You are on page 1of 18

Bab 3 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

3.1 Keseimbangan Alam Semula Jadi


Maksud keseimbangan alam Keadaan semua sumber yang diperlukan untuk kesinambungan
hidup supaya dapat dibekalkan secara berterusan melalui interaksi
yang berlaku dalam alam semula jadi
Bagaimana untuk dibekalkan secara Melalui pelbagai interaksi dengan sumber alam (melalui kitaran)
berterusan?
Kitar semula jadi yang penting bagi ● Kitar nitrogen
memastikan sumber alam dibekalkan ● Kitar karbon
berterusan?? ● Kitar air
Kenapa perlu dikitar? Kerana jirim baharu tidak dapat dicipta
a) Kitar nitrogen – menunjukkan bagaimana nitrogen dapat dikekalkan daripada atmosfera kepada tanah,
tanah kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan seterusnya kembalike tanah dan atmosfera semula

b) Kitar karbon –
i)karbon dalam bentuk karbon dioksida di atmosfera digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan
sendiri melalui proses fotosintesis.
ii)Haiwan kemudiannya memperoleh makanan dalam bentuk sebatian karbon daripada tumbuhan atau
haiwan yang lain.
iii) Karbon dikembalikan ke atmosfera dalam bentuk karbon dioksida semula apabila tumbuhan atau haiwan
menjalankan proses respirasi atau mati dan mereput
iv) Karbon juga dikembalikan ke atmosfera melalui proses pembakaran
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

c) Kitar air – proses penyejatan air laut, air sungai dan air tasik, proses respirasi organisma serta transpirasi
tumbuhan merupakan proses membebaskan wap air ke atmosfera
Wap air ini membentuk awan lalu kembali ke Bumi sebagai hujan atau salji
Kitaran ini berlaku secara berterusan supaya mengekalkan kandungan air dalam alam sekitar

Latihan 1: Pengukuhan
1 Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan alam?

Keadaan semua sumber yang diperlukan untuk kesinambungan hidup supaya dapat dibekalkan secara

………………………………………………………………………………

2 Bagaimana memastikan sumber alam ini dapat dibekalkan secara berterusan?

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3 Nyatakan tiga jenis kitaran yang terlibat dalam keseimbangan alam semula jadi

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

4 Nyatakan setiap peranan kitaran yang dinyatakan di (3)

Kitar nitrogen : ………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Kitar karbon : ………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Kitar air : ………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………
`
5 Nyatakan proses yang terlibat dalam membebaskan karbon dioksida semula kepada atmosfera

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

6 Nyatakan proses yang terlibat dalam membebaskan wap air ke atmosfera

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

2
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Peranan Siratan Makanan dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam


Apa itu siratan makanan? Gabungan beberapa rantai makanan yang bersaling kait
Apa itu rantai makanan? Hubungan pemakanan organisma
Latihan 2 : Siratan Makanan

Siratan makanan di aldang kelapa sawit


1 Kenalpasti rantai makanan yang terkandung di dalam ekosistem kelapa sawit tersebut

a)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

b)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

c)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

d)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

e)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

f)………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sumber tenaga Matahari


Siratan makanan menunjukkan bagaimana tenaga Matahari diserap oleh tumbuhan hijau sebagai pengeluar,
ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam makanan seterusnya dipindahkan kepada organisma
lain
Pemindahan tenaga ini penting untuk keperluan tenaga bagi menjalankan fungsi badan tertentu
Jika ada bencana alam atau faktor lain?? Pengaliran tenaga dalam siratan makanan terganggu
menyebabkan keseimbangan alam terganggu
Kesan Bencana Alam terhadap Keseimbangan Alam
● Meragut nyawa hidupan di muka Bumi
● Memusnahkan habitat
● Apabila kemusnahan tumbuhan berlaku, masalah kekurangan makanan dan menjejaskan populasi
dalam ekosistem
● Mengganggu kitar semula jadi sumber (jika tiada tumbuhan, karbon dioksida tidak dapat diserap maka
kandungan gas karbon dioksida di atmosfera semakin bertambah manakala dalam sebatian organik
kandungan karbon berkurang)
● Kitar nitrogen juga terganggu (jika kekurangan tumbuhan, penyerapan nutrien nitrat dalam tanah tidak
berlaku)
● Mengganggu kitar air (jika tiada hutan, air hujan yang turun ke tanah terus mengalir ke kawasan
perairan tanpa melalui kawasan tadahan air (hutan), maka wap air ke atmosfera berkurangan kerana
tidak diserap oleh tumbuhan dan tidak ditranspirasikan)
Cara-cara mengekalkan keseimbangan alam
● Mengawal masalah pencemaran
● Memelihara dan memulihara alam
● Menggunakan sumber alam secara efektif
● Mengurangkan pemusnahan hutan dan kerosakan habitat
Contoh bencana alam : banjir, kemarau, letupan gunung berapi, tsunami, gempa Bumi, kebakaran hutan atau
taufan
3
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Latihan 3 : Soalan Objektif SPM 2006 -2017


