You are on page 1of 4

Laporan Lawatan ke Masjid Muhammadiah

3.30 petang

1. Pada jam 3.30 petang, Pelatih Guru Unit P2 yang terdiri daripada 21 orang telah
berkumpul di pondok air yang berada di hadapan garaj bas IPG Kampus Ipoh sebelum
bertolak ke destinasi.
2. Kami telah membaca doa bersama-sama mengikut kepercayaan agama masing masing
bagi mendoakan perjalanan yang lancer dan selamat. Kami telah membahagikan
kepada tujuh kumpulan, iaitu setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Kumpulan kami
terdiri daripada Nyam Tze Nann, Kelly Tan, dan Sri Tharshini a/p Krishan.
3. Sebuah bas sekolah dan sebuah van telah bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.
Kami telah bertolak tepat pada pukul 4 petang.
4. Pensyarah pengiring ialah Encik Mohd Razimi Bin Hussin.

4.30 petang

1. Kami telah tiba di Masjid Muhammadiah dengan selamat.


2. Semua Pelatih Guru yang bukan beragama Islam telah diminta untuk menutup rambut
sebagai tanda hormat kepada mereka.
3. Kami telah berkumpul bersama dan mendengar taklimat daripada pensyarah.
4. Beliau telah memesan agar jangan menbuat bising dan sentiasa menjaga etika diri.
Beliau juga berpesan supaya memahami sejarah masjid dan ayat-ayat yang terdapat di
atas dinding.
5. Seterusnya, kami telah bergambar bersama pensyarah di depan masjid. Kami telah
tanggalkan kasut sebelum masuk dan beberapa keeping gambar telah diambil sebagai
bukti lawatan kami.
6. Persekitaran masjid tersebut amat unik dan menarik perhatian. Kebanyakan tulisannya
adalah dalam Bahasa cina. Terdapat juga beberapa ayat al-Quran dalam Bahasa Cina.
Bangunan masjid tersebut kebanyakan terdiri daripada warna merah yang merupakan
simbolik bagi kaum Cina.
7. Kami telah diberi penjelasan tentang serba sedikit sejarah masjid ini. Rupa-rupanya,
masjid ini bermula setelah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak apabila
cadangan tersebut disembah maklum ke bawah Duli Tuanku oleh Setiausaha MAIPK
pada tahun 2009. Pembangunan masjid ini mendapat sumbangan daripada pelbagai
pihak, antaranya termasuklah Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Perak. Kerja-
kerja pembinaan mula dilaksanakan pada 24 November 2011 dan siap sepenuhnya
pada bulan Ogos 2013.
8. Masjid ini telah dibina dengan seni bina Cina sepenuhnya. Tujuan utama penerapan
seni bina Cina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum
Negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama mana
budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana Islam juga tidak
menghalang pemantapan Bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
9.

You might also like