You are on page 1of 6

Pusat Sumber SMK Sultanah Bahiyah

Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar. Kedah

KERTAS KERJA

PENYEDIAAN STUDIO HIJAU


SMK SULTANAH BAHIYAH

PUSAT SUMBER

1
SMK SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH
_____________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PENYEDIAAN STUDIO HIJAU SMK SULTANAH BAHIYAH.

1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah pusat ilmu yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan yang dapat membantu proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sehubungan dengan
itu, infrastruktur fizikal PSS perlu selari dengan keperluan dan kehendak pelajar supaya penggunaan
mencapai tahap optimum. Keperluan fizikal ke arah Pusat Sumber abad ke 21 yang lengkap amat
diperlukan. Selaras dengan norma baharu dalam proses pembelajaran, maka sebuah studio hijau
perlu diwujudkan demi kemudahan warga sekolah.

2.0 RASIONAL
PSS SMK Sultanah Bahiyah telah memenangi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Kedah 2020 dan Naib
Johan PSS Cemerlang Kebangsaan 2020. Sehubungan dengan itu, gerak kerja pembangunan PSS
perlu selaras dengan keperluan instrumen Penilaian PSS Cemerlang Kebangsaan dan Buku Panduan
PSS Abad ke 21. Namun begitu, dalam senario pendidikan digital yang semakin berkembang pesat
selaras dengan norma baharu, pihak sekolah masih tidak mempunyai studio hijau.

Studio hijau amat diperlukan bagi proses rakaman pendidikan, pelaksanaan webinar, aktiviti
kokurikulum atas talian malah yang paling penting aktiviti PdPc digital. Pihak sekolah mempunyai
saluran “Bahiyah TV” namun tidak mempunyai studio khas. Oleh itu, kertas kerja ini dikemukakan
untuk mendapat pertimbangan dan sumbangan kewangan bagi memenuhi hasrat mewujudkan
sebuah studio hijau di sekolah.

3.0 MATLAMAT
Menyediakan kemudahan fizikal selaras dengan konsep PSS Abad ke 21.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyediakan studio hijau bagi memenuhi struktur fizikal PSS abad ke 21.
4.2 Memberi pendedahan kepada warga sekolah melaksanakan PdPc dalam talian secara rakaman
maupun secara langsung (live streaming).
4.3 Mempelbagaikan fungsi dan aktiviti sekolah dalam talian.
4.4 Membolehkan PSS berfungsi dengan lebih berkesan dalam norma baharu.
4.5 Membantu penyediaan kemudahan sekolah yang dapat memberi impak kepada kemenjadian
murid.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Noor Ashikin bt Yusoff


Pengetua SMK Sultanah Bahiyah

Naib Pengerusi 1 : Pn. Yunizah bt Muda

2
Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Sultanah Bahiyah

Naib Pengerusi 2 : Pn. Hamidah bt. Aziz


Penolong Kanan HEM SMK. Sultanah Bahiyah

Pn. Noraini bt Othman.


Penolong Kanan Kokurikulum SMK. Sultanah Bahiyah

Penyelaras : Pn. Wan Farahuna bt Wan Othman


Guru Kanan Bahasa SMK. Sultanah Bahiyah

Pen. Penyelaras Pn. Suhaida bt Samsuddin


Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Setiausaha : Dr. Zuridah Hanim bt Md. Akhir


GPM Cemerlang SMK. Sultanah Bahiyah

AJK Kerja : Pn. Junaini bt Othman


Pn. Shariffa Nurul Syamimi bt Mohamed Nazir
Cik Noraziah bt Md. Isa
En. Saiful Adli b. Soid

6.0 PELAN TINDAKAN

6.1 Tarikh : Mulai 18 Februari – 18 Mac 2021


6.2 Tempat : PSS SMK Sultanah Bahiyah
6.3 Tindakan :

BIL AKTIVITI TARIKH/ TEMPOH


1. Menyediakan kertas kerja permohonan 1 Februari 2021
2. Ubah suai kabin menjadi studio 8 hingga 20 Februari 2020
3. Melengkapkan studio dengan peralatan 15 hingga 22 Februari 2020

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Bil Perkara Kos JUMLAH
1 Kain Hijau RM4.00 x 10m RM 40.00
2 Tripod RM 100 X 1 RM 100.00
3 Fotography Lighting (Lampu Studio) RM 350.00 (1 SET) RM350.00
4 Golive Mic RM 220.00 X 1 RM220.00
5 Stream HD Webcam Skype RM450.00 x 1 RM450.00
6 LED (24 w) RM25 x 2 RM50.00
7 LED panjang RM18 x 2 RM 36.00
8 B525 Moderm 4G Router Unlimited WiFi RM600.00 x 1 RM600.00
Hotspot
Kos keseluruhan
RM1,846.00

3
8.0 IMPAK PROGRAM

Cadangan Hasil Impak


Menyediakan ruang Studio berwarna hijau Satu studio rakaman
Menyediakan tempat PdPc abad Ruang terbaru yang menarik Selari dengan PdPc norma
ke 21 baharu

Menyediakan kemudahan Kerjasama guru PSS Menggalakkan warga


kepada warga sekolah membuat menyiapkan studio hijau sekolah menggunakan studio
rakaman

9.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan dalam menjadikan PSS nadi sekolah dan selaras pembelajaran abad ke 21.

Disediakan oleh Disemak oleh

(ZURIDAH HANIM BT MD. AKHIR) (WAN FARAHUNA BT WAN OTHMAN)


GPM Cemerlang Guru Kanan Bahasa
SMK Sultanah Bahiyah SMK Sultanah Bahiyah

Disahkan oleh

(NOOR ASHIKIN BT YUSOFF)


Pengetua
SMK Sultanah Bahiyah

ULASAN PN. PENGETUA

4
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………

Tarikh :

5
6

You might also like