Nabi Yahya

You might also like

You are on page 1of 2

Nabi Yahya a.s merupakan putra Nabi Zakaria a.s .

Ia merupakan suatu
kelahiran yang amat dinanti-nanti dan penuh dengan keajaiban kerana
Nabi Yahya dilahirkan ketika bapanya iaitu Nabi Zakaria sudahpun
mencecah hampir 90 tahun usianya.

Bahkan dilakarkan bahawa isteri Nabi Zakaria yang bernama Isya iaitu
saudara perempuan Hannah isteri Imran,ibunya Maryam didapati mandul
sejak sekian lama.Hasil doa Nabi Zakaria yang tidak putus memohon agar
dikurniakan zuriat sebagai pewaris untuk menyampaikan agama Allah,lalu
Allah telah memakbulkan doa baginda bahkan Yahya merupakan nama
yang dipilih Allah kepada putra baginda itu.

Beliau diasuh sejal kecil supaya terpelihara daripada perbuatan syirik dan
maksiat. Beliau berbakti kepada kedua orang tuanya, tidak sombong dan
tidak pernah berlaku derhaka. Pada zaman kegemilangan Nabi Yahya a.s
terdapat seorang raja yang hendak mengahwini anak tirinya sendiri.
Nabi Yahya a.s melarang keinginan raja tersebut kerana hukum Tuhan
menyebut bahawa seorang dilarang daripada mengahwini anak tirinya
sendiri. Raja tersebut amat murka kepada Nabi Yahya a.s dan
membunuhnya. Begitu juga ayah beliau yang dianggap berani menentang
kekusaan raja.

Di atas izin Allah SWT Nabi Zakariya a.s memasuki ke dalam sebuah
pohon yang pada ketika itu terbelah menjadi dua kemudian bercantum
seperti sediakala setelah menerima kemasukan beliau.

Petugas raja terburu-buru mencari Nabi Zakariya a.s, di tempat


persembunyainya namun mereka tidak menjumpai beliau. Mereka
berpendapat bahawa Nabi Zakariya memiliki sihir dan sudah pasti berada
di dalam pokok yang kelihatan seperti biasa.
Mereka mengergaji pohin tersebut kepada dua sehingga menyebabkan
kematian Nabi Zakariya a.s. Kekerasan beliau mempertahankan hukum
Allah SWT membolehkan beluai tersembunyai dan wafat dalam keadaan
Syahid.

KEISTIMEWAAN NABI YAHYA


Nabi Yahya telah diangkat oleh Allah menjadi nabi pada tahun 27M. Nabi
Yahya telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh
ketaaatan dan kesungguhan dalam memimpin manusia ke jalan kebenaran
tanpa menyekutukan Allah.Kelebihan dan keistimewaan Nabi Yahya
dilakar di dalam al-Quran dek kesungguhan beliau dalam mendalami dan
menguasai kitab Taurat seterusnya sentiasa berusaha menjadi hamba yang
taat kepada ajaran agama Allah.

MARDIANA

You might also like