You are on page 1of 5

PSS SK (FELDA) JENGKA 16

1.0 PENGENALAN
Pelajar masa kini merupakan aset yang penting untuk kemajuan Negara dan cermin
kepimpinan masa akan datang. Justeru, Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan salah
satu agen yang diharapkan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan selaras dengan keperluan pendidikan. Di


samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk
membantu proses PdPc berlaku dalam situasi yang selesa, kondusif, menarik dan mudah
difahami serta mencapai objektifnya.

Untuk mencapai tujuan itu, setiap sekolah perlu mempunyai sebuah pusat sumber
yang lengkap supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta bermanfaat kepada
semua pihak terutamanya para pelajar. Pelbagai maklumat terkini serta kemajuan teknologi
maklumat (ICT dalam PdPc / PdPR) dapat disalurkan kepada para pelajar. Hal ini dapat
memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menikmati dan
melalui pelbagai situasi PdPc yang menarik, serba canggih dan bermaklumat.

Sekiranya PSS berada dalam keadaan yang serba kekurangan, sudah tentu
objektifnya serta pengujudannya tidak dapat dicapai. Apa yang menyedihkan lagi
peranannya sebagai pembantu dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani dan jasmani, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan dan memberi sumbangan buah fikiran tidak lagi dilaksanakan.

2.0 MATLAMAT
Menambahbaik keadaan keadaan fizikal dan mutu perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah, dan menaiktaraf bilik yang sedia ada yang boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, kondusif, selesa dan berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
objektif proses PdPc selaras dengan kehendak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-
baiknya di samping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdPc.

1
PSS SK (FELDA) JENGKA 16

3.2 Menambah bilangan Audio Visual selaras dengan kemajuan teknologi


maklumat (ICT dalam PdPc) serta kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia supaya guru-guru dapat mewujudkan situasi dan teknik PdPc alaf
ke-21 (PAK21) yang pelbagai dan menarik.
3.3 Menambah bilangan bahan rujukan di perpustakaan dan perpustakaan mini
selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-
murid di sekolah.
3.4 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkualiti, mudah
digunakan, mudah disimpan, mesra pengguna, menarik, tahan lama serta
serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan pelajaran masa kini.
3.5 Menambah keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua guru dan murid-murid di
samping mewujudkan situasi PdPc yang pelbagai serta berlainan daripada
bilik darjah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru, AKP, semua murid, JK PIBG dan masyarakat Jengka 16.

5.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Rosni binti Ismmail (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Rosnizam binti Mohamad (PK Akademik)
Naib Pengerusi 1 : Pn.Paziah binti Singah (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Azizan bin Koming (PK Kokurikulum)
Penyelaras PSS : Pn. Hjh. Norlalili binti Halib
Bendahari : Pn. Siti Rohani binti Hj. Jamil (PT)
En. Mahamad Sukeran bin Awang (PIBG)

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


- Lihat lampiran 1

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


7.1 Pembangunan Fizikal Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Menaiktaraf, membaikpulih, menceriakan dan melengkapkan PSS.

2
PSS SK (FELDA) JENGKA 16

Bil. Perancangan & Material Anggaran Kos


1. Membina penghadang (divider partition) di Pusat RM5,000.00
Akses untuk membina 1 bilik Galeri Warisan Sena
secara bergotong-royong dan melengkapkan bilik
dengan rak buku, almari kaca, meja dan 1 set
komputer meja.
2. Membina penghadang (divider partition) di Bilik RM5,000.00
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk membina 1 bilik
Tayangan secara bergotong-royong dan
melengkapkannya dengan memasang karpet / tikar
getah, menyediakan 4 set kerusi dan meja murid,
menggantung TV, memasang langsir blind dan
meletakkan 1 set komputer meja.
3. Menaiktaraf Green Room (Studio Sena Channel) dan RM8,000.00
melengkapkan dengan 1 set komputer meja, 1
kamera digital, headphone, mikrofon kondensor dan
day light kit.
4. Menceriakan perpustakaan dengan mengecat RM1,000.00
bahagian dalam dan luar, meletakkan 1 set meja
kopi, menambah 3 set rak buku dan menghampar
karpet / tikar getah.
5. Mengecat dan menceriakan Pondok Ilmu dan Kiosk RM150.00
HIP.
6. Mengecat dan menceriakan Laluan Zaaba dan Wall RM150.00
of Fame.
7. Mengecat dan menceriakan landskap sekolah dan RM300.00
menanam pokok-pokok herba dan pokok bunga.
JUMLAH RM19,600.00

Jumlah keseluruhan yang diperlukan RM19,600.00 (Ringgit Malaysia:


Sembilan belas ribu dan enam ratus sahaja)

8.0 SUMBER KEWANGAN


8.1 Sumbangan PIBG.
8.2 Sumbangan Alumni SKJ 16.

3
PSS SK (FELDA) JENGKA 16

8.3 Sumbangan YB ADUN Jengka


8.4 Sumbangan orang perseorangan.

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Adalah diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan serta
tercapai objektifnya dalam tempoh 1 September hingga 30 Oktober 2021, dan PSS boleh
berfungsi dan digunakan semaksimanya apabila sesi persekolahan tahun 2021 secara
bersemuka bermula nanti.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Membuat dan membincangkan beberapa cadangan rancangan
pembangunan PSS bersama-sama Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa
Induk.
10.2 Membuat anggaran perbelanjaan yang diperlukan berdasarkan kos semasa.
10.3 Membentangkan kertas kerja “Projek Menaiktaraf PSS Sekolah” kepada
pihak pengurusan dalam sesi perbincangan.
10.4 Merancang aktiviti dan sasaran untuk mendapatkan sumber kewangan.
10.5 Membuat agihan tugas yang menyeluruh.
10.6 Melaksanakan aktiviti dan tindakan mengikut kesesuaian berdasarkan
perancangan yang telah dibuat.
10.7 Memantau pelaksanaan dari segi pengurusan dan kelancaran (terancang dan
berterusan)
10.8 Mengenalpasti masalah-masalah atau kekangan yang timbul daripada
perancangan yang telah, sedang atau belum dilaksanakan.
10.9 Mencari jalan penyelesaian dan membuat membuat persediaan bagi
mengatasi masalah dan sebarang kemungkinan yang timbul.
10.10 Menilai pelaksanaan program dari segi keutamaan, keperluan dan
keberkesanan.
10.11 Menyediakan laporan berkaitan aktiviti dan pelaksanaan program yang
dipantai atau dinilai.
10.12 Mengekal dan menambah baik perancangan yang telah dibuat.

10. PENUTUP
Besarlah harapan kami warga SK (FELDA) Jengka 16, agar kertas kerja ini
mendapat perhatian daripada semua pihak demi mencapai kecemerlangan akademik,
sahsiah, jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Kami juga ingin menikmati pembaharuan dan

4
PSS SK (FELDA) JENGKA 16

pembangunan yang dirancang supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan ke
arah kecemerlangan sekolah di era Pendidikan Alaf ke-21 ini.

Disediakan oleh;

………………………………………
(PN. HAJAH NORLALI BINTI HALIB)
Penyelaras PSS Sekolah.
SK (FELDA) Jengka 16.

Disemak oleh;

……………………………………
(PN. HAJAH ROSNIZAM BINTI MOHAMAD)
Penolang Kanan Pentadbiran.
SK (FELDA) Jengka 16.

Disahkan oleh;

…………………………………
(PN. ROSNI BINTI ISMMAIL)
Guru Besar,
SK (FELDA) Jengka 16.

You might also like