You are on page 1of 6

LATIH TUBI SIRAH

TINGKATAN 1

1. Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan ______________ Arab Quraisy


2. Keturunan bapa dan ibunya bersatu pada datuk baginda bernama _____________
3. Gelaran yang diberikan kepada Rasulullah ialah _______________
4. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada _________________ Tahun _____________
5. Ibu Rasulullah meninggal di ______________ selepas melawat perkuburan suaminya.
6. Pada usia 12 tahun, Nabi Muhammad mengikut bapa saudaranya ke _____________
7. Pada usia ______________ Rasulullah berurusniaga dengan Saidatina Khadijah
8. Pada umur 40 tahun, baginda suka bersendirian di ___________________
9. Kedukaan Nabi Muhammad atas kematian bapa saudara dan isteri Baginda terubat dengan
peristiwa ______________________
10. Cara membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW ialah dengan ________________ ke
atas Rasulullah dan keluarga Baginda.
11. _________________ bermaksud tidak tahu atau bodoh.
12. Jahil yang dimaksudkan adalah dari segi _______________ dan akhlak.
13. Berjudi, minum arak dan menindas wanita adalah contoh perbuatan jahil dari segi
_____________
14. Agama __________________ mempercayai Nabi Isa AS adalah anak Tuhan.
15. Agama ______________ dibawa oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS
16. Kepercayaan _______________ dianuti golongan penyembah api.
17. Kepercayaan _______________ mempercayai setiap benda mempunyai roh dan semangat.
18. Khulafa’ Ar Rasyidin merupakan gelaran kepada _______________ orang sahabat Rasulullah.
19. Antara keistimewaan Khulafa’ Ar Rasyidin ialah mementingkan konsep ______________
yang diwarisi daripada Nabi Muhammad.
20. Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru adalah nama penuh ________________________
21. Gelaran bagi Saidina Umar ialah _______________
22. Saidina Abu Bakar berketurunan ________________, Quraisy
23. Gelaran bagi Saidina Uthman bin Affan ialah _____________________
24. Saidina Ali bin Abi Talib berketurunan Bani _________________, Quraisy
25. Antara sumbangan Saidina Abu Bakar ialah memerangi nabi palsu, golongan yang
_______________ dan mereka yang enggan membayar ______________.
26. Sumbangan _______________ dalam bidang ekonomi ialah menubuhkan Baitulmal.
27. Saidina Uthman membeli tanah untuk membesarkan _____________________

TINGKATAN DUA

1. Dakwah secara sulit berlangsung selama __________________ di _____________


2. Dakwah secara terang-terangan berlaku apabila Rasulullah menyampaikan dakwah kepada
kaum ________________ dan masyarakat awam
3. Pusat penyebaran islam ialah di rumah _______________________
4. Antara strategi dakwah yang dilakukan adalah dengan mengajak masyarakat beriman
kepada Allah di _________________
5. Rasulullah ditawarkan ______________, harta dan wanita supaya Baginda menghentikan
dakwah.
6. Rasulullah, keluarga Bani Hasyim dan Bani Mutalib __________________ dengan cara
memutuskan hubungan dengan mereka.
7. Kebijaksanaan Rasulullah berdakwah dan mengatur _________________ menjadikan Islam
berkembang dengan sempurna.
8. _________________ ialah perpindahan Rasulullah dan orang-orang Islam dari Mekah ke
Madinah
9. Peristiwa itu berlaku pada 12 Rabiulawal selepas ___________________ nabi menjadi rasul
10. Penduduk ________________ mempelawa Rasulullah untuk menjadi pemimpin mereka
11. Perjanjian ________________ dikenali juga dengan Perjanjian Wanita kerana disertai
seorang wanita
12. Tidak melakukan zina adalah antara isi Perjanjian _____________________
13. Menjadikan Rasulullah sebagai pemimpin adalah antara isi Perjanjian
______________________
14. Puteri Saidina___________________ menyediakan bekalan makanan sewaktu Rasulullah
dan bapanya bersembunyi di _______________________
15. Nama penuh Isteri pertama Rasulullah bernama ____________________
16. Beliau digelar ____________________ yang bermaksud suci maruah diri
17. Beliau hidup ___________________ walaupun berketurunan bangsawan Quraisy.
18. Saidatina Aisyah digelar ________________ yang bermaksud putih kemerahan
19. Kesabaran Saidatina Aisyah terserlah apabila difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa
__________________
20. Saidatina Fatimah digelar ___________________ yang bermaksud putih berseri
21. Beliau juga digelar __________________ yang bermaksud ‘Ibu kepada ayahnya’
22. Saidatina Fatimah menyediakan makanan untuk tentera Islam semasa __________________
23. Belaiu juga merawat tentera Islam yang cedera semasa _________________
24. Sumayyah binti Khubbat adalah hamba kepada ________________________
25. Sumayyah berkahwin dengan ____________________ dan mempunyai anak bernama
__________
26. Sumayyah sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kesuscian _______________
27. Sumayyah adalah ______________ pertama yang ____________________
JAWAPAN:

