You are on page 1of 1

1 . Terdapat perbezaan pengertian tamadun dari segi bahasa dan pandangan sejarahwan.

(a) Lengkapkan istilah tamadun mengikut bahasa berikut :


I. Bahasa Arab
Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain dan madana, yang
bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Istilah lain yang sama
pengertiannya ialah hadharah dan hadari Hadharah. bermaksud kawasan,
daerah, bandar, kota, kampung dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk
tanam. Hadari pula bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat,
tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.

Ii. Bahasa Inggeris


Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan
manusia dan organisasi yang dianggap paling maju. Tahap pembangunan
tersebut merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang,
adat dan kebolehan manusia atau organisasi.

(b) Namakan sejarawan yang menyokong konsep tamadun berikut :

I. Pandangan islam
Ibn khaldun ,syed muhammad naquib al-attas

Ii. Pandangan Barat


Arnold j.toynbee

(c) Apakah kesan pada masyarakat sekiranya hanya mengutamakan pembangunan


Lahiriah dalam kehidupan?(KBAT) 3m

Jika hanya mengutamakan pembangunan Lahiriah dalam kehidupan maka lahir


manusia yang maju dalam aspek kebendaan namun memilki akhlak yang
buruk,tidak mempunyai pendoman hidup dan memetingkan diri sendiri.

You might also like