You are on page 1of 8

Biodata Ustaz Kazim Elias

LATAR BELAKANG
Nama penuh: Ustaz Mohhammad Kazim bin Elias
Anak yang: Tujuh dari 9 adik beradik
Tempat lahir: Kampung Paya, Batu Kurau, Daerah
Selama, Perak
Tarikh lahir: 28 November 1972
Nama bapa: Elias bin Che Mat
Nama ibu: Nazirah binti Ismail
Pekerjaan ibubapa: seorang guru agama

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok
Sajak, Batu Kurau Perak
Menyambung persekolahannya di Sekolah
Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout
1, Sungkai, Perak apabila ibunya ditukarkan ke
Sungkai.
Menyambung persekolahan menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung
Besout 1.
Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas
tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di
Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma
Tahfiz Al Quran.

KERJAYA DAN PENGALAMAN


Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al
Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula
mengajar sebagai guru tahfiz di Maahad Tahfiz Al Quran
Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun
1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk

menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga


Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga
pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan
dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga.
Namun walaupun dalam usianya yang muda itu,
pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau
mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan
melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk
menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada
tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan
Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala
Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.
Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun
1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah,
namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan
yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah
yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau
yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga

mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau


telah mula menjual produk-produk kesihatan dan
keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan
Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Ustaz
Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang
tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya
itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya
Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar
Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan
perjuangan Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah
menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah
lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat
Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005.

PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH

Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk


mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil
Ustaz Mohd Kazim telah mengambi inisiatif untuk

membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah


rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila
jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd
Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang
lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.
Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas
pengajian semakin bertambah dan bagi menampung
jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk
mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat
bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui
satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah
telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot
beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu
Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al
Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini
didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.
Kerja-kerja pecah tanah telah dibuat pada 2005 dan
Penaung Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu Dato' Kapt (B)
Haji Najimuddin bin Elias Al Hafiz telah merasmikan majlis
perletakan batu asas Pusat Pendidikan Al Barakah. Bagi
membangunkan fasa 1 pusat ini,bangunan seperti surau
dan pondok moden berjumlah sebanyak 52 buah telah
didirikan. Alhamdulillah pada 21 Oktober 2006, Majlis
Perasmian Pusat Pendidikan Al Barakah telah dibuat oleh
Yang Berhormat Menteri Besar Perak pada ketika itu, iaitu
YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali.
Semenjak itu Pusat Pendidikan Al Barakah terus
berkembang dengan pesat. daripada memiliki sebidang
tanah kini Pusat Pendidikan Al Barakah telah memiliki 6
bidang tanah yang terletak berhampiran di antara satu
sama lain. Kini dalam usia empat tahun Pusat Pendidikan
Al Barakah telah mempunyai kelas pengajian yang

dibahagikan kepada 3 iaitu pengajian dewasa, KAFA dan


Pengajian Tahfiz. Bagi Kelas Pengajian Dewasa sahaja,
jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 orang
dan Kelas Agama Albarakah (SRAR) pula mempunyai 400
orang murid bagi kelas sesi pagi dan petang.
Pusat Pendidikan Al Barakah kini telah membangun dan
mengubahsuai dewan besar sedia ada yang sekarang
boleh menampung lebih dari 400 orang di mana kelas
pengajian dewasa dijalankan, surau yang boleh
memuatkan 300 orang jemaah dalam satu-satu masa,
bangunan pentadbiran, Sekolah Agama Al Barakah dan
pondok moden. Jumlah pondok juga telah bertambah dari
52 ke 80 buah.

PENERIMAAN ANUGERAH PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH


(PMW)
Penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias
menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW)
yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah
Persekutuan hari ini.
Antara peneriama PMW lain ialah Setiausaha Akhbar
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che


Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda
Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar. Peguam Negara, Tan
Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula akan
mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila
dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW)
yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Disediakan oleh:
Muhammad Zahirulhaq Bin
Azman
Tingkatan:
1Az-Zahra
Sekolah:
SMK.Sultan Allaudin Riayat Shah
1
Pagoh

You might also like