1 Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana ia boleh
A Menggunakan oksigen B Menjalankan fotosintesis
C Menyerap nutrien dari tanah D Mengeluarkan karbon dioksida

2 Rantai makanan yang manakah betul?


A Berudu → ikan → alga →burung B Ikan → alga → Burung →Berudu
C Alga → Berudu → Ikan →Burung D Burung → Ikan → Berudu →Alga

3 Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada kitar air.

Apakah proses X?
A Pereputan B Kondensasi
C Transpirasi D Fotosintesis

4 Rajah 2 menunjukkan satu rantai makanan dalam satu habitat.

Padi → Tikus → Ular → Helang

Piramid nombor manakah mewakili rantai makanan itu dengan betul?

5 Rajah 3 menunjukkan satu pyramid nombor.


antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah mewakili pengeluar?

6 Apakah cara terbaik untuk mengurangkan populasi tikus di sawah padi tanpa menjejaskan alam semula
jadi?
A Bela burung hantu B Bela burung merpati
C Guna racun perosak D Guna racun rumpai

7 Antara yang berikut, yang manakah satu contoh bencana alam?


A Kebakaran hutan B Gempa Bumi
C Banjir kilat D Tanah runtuh

4
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

3.2 Kesan Pencemaran terhadap Alam Sekitar


Punca pencemaran alam sekitar

Penggunaan bahan api yang tidak terkawal


•pembakaran bahan api fosil (petroleum) akan menghasilkan pelbagai jenis bahan pencemar
udara iaitu karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, hidrokarbon
dan asap.
Pembuangan sisa bahan sampingan, bahan toksik, bahan radioaktif, asap dan haba daripada kilang

•Asap yang mengandungi abu, habuk serta gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida dan sebagainya

Penggunaan baja kimia, racun serangga perosak dan racun kulat yang tidak terkawal

•Penggunaan baja kimia, racun perosak dan racun kulat digunakan tanpa kawalan bagi tujuan
mempertingkatkan hasil pertanian mengakibatkan tanah dan air akan tercemar kerana racun
serangga dan baja kimia yang disembur akan dialirkan oleh air hujan ke dalam sungai atau
meresap ke dalam tanah
Pengeluaran bunyi, asap dan gas beracun daripada kenderaan dan jentera
•Pembakaran bahan api fosil yang tidak sempurna di dalam kenderaan dan jentera akan
menghasilkan asap dan gas beracun yang mencemarkan udara
•asap yang dibebaskan mengandungi hidrokarbon dan plumbum, manakala gas-gas beracun
yang dibebaskan pula mengandungi gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan oksida-oksida
nitrogen
•enjin kenderaan dan jentera juga menyebabkan pencemaran bunyi
Pembuangan sampah sarap
•sampah sarap dibuang mengandungi bahan terbiodegradasi seperti bahan plastik, logam dan
kaca

Pembuangan kumbahan

•Air kumbahan dari kawasan perumahan mengandungi bahan buangan domestik dan tinja
manusia serta ternakan selain mengandungi mikroorganisma berbahaya dan detergen

Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)

•Kloroflurokarbon (CFC) sejenis bahan kimia yang digunakan di dalam aerosol, penyaman udara,
peti sejuk dan pembuatan sesetengah plastik
•sebatian kimia ini akan menguraikan ozon di lapisan stratosfera dan akan menipiskan lapisan
ozon

