You are on page 1of 22

SULIT

 
 
 
 
 
MODUL PERCUBAAN UPSR TAHUN 2018
Nama:............... .................................................................

Kelas:.........................

SAINS
TAHUN 6
Kertas 1
6
018/1
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat puluh soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baharu.

5. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir


peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak

‐ 1 ‐ 
 
SULIT
 
ARAHAN : Jawanb semua soalan. Hitamkan satu sahaja jawapan anda pada kertas jawapan
yang disediakan.
 
 
1. Rajah 1 menunjukkan sistem pernafasan manusia.

          
                                            Rajah 1

Antara berikut yang manakah laluan udara semasa menghembus nafas?

A Hidung Trakea Peparu


B Trakea Peparu Hidung
C Peparu Trakea Hidung
D Peparu Hidung Trakea
 
 
 
2. Maklumat berikut menerangkan satu situasi.

Sekumpulan pelajar sekolah berlari keluar dari


bangunan apabila terdengar siren kebakaran.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang


kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan?

A Untuk mengetahui punca kebakaran


B Untuk melindungi diri mereka daripada bahaya
C Untuk mengetahui di mana kejadian itu berlaku
D Untuk berkumpul di kawasan lapang
 
 
 
‐ 2 ‐ 
 
SULIT
 
3. Jadual 1 menunjukkan gerak balas tiga jenis tumbuhan terhadap rangsangan.

Tumbuhan
R S T
Gerakbalas
Air ✓ X X
Cahaya Matahari X ✓ X
Graviti ✓ X X
Sentuhan X X ✓

Jadual 1

Antara berikut, yang manakah mewakili R, S, dan T dengan betul?

R S T
A Akar Bunga Daun
B Daun Pucuk Daun
C Bunga Daun Akar
D Akar Batang Bunga
 
 
 
 
4. Antara haiwan berikut, yang manakah betul dipadankan dengan cara haiwan itu
memastikan kemandirian spesiesnya?

Haiwan Cara memastikan kemandirian spesies


A Kambing Menyusukan anak
B Siput Bertelur di celah daun
C Helang Bertelur dengan banyak
D Ular Memberi makan kepada anak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
‐ 3 ‐ 
 
SULIT
 
5. Rajah 2 menunjukkan satu siratan makanan.

P S

Q R

Rajah 2

Antara berikut, yang manakah merupakan haiwan omnivor?

A P
B Q
C R
D S
 
 
 
 
6. Rajah 3 menunjukkan satu keratan berita

YAN 3 Jun – Tikus merupakan antara haiwan yang paling dimusuhi oleh para pesawah
kerana kehadirannya di bendang-bendang padi boleh menjejaskan hasil penanaman mereka.
Haiwan itu menjadi antara perosak utama tanaman padi di seluruh dunia termasuk di dalam
kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selepas siput gondang emas dan ulat.
Menurut rekod MADA, serangan tikus pada Musim II 2009 telah mengakibatkan seluas 3,314
hektar padi di kesemua empat wilayah lembaga itu rosak dengan kerugian dianggarkan
mencecah RM20 juta.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=U
tara&pg=wu_01.htm#ixzz5JKawzILK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rajah 3

Bagaimanakah cara dapat kamu membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh para petani yang dinyatakan dalam berita tersebut?

A Menanam lebih banyak pokok padi.


B Membela burung hantu di kawasan sawah padi
C Meletakkan orang-orang di tengah sawah padi.
D Menyembur racun serangga perosak.
 
‐ 4 ‐ 
 
SULIT
 
 
7. Rajah 4 menunjukkan keadaan sejenis mikroorganisma yang diperhatikan di bawah
mikroskop.

Rajah 4

Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian tersebut?


