You are on page 1of 11

BAB 4 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

MINGGU KE 21 – MINGGU KE 23

ARAHAN : BACA RINGKASAN NOTA DAN RUJUK BUKU TEKS UNTUK PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM . NOTA
TIDAK PERLU DISALIN.
4.3 : Peluasan Kuasa British di Johor

• Johor merupakan sebuah negeri yang telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi
• Ini kerana Johor mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur
• Juga kebijaksanaan pemerintah Johor membangunkan Johor, menghalang peluasan kuasa
British ke atas Johor

• Penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam

 Faktor Kemajuan dan Kemakmuran Johor ialah:

1. Perkembangan pesat bidang ekonomi komersial terutamnya dalam pertanian lada
hitam dan gambir

2. Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah memaju dan memakmurkan Johor

3. Kemunculan golongan pentadbir yang komited menjalankan tugas 4. Pemodenan
dalam pentadbiran dan infrastruktur

 Strategi British Menguasai Johor ialah:

1. Melalui Perjanjian
i. Perjanjian 1855
 Antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim
 Sultan hendaklah terlebih dahulu menawarkan Kesang kepada British sekiranya
ingin menjualnya

ii. Perjanjian Setia 1885

 Antara Johor dengan British
 Johor hanya menerima seorang ejen yang peranannya menyamai Pegawai
Konsul dan lebih rendah daripada penasihat  Hal ehwal luar Johor dikawal
oleh British
iii. Perjanjian 12 Mei 1914
 Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian Gabenor Negeri-Negeri Selat
 Menukar taraf Johor daripada negeri bebas dan berdaulat kepada negeri
naungan British

2. Manipulasi
 Pada 1879, Gabenor Negeri-negeri Selat mencadangkan Residen British
ditempatkan di Johor dan menawarkan pinjaman 200 000 dolar bagi membiayai
pembinaan landasan keretapi sebagai manipulasi kewangan Johor tetapi ditolak

Latihan

1. Jawab soalan berikut

a) Kemajuan dan kemakmuran Johor serta pemodenan yang dilaksanakan dalam
pentadbiran menjadi faktor penting yang membolehkan Johor mengekalkan
kedaulatannya sehingga 1914.
Jelaskan faktor tersebut
_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

b) Kemajuan ekonomi Johor menyebabkan British merangka strategi untuk menguasai

Johor, Terangkan strategi melalui perjanjian dan manipulasi yang dilaksanakan oleh
British.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

c) Andaikan anda dilantik sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda memakmuran

negara anda?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

 Ciri-ciri Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) :

1. Pentadbiran bersifat longgar, tiada satu unit politik pentadbiran tunggal
2. Terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang
juga Gabenor Negeri-Negeri Selat

3. Raja di NNMTB mempunyai kuasa lebih besar berbanding raja di NNMB

4. NNMTB mengamalkan pemerintahan beraja yang bebas dan berkuasa autonomi
5. Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua
6. Tiada perjanjian khas bagi mewujudkan penggabungan sebaliknya lebih bersifat membezakan
pentadbiran NNMTB dengan NNMB

7. British gagal menggabungkan kedua-dua pentadbiran kerana ditentang raja Melayu

 Secara umumnya, pentadbiran di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai persamaan.

Antaranya ialah;
1. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar
tempatan

2. Sultan atau raja mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri

3. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada majoriti orang Melayu, manakala penglibatan
pegawai Eropah adalah terhad dan hanya memegang jawatan tertentu sahaja

4. Menteri Besar atau Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai terpenting dalam pentadbiran
negeri.

5. Negeri Johor dan Terengganu pentadbiran berasaskan Undang-Undang Tubuh

 Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dalam pentadbiran di Terengganu dan Johor,
seperti pada jadual di bawah ini

 Pentadbiran di Perlis
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan

ii. Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja
iii. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu, hanya terdapat 3 orang
pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis

iv. Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

 Pentadbiran di Kedah
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan

ii. Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri iii. Kakitangan awam terdiri
daripada orang Melayu

iv. Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

 Pentadbiran di Kelantan
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan

ii. Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota
Majlis
iii. Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang
jawatan tertentu

iv. Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri

 Pentadbiran di Terengganu
i. Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terenganu
ii. Undang-undang ini menetapkan perundangan tidak boleh dipinda
iii. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar
tempatan

v. Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan Pegawai Eropah dalam
pentadbiran dihadkan

 Pentadbiran di Johor
i. Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ii. Sultan tidak dibenarkan menyerahkan
negerinya kepada kuasa asing iii. Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar. Setiausaha
negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan

iv. Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan dalan pentadbiran
v. Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan
keutamaan diberi kepada orang Melayu bagi memenuhi jawatan pentadbiran

Perkembangan Pentabdiran kesan pembentukan NNMTB

1. Pengekalan Kedudukan Sultan
 Kedudukan Sultan dan pembesar dikekalkan
 Sultan masih berkuasa terutamanya berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
 Pembesar tidak lagi memunggut cukai dan pajak, sebaliknya diberikan elaun dan
pencen

2. Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional

 Sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri diteruskan
 Peraturan dan undang-undang tempatan juga diteruskan
 Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran Negeri dan dibantu oleh pihak
British
 Setiap negeri mempunyai sistem perkhidmatan awam

3. Pengenalan Birokrasi Barat

 Urusan pentadbiran mengamalkan cara Barat
 Penasihat British menggugat kuasa sultan dan pembesar
 Jabatan-jabatan baru diperkenalkan
 Sistem perundangan Barat diperkenalkan
 Pegawai British dilantik dalam pentadbiran kerajaan

LATIHAN

Bahagian A

1. Kuasa raja di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih besar berbanding kuasa raja di
NegeriNegeri Melayu Bersekutu .

Mengapakah dikatakan sedemikian?

A. Mengekalkan takhta
B. Mengawal agama dan adat
C. Mempunyai kuasa autonomi
D. Mengekalkan pentadbiran tradisional
2. Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh berikut

Dato’ Jaafar bin Datuk Wan

Muhammad Muhammad Saman

A. Menteri Besar pertama

B. Membuat bendera negeri
C. Memodenkan pendidikan
D. Menggubal undang-undang tubuh
Bahagian B

1. Lorekkan atau warnakan anggota Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

1. Perjanjian Bangkok 1909 membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang
terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

a) Jelaskan latar belakang pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

b) Terangkan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu

i. Perlis
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

ii. Johor

c) Sistem pentadbiran yang sistemetik menjadi penentu kepada kemajuan negara.

Berikan hujah anda.

2. Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu memberikan kesan besar kepada perkembangan
pentadbiran.

a) Nyatakan kedudukan sultan di Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu

___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

b) Bagaimanakah kedudukan pembesar di Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu?

___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

c) Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi barat di Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

d) Pada pendapat anda, mengapakah British memperkenalkan sistem birokrasi barat di Negeri
Negeri Melayu Tidak bersekutu?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

You might also like