You are on page 1of 1

PENGERTIAN TAMADUN

(menurut bahasa)

Bahasa Arab: ​dana ​bererti beragama. ​Madanna ​dan ​tamaddana ​yang bererti mengasaskan dan
membina kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti.

​ an ​civilitas ​yang bermaksud


Bahasa latin: tamadun disebut sebagai ​civitas, civilis, civis d
warganegara, undang-undang ​dan ​sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek: disebut sebagai ​kei ​yang bererti kediaman seperti rumah dan sesuatu yang
datang kepada kita. ​Keimelion ​bererti sesuatu khazanah atu harta yang disimpan.

Bahasa Inggeris: tamadun disebut sebagi ​civilize ​yang bermaksud memperbaiki tingkah laku,
menjinakkan dan menyelaraskan sesuatu mengikut keperluan masyarakat. Juga bermaksud
keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kepada kehidupan yang lebih baik serta mempunyai
kehalusan budi dan kesopanan.

Bahasa Tamil: tamadun dipangggil ​nakarikam ​yang terbahagi kepada 2 perkataan iaitu ​ nakar
dan ​ikam. Nakar ​bermaksud kota manakala ​ikam b
​ ermaksud pembentukan bandar. ​Nakarikam
bermaksud kota yang telah dibentuk menjadi sebuah bandar.

Bahasa Cina: disebut sebagai ​Wen Ming ​yang bererti bercahaya atau cerah. Tamadun juga
merujuk kepada unsur-unsur spiritual dan materil yang muncul daripada pencapaian sejarah
perkembangan manusia.

(​istilah​)
Tamadun bermaksud satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan h
‫ﻧىﺔىﺪﻫﻦ‬kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan.

Tokoh
Ibnu Khaldun mentakrifkan tamadun menggunakan dua istilah utama iaitu ​umran ​dan​ hadarah.
Umran merujuk kepada kawasan tanah atau rumah yang didiami sekumpulan penduduk yang
menetap dlam suasana yang subur dan makmur.
Hadarah pula bermaksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan.

Rujukan
https://www.slideshare.net/IfHim/pengertian-tamadun
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-dan-pengertian-tamadun/

You might also like