelembutan
• Mental
Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi

(1) (a) Ketinggian semasa berdiri


Struktur Ukuran jarak dari lantai ke bahagian paling atas kepala
Tubuh semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki.
Badan Contoh:
(a) Atlet bola keranjang memerlukan ketinggian.
(b) Atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan
sekirannya rendah.

(b) Ketinggian semasa duduk


Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala
semasa posisi duduk melunjur. 
Contoh:
(a) atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang.
(b) acara angkat berat mendapat kelebihan sekiranya
berbadan rendah.
(c) Panjang depa
Jarak depa dari hujung jari kanan ke hujung jari tangan kiri
dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu.
Contoh:
(a) atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.
(b) atlet renang dan peninju memerlukan depa yang
panjang.

(d) Jisim badan


Ukuran berat badan dalam kg dengan berpakaian sukan
lengkap tanpa beralas kaki.
Contoh:
(a) berat badan yang ringan sesuai untuk atlet lumba
basikal dan atlet acara larian.
Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(2) (a) Masa tindak balas
Tindak Tempoh yang diambil untuk bertindak atau
Balas dan memulakan pergerakan setelah sesuatu
Koordinasi rangsangan.

(b) Keupayaan membaling


(c) Keupayaan menangkap
Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(3) (a) Dirian bangau
Kestabilan

(b) Pusingan bangau


Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi

(4) (a) Balingan bola


Kekuatan
dan Kuasa (b) Balingan beban (peluru 3kg)
(c) Lompatan jauh berdiri

(d) Bangun tubi


Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi

(5) (a) Lari pecut 40m


Kelajuan
Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(6) (a) Ujian Keanjalan Heksagon (ujian lompatan)
Ketangkasan

Menilai ketangkasan dan koordinasi


Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(7) (a) Lari ulang-alik (10m)
Daya Tahan

(b) Tekan tubi

(c) Larian 800m


Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(8) (a) Jangkauan melunjur
Kelembutan

(b) Ekstensi belakang


Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan
Prestasi
(9) (a) Inventori Eysenck’s Personality
Mental - soal selidik untuk menilai personaliti seseorang.

Extraverts sifat-sifat optimis seperti suka bercakap, mudah


stabil bergaul, ceria, riang, mempunyai sifat
kepimpinan.

Extraverts sifat-sifat mudah tersinggung seperti sensitif,


tidak stabil resah, tidak bertanggungjawab.

Introverts sifat-sifat yang bersikap dingin seperti tenang,


stabil boleh dipercayai, terkawal, tenang, bijaksana,
berhati-hati, pasif

Introverts kualiti pilu seperti tenang, tenang, tegar, cemas,


tidak stabil muram
PEMBANGUNAN
ATLET
Definisi
• “Atlet merupakan individu yang terlibat secara
langsung dalam bidang sukan” (Jasiman bin
Ahmad)
• Pembangunan atlet adalah ciri-ciri yang perlu
ada pada seorang atlet antaranya:
Berdisiplin Semangat berpasukan
Bersemangat Bertimbang rasa
Peribadi mulia Tidak menyerah kalah
Peranan Majlis Sukan Negara
Aktiviti Utama Majlis Sukan Negara:

-      Program Pembangunan Atlet


-      Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
-      Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
-      Pengurusan dan Kepagawaian Sukan
-      Kemudahan Sukan
-      Skim Penggalakkan dan Anugerah Sukan
-      Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan
Atlet & Jurulatih

1) Elit
Atlet bertaraf dunia dilahirkan berorientasikan pencapaian prestasi cemerlang di temasya-
temasya peringkat antarabangsa iaitu Sukan SEA, Komanwel, Asia & Olimpik serta
kejohanan-kejohanan individu.
2) Pelapis
Majlis telah melaksanakan program latihan yang lebih bersistematik dan tersusun di setiap
peringkat bagi melahirkan atlet yang mampu menggalas cabaran di kejohanan peringkat
tertinggi.
3) Paralimpik
Sukan berbentuk kompetetif untuk golongan OKU dipertandingkan di setiap temasya sukan
utama dunia iaitu Sukan Paralimpik, Kejohanan-Kejohanan Dunia dan Asia.
4) Jurulatih
Pelbagai Skim Pelesenan dan Persijilan telah dilaksanakan bagi memastikan jurulatih dapat
menikmati imbuhan yang ditawarkan.
Pembangunan Atlet : Program Latihan Sukan peringkat
Tertinggi
Pembangunan Atlet : Program Latihan Sukan peringkat
Tertinggi
Pembangunan Atlet : Sifat-sifat Ahli Sukan Yang Berjaya

Mempunyai motivasi dan Sentiasa bersedia


keazaman yang kuat untuk bekerja dengan keras dan
mencapai kejayaan yang gigih dalam mencapai
cemerlang. kejayaan.

