You are on page 1of 10

SOALAN-SOALAN APRIL – OGOS 2019 DAN APRIL – AUGUST 2020

1. Tamadun disebut Civilization dalam Bahasa Inggeris yang asal Civitas dalam Bahasa
_________.
a. Latin
b. Arab
c. Sepanyol
d. Greek

2. Soalan 2 berdasarkan kenyataan di bawah.


“Terdapat system organisasi dan institusi dalam bidang politik, ekonomi, sosial
dan Pendidikan yang teratur dan sistematik”
Kenyataan di atas menerangkan tentang
a. Ciri-ciri parti politik
b. Ciri-ciri asas tamadun
c. Ciri-ciri asas globalisasi
d. Ciri-ciri asas negara demokrasi

3. Yang manakah antara berikut merupakan pusat perkembangan Tamadun India?


a. Sungai Hwang-Ho
b. Sungai Tigris
c. Sungai Ganges
d. Sungai Nil

4. Takrifan Tamadun Islam yang paling tepat adalah ___________.


a. Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman
b. Kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya
c. Pencapaian umat Islam dalam bidang ilmy pengetahuan
d. Kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

5. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Melayu, kecuali ________.


a. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
sebagai orang Melayu
b. Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan
pelbagai nama seperti kepulauan Melayu
c. Menggunakan Bahasa Sanskrit sebagai bahasa perhubungan
d. Islam sebagai asas pembentukan tamadun Melayu

6. Ibn Khaldun menyenaraikan lima ciri bagi ‘umran’ termasuklah ______.


a. Kehidupan cara bandar
b. Kehidupan zaman perindustrian
c. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
d. Kehidupan dalam pelbagai budaya, agama dan budaya.

7. Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri tamadun sejagat?


a. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah
b. Tiada Bahasa dengan satu tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan
komunikasi
c. Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan yang membentuk
kota atau bandar
d. Kewujudan organisasi sosial dan institusi sosial dalam bidang politik,
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna

8. Tamadun yang berikut bermula di lembah sungai, kecuali ______.


a. Tamadun India
b. Tamadun China
c. Tamadun Islam
d. Tamadun Melayu

9. Masyarakat India dalam peringkat awal Tamadun India dikenali sebagai masyarakat
________.
a. Punjabi dan Hindu
b. Dravida dan Arya
c. Mohenjo-daro
d. Telugu dan Malayalam

10. Berikut ialah ciri-ciri khusus Tamadun Islam, kecuali _________.


a. Universal
b. Bersifat Rabbani
c. Idea dan realistic
d. Bersifat fleksibel

11. Berikut adalah nama-nama yang merujuk kepada wilayah yang didiami oleh orang-
orang Melayu di Asia Tenggara, kecuali _________.
a. Nusantara
b. Alam Melayu dan Tanah Jawi
c. Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
d. Semenanjung

12. Ukuran jangka hayat sesebuah tamadun dari perspektif Islam dinilai berdasarkan
_______.
a. Semua tamadun akan berakhir dan tiada tamadun yang akan kekal
b. Hayat sesebuah tamadun adalah sama dengan kitaran organisma hidup
c. Penguasaan ilmu dan teknolog menjamin ketahanan sesebuah tamadun
d. Tamadun yang membawa kebaikan akan kekal manakala yang membawa
kerosakan yang musnah

13. Berikut adalah kerajaan-kerajaan dalam era Tamadun Melayu selepas Islam,
kecuali______.
a. Acheh
b. Pasai-Perlak
c. Sriwijaya dan Funan
d. Kesultanan Melayu-Melaka
14. Selepas kewafan Nabi Muhammad S.A.W, tamadun Islam diterajui oleh khalifah-
khalifah yang unggul. Susunan yang manakah benar bagi menggambarkan kronologi
pemerintahan tersebut bermula dari kerajaan terawal selepas zaman Rasulullah
S.A.W?
a. Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah, Uthmaniyyah
b. Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Abasiyyah, Bani Umayyah, Uthmaniyyah
c. Bani Abasiyyah, Khulufa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Uthmaniyyah
d. Uthmaniyyah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah

15. Sumbangan utama Tamadun Melayu kepada Tamadun Malaysia kini dapat dilihat
dalam _______.
a. kepelbagaian sumber ekonomi negara
b. sistem pemerintahan raja berperlembagaan
c. kecemerlangan dalam aspek sains dan teknologi
d. sistem sosial yang tersusun dari pelbagai bangsa dan budaya

16. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah kepercayaan dan corak
kehidupan masyarakat Melayu daripada _________.
a. Kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan Allah S.W.T
b. Kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan animisme
c. Kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada Dewa dan
animisme
d. Kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada kepercayaan
banyak tuhan

17. Dalam Tamadun India, masyarakat yang terdiri daripada kasta Sudra menjalankan
aktiviti ________.
a. Bertani
b. Perkhidmatan kepada golongan atasan
c. Menjaga keselamatan
d. Menjadi rujukan hal keagamaan

18. Pilih bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran sangat mementingkan kesejahteraan
menusia.
I. Berbuat baik sesama manusia
II. Menghalalkan riba dan judi
III. Mematuhi janji, amanah dan kesabaran
IV. Bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara makruf dan mungkar.
a. I dan II
b. II dan III
c. I, III dan IV
d. II, III dan IV

19. Manakah susunan yang benar dalam struktur sosial Tamadun Melayu?
a. Raja – pembesar – golongan ulama – pedang – petani
b. Raja – golongan ulama – pembesar – petani – pedagang
c. Raja – golongan ulama – pedagang – pembesar – petani
d. Raja – golongan ulama – pembesar – pedagang – petani

20. Kedatangan Islam di Alam Melayu telah menyebabkan pengislaman berikut kecuali
_________.
a. Kehidupan kerohanian Islam
b. Penerima kehidupan rohani mistik
c. Penerimaan akidah sebagai asas

21. Bilakah kuasa Islam mula bertapak dalam Tamadun India?


a. Zaman Awal
b. Zaman Vedik
c. Zaman Pertengahan
d. Zaman Penjajahan Barat

22. Apakah cara yang digunakan untuk menyelesaikan permasalahan semasa ummah
sekiranya perkara-perkara tersebut tidak disentuh oleh al-Quran mahupun al-
Sunnah?
a. Jumud
b. Jihad
c. Ijtihad
d. Perang

23. Rasulullah S.A.W telah membina masyarakat baru Madinah semasa


pemerintahannya.
a. Islam dipraktikkan di dalam aspek pemerintahan
b. Islam dijadikan agama dan diaplikasikan dalam negara
c. Kehidupan yang berfokuskan kepada pencapaian duniawi
d. Kehidupan yang berfokuskan dengan hubungan dengan Tuhan

24. Apakah bentuk kepercayaan dan agama terbesa yang mendominasi masyarakat
Tamadun India?
a. Hindu, Islam, Sikh dan Bahai
b. Hindu, Jaina, Islam dan Sikh
c. Hindu, Buddha, Jaina, Sikh, Islam
d. Hindu, Buddha, Zoroaster dan Bahai

25. Kecemerlangan yang dicapai oleh umat Islam pada masa lampau didorong oleh
banyak factor termasuklah _______.
a. Mengamalkan sikap jumud
b. Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
c. Menganggap kewajipan berzakat sebagai satu bebanan
d. Pelancaran peperangan yang tiada penghujungnya untuk menawan dunia

26. Takrifan Tamadun Islam yang paling tepat adalah: _____.


a. Kemantapan tauhid
27. Dalam perlembagaan Malaysia, Perkara 160, orang Melayu didefinisikan sebagai
orang yang ________.
a. Berbahasa Melayu, lahir di kepulauan Melayu dan beragama Islam
b. Berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam
c. Beragama Islam dan salah seorang ibu atau bapa keturunan Melayu
d. Dilahirkan dalam keluarga Melayu dan menerima pendidikan Melayu

28. Di manakah bermulanya Tamadun Indo-Arya?


a. Sungai Indus
b. Wilayah Sind
c. Sungai Gangga
d. Lembah Ganges

29. Kelangsungan kepelbagaian ciri-ciri (heterogeneous) kebudayaan masyarakat


Melayu adalah disebabkan oleh ________.
a. Masyarakat Melayu mengamalkan sistem sara diri
b. Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang tidak bersifat sosial
c. Masyarakat Melayu tidak didedahkan kepada sistem komunikasi yang maju
d. Masyarakat Melayu tidak disatukan oleh mana-mana satu kerajaan atau
empayar untuk membentuk satu negara bangsa

