You are on page 1of 4

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

SINOPSIS
Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada (panglima perang Majapahit ) mendapat khabar
sedih tentang kematian tujuh orang penjurit (tentera) baginda yang telah dibunuh oleh Laksamana di
Bukit Cina, Melaka. Ketujuh-tujuh penjurit tersebut bersaudara. Oleh itu, mereka berbincang untuk
menewaskan Melaka. Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh
Sultan Melaka dan Laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana
ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Patih
Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari
merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang
diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan
Melaka dan Laksamana Melaka. Sultan Melaka menjanjikan jawatan penggawa agung (ketua
kampung) kepadanya. Kertala Sari yang bersemangat waja bersedia menjunjung perintah Seri
Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala
Sari menyamar sebagai orang Jawa untuk bersama dengan penduduk kampung yang berketurunan
Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya (pembesar /
menteri kerajaan Melaka yang berketurunan Jawa). Dia berjaya mengecam Laksamana yang
telah membunuh bapanya.
Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta
mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan
menitahkan agar Temenggung serta orangnya berkawal bagi menjaga keselamatan dan mengawal
keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian.. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu
kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari
menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya
itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala
Sari. Sekali lagi, Sultan Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi
mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri.Temenggung telah mengerahkan lima ratus
orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki
pencuri. Laksamana memberitahu Sultan bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka
mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Oleh itu, Laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya Kertala Sari akan masuk ke istana pula.
Laksamana memasang lembing, tombak dan kayu di keliling istana Sultan Melaka.
Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana dengan tipu
muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak
Kertala Sari cuba memasuki istana Sultan Melaka. Laksamana menyembunyikan dirinya untuk
melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuku istana itu untuk mencuri dan
mengganggu isteri Sultan yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi
senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke
istana SultanMelaka. Kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh Laksamana berjaya
mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta Sultan,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri Sultan.
Akhirnya, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan
Kertala Sari dipotong sebagai bukti Laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat
anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada Sultan
bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti
yang lebih kukuh kepada Sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari.
Baginda Sultan telah memberi anugerah kepada Laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan
semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Sultan Melaka
mengagaihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga bahagian, iaitu dua
bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta
yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan cadangan Sultan itu. Laksamana telah
mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Namun begitu, barang-
barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh Laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang
bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Negeri Melaka kembali aman dan
sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita
tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha
sedaya upaya mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri
Melaka.

SOALAN PEMAHAMAN

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati;
maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya
patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,
“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja.
Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan
ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain
daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia,
menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk
kemalu-maluan, lalu kembali.

i. Berikan maksud penjurit yang terlalu buas. [2 markah]


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

ii. Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut. [3 markah]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
iii. Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang
yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala
Sari? [KBAT] [3 markah]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________
Skema Jawapan

i) Maksud penjurit yang terlalu buas ialah perajurit/askar upahan /pencuri yang sangat ganas dan
jahat. [2 markah]

ii) Reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka ialah
Bendahara mengatakan bahawa bukti yang dibawa oleh Laksamana merupakan tanda
pembunuhan yang sebenar. Menurut Bendahara lagi, hanya Laksamana yang dapat
membunuh penjurit itu dan hulubalang-hulubalang lain tidak berupaya menentang
penjurit itu apatah lagi membunuhnya.
[3 markah]
Cukup 2 isi sahaja.

iii) Tindakan-tindakan yang akan saya ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan
palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari ialah memaafkan dan
memberikan nasihat kepada orang tersebut. Orang tersebut juga akan dijatuhkan
hukuman penjara atau melakukan kerja-kerja sosial.
[3 markah]
Cukup 2 isi sahaja.

You might also like