Perlu mengadakan Perlu diberikan galakkan


program dalam mengenal untuk mencungkil dan
pasti ahli-ahli sukan yang mengasah bakat mereka
berbakat besar. sepenuhnya.

Menumpukan perhatian
Bantuan dan sokongan bagi ahli-ahli sukan
Untuk memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang sukan, seseorang
atlet perlulah mewujudkan sistem sokongan yang kuat. Mereka memerlukan
latihan yang mencukupi dan dapat digunakan dengan sempurna. Antara
kemudahan yang diperlukan ialah:
Kebenaran majikan untuk melakukan latihan. Masa yang mencukupi
diperlukan untuk mengikuti program latihan melebihi 3 jam sehari, 7
jam seminggu.

Perlu mengikuti latihan sehingga berminggu-minggu secara berterusan.

Perlu mendapatkan kemudahan perubatan dan sokongan fisioterapi


apabila diperlukan.

Memerlukan galakan dan dapat mewujudkan suasana persekitaran


latihan yang positif.
Latihan kemahiran psikologikal (LKP)

• LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau


psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten
(Weinberg dan gould, 1999).
• Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan,
terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan
kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi
seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya.
• Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya
terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya ,
kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95%
terhadap peningkatan prestasi sukan.
Pemakanan atlet

• Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh


tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan.
• Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor
latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya,
jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan
berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya
terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat
persiapan menjalani latihan.
• Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat
membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan
dan tahap kesihatan yang baik.
Makanan sebelum pertandingan

• Atlit yang menceburi acara marathon,


berbasikal jarak jauh, mendayung memerlukan
bekalan karbohidrat yang lebih tinggi. Bekalan
tersebut biasanya disimpan di otot dan hati.
• Amalkan makanan yang mengandungi
karbohidrat kerana ia lebih mudah dan cepat
dihadam daripada makanan yang
mengandungi lemak.
• Seseorang atlit harus sekurang-kurangnya
makan 2 – 3 jam sebelum sesuatu
pertandingan. Ini membolehkan makanan
dihadam dan perut tidak rasa penuh. Pada
masa yang sama, atlit juga tidak harus rasa
terlalu lapar sebelum pertandingan.
Pemakanan semasa pertandingan
• Jangkamasa pertandingan yang lama akan
mengakibatkan kehilangan air dan sesetengah
mineral melalui proses perpeluhan
• Meminum air yang banyak adalah pendekatan
yang wajar kepada atlit tersebut. Air sejuk
adalah diutamakan kerana ia memudahkan
penyerapan berlaku di organ penghadaman.
Pemakanan selepas pertandingan
• Acara-acara yang mempunyai masa rehat yang
cukup (selepas 3 jam atau pada hari
berikutnya) atlit harus memberi tumpuan
kepada pemakanan yang dapat membekalkan
tenaga untuk menggantikan tenaga yang telah
digunakan. Makanan berkarbohidrat dalam
bentuk cecair adalah sesuai untuk mereka.
Tokokon Karbohidrat
• Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus djalankan selama seminggu
sebelum hari pertandingan. Pengurangan volum dan intensiti latihan sekurang-
kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan
sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit
tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu:

·Fasa 1: Hari 1 – 2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat norma

·Fasa 2: Hari 3 – 5 : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat ( 70
%)

·Fasa 3: Hari ke – 6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti
biasa.
Sahsiah

• Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu


elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited
terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya.
• Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan
sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan
berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak,
hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat
menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap
atlet.
• Antara tokoh atlet yang berjaya Dato Lee Chong Wei dan Dato
Nicol Ann David.
Bantuan kewangan

DANA

Semua pentadbir sukan menyedari hakikat bahawa mereka perlu


mengadakan pengumpulan dana. Dengan itu, mereka akan dapat
mengadakan latihan dan menganjurkan pertandingan. Semuanya itu
merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka.

 dana diperlukan untuk membiayai perbelanjaan perjalanan dan juga


pertandingan.
Peruntukan kewangan juga diperlukan untuk membayar perbelanjaan
latihan dan sara hidup.
Membiayai kos pelajaran ahli-ahli sukan.
Tabungan kewangan diperlukan untuk membiayai kerja lebih masa.
Ahli-ahli sukan memerlukan perbelanjaan untuk mengadakan latihan
kejurulatihan dan bagi mendapatkan kemudahan.
Bantuan pentadbiran
SOKONGAN
Untuk melaksanakan program latihan dan pertandingan yang teratur, mesti
ada perancangan yang tersusun. Jurulatih perlu menjalankan kerja-kerja
kejurulatihan, manakala ahli-ahli sukan mengikuti kursus latihan.