A Mikroorganisma bergerak
B Mikroorganisma bernafas
C Mikroorganisma membiak
D Mikroorganisma bertumbuh
 
 
 
 
8. Rajah 5 menunjukkan beberapa jenis makanan.

J K

M
L
Rajah 5
Antara berikut, makanan yang manakah melibatkan yis semasa pemerosesannya?
A J dan L
B J dan M
C K dan L
D K dan M
‐ 5 ‐ 
 
SULIT
 
 
 
9. Rajah 6 menunjukkan beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium.

Rajah 6

Apakah yang boleh menyebabkan persaingan antara ikan- ikan tersebut bertambah?

A Air ditambah lebih banyak


B Bilangan ikan dikurangkan
C Makanan diberikan dengan kuantiti yang sedikit
D Akuarium ditukarkan kepada saiz yang lebih besar
 
 
 

 
10. Rajah 7 menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan oleh seorang murid

Rajah 7

Apakah penjelasan yang dapat kamu buat tentang magnet A dan magnet B berdasarkan
Rajah 7 di atas?

A Kutub magnet A yang mengadap kutub magnet B adalah sama.


B Kutub magnet A yang mengadap kutub magnet B adalah berbeza.
C Magnet A dan magnet B mempunyai kutub yang sama.
D Magnet A dan magnet B mempunyai kutub yang berbeza.
‐ 6 ‐ 
 
SULIT
 
 
 
11. Puan Rashidah mengukur ketinggian empat orang murid dan merekodkan ukuran
tersebut seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Murid Ketinggian (cm)


Badrul 134
Kim Seng 142
Jothi 128
Kamal 137

Jadual 2

Berdasarkan maklumat dalam Jadual 2, yang manakah merupakan susunan ketinggian


murid-murid tersebut mengikut urutan menaik?

A. Badrul, Kim Seng. Jothi, Kamal


B. Kamal, Jothi, Kim Seng , Badrul
C. Kim Seng, Jothi, Badrul, Kamal
D. Jothi, Badrul, Kamal, Kim Seng
 
 
 
12. Safuan mengukur keluasan sehelai daun menggunakan kertas graf seperti dalam
Rajah 8 di bawah

Rajah 8

Antara kaedah berikut, yang manakah patut dilakukan oleh Safuan untuk mencari
anggaran keluasan daun tersebut?

A. Mencari ukuran panjang dan lebar daun tersebut.


B. Mengira setiap petak yang lengkap dan tidak lengkap dalam ruang lakaran daun
tersebut
C. Menjumlahkan semua petak dalam ruang lakaran daun tersebut.
D. Mengukur setiap sisi lakaran daun tersebut.

‐ 7 ‐ 
 
SULIT
 
 
13. Rajah 9 di bawah menunjukkan peningkatan aras air selepas 4 biji guli dimasukkan ke
dalam silinder penyukat

120 ml 200 ml

Rajah 9

Apakah bacaan paras air jika 6 biji guli yang sama saiz ditambahkan ke salam silinder
penyukat dalam Rajah 9 di atas?

A. 750 ml
B. 320 ml
C. 230 ml
D. 190 ml
 
 
 
 
14. Antara berikut, padanan alat dengan perubahan bentuk tenaga yang manakah benar?

Alat Perubahan bentuk tenaga

A
Tenaga kimia tenaga elektrik tenaga cahaya

B
Tenaga suria tenaga elektrik tenaga haba + tenaga cahaya
 
C
Tenaga elektrik tenaga haba + tenaga bunyi

D
Tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga haba

‐ 8 ‐ 
 
SULIT
 
 
15. Maklumat berikut menunjukkan perubahan bentuk tenaga.

Tenaga elektrik Tenaga haba + Tenaga cahaya

Anatara berikut , alatan yang manakah terlibat dalam perubahan bentuk tenaga seperti
di atas?

A. C

B. D

 
 
 
 
16 Rajah 10 menunjukkan satu objek

Rajah 10
Apakah perubahan bentuk objek dalam Rajah 10 di atas dapat diperhatikan apabila
daya tarikan dikenakan ke atasnya?

