You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA
78300 MASJID TANAH
MELAKA
1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana atau nama ringkasnya SK Sri


Laksamana, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan
Sri Laksamana, Masjid Tanah. Jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai
673 orang murid dan majoriti murid beragama Islam. Oleh yang demikian,
timbul keperluan untuk menyediakan sebuah surau yang dapat menampung
sekurang-kurangnya bilangan murid mengikut aliran dalam menjalankan
aktiviti Agama.
Buat masa sekarang, surau yang sedia ada tidak dapat menampung
jumlah murid yang ramai dalam satu-satu masa.Seringkali aktiviti keagamaan
seperti solat hajat yang melibatkan murid-murid Tahun 6 terpaksa diadakan di
kawasan gelanggang sekolah. Melihat kepada perlunya sebuah tempat
ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa
bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru di
dalam kawasan sekolah.Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan
sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan
menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi
tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah
ini.Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu
Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan
membina akhlak yang baik.
Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran
kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk untuk
merealisasikan hasrat tersebut. . Kertas kerja ini akan memberi maklumat
lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan. Sehubungan dengan itu,
dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan
Surau Baru SK Sri Laksamana berharap kepada sumbangan pihak-pihak
yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi
tercapainya cita-cita seluruh Warga sekolah SK Sri Laksamana ini.
2.0 OBJEKTIF
Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah sekolah SK Sri
Laksamana serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan
dengan selesa selaras dengan tuntutan agama Islam.

3.0 RASIONAL

1. Ketiadaan surau khas di dalam kawasan sekolah yang dapat menampung


bilangan murid yang ramai.
2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau baru untuk
menjalankan aktiviti keagamaan.
3. Keperluan pelajar yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang
sesuai, baik dan selesa.
4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan
lebih teratur

4.0 SPESIFIKASI BANGUNAN


Spesifikasi bangunan berpandukan dengan keluasan tapak pembinaan
dengan keluasan 2500 kaki persegi seperti pada Pelan Tapak serta bentuk
bangunan dicadangkan ialah Satu Tingkat seperti pada Pelan
CadanganTapak yang disertakan.
(Rujuk lampiran)
5.0 ANGGARAN KOS
Bagi melengkapkan sebuah bangunan Surau Satu Tingkat yang lengkap
dengan pendawaian elektrik, ruang solat utama lelaki, perempuan, serta
tempat wuduk lelaki, perempuan dan kelengkapan yang sewajarnya
dianggarkan kos terlibat sebanyak
RM254,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Empat Ribu Sahaja)

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)

1.
Persediaan tapak, jalan masuk, pintu pagar 15000.00

Struktur konkrit, lantai 65000.00


2.
Dinding batu bata 60000.00
3.
Struktur bumbung (metaldex) 50000.00
4.
Kemasan lantai 30000.00
5.
Siling (plaster ceiling) 10200.00
6.
Pintu dan tingkap 9800.00
7.
Tempat wuduk 6000.00
8.
Kelengkapan elektrik 8000.00
9.
JUMLAH 254,000.00

6.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau
Baru SK Sri Laksamana dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG) adalah melalui Sumbangan ADUN serta Ahli Parlimen Kawasan
Masjid Tanah, Sumbangan tokoh korporat dan orang perseorangan.
7.0 PENUTUP
Bagi memastikan pembinaan sebuah surau baru SK Sri Laksamana menjadi
kenyataan,sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan. Semoga
surau ini dapat dijadikan satu lagi wadah oleh guru-guru untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang,berakhlak mulia dan seterusnya mereka beroleh
keredhaan Allah SWT bagi menjamin kebaikan di dunia serta akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ __________________
(EMY BT OMAR )

You might also like