 Pengurusan harus dilakukan oleh pentadbir sukan. Sokongan


pentadbiran adalah dalam bentuk surat-menyurat, mengatur
perjalanan pegawai, jurulatih dan ahli-ahli sukan.

 Mereka juga mengendalikan program pengumpulan dana dan


mengaturkan kemudahan dan peralatan latihan.

 Dalam urusan mereka juga adalah untuk menghubungi media


massa, kerja penggalakan sukan dan mengaturkan mesyuarat.

 Pentadbir sukan harus menyedari hakikat bahawa tumpuan


mereka adalah aktiviti ahli-ahli sukan dan jurulatih.
PERTANDINGAN

 Diadakan mengikut peringkat dan kekerapan yang sesuai.

Persatuan sukan mustahak mengadakan pertandingan bagi


perkembangan dan pembangunan sukan.

Dengan pertandingan selalunya diadakan latihan sebelumnya dan


ini merupakan motivasi bagi latihan harian.

Pertandingan juga memberi banyak ujian dan cabaran. Faktor-


faktor seperti kemahiran, motivasi dan strategi diuji secara
serentak.

Penilaian yang teliti yang dilakukan hasil daripada pertandingan itu


membolehkan jurulatih mengesan kekurangan, kelemahan dan
kekuatan ahli-ahli sukan mereka.
GALAKAN AHLI SUKAN YANG BERBAKAT

 Ahli-ahli sukan yang berbakat juga diberi biasiswa untuk melanjutkan


pelajaran mereka di menara gading.

 Mereka yang cemerlang dalam bidang sukan juga ditawarkan di pusat


pengajian tinggi sekiranya pencapaian akademik mereka memuaskan dan
baik.

 Mereka yang menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa diberi


kemudahan perjalanan, penginapan, makan minum, perubatan dan
peralatan sukan percuma.

Mereka yang berbakat diberi latihan di luar negara.

Penghormatan dalam bentuk pingat, surat penghargaan diberi kepada


ahli sukan yang berbakat.

Ahli sukan yang mengharumkan negara dalam bidang sukan diberi


gelaran seperti Olahragawan dan Olahragawati Negara.
Pembangunan Atlet : Kemudahan dan Peralatan Sukan.

• Kenal pasti kekurangan kemudahan dan peralatan juga


merupakan faktor utama dalam membataskan
perkembangan dan pembangunan sukan.

BATASAN
2. Sifat-sifat ahli
1. Program latihan sukan yang berjaya.
sukan peringkat 3. Kemudahan dan
tinggi. peralatan sukan.

8. Galakan ahli-ahli
sukan yang berbakat PEMBANGUNAN 4. Bantuan dan
ATLET. sokongan bagi ahli-
ahli sukan.

7. Pentadbiran.
5. Bantuan
kewangan.
6. Bantuan
pentadbiran.
Soalan
1. Apakah matlamat bagi program kenal pasti
bakat (Talent Identification Device (TID))?
2. Nyatakan dua cara yang digunakan dalam
program kenal pasti bakat.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan
berstruktur?
Sumber Rujukan
Hilmi bin Ahmad. (2011). Sains Sukan: Identifikasi Bakat (TID).
http://hilmiahmad.blogspot.com/2011/08/sains-sukan-iden
tifikasi-bakat-tid_14.html
. Dilayari pada 22 Januari 2014.
Kementerian Belia dan Sukan
http://www.kbs.gov.my/index.php/bm Dilayari pada 27 Januari
2014
Majlis Sukan Negara
http://www.nsc.gov.my/portal/ Dilayari pada 27 Januari 2014
Pemakanan Atlet
http://sportinspirations.blogspot.com/ Dilayari pada 27
Januari 2014
• Peranan msn
http://sainssukan72.blogspot.com/2009/09/m
ajlis-sukan-negara-msn-majlis-sukan.html
• Pemakanan Atlet
http://mamatmatchel.wordpress.com/sport-educa
tion/pemakanan-sukan/
Dilayari pada 27 Januari 2014
MAJULAH SUKAN UNTUK
NEGARA

SEKIAN , TERIMA KASIH =)

You might also like