You are on page 1of 6

八打灵培才国民型华文学校家长教师协会

PIBG SJK( C ) PUAY CHAI


SS2/54, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-78744363 Fax: 0378770677
SJKC/PC/100-7/1/7(36)
20 September 2019

ADUN Kampung Tunku


YB Lim Yi Wei
No 24, Jalan 20/9,
Taman Paramount,
46300 Petaling Jaya,
Selangor.

Puan,

Permohonan Peruntukan Penyelenggaraan dan Baik Pulih Trek Larian

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin membuat permohonan peruntukan


untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih trek sekolah yang berlubang dan
lekak-lekuk di samping memperpanjang bahagian yang belum disediakan trek larian
yang lengkap.

2. Kerosakan trek larian yang berlubang dan semakin nipis akan membawa
kepada masalah keselamatan murid-murid semasa menjalani aktiviti dan sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap pihak Y.B dapat meluluskan


permohonan peruntukan bagi menampung perbelanjaan untuk kerja baik pulih
bahagian trek yang berlubang dan memperpanjang bahagian padang yang belum
disediakan dengan terk larian yang lengkap.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan ribuan
terima kasih. Sekian untuk makluman pihak tuan. Terima kasih.

Disediakan oleh,

——————————
(CHANG YUN FAH)
YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SJK(C) Puay Chai
Petaling Jaya.
SJK ( C ) PUAY CHAI
SS2, PETALING JAYA
培才国民型华文学校

KERTAS KERJA
1. MENYELENGGARA DAN MEMBAIKI TREK
SINTETIK
KERTAS KERJA MEMBAIKI TREK SINTETIK
SJK (C) PUAY CHAI
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan


kewangan untuk baik pulih trek sintetik yang rosak dan berlubang serta
memperpanjang trek larian di sekolah.

2.0 PENGENALAN

Padang merupakan sebahagian daripada kawasan yang digunakan untuk proses


pengajaran dan pengajaran. Pembelajaran dalam situasi yang sebenar terutama
pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memudahkan objektif
pembelajaran tercapai. Oleh itu, salah satu komponen penting, iaitu trek di kawasan
padang turut dipentingkan demi aspek keselamatan. Keadaan trek yang baik membantu
dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru di samping juga meningkatkan
kualiti sukan sekolah.

Trek sintetik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai telah lama digunakan.
Keusangan trek larian tersebut jelas terlihat kerana masalahnya berlubang, lekak-lekuk
dan semakin nipis. Kerosakkan trek larian tersebut menyukarkan murid-murid dan
guru untuk menjalankan sesi latihan olahraga.

Di samping itu, trek larian yang semakin nipis turut membawa kepada masalah
keselamatan warga sekolah. Hal ini kerana trek larian penting untuk mengelakkan
kecederaan jika terjatuh apabila menjalani kelas Pendidikan Jasmani atau latihan
olahraga. Memandangkan trek larian yang sedia ada di sekolah tidak lengkap dan perlu
dinaikkan taraf melalui kerja memanjangkan trek mengelilingi padang sekolah.
Tindakan tersebut penting untuk menyediakan kawasan latihan yang lengkap untuk
tujuan pertandingan sukan dan olahraga.

Oleh itu, penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan tersebut memerlukan


pembaikkan segera.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Membaiki dan memperbaharui trek larian yang berlubang.


3.2 Menaik taraf bahagian trek yang belum dilengkapi
3.3 Menyediakan ruang aktiviti murid yang konduksif dan selamat.
3.4 Mencapai tahap sekolah yang berada dalam status sekolah selamat untuk murid
serta selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

4.0 SASARAN

4.1 Trek yang mengalami kerosakan seperti di bawah:


a) Trek larian yang berlubang ( rujuk Lampiran 1 )
b) Bahagian yang belum dilengkapi trek (rujuk Lampiran 2)
Lampiran 1

** Trek yang sudah berlubang dan lekak-lekuk.


Lampiran 2

** Bahagian yang belum dilengkapi trek larian.

You might also like