TINGKATAN 1

1. Bangsawan
2. Kilab
3. Al Amin
4. 12 Rabiulawal, Gajah
5. Abwa’
6. Syam
7. 25 tahun
8. Gua Hira’
9. Israk Mikraj
10. Berselawat
11. Jahil
12. Akidah
13. Akhlak
14. Nasrani
15. Hanif
16. Majusi
17. Animisme
18. Empat
19. Syura
20. Abu Bakar as siddiq
21. Al Faruq
22. Bani Taim
23. Zunnurain
24. Hasyim
25. Murtad, zakat
26. Saidina Umar
27. Masjid Nabawi

TINGKATAN 2

1. 3 tahun, Mekah
2. Kerabat
3. Al Arqam bin Abi al Arqam
4. Bukit safa
5. Pangkat
6. Dipulaukan
7. Strategi
8. Hijrah
9. 13 tahun
10. Yathrib
11. Aqabah 1
12. Aqabah 1
13. Aqabah 2
14. Abu Bakar, Gua Thur
15. Khadijah bt Khuwailid
16. At Tohirah
17. Sederhana
18. Al Humaira
19. Hadisul Ifki
20. Az Zahra
21. Ummu Abiha
22. Perang Khandaq
23. Perang Uhud
24. Abu Huzaifah bin al mughirah
25. Yassir bin amir, Ammar
26. Akidah
27. Wanita, mati syahid
TINGKATAN 3
1. Rasulullah bermimpi bahawa baginda memasuki ____________________, mengambil kunci
Kaabah serta melaksanakan _______________ bersama dengan para sahabat.
2. Pada hari Isnin, awal bulan _________________ tahun ke 6 Hijrah, Rasulullah bertolak ke
Mekah bersama dengan 1400 orang sahabat dengan pedang yang _______________.
3. Khalid bin al Walid bersama dengan tenteranya berjumlah ________________ cuba untuk
menghalang Rasulullah memasuki Mekah.
4. Rasulullah bersama para sahabat membuat bai’ah untuk setia bersama Rasulullah dan tidak
meninggalkan Baginda dikenali sebagai ___________________.
5. Antara isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah ialah tiada _________________ antara kedua-
dua belah pihak selama __________________
6. Orang Mekah yang lari ke _________________ perlu dikembalikan ke Mekah.
7. Pada ___________________ tahun ke 8 Hijrah Rasulullah bergerak ke Mekah bersama
dengan 10000 orang tentera
8. Abu Sufyan mengumumkan kepada Musyrikin Mekah agar berlindung rumahnya, rumah
masing-masing atau dalam _____________________
9. Antara faktor kejayaan pembukaan Kota Mekah ialah tentera Islam mempunyai
semangat________________ yang tinggi dan ________________
10. Tindakan awal Rasulullah selepas pembukaan Kota Mekah ialah menunaikan
________________, mengucup Hajarul Aswad serta memusnahkan _______________
11. Bilal bin Rabah dilantik menjadi _________________ pertama dalam Islam
12. Bilal bin Rabah tetap beriman walaupun disiksa oleh tuannya iaitu ___________________
13. Beliau dibeli dan dibebaskan oleh _____________________
14. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar melantik _______________________ sebagai penasihat
dalam urusan hukum hakam agama.
15. Muaz bin Jabal wafat pada tahun ke 18 Hijrah pada zaman __________________________
16. Saidina Abdul Rahman bin Auf berketurunan _________________ bin Kilab daripada
golongan Muhajirin
17. Saidina Abdul Rahman bin Auf terkenal dengan sifat _____________________
18. Beliau juga merupakan seorang hartawan yang ________________ dan tawadhuk
19. Khalid bin al Walid berketurunan ____________________
20. Beliau digelar ___________________ yang bermaksud ______________ Allah
21. Saidina Abu Bakar melantik Khalid al Walid sebagai ________________ untuk menentang
nabi-nabi palsu.
Jawapan :

1. Masjidil haram, umrah


2. Zulkaedah, bersarung
3. 200 orang
4. Bai’ah al Ridhwan
5. Peperangan, 10 tahun
6. Madinah
7. 10 Ramadhan
8. Masjidil haram
9. Jihad, berdisiplin
10. Tawaf, berhala
11. Muazzin
12. Umayyah bin Khalaf
13. Saidina Abu Bakar
14. Muaz bin Jabal
15. Khalifah Umar bin al Khattab
16. Bani Zuhrah
17. Dermawan
18. Zuhud
19. Bani Makhzum
20. Saifullah, pedang
21. panglima

You might also like