You are on page 1of 4

KISAH Nabi Sulaiman yang mempunyai mukjizat boleh bercakap dengan

haiwan dan menjadi tuan kepada golongan jin telah diceritakan dalam al-
Quran.
Sulaiman yang merupakan putera kepada Nabi Daud pada zaman kanak-
kanaknya merupakan seorang budak yang bijak.

Baginda telah dilatih oleh ayahandanya untuk menggantikan tempat sebagai


pemerintah walaupun ia tidak disenangi oleh abangnya yang merampas
takhta daripada Daud.

Akhirnya si abang mati dibunuh oleh tentera Nabi Daud yang membuat
serangan balas selepas rampasan kuasa.

Selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulaiman menjalankan tugas sebagai


pemerintah untuk menegakkan syiar Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong,


isteri pula cabut lari namun syukur... Allah masih sayang
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada janji meninggal dunia hari Jumaat terlepas
azab kubur
Selain boleh menundukkan jin dan haiwan, Allah memberi kelebihan kepada
Nabi Sulaiman dengan mengalirkan tembaga di bawah tanah untuk
membolehkan baginda membangunkan kotanya yang dilakukan oleh jin.

Jin sentiasa patuh dan taat dengan perintah Nabi Sulaiman dan mereka
sesekali tidak akan mengengkarinya kerana takut diseksa.

Kelebihan bercakap dengan haiwan ini turut diceritakan bagaimana Nabi


Sulaiman bersama pengikutnya melalui satu lembah dikenali sebagai Lembah
Semut di satu tempat bernama Asgalan.

Ketika melihat kedatangan Nabi Sulaiman bersama pengikutnya itu, salah


seekor semut meminta rakan-rakannya agar masuk ke sarang kerana
bimbang dipijak baginda Sulaiman dan tentera secara tidak sengaja.
Anai-anai terus meminta izin untuk memakan
tongkat Nabi Sulaiman yang diperbuat
daripada kayu manis kerana kelaparan yang
tidak boleh dibendung namun terus tiada
jawapan daripada baginda.
Mendengar perkara itu, Nabi Sulaiman ketawa melihat semut yang berada
dalam ketakutan.

Kekayaan Nabi Sulaiman turut diceritakan ketika baginda menerima tetamu


iaitu Puteri Balqis.

Semasa beliau dibawa berjalan dalam satu kawasan istana yang


dibangunkan oleh jin, Puteri Balgis telah menyelak kainnya kerana
disangkakan beliau telah memijak kawasan kolam air yang dikhuatiri akan
basah.

Namun berkata Nabi Sulaiman kepada Puteri Balqis, yang dipijaknya itu ialah
kaca-kaca putih yang dibina pada lantai dan dinding ruangan itu bagi
menyambut kedatangannya.

Nabi Sulaiman antara raja yang terkaya di muka bumi ini dengan lantai dan
bumbung istananya terdiri daripada emas.

Namun semasa baginda wafat, tiada sesiapapun mengetahuinya melainkan


seekor anai-anai.

Diceritakan seekor anai-anai yang terbang bersama kumpulannya telah


ditimpa musibah apabila sayapnya patah lalu dia telah terjatuh dalam istana
Nabi Sulaiman.

Haiwan itu kemudian bergerak ke kawasan mihrab yang terdapat Nabi


Sulaiman.

Kagum kekayaan nabi


Anai-anai yang kelaparan ketika itu kagum melihat kekayaan Nabi Sulaiman
dengan kayu manis berbalut emas permata iaitu hiasan tempat ibadat
baginda.

Sesungguhnya kayu manis ialah antara makanan kesukaan haiwan itu.

Anai-anak melihat Nabi Sulaiman meletakkan dagu pada tongkatnya yang


sangkaan anai-anai, baginda sedang khusyuk berzikir kepada Allah.

Ketika itu anai-anai memberanikan diri mendekati baginda dan memberi


salam dengan memberitahu sayapnya patah dan perutnya lapar kerana
sudah beberapa hari tak makan.

Anai-anai mahu meminta izin untuk mencari jalan keluar dari istana baginda.

Malangnya Nabi Sulaiman berdiam menyebabkan anai-anai terus mendekati


tubuh baginda dan melihat mata baginda yang tidak berkelip dengan
memandang ke lantai.

Minta izin makan tongkat

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman yang
diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh dibendung
namun terus tiada jawapan daripada baginda.
Akhirnya selepas malam berlalu, anai-anai hinggap pada bahagian bibir dan
melihat bibir baginda menjadi putih. Ketika berada di kawasan hidung pula,
anai-anai tidak merasai hembusan nafas baginda.

Lalu mengertilah anai-anai bahawa Nabi Sulaiman telah wafat dan sebab
itulah bagnida tidak menjawab salamnya.

Anai-anai terus berdoa kepada Allah sambil dia memakan tongkat kayu manis
nabi menyebabkan tongkat tersebut menjadi rapuh dan patah sehinggakan
Nabi Sulaiman terjatuh dari tempatnya.
Ketika itulah baharulah seluruh pembesar istana, jin-jin dan rakyat jelata
mengetahui Nabi Sulaiman sudah wafat.

Hal itu turut diceritakan dalam al-Quran yang maksudnya; Setelah Sulaiman
Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan kematiannya melainkan
binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Setelah dia
tertelengkup, baharulah jelas bagi jin-jin bahawa jika mereka mengetahui
benda yang ghaib tentu mereka tidak akan tinggal dalam seksaan yang
menghinakan itu. - Surah As-Saba (ayat 14).

Diceritakan anai-anai memakan tongkat itu selama setahun dan disebabkan


jin-jin tidak tahu perkara yang ghaib iaitu kewafatan Nabi Sulaiman, mereka
terus bekerja mendirikan mahligai seperti diarahkan.

Jika mereka mengetahui kewafatan baginda, nescaya jin-jin tersebut akan


berhenti melakukan pekerjaan yang dianggap satu seksaan dan pekerjaan
yang hina bagi mereka.

Pengajaran daripada kisah ini dapat disimpulkan agar kita tidak memandang
rendah kepada semua makhluk.

Ini kerana anai-anak yang dilihat lemah dan kecil itu turut berperanan menjadi
penyebab untuk orang lain mengetahui akan wafatnya Nabi Sulaiman yang
tidak boleh direndahkan peranannya.

Dalam masa yang sama kisah ini memberi erti walau setinggi mana darjat
seseorang, pengakirannya ialah mati manakala jin pula tidaklah sebijak mana.

Mereka yang hidup dalam alam ghaib sendiri tidak sedar akan perkara ghaib
iaitu kewafatan Nabi Sulaiman.

Tags/Kata Kunci:Nabi Sulaiman , kisah nabi

You might also like