0% found this document useful (0 votes)
657 views34 pages

Folio Pendidikan Islam

Dokumen ini memberikan ringkasan singkat tentang 25 orang nabi utama dalam agama Islam. Ia menyenaraikan nama-nama nabi beserta maklumat asas tentang tugasan dan kaum masing-masing.

Uploaded by

Nieyfa Risya
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
657 views34 pages

Folio Pendidikan Islam

Dokumen ini memberikan ringkasan singkat tentang 25 orang nabi utama dalam agama Islam. Ia menyenaraikan nama-nama nabi beserta maklumat asas tentang tugasan dan kaum masing-masing.

Uploaded by

Nieyfa Risya
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd

Disediakan oleh:

Nur Amiera Shaheera binti Jamal (3


Hanafi)
KISAH
25 RASUL
Nama-Nama Rasul Yang
Wajib Diketahui
1 . Adam 14 . Musa
2 . Idris 15 . Harun
3 . Nuh 16 . Zulkifli
4 . Hud 17 . Daud
5 . Soleh 18 . Sulaiman
6 . Ibrahim 19 . Ilyas
7 . Luth 20 . Ilyasa’
8 . Ismail 21 . Yunus
9 . Ishaq 22 . Zakaria
10 . Ya’qub 23 . Yahya
11 . Yusuf 24 . Isa
12 . Ayub 25 . Muhammad
13 . Syu’aib
1.Nabi Adam a.s
Baginda yang pertama dibumi.
Baginda asal keturunan semua
manusia.Isterinya Hawa dicipta
daripada tulang rusuk kiri
baginda.Pada mulanya mereka berdua
tinggal di syurga,kemudian Allah
menurunkan mereka ke dunia kerana
mereka telah dihasut oleh syaitan
untuk memakan buah Khuldi.

2.Nabi Idris a.s


Baginda diutuskan oleh Allah
kepada penduduk negeri Babil
(Iraq). Baginda menerima 30 suhuf
untuk disampaikan kepada umatnya
iaitu keturunan Qabil yang
derhaka kepada Allah . Nabi Idris
ialah orang pertama pandai
menulis, membaca, mengetahui
Ilmu Falaq dan mahir jahit
menjahit.

3. Nabi Nuh a.s


Baginda ialah keturunan kesepuluh
daripada Nabi Adam .Allah
mengutuskan ke negeri Arminia .
Baginda telah berdakwah siang dn
malam, tetapi kebanyakan umat
baginda ingkar termasuklah
seorang isteri dan anak lelaki
baginda. Allah telah membinasakan
mereka dengan banjir besar.
Hanya orang beriman yang menaiki
bahtera Nabi Nuh sahaja yang
selamat. Gelaran baginda ialah “
Najiyullah’’

4. Nabi Hud a.s


Baginda brketurunan Sam bin
Nuh. Allah mengutuskannya
kepada kaum Ad yang tinggal di
sebelah utara Hudramat di Yaman.
Kaum ini terkenal dengan tubuh
badan yang sangat besar , tenaga
yang sangat kuat , dan kaya – raya
dan mahir membina banteng yang
kukuh. Kaum Ad ialah penyembah
berhala , apabila baginda menyeru
mereka menyembah Allah , mereka
mempersenda-sendakannya.Allah
membinasakan mereka dengan
angin kencang yang sangat sejuk
sehingga meresap ke tulang sum-
sum selama lapan hari tujuh malam
terus-menerus.
5.Nabi Soleh a.s
Baginda juga berketurunan Sam
bin Nuh daripada generasi keenam
. Kaum Samud yang mendiami
tempat yang terletak diantara
Hijaz (Arab Saudi) dan Sham
(Syria) di sebelah tenggara negri
median di Jordan. Mereka kafur
kepada Allah dengan menyembah
berhala dan bersikap takbur. Allah
memusnahkan mereka dengan
pekikan suara yang sangat kuat
dari langit dan gempa bumi yang
sangat dahsyat.
6. Nabi Ibrahim
a.s
Baginda juga berketurunan Sam bin
Nuh. Dilahirkan di negeri Musul
(Iraq) semasa pemerintahan raja
Namrud yang kufur dan zalim.
Sebahagian besar kaumnya
menyembah berhala dan menentang
dakwahnya. Baginda ialah seorang
yang bijak berfikir. Gelarannya ialah
“ Khalillullah”
7. Nabi Luth a.s
Baginda ialah anak saudara Nabi
Ibrahim. Allah mengutuskan kepada
penduduk negeri Sadum yang
sekarang dikenali sebagai Laut Mati
Jordan.Penduduknya amat derhaka
kepada Allah dan sangat buruk budi
pekertinya. Mereka merompa,
menganiayai dan mengamalkan luat
(homoseksual). Akhirnya Allah
menerbalikkan negeri mereka dan
menurunkan hujan batu yang
membinasakan mereka.
8.Nabi Ismail a.s
Baginda ialah putera Nabi Ibrahim
dengan isterinya Hajar.Nabi Ismail
dan ibunya merupakan orang yang
terawal mendiami Mekah. Allah telah
menganugerahkannya keturunan yang
terdiri darioada qabilah-qbilah Arab,
dan daripada keturunan inilah
lahirnya nabi kita Muhammad S.A.W.
Nabi Ibrahim dan puternya Nabi
Ismail telah diperintahkan oleh Allah
mendirikan kaabah di Mekah. Nabi
Ismail telah membantu ayahnya Nabi
Ibrahim membina kaabah yang
menjadi kiblat umat Islam . Gelaran
baginda ialah “ Zabihullah”

