You are on page 1of 2

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS) WAJ3103 Bab 1 : Pengertian Tamadun 1.

1 Definisi

Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupannya. Tamadun juga merujuk kepada bandar. Jelaslah bahawa bandar mempunyai kaitan dengan tamadun. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Menurut Jacqueta Hawkes, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat.

Bagi penulis arab : Mereka mentafsir tamadun adalah berdasarkan perkataan-perkataan Arab seperti madaniyah, tamaddun, hadarah dan sebagainya. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah danrohaniah. Tamadun juga bermaksud kehalusan budi dan sopan santun. Bagi Ibn Khaldun , beliau menggunakan perkataan tamadun dengan menggunakan istilah umran. Umran bermaksud tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang. Bagi pandangan barat : Istilah tamadun dalam bahasa inggeris ialah civilation iaitu bandar. Selain civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas ialah seperti culture, urbanization dan renaissance.

Ciri-ciri tamadun : 1. Petempatan kekal masyarakat yang bertamdun tidak lagi menjalankan aktiviti nomad. 2. Revolusi pertanian mereka yang bertamadun semakin pandai mengeploitasikan alam semulajadi melalui cara-cara saintifik atau bijaksana yang dapat memberikan hasil. 3. Stratifikasi sosial wujudnya system pengelasan masyarakat berdasarkan kelas dan status. Golongan yang mempunyai tanah pertanian merupakan golongan yang tinggi manakala golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian merupakan golongan kelas rendah. 4. Kehidupan beragama masyarakat yang bertamadun mempercayai agama yang mereka anuti. 5. Urbanisasi ciri-ciri yang amat menonjol dalam sesebuah tamadun ialah kewujudan sebuah bandar. Namun secara ringkasnya, urbanisasi merujuk kepada suatu tapak atau tempat dan pusat komuniti dalam sesebuah kawasan. 6. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi pengkhususan kerja lahir dalam masyarakat yang bertamadun. 7. Sistem tulisan tulisan memungkinkan masyarakat menyimpan rekod dan berhubung dengan lebih mudah selain daripa perkataan. 8. Organisasi politik dan pemerintahan kewujudan suatu system politik dan pentadbiran yang kompleks menjadi symbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat.

You might also like