You are on page 1of 1

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),

Sekolah Kebangsaan St. Mary Labuk(M),


Peti Surat 2906,
90732, Sandakan, Tel./ Faks: 089-211630
Sabah. email : skstmarylabuk@gmail.com
__________________________________________________________________________________
Ruj.:XCA2043/800-6-007/2021(003)
Tarikh: 6 OKTOBER 2021

Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga
Semua Pentadbir & Guru
Semua AJK PIBG Sesi 2020-2022
SK St Mary Labuk

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan St.Mary Labuk menjemput tuan/puan untuk
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2021 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)


Masa : 8.00 - 11.30 pagi
Tempat : Secara dalam talian ( Aplikasi Google Meet)

03. Berdasarkan surat daripada Jabatan Negeri Sabah rujukan JPNSBH.SPS.100-


8/1/1(41) bertarikh 03 Ogos 2021 dan KPM.100-1/3/2 Jld. 4 (2) bertarikh 02 Ogos 2021
menyatakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 22 Julai 2021 telah mengeluarkan SOP
yang membenarkan mesyuarat pertubuhan berdaftar dilaksanakan dalam talian bagi negeri
yang berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (FPN).

04. Kehadiran tuan/puan adalah wajib dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………..
(TN.HJ.LOKMAN BIN DATUK HJ.MADLIS)
YDP,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
S.K.St.Mary Labuk(M).

s.k Fail

You might also like