You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF

PRASARANA

1. TAJUK

KERTAS CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF PRASARANA


MELANTAI SEMULA KAKI LIMA BANGUNAN DAN KELAS YANG TELAH ROSAK /
PECAH / LICIN

2. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang atau nama ringkasnya SK Seri Kepayang,


merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Bandaraya Ipoh iaitu di Fair Park
dan berdekatan dengan PPD Kinta Utara. Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang
memiliki 98 pelajar lelaki dan 110 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan
murid seramai 208 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru. Sekolah ini mempunyai
dua buah bangunan iaitu blok A (baru) dan blok B (lama). Bangunan lama usianya telah
lebih 60 tahun dan bangunan baru berusia lebih 30 tahun. Disebabkan faktor usia banyak
yang perlu dibaik pulih dan diganti terutamanya lantai disepanjang kaki lima tingkat
bawah, tingkat 1 dan tingkat 2, serta melantai semula lantai-lantai bilik darjah yang pecah
dan licin.

3. OBJEKTIF PROJEK

3.1 Membolehkan murid-murid belajar dengan suasana yang kondusif.


3.2 Mengelakkan kemalangan di dalam bilik darjah disebabkan lantai kelas yang ‘licin’
3.3 Menjadikan bilik darjah dan sekolah kawasan selamat bagi semua warganya.

4. SKOP PROJEK

4.1 Melantai dan memasang tiles kaki lima tingkat bawah blok A.
4.2 Melantai semula kaki lima tingkat 1, dan tingkat 2 blok A.
4.3 Melantai semula semua bilik darjah di blok A.
5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

5.1 Melantai dan memasang tiles dikaki lima tingkat bawah blok A akan mencantikkan
lagi pemandangan awal tetamu serta ibu bapa yang hadir kesekolah.
5.2 Melantai semula kaki lima tingkat 1, dan tingkat 2 blok A akan dapat mengelakkan
murid terjatuh disebabkan lantai licin terutamanya ketika selepas hujan.
5.3 Melantai semula semua bilik darjah blok A akan dapat mengelakkan murid tercedera
kerana terjatuh didalam bilik darjah, ia juga akan menceriakan suasana bilik darjah
dan akan menarik minat murid untuk belajar.
5.4 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid supaya
dapat belajar dalam suasana kondusif.

6. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk :

6.1 Membuktikan bahawa kementerian sentiasa prihatin dan serius terhadap keselesaan
dan keselamatan guru dan murid.
6.2 Meningkatkan tahap kecerian sekolah dan bilik-bilik darjah.
6.3 Meningkatkan lagi kepercayaan ibu bapa tentang tahap keselamatan dan keselesaan
sekolah untuk anak-anak mereka

7. IMPLIKASI SEKIRANYANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

7.1 Pihak sekolah tidak dapat menjamin keselamatan murid di luar bilik darjah dan di
dalam bilik darjah.
7.2 Ia akan menyebabkan murid kurang berminat untuk datang ke sekolah kerana suasana
sekolah dan bilik darjah untuk menarik minat murid untuk datang ke sekolah dan
belajar di dalam bilik darjah.
7.3 Juga matlamat KPM menjadikan sekolah selamat tidak tercapai.
8. GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Gambar Kaki Lima Aras Bawah Blok A Yang Rosak/Pecah/Licin


Gambar Kaki Lima Tingkat Satu Blok A Yang Rosak/Pecah/Licin

Gambar Kaki Lima Tingkat Dua Blok A Yang Rosak/Pecah/Licin


Gambar Bilik- bilik Darjah Blok A Yang Rosak/Pecah/Licin

You might also like