A Menjadi pendek
B Akan patah
C Bertambah panjang
D Tidak berubah
 
 
 
‐ 9 ‐ 
 
SULIT
 
17 Jannah telah menjalankan eksperimen mengenai kecerahan mentol dalam litar
W, X, Y dan Z. Keputusan telah dicatatkan dalam Jadual 3 di bawah.
3

Litar Bilangan mentol Kecerahan mentol


W 1 Lebih terang
X 2 Malap
Y 3 Terang
Z 4 Lebih malap

Jadual 3

Antara berikut, carta palang yang manakah mewakili keputusan dalam Jadual 3
dengan betul?
A B

C D

 
 
‐ 10 ‐ 
 
SULIT
 
18 Rajah 11 menunjukkan raket badminton kepunyaan Amir. Amir menghadapi masalah
kerana raket badminton itu sering terlucut daripada pegangan ketika membuat
hayunan.

Rajah 11

Bagaimanakah Amir boleh mengatasi masalah itu?

A Balut pemegang raket dengan kain tuala kecil.


B Sapu lilin pada pemegang raket itu.
C Balut pemegang raket itu dengan plastik tebal.
D Sapu tapak tangan dengan bedak talkum.
 
 
 
 
19 Jadual 4 menunjukkan maklumat tentang pergerakan 3 buah bas ekspres ke destinasi
masing-masing.

Bas ekspres Jarak ke destinasi (km) Masa diambil untuk tiba (jam)
T 180 2
U 360 4
V 540 6

Jadual 4

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat dalam Jadual 4 di atas?

A Bas ekspres U lebih laju daripada bas ekspres T dan V.


B Bas ekspres V lebih laju daripada bas ekspres U dan T.
C Bas ekspres T adalah yang paling perlahan.
D Ketiga-tiga buah bas ekspres mempunyai kelajuan yang sama.
 
 
 

‐ 11 ‐ 
 
SULIT
 
 
20. Rajah 12 menunjukkan satu peta pokok temtang pengelasan objek

Objek

Menyerap air Kalis air

X Y

Rajah 12

Antara berikut, objek yang manakah diwakili X dan Y dalam Rajah 12 di atas?

X Y
A Kaca Beg plastik
B Penyedut minuman Kapas
C Sapu tangan Kepingan aluminium
D Kertas tisu Span
 
 
 
 
21. Maklumat di bawah menunjukkan beberapa langkah aktiviti.

W - Masukkan beberapa objek yang dikaji ke dalam besen berisi air.


X - Perhatikan perubahan paras air dalam besen.
Y - Perhatikan kedudukan setiap objek dalam air
Z - Biarkan semua objek tersebut tenggelam di dalam air.

Antara berikut, langkah yang manakah boleh digunakan untuk menyiasat tentang sifat
keapungan bahan?

A W dan Z
B X dan Y
C X dan Z
D W dan Y
 
 
 
 
‐ 12 ‐ 
 
SULIT
 
22. Rajah 13 menunjukkan satu penyiasatan untuk mengkaji pengaratan.

Rajah 13

Apakah penjelasan yang dapat dibuat dalam penyiasatan ini bagi menerangkan keadaan
paku dalam tabung uji tersebut selepas 2 minggu?

A Paku R berkarat disebabkan oleh air yang telah tercemar.


B Paku S tidak berkarat disebabkan tiada kehadiran air.
C Paku R dan S berkarat disebabkan oleh kehadiran air dan udara.
D Paku R, S dan T tidak berkarat disebabkan tiada kehadiran udara.
 
 
 
23 Alya perhati ada banyak titisan air terbentuk pada permukaan daun pada awal pagi
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14 di bawah.

Rajah 14

Antara berikut, proses yang manakah boleh dikaitkan dengan pembentukan titisan air
tersebut?

A Peleburan
B Pembekuan
C Penyejatan
D Kondensasi
 
‐ 13 ‐ 
 
SULIT
 
24 Rajah 15 menunjukkan satu simulasi kitaran air.

Rajah 15
Apakah yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses penyejatan dalam kitaran
air ini?

A Mengurangkan isipadu air di dalam bikar.