30. Kemuncak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman ______.


a. Dinasti Ming
b. Dinasti Manchu
c. Dinasti Yan
d. Dinasti Mao

31. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Jati pada zaman veda di India?
a. Sistem yang berasaskan golongan bangsawan dan kerabat diraja
b. Sistem yang berasaskan golongan wanita dan kanak-kanak
c. Sistem yang berasaskan kesatuan sekerja
d. Sistem yang berasaskan banduan dan penjara

32. Falsafah agama Hindu melibatkan konsep Moksha. Moksha merujuk kepada
_______.
a. Cara hidup masyarakat moden
b. Larangan mengaut keuntungan dari golongan miskin
c. Larangan menzalimi dan membunuh binatang
d. Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman

33. Mohenjo Daro merupakan sebuah pusat tamadun terawal di India. Di manakah
lokasi pusat tamadun tersebut?
a. Lembah Sungai Indus
b. Lembah Sungai Jamuna
c. Lembah Sungai Ganges
d. Lembah Sungai Brahmaputra
34. Konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme adalah termaktub dalam
_______.
a. Kitab Veda
b. Lapan Jalan Mulia
c. Halal dan haram
d. Yin Yang

35. Pengaruh Islam di India dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan berikut
kecuali _______.
a. Mughal
b. Khilji
c. Ghori
d. Goa

36. Huang He (Sungai Kuning) merupakan pusat pertumbuhan tamadun China di


bahagian _________.
a. Utara
b. Timur
c. Selatan
d. Barat

37. Bangsa Cina digabungakan oleh lima kaum besar yang mempunyai panggilan
tertentu. Apakah panggilan tersebut?
a. Han
b. Hanzi
c. Hua Xia
d. Zhong Hua Min Zu

38. Di bawah pemerintahan siapakah pemilikan diberikan kepada petani?


a. Raja Yu
b. Raja Kuning
c. Raja Chin
d. Raja Chu

39. Bagaimanakah membina komuniti yang paling ideal menurut Konfusianisme?


a. Pemerintahan kuku besi
b. Pemerintahan berdasarkan akhlak
c. Pemerintahan berdasarkan keadilan dan kasih saying
d. Pemerintahan berdasarkan Pendidikan kepada setiap lapisan masyarakat

40. Siapakah laksamana Cina yang bertanggungjawab memimpin aramada laut China
sehingga berlayar Lautan Hindi pada zaman Dinasti Ming?
a. Wu Ti
b. Chun Li
c. Yin Ching
d. Zheng He
41. Ideal Konfusius merangkumi aspek-aspek falsafah, Pendidikan dan sosial politik yang
terkandung dalam ______.
a. Buku Lun Yu (Analects)
b. Yijing (The Book of Changes)
c. Lima aspek Wu Lun
d. Institusi Hsiang-yueh

42. Apakah pemikiran yang menganjurkan bahawa setiap orang adalah sama dari segi
undang-undang dan meletakkan piawai bahawa ganjaran dan hukuman adalah sama
bagi semua?
a. Legalisme
b. Moisme
c. Daoisme
d. Konfusianisme

43. Antara berikut manakah aspek positif globalisasi?


I. Pelaburan asing tersebar luas
II. Komunikasi yang lebih mudah dan murah
III. Peningkatan mobiliti sosial
IV. Penonjola hak-hak asasi kaum wanita
a. II dan III
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

44. Francis Fukuyama mengemukakan teori yang menyatakan bahawa dunia akan
a. The End of Day
b. The End of History
c. The End of the World
d. The End of Freedom

45. Teori ‘The Clash of Civilizations’ (Pertembangan Tamadun) didasarkan kepada tiga
andaian termasuklah ________.
a. Perbezaan paling ketara antara masyarakat sejagat ialah ideologi
b. Perbezaan paling ketara antara masyarakat sejagat ialah budaya
c. Perbezaan paling ketara antara masyarakat sejagat ialah ekonomi
d. Perbezaan paling ketara antara masyarakat sejagat ialah politik

46. Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai fenomena globalisasi?


a. Berlaku lambakan barangan berteknologi rendah ke negara Dunia Ketiga
b. Kemasukan pelaburan asing ke negara Dunia Ketiga meningkat dengan pesat
c. Penyebaran maklumat berlaku secara mudah, meluas dan pantas
d. Rakyat dari mana-mana negara Islam bebas bergerak ke mana-mana sahaja

47. Manakah antara berikut yang tidak termasuk dalam skop jihad dalam Islam?
a. Jihad ilmu
b. Jihad dakwah
c. Jihad parti
d. Jihad siasah

48. Berikut adalah perkara asas hak asasi manusia menurut Islam kecuali ______.
a. Keselamatan nyawa
b. Keselamatan akal
c. Keselamatan maruah
d. Keselamatan parti

49. Dialog peradaban penting diadakan kerana Malaysia merupakan negara pelbagai
etnik. Kepentingan dialog termasuklah
I. Pupuk semangat perpaduan
II. Mencari titik persamaan
III. Menghargai budaya yang berbeza
IV. Mengenal pasti kelemahan diri
a. II dan III
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. I, III dan IV

50. Kesan negative pengaruh Barat ke atas masyarakat Malaysia hari ini termasuklah
I. Terpengaruh dengan budaya Barat
II. Nilai budaya dan agama generasi muda makin luntur
III. Masyarakat terlalu mementingkan kebendaan
IV. Anggota masyarakat lebih individualistik
a. II dan III
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

51. Tamadun yang disebut Madaniyyah dalam Bahasa Arab bermaksud ________.
a. Tanah yang diusahakan
b. Tinggal menetap
c. Bandar
d. Memiliki ciri-ciri tamadun

52. Berikut merupakan definisi tamadun dari sudut bahasa kecuali _______.
a. Umran
b. Hadharah
c. Madaniyyah
d. Badwi

53. Berikut merupakan tokoh yang memberi definisi tamadun dari sudut istilah kecuali
_______.
a. Sayyid Qutb
b. Collingwood
c. Edward L. Farmer
d. Ibnu Sina

54. Manakah antara berikut bukan padanan yang betul dari segi kedudukan yang
strategik bagi pembentukan awal tamadun?
a. Tamadun India di Lembah Sungai Indus
b. Tamadun Mesir di Lembah Nil
c. Tamadun Cina di Lembah Huang-He
d. Tamadun Melaka di Lembah Linggi

55. Berikut merupakan factor-faktor keruntuhan sesebuah tamadun kecuali _______.


a. Penindasan dan kezaliman
b. Interaksi dengan tamadun lain
c. Keruntuhan moral dan nilai
d. Malapetaka dan bencana alam

56. Bukti yang menunjukan kerajaan dan perundangan Islam telah wujud di Tanah
Melayu seawal tahun 1303 Masihi ialah _________.
a. Hikayat Amir Hamzah
b. Hukum Kanun Melaka
c. Baru Bersurat Terengganu
d. Undang-undang Laut Melaka

57. Pengertian iman dari sudut istilah?


a. Tunduk, patuh, menyerah, sejahtera
b. Peraturan hidup yang lengkap dan sempurna
c. Pelengkap syariat yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul terdahulu
d. Taat kepada Allah s.w.t sepenuh hati tanpa ragu dan patuh segala perintah-
Nya

58. Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri masyarakat bertamadun?


I. Tinggal menetap
II. Pandai berperang dan bermusuhan
III. Menguasai ilmu dan teknologi
IV. Menganuti sesuatu kepercayaan dan agama
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan IV
d. Semua di atas

59. ________ merupakan definisi dalam Bahasa Arab yang diterbitkan dari perkataan
‘Amara’ yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang,
tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam
suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau
terbiar dan binasa.
a. Hadhari
b. Madaniyyah
c. Umran
d. Tamadun

60. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai hubungan yang menjadi
tanggungjawab manusia?
I. Hunbungan dengan Allah s.w.t
II. Hubungan mendalam dengan harta benda
III. Hubungan mendalam sesama manusia
IV. Hubungan dengan alam semesta
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan IV
d. Semua di atas

You might also like