Kesan Pencemaran Alam Sekitar


● Jangkitan penyakit seperti tifoid, kolera, disentri, polio, dan hepatitis oleh makanan dan air
yang tercemar
● Bahan toksik dari kilang memasuki badan manusia melalui siratan makanan. Pendedahan
kepada sisa bahan radioaktif melemahkan sistem keimunan, menyebabkan mutasi dan
mengakibatkan penyakit kanser
● Pencemaran udara menyebabkan masalah alergi dan penyakit berkaitan dengan sistem
pernafasan seperi bronkitis, asma dan sebagainya
● Pencemaran bunyi boleh mengakibatkan kerosakan sistem pendengaran, meningkatkan
tahap kerungsingan dan mengganggu kadar normal degupan jantung serta proses
pencernaan

Kemusnahan habitat dan alam semula jadi


● Bahan kumbahan dan baja kimia menyebabkan pertumbuhan alga yang pesat yang akan
mengurangkan kandungan oksigen terlarut di dalam air seterusnya menyebabkan
kemandirian organisma akuatik menjadi tidak sesuai
● Hujan asid menyebabkan kemusnahan hutan dan mengakibatkan tumbuhan dan haiwan
kehilangan habitat
5
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

● Pembuangan sampah di merata-rata tempat dan kemusnahan tumbuhan akan menjejaskan


keindahan alam
● Penurunan nilai Ph air akan mengakibatkan organisma akuatik mati atau mengurangkan
kadar pembiakan

Kehilangan sumber ekonomi


● Kehilangan sumber ekonomi hutan seperti kayu balak, kayu api, rotan dan pelbagai jenis ubat
asli dan sebagainya
● Kehilangan sumber protein disebabkan kekurangan atau kepupusan spesies kehidupan
akuatik
● Tanah tercemar oleh pestisid atau bahan buangan radioaktif dan bahan toksik yang lain tidak
sesuai untuk pertanian. Hal ini akan menyebabkan kawasan pertanian dan hasil pertanian
berkurang
Pemanasan Global dan Penipisan Lapisan Ozon
Pemanasan Global
● Fenomena akibat peningkatan suhu Bumi yang meningkat dan semakin panas
● Pemanasan Global ini berkait rapat dengan kesan Rumah Hijau
● Apa Kesan Rumah Hijau?
Apabila Bumi dipanaskan oleh sinar Matahari, sebahagian haba tersebut sepatutnya dipantulkan balik
ke angkasa lepas, namun disebabkan Bumi diselaputi oleh lapisan atmosfera, maka haba
yang dipantulkan ini terperangkap di atmosfera
Ini akan menyebabkan peningkatan suhu atmosfera dan menyebabkan pemanasan global
Terdapat gas-gas tertentu yang menyerap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau
Iaitu gas karbon dioksida, klorofluorokarbon, metana dan nitrus oksida.

Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau

Cahaya matahari Sebahagian sinaran suria dipantul balik


1 2
memasuki atmosfera Bumi ke ruang angkasa
sebagai sinaran suria
4 Sebahagian haba dipantul
balik ke ruang angkasa
sebagai sinaran inframerah

3 Kebanyakan Kebanyakan haba diserap


sinaran diserap dan terperangkap dalam
oleh Bumi atmosfera oleh karbon dan
sebagai haba gas rumah hijau yang lain. Ini
akan meningkatkan suhu
atmosfera

Kesan Peningkatan Suhu Bumi


• Meleburkan ais-ais di Kutub Utara dan kutub Selatan
• Air yang terhasil daripada peleburan ais akan meningkatkan paras air laut
• Menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan kawasan pantai
• Mengancam kehidupan dan aktiviti manusia serta kehidupan organisma lain

6
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Lapisan ozon dan kepentingannya


• Molekul ozon (O3) terdiri daripada tiga atom oksigen yang diikat secara kimia
• Lapisan ozon terletak kira-kira 15 km – 30 km dari permukaan Bumi
• Fungsi lapisan ozon – menyerap sinar ultraungu daripada Matahari dan melindungi hidupan di
Bumi daripada terdedah terus kepasa sinar ultraungu
Punca Pemusnahan Lapisan ozon
• Penggunaan bahan kimia klorofluorokarbon(CFC)
• Bahan ini biasanya didapati pada peti sejuk, pendingin hawa, dan bekas polistirena
• Bagaimana lapisan menipis?
Atom klorin dalam CFC bertindak balas dengan molekul ozon dan menguraikan molekul ozon.
Tindak balas berterusan menyebabkan penipisan lapisan ozon berlaku

