You are on page 1of 1

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR), yang telah disemak semula, akan dilaksanakan pada 2017.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif berkenaan terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif berkenaan terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Selaras dengan itu, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan telah merombak


peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah bagi meningkatkan
secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi.
Selain itu, katanya, murid yang memerlukan bimbingan tambahan telah dan akan
terus mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi
menjamin kejayaan mereka di sekolah.
"Guru berkualiti dan kepimpinan berprestasi tinggi juga ditempatkan di sekolah bagi
memastikan murid di seluruh negara dibangunkan secara holistik selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai isu pendidikan mewarnai 2016 yang
merangkumi soal baik pulih sekolah hingga kepada isu pentaksiran antarabangsa
yang mendapat perhatian ramai.
"Saya berterima kasih atas komen, kritikan dan cadangan mengenai pendidikan
negara. Saya berpandangan bahawa sebarang komen yang dibuat, walaupun agak
keras, adalah hasil keprihatinan semua pihak yang begitu mementingkan pendidikan
berkualiti untuk anak-anak kita," kata beliau. -- Bernama

You might also like