B Menggantikan air di dalam bikar dengan air panas.
C Meletakkan beberapa ketul kiub ais ke dalam bikar.
D Menggunakan bikar bersaiz lebih kecil.
 
 
 
25. Rajah 16 menunjukkan seorang murid menguji sifat kimia 3 jenis larutan.

Larutan K  Larutan L  Larutan M 


Warna kertas  Warna kertas  Kedua‐dua warna 
litmus biru  litmus merah  kertas litmus tidak 
berubah ke merah  berubah ke biru berubah 

Rajah 16
Berdasarkan keputusan dalam Rajah 16 di atas, yang manakah BENAR tentang
ketiga-tiga larutan tersebut?
Larutan K Larutan L Larutan M
A Asid Alkali Neutral
B Alkali Asid Neutral
C Neutral Asid Alkali
D Alkali Neutral Asid
 

‐ 14 ‐ 
 
SULIT
 
 
26. Rajah 17 menunjukkan keadaan makanan yang telah dibiarkan di atas meja selama
dua minggu.

Rajah 17
Bahagian yang berlabel X pada makanan dalam Rajah 17 telah menyebabkan ia
menjadi rosak. X ialah

A Alga
B Virus
C Protozoa
D Fungi
 
 
 
 
 
27. Berikut merupakan satu perbualan di antara dua orang pekerja di sebuah kedai
membaiki kereta.

Lim : Amir, minyak hitam kereta En. Rashid sudah gantikah?


Amir : Sudah Lim. Semua kereta sudah saya gantikan minyak
hitamnya.
Lim : Bagus…. Minyak hitam yang kotor tu awak letak
di mana?
Amir : Ada di sini… tapi macam mana saya patut lupuskannya?

Berdasarkan perbualan di atas, apakah cara yang paling baik untuk melpuskan bahan
buangan tersebut?

A Buangkan ke dalam longkang


B Masukkan ke dalam bekas khas sebelum dilupuskan .
C Gunakan bahan buangan itu semula.
D Hantar ke tempat untuk diproses semula.
 
 
‐ 15 ‐ 
 
SULIT
 
 
28 Rajah 18 menunjukkan satu penyiasatan
.

Rajah 18
Setiap jenis tanah mempunyai keupayaan air mengalir melaluinya yang berbeza. Pilih
susunan jenis tanah yang betul bermula dari bikar yang mengumpul air paling sedikit

A Tanah liat, pasir, tanah kebun


B Tanah kebun, tanah liat, pasir
C Tanah liat, tanah kebun, pasir
D Pasir, tanah kebun, tanah liat
 
 
 
 
29. Rajah 19 menunjukkan kedudukan objek P dalam Sistem Suria

Rajah 19
Apakah objek P?
A Meteoroid
B Komet
C Satelit semula jadi
D Asteroid
‐ 16 ‐ 
 
SULIT
 
 
30. Maklumat dalam Jadual 5 menunjukkan nisbah saiz antara Bumi, Bulan dan Matahari

Bulan Bumi Matahari


1 4 400

Jadual 5

Pilih pernyataan yang benar berdasarkan maklumat di atas.

A Matahari mempunyai saiz 400 kali lebih besar dari Bulan


B Bumi mempunyai saiz 400 kali lebih besar dariMatahari
C Matahari mempunyai saiz 400 kali lebih besar dari Bumi
D Bulan mempunyai saiz 4 kali lebih besar dari Bumi
 
 
 
 
31. Rajah 20 menunjukkan satu keadaan dalam fasa bulan.

Rajah 20

Bilakah fasa Bulan itu dapat diperhatikan berdasarkan Takwim Qamari?

A Hari ke -3
B Hari ke - 7
C Hari ke -15
D Hari ke - 28
 
 
 
 
 
 
‐ 17 ‐ 
 
SULIT
 
32. Ramesh mengukur panjang bayang-bayang satu objek setiap 2 jam dari pukul 8.00 pagi
hingga 4.00 petang. Hasil ukuran direkodkan ke dalam Jadual 6 di bawah.