9.Nabi Ishaq a.s


Baginda ialah putera Nabi Ibrahim
dengan isterinya Sarah. Baginda adik
sebapa Nabi Ismail.Daripada
keturunannya lahir para nabi
dikalangan Bani Israel. Baginda
dimakamkan di Hibrun di Palestin
10.Nabi Ya’qub
a.s
Baginda ialah putera Nabi
Ishaq.Baginda juga dikenali dengan
nama Israel yang bermaksud hamba
Allah. Allah mengutuskan kepada
penduduk negeri Kangan (Palestin).
Baginda dikurniakan 12 orang anak
lelaki antaranya ialah Nabi Yusuf,dan
daripada mereka lahirnya keturunan
Bani Israel.baginda dimakamkan di
Hibrun bersebelahan makam bapanya
Nabi Ishaq
11.Nabi Yusuf a.s
Baginda ialah putera Nabi Ya’qub
yang amat disayangi ayahandanya
kerana berakhlak mulia. Nabi Yusuf
seorang yang amat sabar dan tabah
menghadapi dugaan hidupnya. Baginda
juga bersikap pemaaf, penyayang dan
sangat menghormati kedua-dua ibu
bapanya.Keistmewaan baginda ialah
sangat kacak,pandai mentakbir mimpi
dan bijaksana sehingga baginda
dilantik sebagai menteri yang
menjaga perbendaharaan di Mesir
12.Nabi Ayub a.s
Baginda ialah keturunan Nabi
Ishaq.Allah mengurniakan baginda
harta yang banyak dan anak yang
ramai.Baginda amat bertaqwa dan
suka membantu fakir miskin serta
anak yatim.Allah menguji baginda
dengan kemusnahan harta, kematian
anak dan menghidapi penyakit yang
berat bertahun-tahun.Baginda
dengan sabar dan iman yang teguh
menempuh musibah.Akhirnya Allah
menyembuhkan penyakit baginda dan
mengembalikan nikmat kehidupan
seperti sebelumnya.
13.Nabi Syu’aib
a.s
Baginda berketurunan Nabi
Luth.Allah mengutuskannya ke negeri
Madyan di Jordan. Kaumnya telah
meyimpang daripada ajaran nabi-nabi
terdahulu dengan mengamalkan sikap
mengurangkan timbangan dan sukatan
dalam urusan jual beli. Nabi Syu’aib
melarang mereka tetapi tidak
dihiraukan. Akhirnya Allah
membinasakan mereka dengan gempa
bumi dan petir yang sangat dahsyat.
14.Nabi Musa a.s
Baginda berketurunan Nabi Ya’qub ,
putera Amran dan bersaudara
dengan Nabi Harun. Baginda
dilahirkan di Mesir semasa
pemerintahan Firaun yang zalim dan
mendakwa dirinya tuhan.Firaun telah
memerintahkan tenteranya
membunuh semua bayi lelaki daripada
keturunan Bani Israel. Walau
bagaimanapun Nabi Musa terselamat
daripada tindakan itu. Namun baginda
telah diperlihara di istana oleh Asiah
,isteri Firaun. Setelah menjadi rasul,
Nabi Musa diperintahkan oleh Allah
untuk mendakwah Firaun tetapi
Firaun menentang dakwah Nabi Musa
dan akibatnya Firaun dan tenteranya
mati lemas tenggelam di Laut Merah.
Gelaran baginda ialah “Kalimullah”
kerana dapat bercakap dengan bukit
Tur Sina’. Baginda diberikan kitab
Taurat.

