You are on page 1of 5

Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan

pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis. Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida. Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis.
a) Apakah dimaksudkan dengan kitar nutrien? Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen. Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari. Nutrien-nutrien ini diperlukan dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum. Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak, karbohidrat dan protin. Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya biosfera. Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi tidak adanya gangguan .

Bagaimanakah kitar nutrien boleh diganggu oleh manusia? Menambahkan nutrien - contohnya karbon dikosida akan bertambah melalui: i) Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula ii) Pembakaran bahan fosil dalam industri iii)Pembakaran sampah sarap secara terbuka iv)Petani pindah membakar hutan Mengambil nutrien karbon dioksida keluar dari sistem ini melalui:

i)Pemburuan haiwan hutan dan dibawa ke tempat lain ii)Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain. iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.

Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku? Aliran karbon dalam pelbagai bentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi. Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara. Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksida. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera. Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon. Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

EKOSISTEM Terminologi ekosistem (ecosystem) digunakan oleh Roy Clapham pada tahun1930 bagi menerangkan komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yangberhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Seorang ahli ekologi iaitu Arthur Tansley kemudiannya memberi definisi yang lebih mendalam tentang ekosistem.Menurut beliau, ekosistem merupakan seluruh sistem, termasuklah organismakompleks dan faktor-faktor fizikal dalam alam sekitar.Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsurunsur yangmerupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Ekosistemboleh dikaji dan

dibahagikan kepada skop yang luas serta menerangkan situasi hubungkait antara hidupan dengan alam semula jad http://books.google.com.my/books?id=CdPP8H5dwFQC&pg=PA16&lpg=PA16&dq=kitaran+kar bon&source=bl&ots=ZFOkZ-MVR3&sig=BCsOiOUHtsBQEMOxwzNuVk1xyY&hl=en&sa=X&ei=ehrjT4yvD4jxrQf19oGyAw&ved=0CGgQ6AEwBzgo#v =onepage&q=kitaran%20karbon&f=false

You might also like