You are on page 1of 1

தேசிய வகை கிளன்மேரி தமிழ்ப்பள்ளி

SJK TAMIL GLENMARIE, SHAH ALAM.


Jalan Subang, Batu Tiga, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BBD8462 Tel : 03-78472150 Email: bbd8462@btpnsel.edu.my
_____________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SJK700-3/1/2(2)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 12.01.2021

Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid-murid
Tahun 1 sesi 2021

Tuan,

MAKLUMAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN SATU (1) BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN
2021.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara dimatas.

2. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa , Ibu bapa bersama anak-anak Prasekolah dan Tahun Satu 2021 dijemput
untuk menyertai Taklimat Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah secara maya bagi mengetahui informasi berkaitan
sesi persekolahan 2021, pelaksanaan kurikulum dan juga program-program sekolah.

3. Maklumat penting mengenai buku teks, dokumen yang perlu disediakan serta keperluan-keperluan lain turut akan
dibentangkan untuk makluman. Ibu bapa juga dijemput untuk berinteraksi semasa sesi ini melalui hantaran komen
bagi mendapatkan tambahan maklumat yang diingini. Hari Orientasi murid Tahun Satu (1) bagi sesi 2021 akan
diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Januari 2021 (Ahad)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (GOOGLE MEET)

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________
(TAMILCHELVI MANICKAM)
GURU BESAR
SJK T GLENMARIE, SHAH ALAM.

You might also like