Kesan Penipisan Lapisan ozon


Manusia Tumbuhan dan haiwan Alam sekitar
• Katarak mata • Memusnahkan sel daun dan klorofil. • Meningkatkan suhu
• Selaran matahari Kadar fotosintesis menurun dan hasil persekitaran
• Kanser kulit tanaman merosot • Menyumbang
• Penyakit kulit • Kematian zooplankton dan kepada fenomena
seperti melanoma fitoplankton menyebabkan siratan pemanasan global
• Melemahkan makanan dalam laut terganggu • Perubahan arah
system keimunan • Kepupusan spesies haiwan dan angin
manusia tumbuhan
• Mutasi pada organisma

7
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Kitar Nitrogen
1 Rajah 1 menunjukkan Kitar Nitrogen

Rajah 1

a) Nyatakan dua kaedah yang diwakili oleh P

1 …………………………………………………………………………………………………………………….

2 …………………………………………………………………………………………………………………….

b) Namakan bakteria Q

…………………………………………………………………………………………………………………………

c) Namakan proses R

…………………………………………………………………………………………………………………………

d) Huraikan kepentingan kitar nitrogen

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………
Ringkasan Kitar Nitrogen
Nitrogen dalam udara

8
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

2 Kitar Nitrogen
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen

Rajah 2
a) i) Namakan proses Q

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Namakan bakteria yang melakukan proses Q

……………………………………………………………………………………………………………………

b) i) Nyatakan dua kaedah yang diwakili oleh P

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Sejenis bakteria terlibat dalam salah satu daripada kaedah di 8(b)(i).
Namakan bakteria itu.

……………………………………………………………………………………………………………………

c) Namakan proses R

…………………………………………………………………………………………………………………………

Soalan objektif SPM 2006-2017

1 Antara gas berikut, yang manakah merupakan penyumbang utama kepada kesan rumah hijau?
A Sulfur dioksida B Karbon dioksida
C Nitrogen dioksida D Karbon monoksida
SPM 2006
2 Antara gas berikut, yang manakah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon?
A Nitrogen oksida B Sulfur dioksida
C Karbon dioksida D Klorofluorokarbon (CFC)
SPM 2007
3 Antara yang berikut, yang manakah mengandungi klorofluorokarbon (CFC)?
A Baja B Efluen
C Aerosol D Sisa radioaktif
SPM 2008
4 Fenomena manakah yang disebabkan oleh kandungan karbon dioksida yang lebih tinggi dalam
atmosfera?
A Jerebu B Hujan asid
C Penipisan ozon D Kesan rumah hijau
SPM 2010

9
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

5 Maklumat berikut menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar.

Peningkatan aras laut


pencairan ais di Artik
Peningkatan suhu dunia

Apakah yang menyebabkan kesan ini?


A Hujan asid B Hakisan tanah
C Pemanasan global D Penipisan lapisan ozon
SPM 2008
6 Rajah 1 menunjukkan lapisan S dalam atmosfera

Rajah 1
Apakah S?
A Ozon B Oksigen
C Karbon dioksida D Nitrogen dioksida
SPM 2009
7 Rajah 2 menunjukkan sumber-sumber bahan kimia yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Apakah kesan bahan kimia itu?


A Hakisan tanah B Pemanasan global
C Kesan rumah hijau D Penipisan lapisan ozon
SPM 2011
8 Apakah kesan jika penggunaan klorofluorokarbon (CFC) yang berlebihan tanpa kawalan?
A Ramai manusia akan menghidapai kanser B Suhu Bumi menurun
kulit
C Alga tumbuh dengan banyak D Aras laut menurun
SPM 2013
9 Rajah 3 menunjukkan suatu aktiviti manusia

Apakah kesan aktiviti ini?


A Menghalang kesan rumah hijau B Menambahkan kawasan tadahan air hujan
C Memelihara flora dan fauna D Menambahkan kandungan karbon
dioksida dalam atmosfera

10
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

B Kitar Karbon SPM 2013


Rajah 1 menunjukkan kitar karbon
. Karbon dioksida dalam atmosfera

Z:

X: Y:

Bahan api

Pengeluar Pengguna

Rajah 1
a) Pada Rajah 1, namakan proses X,Y dan Z menggunakan maklumat berikut.

Fotosintesis Respirasi Pembakaran

b) Apakah yang akan berlaku kepada bilangan pengguna jika semua pengeluar mati?

………………………………………………………………………………………………………………………...

c) Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

meningkat mengurangkan kekal

Pembalakan yang tidak terkawal akan ……………………………………………populasi pengeluar.

