You are on page 1of 17

SEJARAH 4 KHALIFAH

Nama : Adista Maurilla Fasya


Kelas : V A
Absen : 3
Nilai :
Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: ‫ أبو بكر الصديق‬Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama
orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah)
tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu
digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau
amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).
Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Kehidupan awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat
sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622,
hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas
penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya
membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir
termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali
memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang
terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan
Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya
peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai
mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa
tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa
tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Menjadi khalifah pertama


Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi
memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi
khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin
melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan
sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani
Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi
Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib
hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun')
menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam
Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu
Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang
Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina
Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil
tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti
Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan
Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah
kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.

Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini
mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan
menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula
yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini
mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan
Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka
telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada
seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka
mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan
murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar
golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang
yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid berjaya
menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-
panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.
Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga
menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat,
kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah
memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan
bukannya di utara.

Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir
menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta
Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran.
Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa
beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar


Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.
Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan
disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara
biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar
Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-
Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau
banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan
Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga
mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Umar Al-Khattab

Saidina Umar al-Khattab (Arab, ‫اب‬99‫ر بن الخط‬99‫( )عم‬c. 581 - November, 644), kadang-kadang
dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu
salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-
644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa
al-Rasyidin.

Kehidupan awal
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza.
Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah
mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke
Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada
masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana
kegagahannya.

Memeluk Islam
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar
mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling
kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah
s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah
membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca al-Quran dari
Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat
adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat
Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang
begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.[3]
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah
terakhir.

Saidina Umar di Madinah


Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali
sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625 M, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad
s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih
dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang
mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas
Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah
Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t.,
ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya
membaca beberapa potong ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam.
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina
Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum
kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina Umar


Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam
menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya
menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia
daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan
tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000
orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri
pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam
berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan
kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina
Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut
kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50
tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar
menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti
menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima
perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Pemerintahan Saidina Umar


Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
Membentuk Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis
Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b.
Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang
melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama
dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam
soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang
berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-
luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan
dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan
pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah
memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini,
Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah
demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk
menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun
selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam
memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya
Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi
mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-
Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap
sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang
dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan
kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah
akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam bidang ekonomi
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat
dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang
dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan
tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi
(orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka.
Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini
menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertamba Beliau juga
turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan
projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi
hasil pertanian.
Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
Melakukan polisi baru untuk golongan Dhimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini
adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali
khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah
supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan
Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka
tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan
dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik.
Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa,
kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan
bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti
hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari
keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-
pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan
oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya
yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-
Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan
dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-
sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat
Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-
prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya.
Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan
menghafal kandungan al-Quran.
Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan
tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah
sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa
yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga
digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang
tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu
juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Wafatnya Saidina Umar


Saidina Umar wafat pada tahun 644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang
bernama Abu Lu'lu'ah atau Pirouz. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan
dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu
Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi
Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi
khalifah selepas kematiannya..
Uthman bin Affan

Uthman bin Affan (Arab: ‫ان‬9‫ )عثمان بن عف‬merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad
S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai
cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf,
(kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah
memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang
sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar
keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa
tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang
pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang
susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644.
Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa
pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi
sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik
saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya
dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau berjaya
menyatukan mushaf Al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf
yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang
sahabat nabi dermawan. semasa di madinah membeli telaga air dari yahudi dan mewaqafkan
ianya untuk keperluan masyarakat islam

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman


Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w.
dalam masa yang berbeza(beliau digelar zunurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang
dijanjikan syurga.

Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman


Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah
memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya
bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir
baru tanah jajahan Islam.
Ali bin Abi Talib

Saidina Ali Abi Talib (Bahasa Arab: ‫ ;علي بن أبي طالب‬13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40
H; 20 September 601 atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661) ialah sepupu dan menantu Nabi
Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau
merupakan khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M. Penganut
Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW.

Kehidupan awal
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar
puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad
s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama
memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang
Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil
risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan
membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.

Saidina Ali di Madinah


Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid
ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga
memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.
Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun
dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi
perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan
perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW,
kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali
senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai
semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah
seorang hakim dan penulis wahyu baginda.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.


Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima
Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan
fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina
Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah
Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar
untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula
percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w.
maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi khalifah ke-4


Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana
dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab
tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan
menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan
Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau
akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali


Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh
saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan
yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan
Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali
dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan
Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut
Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau
menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup
muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al
Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib
untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali
bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua
mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran
daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir
yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada
Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan
saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan
Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan
berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara
ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh
tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara
hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum
beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa
kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan
serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina
Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn
Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn
Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

You might also like