15.Nabi Harun
a.s
Baginda ialah saudara Nabi Musa.
Baginda sangat fasih berbicara
Baginda ialah teman berdakwah yang
sentiasa bersama-sama Nabi Musa
dan membantunya dalam
menyampaikan risalah Tauhid kepada
Bani Israel dan penduduk Mesir.
Nabi Harun hidup selama 123 tahun.
Beliau wafat 11 bulan sebelum
kematian Musa. Mengenai Bani
Israel, mereka sukar dipimpin, namun
dengan kesabaran Musa dan Harun,
mereka dapat dipimpin supaya
mengikut Syariat Allah, sepert
terkandung dalam Taurat ketika itu.
16.Nabi Zulkifli
a.s
Nabi Zulkifli a.s adalah anak Nabi
Ayub. Nama sebenarnya adalah
Basyar bin Ayub. Nama Zulkifli
diperoleh setelah dia sanggup
menjalankan perintah raja. Erti
Zulkifli adalah yang mempunyai
kesanggupan. Pada suatu ketika Nabi
Zulkifli pernah diganggu Iblis. Iblis
ini menyamar sebagai manusia. Pada
malam hari ketika ketika Nabi
Zulkifli hendak tidur, Iblis yang
menjelma sebagai musafir itu
bertamu ke istana Baginda. Pada
awalnya, penjaga istana meminta
musafir itu kembali pada pagi hari.
Namun, musafir tetap berkeinginan
untuk bertemu Nabi Zulkifli. Dengan
sabar, Nabi Zulkifli menemui musafir
itu dan mendengar keluh kesahnya.
Musafir itu mengatakan bahawa
seseorang telah menganiaya dirinya.
Nabi Zulkifli meminta musafir ini
untuk datang malam hari berikutnya
sehingga kedua belah pihak dapat
menyelesaikan permasalahan itu.
Pada hari berikutnya, musafir itu
justeru dating pada pagi hari. Ia
mengeluhkan benda yang sama.
Kemudian, Nabi Zulkifli meminta
musafir untuk dating hari berikutnya
pada pagi hari. Namun, pada pagi hari
berikutnya musafir itu tidak dating.
Ia justeru dating pada malam hari.
Pada saat itu, Nabi Zulkifi masih
terus bersabar dengan tingkahlaku
tamunya. Ia tetap menemui tamu
tersebut dengan baik. Iblis merasa
kecewa kerana Nabi Zulkifli sama
sekali tidak marah.

17.Nabi Daud a.s


Baginda berketurunan Nabi Ishaq.
Keistimewaan baginda ialah memiliki
suara yang merdu, boleh melembutkn
besi dengan tangan untuk baginda
membuat baju perang. Walaupun
seorang raja, baginda bekerja sendiri
untuk memenuhi keperluan hidupnya .
Baginda juga kuat beribadat seperti
berpuasa berselang hari sepanjang
tahun. Baginda ialah seorang raja
yang adil lagi bijaksana dan telah
membina kota Baitul Muqaddis
bersama-sama putenya Nabi
Sulaiman, dan baginda wafat disitu.

18.Nabi
Sulaiman a.s
Baginda putera Nabi Daud . Baginda
seorang rasul dan raja yang
bijaksana.Allh telah mengurniakan
banyak keistimewaan kepada baginda
seperti memahami bahasa binatang ,
boleh memerintah jin dan angin.
Baginda telah berjaya mengislamkan
ratu Balqis kemudian berkahwin
dengannya.

19.Nabi Ilyas a.s


Baginda berketurunan Nabi Harun.
Allah mengutuskannya kepada Bani
Israel yang ketika itu menyembah
berhala yang bernama Ba’lu .Baginda
menyeru mereka menyembah Allah,
tetapi mereka bukan sahaja menolak
dakwahnya, malah berusaha untuk
membunuh Nabi Ilyas . Akhirnya
Allah menurunkan bala kepada
kaumnya dengan kemarau selama 3
tahun.