Oleh itu, kuantiti karbon dioksida dalam atmosfera akan…………………………………………….

2 Rajah 2 menunjukkan bahan buangan yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil dari
sebuah kilang. (SPM 2008)

1: .........................................

2: .........................................

Rajah 2

a) Namakan dua gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil dalam petak yang
disediakan dalam Rajah 2.

b) Namakan satu jenis bahan api fosil yang boleh digunakan oleh kilang dalam Rajah 2.

………………………………………………………………………………………………………………………..
11
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

c) Nyatakan dua kesan yang berbeza hasil daripada gas yang dibebaskan dalam Rajah 2
terhadap alam sekitar.

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

d) Nyatakan satu kaedah untuk mengurangkan pencemaran udara dari kilang dalam Rajah 2.

………………………………………………………………………………………………………………………..

3 Rajah 3 menunjukkan sejenis pencemaran alam sekitar di satu kawasan industri. (SPM 2010)

Rajah 3.1
a) i) Berdasarkan Rajah 3.1, apakah yang dibebaskan oleh kilang tersebut?

…………………………………………………………………………………………………………………..

ii) Nyatakan jenis pencemaran berdasarkan jawapan di 3(a)(i).

…………………………………………………………………………………………………………………..

b) Nyatakan kesan pencemaran yang ditunjukkan pada Rajah 3.1 kepada manusia.

………………………………………………………………………………………………………………………..

c) Cadangkan satu cara mengawal pencemaran yang ditunjukkan pada Rajah 3.1

………………………………………………………………………………………………………………………..

d) Rajah 3.2 menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar haba yang terperangkap oleh gas X.

Rajah 3.2
i) Namakan gas X.

………………………………………………………………………………………………………………….

ii) Namakan fenomena yang ditunjukkan pada Rajah 3.2

………………………………………………………………………………………………………………….

12
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

4 Rajah 4 menunjukkan lapisan atmosfera di sekeliling Bumi.

Rajah 4

a) i) Apakah lapisan T?

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Nyatakan kepentingan lapisan T.

……………………………………………………………………………………………………………………

b) i) Namakan bahan yang boleh memusnahkan lapisan T.

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Namakan satu alat yang membebaskan bahan di 4(b)(i)

……………………………………………………………………………………………………………………

c) Nyatakan dua kesan jika lapisan T termusnah.

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

6 SPM 2018 – Soalan No.35


35 Maklumat berikut menunjukkan gas-gas yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

• Sulfur dioksida
• Nitrogen dioksida

Apakah kesan gas-gas tersebut?

A Eutrofikasi

B Hujan asid

C Pemanasan global

D Penipisan lapisan ozon

13
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Soalan SPM 2018 – No.11


11 Penggunaan baja kimia dan pestisid telah meningkatkan hasil pertanian. namun begitu,
penggunaan secara tidak terkawal bahan-bahan kimia tersebut telah menyebabkan
pencemaran alam sekitar.

a) Nyatakan empat kesan penggunaan baja kimia dan pestisid secara tidak terkawal terhadap
alam sekitar.
[4 markah]
Ruang jawapan:

1..................................................................................................................................................................

2..................................................................................................................................................................

3..................................................................................................................................................................

4..................................................................................................................................................................

b) Peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera telah menyebabkan fenomena


pemanasan global.
Huraikan cara untuk mengatasi masalah ini.

Penerangan anda mesti mengandungi aspek-aspek berikut:

i) Mengenal pasti masalah

............................................................................................................................................................

[1 markah]
ii) Terangkan punca masalah tersebut.

............................................................................................................................................................

[1 markah]
iii) Terangkan dua kaedah penyelesaian masalah tersebut.