Waktu 8 pagi 10 pagi 12 tengahari 2 petang 4 petang


Panjang bayang-bayang 30 cm 20 cm 2 cm 18 cm 26 cm
Jadual 6
Antara berikut, carta palang yang manakah mewakili keputusan dalam Jadual 6 di atas
adalah BETUL?

A Panjang bayang-bayang (cm)

Waktu

8 pagi 10 pagi 12 tengahari 2 petang 4 petang

B Panjang bayang-bayang (cm)

Waktu

8 pagi 10 pagi 12 tengahari 2 petang 4 petang

C Panjang bayang-bayang (cm)

Waktu

8 pagi 10 pagi 12 tengahari 2 petang 4 petang

D
Panjang bayang-bayang (cm)

Waktu

8 pagi 10 pagi 12 tengahari 2 petang 4 petang


 

‐ 18 ‐ 
 
SULIT
 
 
33. Pernyataan di bawah merujuk kepada satu fenomena alam.

Persekitaran waktu siang menjadi gelap, suhu Bumi


menurun sedikit dan Matahari tidak kelihatan dalam
tempoh yang singkat.

Antara berikut, fenomena alam yang manakah dimaksudkan oleh penyataan di atas?

A Gerhana Bulan separa

B Gerhana Matahari penuh

C Gerhana Bulan penuh

D Gerhana Matahari separa


 
 
 
 
34. Rajah 21 menunjukkan sebuah carta palang yang mewakili kekerapan aktiviti yang
dilakukan oleh Irfan pada satu hari.

Rajah 21

Berdasarkan carta palang di Rajah 21, mengapakah Irfan perlu menggunakan banyak
alatan teknologi dalam kehidupannya?

A. Irfan merupakan seorang murid yang aktif.


B. Irfan dapat mengatasi had keupayaan dirinya.
C. Irfan tidak boleh membuat aktiviti tanpa bantuan teknologi.
D. Irfan boleh hidup berdikari dan akan lebih cepat menjadi kaya.
 
 
‐ 19 ‐ 
 
SULIT
 
35. Antara berikut , yang manakah menyebabkan kejadian fenomena gerhana Matahari ?

A. Apabila bayang-bayang bulan melindungi Matahari.


B. Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus.
C. Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus.
D. Apabila Bumi menghalang cahaya matahari.
 
 
 
36. Rajah 22 menunjukkan objek-objek yang terdapat di langit pada malam hari.

Rajah 22

Antara berikut, alat yang manakah patut dipilih oleh Syazwan untuk mengenal pasti
buruj di langit dengan lebih jelas?

A. Periskop
B. Stetoskop
C. Teleskop
D. Binokular
 
 
 
37. Encik Ikram hendak membina rumah untuk isterinya.
Apakah faktor yang perlu ditentukan untuk menjamin kekuatan binaan sebelum
membina rumah tersebut?

A Jenis bahan
B Warna rumah
C Luas tapak rumah
D Ketinggian binaan rumah
 
 
 

‐ 20 ‐ 
 
SULIT
 
 
38. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang kestabilan empat binaan.
Keempat-empat binaan tersebut mempunyai ketinggian yang sama.
Antara berikut, binaan yang manakah paling stabil?

A C

B D

 
 
 
 
39. Rajah 23 menunjukkan sejenis alat mesin kompleks.

Rajah 23

Apakah mesin ringkas yang terdapat pada alat ini?

A Tuas dan baji


B Tuas, roda dan gandar
C Tuas, gear dan skru
D Baji, roda dan gandar

‐ 21 ‐ 
 
SULIT
 
 
 
40. Rajah 24 menunjukkan seorang petani membajak tanahnya.

 
 
Rajah 24
 
Antara berikut, yang manakah boleh mempercepatkan kerja petani dalam Rajah 24
di atas untuk membajak tanah?

A Menggunakan kaedah manual


B Menggunakan mesin pembajak tanah
C Menggunakan tenaga haiwan untuk membajak
D Menambahkan tenaga manusia dalam proses membajak tanah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
 

‐ 22 ‐ 
 

You might also like