You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK KAMPONG JAWA JALAN RAJA NONG, 41000 KLANG PENDAFTARAN : No 891(SEL)

No. Tel : 03 33734348 No. Fax: 03 33722953

Rujukan : Bil ( ) dlm SMKKJ/07/01/001 Tarikh : 20.07.2009 Kepada, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E Seksyen 4, 40604 Shah Alam. (UP : Sektor Pengurusan Pembangunan) Melalui, Puan Pengetua, Puan Hajah Laila bt Ibrahim, Sek. Men. Keb Kampong Jawa, Jalan Raja Nong, 41000 Klang, Selangor. MEMOHON KELULUSAN MENGGUNAKAN TAPAK SURAU LAMA UNTUK MEMBINA BANGUNAN SURAU BARU Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, bahawa pihak sekolah bersama PIBG SMK Kampong Jawa, Klang memohon kelulusan dari pihak tuan. 2. Untuk makluman pihak tuan berikut adalah maklumat tentang projek pembinaan surau baru SMKKJ : 2.1 Nama Projek :Membina Surau Baru Di Atas Tapak Surau Lama 2.2 Anggaran Kos pembinaan : RM 300,000.00 2.3 Keluasan Surau baru : 43 x 60 persegi 2.4 Spekifikasi Struktur bangunan : Besi keseluruhan 2.5 Kapisiti : 300 -350 pelajar 2.6 Kemudahan asas : i. Dewan tempat solat lelaki dan perempuan ii. Bilik berwuduk lelaki dan perempuan, iii. Ruang Foyer

3. Ini bermakna kami PIBG dan warga SMKKJ akan sedaya-upaya berusaha untuk mendapatkan dana bagi membiayai kos pembinaan melalui kutipan derma daripada ibubapa, ahli korporat, individu, agensi kerajaan dan orang ramai. 4. Oleh yang demikian kami amat berharap pihak tuan meluluskan permohonan membina surau baru tersebut bagi membolehkan projek pembinaan surau dapat dimulakan mengikut jadual perancangan. Bersama surat ini disertakan sesalinan Kertas Kerja Pembinaan Surau Baru Di Atas Tapak Surau Lama bagi rujukan tuan. 6. Di atas sokongan dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Wassalam.

................................................ ( MUSTAFAR B MEON ) Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa, Klang

You might also like