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................
[4 markah]

3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar serta Pengawalan Pencemaran

Pemeliharaan merujuk kepada cara-cara untuk tidak mengganggu keseimbangan alam sekitar
Pemuliharaan merujuk kepada usaha-usaha untuk memulihkan sumber alam yang kepupusan

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar


-Mengurangkan kemusnahan habitat
-Mengelakkan berlakunya kepupusan spesies

14
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Pengawalan Pencemaran Alam Sekitar

Pengawalan •Penggunaan petrol tanpa plumbum digalakkan


Penggunaan Bahan api •Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga angin, tenaga
fosil biojisim, tenaga suria dan tenaga ombak

•Asap dan gas pencemar dapat dikawal melalui penapis pemendak dan
pengikis
•Bahan buangan toksik dirawat supaya kandungan bahan toksik dan
Pengawalan Bahan keracunannya dikurangkan
Buangan Industri •Pencemaran terma dapat diatasi melalui pembinaan kolam penyejukan,
menara dan menara kering
•Bahan radioaktif dalam industri pula mesti dilupuskan secara terancang

•penggunaan baja organik untuk memperbaik struktur tanah pertanian


dengan menggalakkan kemandirian haiwan dan mikroorganisma seperti
cacing
•Penggunaan kawalan biologi terhadap organisma perosak pertanian
Pengawalan untuk menggantikan penggunaan racun serangga
Penggunaan Pestisid •amalan tanaman giliran untuk mengawal populasi perosak di samping
dan baja kimia memulihkan kesuburan tanah
•penggunaan racun serangga yang mudah terurai kepada sebatian yang
tidak berbahaya

•asap dan gas beracun dapat dikurangkan melalui pemasangan injap


•pencemaran bunyi dapat dikurangkan dengan menggunakan pengubah
Pengawalan
bermangkin dan paip ekzos
Kenderaan
•mengurangkan bilangan kereta di jalan raya melalui berkongsi kereta
atau berbasikal untuk jarak yang dekat

•Menggunakan semula barangan yang boleh diguna semula seperti botol


Pengawalan kaca, bakul rotan dan sebagainya
•mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin
Pembuangan aluminium dan barangan besi
sampah sarap •menukarkan sampah organik kepada kompos yang boileh digunakan
sebagai baja di kebun atau taman

•Menaik taraf loji rawatan kumbahan sedia ada dan membina loji
baharu
Pengawalan
•Kawasan kampung dan luar bandar perlu mempunyai sistem
Pembuangan
pembuangan kumbahan domestik yang baik supaya air tidak
Kumbahan dan
tercemar
Penggunaan
klorofluorokarbon •Penggunaan klorofluorokarbon (CFC) sebagai agen penyejuk
sepatutnya digantikan dengan bahan lain iaitu
hidroklorofluorokarbon (HCFC) yang lebih mesra alam

Langkah pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar menjamin kebersihan persekitaran

• Pengawalan pembalakan dan mengadakan hutan simpan


• Menukarkan kolam perlombongan terbiar kepada kawasan rekreasi
• mengadakan pusat perlindungan untuk haiwan yang mengalami kepupusan
• penggunaan tanah secara optimum contohnya tanam pokok koko di lading kelapa
• Pemprosesan bahan-bahan baranga perindustrian dan pertanian kepada bahan berguna
• kitar semula dan guna semula sumber yang tidak dapat diperbaharui contohnya kitar semula
logam aluminium dan besi

15
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

Soalan SPM 2006-2018


1 Apakah kaedah paling berkesan untuk mengawal pencemaran akibat daripada bahan buangan
plastik?
A Kitar semula B Tanam dalam tanah
C Buang ke dalam laut D Bakar di kawasan lapang
SPM 2006
2 Apakah amalan yang terbaik untuk pemuliharaan alam sekitar?
A Menggunakan bakteria untuk merawat B Menggunakan pestisid untuk
kumbahan memusnahkan makhluk perosak
C Menyimpan bahan buangan industri dalam D Mengumpul dan membakar sampah-
bekas yang tertutup rapat sarap
SPM 2007
3 Rajah 1 menunjukkan sejenis pencemaran dari sebuah kilang.

Rajah 1
Langkah manakah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran itu?
A Tutup cerobong B Merendahkan cerobong
C Tambah lebih cerobong D Pasang penapis udara pada cerobong
SPM 2009

4 Seorang pegawai perhutanan mendapati tapak perkhemahan di hutan rekreasinya diceamri oleh
banyak tin aluminium kosong.
Apakah kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini?
A Kitar semula tin B Tanam tin dalam tanah
C Bakar tin di kawasan terbuka D Buang tin ke dalam sungai
SPM 2010
5 Rajah 2 menunjukkan pencemaran disebabkan oleh sebuah kilang. (SPM 2012)