20.Nabi Ilyasa’
a.s
Bagnda anak angkat Nabi Ilyas dan
diutuskan kepada Bani Israel .
Baginda berjaya menyeru umatnya
kebali menyembah Allah. Kaumnya
hidup dalam keadaan aman dan damai
, tetapi setelah Nabi Ilyasa’ wafat,
mereka kembali kufur.Allah
menimpakan bala dengan melenyapkan
segala kesenangan yang dinikmati.

21.Nabi Yunus
a.s
Baginda diutuskan kepada kaum yang
menyembah berhala, Apabila mereka
enggan menerima dakwah, Nabi
Yunus meninggalkan mereka dan
menumpang sebuah kapal. Ketika
dalam perjalanan kapal ini
menghadapi masalah ombak besar
dan rebut taufan yang boleh
menenggelamkannya. Setelah
dilakukan undian sebanyak tiga kali
baginda telah terpilih untuk dibuang
ke laut bagi mengatasi masalah ini .
Setelah dicampakkan ke laut ,
baginda ditelan oleh ikan Nun (Paus) .
Ketika berada didalam perut ikan,
baginda sentiasa bertasbih dan
beristighfar sehinggalah Allah
mengeluarkannya daripada perut ikan
itu.Kemudian , baginda pulang
menemui kaumnya yang telah beriman
kerana insaf dan takut akan azab
Allah.
22.Nabi Zakaria
a.s
Baginda berketurunan Nabi Sulaiman
yang diutuskan kepada Bani Israel di
Palestin. Baginda sentiasa berdoa
kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
Walaupun usianya menjangkau
seratus tahun dan isteranya pula
mandul, baginda tidak berputus asa.
Akhirnya Allah mengurniakan anak
lelaki yang dinamakan Yahya ertinya
“hidup”. Disamping itu,baginda juga
telah dibesarkan Maryam, bonda
Nabi Isa.
23.Nabi Yahya
a.s
Baginda ialah putera Nabi Zakaria.
Allah mengurniakan kepada baginda
ilmu yang luas sejak kecil lagi dan
memeliharanya daripada maksiat.
Baginda seorang nabi yang bertaqwa,
berbudi bahasa,rajin berbakti
terhadap ibu bapa, dan tidak
sombong. Nabi Yahya dan
ayahandanya telah mati syahid demi
mempertahankan hukum Allah.
Baginda berdua dibunuh oleh raja
yang zalim kerana menghalang raja
tersebut mengahwini anak tirinya
sendiri.

24.Nabi Isa a.s


Baginda ialah putera Maryam binti
Amran. Dengan kekuasaan Allah
malaikat Jibril telah meniupkan roh
suci kedalam rahim Maryam. Maka
lahirlah Nabi Isa tanpa bapa. Antara
keistimewaan baginda ialah boleh
bercakap ketika masih bayi. Baginda
diutuskan kepada Bani Israel dan
diberikan kitab Injil. Hanya
segelintir sahaja daripada kaumnya
yang beriman dan dikenali dengan
gelaran “Al-Hawariyun”.Sedangkan
ramai yang menentang seruan
baginda .Mereka berusaha
menangkap dan membunuh baginda.
Tetapi Allah telah menyelamatkan
baginda dengan diangkat ke langit
dan akan diturunkan kembali ke bumi
unutuk menegakkan kebenaran islam.

25.Nabi
Muhammad
s.a.w
Junjungan ialah Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Mutalib daripada
keturunan Nabi Ismail. Baginda
dilahirkan di kota Mekah. Ketika
remaja lagi nabi kita Muhammd telah
terkenal sebagai seorang yang jujur
sehingga digelar “AL-Ameen”. Ketika
berusia 40 tahun Allah telah
melantik junjungan sebagai rasul
kepada seluruh alam dan diwahyukan
kitab Al-Quran.Junjungan merupakan
penghulu sekalian rasul dan nabi
terakhir. Ketika berdakwah
junjungan telah menempuh pelbagai
ujian dan cubaan daripada kaum
Musyrikin Quraisy.Tetapi junjungan
berjaya melakukan perubahan besar
yang menakjubkan dalam sejarah
bangsa Arab dan umat manusia
seluruhnya.Junjungan wafat di kota
Madinah Al-Munawwarah.

You might also like