Rajah 2
Apakah kaedah yang terbaik untuk mengurangkan pencemaran ini?
A Pelihara ikan dalam air B Alirkan efluen ke laut
C Rawat efluen sebelum dilepaskan D Uji kauntiti bahan pencemar dalam air secara
tetap
6 Seorang petani mahu menggunakan kaedah semula jadi untuk mengawal haiwan perosak di
ladangnya.
Apakah yang patut dia gunakan? (SPM 2015)
A Racun perosak B Kawalan biologi
C Baja semula jadi D Baja kimia
7 Pilih pasangan yang betul antara bahan buangan dan cara pengurusannya. (SPM 2016)
Bahan buangan Cara pengurusan
A Sisa toksik Kitar semula
B Air kumbahan Dialirkan ke sungai
C Sampah sarap Dibakar
D Pokok getah tua Dijadikan perabot

16
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

3.4 Kepentingan Pengurusan Sumber alam Secara Terancang dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam

Pengolahan Sumber Alam Kesan Pengolahan Sumber yang tidak terancang


Sumber Alam daripada Hutan -kemusnahan habitat
-mengelakkan pembalakan secara haram -kepupusan spesies
-menebang pkok yang tua dan menanam -gangguan biodiversiti
semula anak pokok yang baharu -kehilangan sumber ekonomi

Sumber Alam daripada Lautan


-melarang penangkapan ikan menggunakan -menyebabkan pengurangan hasil tangkapan
bahan letupan, racun atau bahan pencemar -kemerosotan sumber ekonomi
-perternakan ikan, udang dan sumber laut -mengganggu keseimbangan alam di lautan
digalakkan -kepupusan beberapa spesies seperti penyu

Sumber Alam daripada Tanah


-pembukaan tanah baharu perlu memenuhi -pembukaan tanah tidak terancang menyebabkan
syarat kemusnahan habibat, hakisan tanah, banjir kilat dan
-sistem pengaliran air yang cekap mencegah tanah runtuh
kejadian banjir kilat

Sumber Alam daripada Kerak Bumi


-Kawasan perlombongan akan -tanah akan menjadi tidak subur untuk pertanian
meninggalkan tanah yang tandus dan tidak -menjejaskan sumber ekonomi negara
subur serta kolam tang dalam
-tanah terbiar boleh diusahakan untuk
penanaman tanaman yang sesuai
-kolam yang terbiar boleh dijadikan taman
rekreasi atau tempat meternak ikan, udang
atau itik

1 Pembalakan tanpa kawalan telah mengurangkan hutan semula jadi di Semenanjung Malaysia.
Apakah tindakan yang perlu diambil untik mengatasi masalah ini? (SPM 2010)
A Penanaman semula C Membuka tanah baru untuk pertanian
B Tingkatkan eksport kayu D Membangunkan projek perumahan baru

2 Pihak berkuasa telah mengharamkan pembukaan tanah yang melebihi ketinggian 1000m dari
aras laut dan kecuraman melebihi 40 darjah.
Apakah tujuan utama penetapan ini dibuat? (SPM 2016)
A Mengurangkan jumlah pembebasan B Meningkatkan pertumbuhan flora dan fauna
gas karbon dioksida
C Mengurangkan hakisan tanah D Meningkatkan kesuburan tanah

3 Rajah 1 menunjukkan keadaan hutan semula jadi. (SPM 2018)

Rajah 1
Antara berikut, kaedah manakah yang terbaik untuk mengekalkan keadaan hutan tersebut?
A Kawalan biologi B Pemeliharaan dan pemuliharaan
C Memperbaharui sumber tenaga D Kawal penggunaan pestisid

17
Cikguabadi_SMKIP
Modul PDPC – Sains Tingkatan 5 2019

1 Keseimbangan alam sangat penting kepada kehidupan. (SPM 2015)

a) Huraikan bagaimana kitar nitrogen dapat mengekalkan keseimbangan alam


[4 markah]

Ruang jawapan:

......................................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................................

b) Pusat pembuangan sampah yang tidak terurus merupakan ancaman terbaharu kepada
keseimbangan alam dan menjejaskan kualiti air. anda diminta memberikan cadangan untuk
mengatasi masalah ini.

Cadangan anda hendaklah merangkumi kriteria berikut:


i) Mengenal pasti masalah

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................
[1 markah]
ii) Terangkan dua kaedah penyelesaian masalah tersebut.

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................
[4 markah]

iii) Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda.

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................
[1 markah]

~MODUL BAB 3 TAMAT~

18
Cikguabadi_SMKIP

You might also like