You are on page 1of 36

Minggu 1 Bab 1 TITAS

BAB 1 PENGENALAN
KEPADA ILMU
KETAMADUNAN

Definisi Tamadun
Definisi Tamadun
Kata nama Arab tamaddun telah di
Melayukan kepada istilah tamadun.
Penggunaannya kebiasaannya digunakan
sinonim dengan kata nama peradaban. Istilah
tamaddun biasanya dipakai seiring dengan
pengertian hadarah yang juga bermaksud
tamadun.

MAKNA TAMADUN DAN


PERADABAN

Dari Sudut Bahasa


Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan
atau peradaban.
Peradaban pula bermaksud kebudayaan,
tamadun atau kemajuan (jasmani dan rohani).

MAKNA TAMADUN DAN


PERADABAN

TAMADUN: keadaan manusia yang


dicirikan oleh taraf pemikiran yang
tinggi;negara&penduduknya
yang
mencapai taraf pemikiran tinggi,budaya
atau cara hidup orang yang tertentu,dan
keadaan pemikiran yang halus.
PERADABAN: keadaan serta tingkat
kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani sesuatau bangsa atau masyarakat.

MAKNA TAMADUN DAN


PERADABAN
Berasal daripada perkataan Arab yang bererti
kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
Berpunca dari kata kerja maddana yang bererti
memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah
laku.
Juga membawa erti membuka bandar.
Terbit pula perkataan madinah yang bermaksud
bandar dan juga madani iaitu orang yang
berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat
halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam
tingkah laku.

Pengertian Tamadun Dalam


Bahasa Arab

Istilah terawal yang digunakan berkaitan dengan makna


tamadun ialah UMRAN yang digunakan oleh sarjana
sosiologi Islam, Ibn Khaldun di dalam bukunya Kitab
Al-Ibar wa al-Ajam wa al-Barbar ataupun lebih
dikenali sebagai Al-Muqaddimah.
UMRAN kata terbitan daripada perkataan Amara
yang bererti kawasan tanah atau rumah yang diduduki
individu atau segolongan penduduk dalam suatu
keadaan yang berkembang subur lagi makmur atau
dalam keadaan kering tandus, terbiar dan binasa.

Hadharah
Hadharah Perkataan ini pernah digunakan
oleh Ibnu Khaldun dengan makna kehidupan
menetap. Dari segi bahasa ia bermaksud suatu
wilayah, daerah, bandar atau kampung dari
kawasan tanah yang didiami. Lawan kepada
perkataan Hadharah ialah Badw.

Istilah Hadhari
Hadhari berpunca daripada perkataan Hadarah;
satu istilah Hebrew yang bermaksud adorned
with beauty (dihiasi dengan kecantikan). Dalam
kajian ketamadunan, istilah hadarah dikaitkan
dengan istilah tamadun ataupun umran.

Tamaddun
Tamaddun Berasal daripada perkataan
madana. Madana bermaksud berkelakuan
seperti orang pekan, halus perangai dan
kelakuannya. Penulis-penulis Arab moden
menggunakan perkataan hadharah sebagai
sama ertinya dengan tamaddun. Jurji Zaidan
dikatakan orang yang mula-mula menggunakan
istilah ini di dalam bukunya Tarikh alTamaddun al-Islami.

Madaniyyah
Madaniyyah Perkataan ini mula digunakan pada
kurun ke 20. Ia bermaksud sesuatu yang berkaitan
dengan elemen masyarakat bandar dan perbandaran,
kemajuan dan pembangunan.
Dikatakan mula diperkenalkan oleh Farid Wajdi di
dalam bukunya yang bertajuk al-Madaniyyah wa
al-Islam (Tamadun dan Islam) dan Muhammad
Abduh di dalam bukunya yang bertajuk Al-Islam wa
al-Nasraniyyah maa al-Ilm wa alMadaniyyah (Islam dan Kristian serta Kaitannya
Dengan Sains dan Tamadun).

Thaqafah
Thaqafah Bermaksud kebudayaan. Ia lebih
merujuk kepada salah satu elemen di dalam
tamadun itu sendiri,

Civilization
Pengertian Tamadun Dalam Bahasa Inggeris
Di dalam bahasa Inggeris, perkataan tamadun
diseertikan dengan perkataan civilization. Di Barat
civilization diertikan sebagai satu masyarakat manusia
yang terdiri daripada organisasi sosial dan budayanya
yang tersendiri.
Perkataan civilization berasal daripada perkataan Latin
civitas. Civitas bermaksud kewarganegaraan, komuniti
negara atau bandar.

TAFSIRAN TAMADUN
Ibn Khaldun: Umran yang merujuk kepada
kawasan tanah atau rumah yang didiami,
diduduki orang,tinggal menetap, segolongan
penduduk yang menetap dan seumpamanya,
dalam satu keadaan berkembang subur lagi
makmur.
Lawan bagi umran ialah kawasan yang kering
kontang dan tidak berkembang.
M.A.J. Bek: Tamadun merupakan pencapaian
manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian,
seni bina, agama, undang-undang dan politik.

Asalkata Istilah Tamadun


Tamadun sebenarnya datang dari kata akar
bahasa Arab madan atau mudn yang membawa
maksud menduduki atau mendiami sesuatu
kawasan. Perkataan madan juga membawa
maksud kehalusan dalam budi bahasa,tingkah
laku dan dan cara hidup seseorang.
Kata kerja madan atau mudn,iaitu maddana,
juga merupakan salah satu kata asal tamadun.
Maddana bermaksud mengerjakan dan
memperelokkan madan serta erti membuka
bandar.

Istilah Madinah dan Madaniy


Daripada kata-kata akar ini, terbitnya perkataan
Madinah dan Madaniyy. Madinah( sama dengan
kota Madinah) bermaksud kota atau bandar
besar. Madaniyy pula bermaksud orang yang
berkelakuan halus; kekotaan ; berhidup di
bandar.

Maksud Peradaban Dan Impak Sains


dan Teknologi
Peradaban bermaksud pencapaian dan pembangunan
manusia dalam segala bidang termasuklah dalam bentuk
fizikal mahupun spiritual.

Dalam ilmu ketamadunan, apa yang dikatakan sebagai pembangunan ialah pencapaian-pencapaian
manusia dalam segala aspek kehidupan untuk meningkat maju dan berkembang yang memberi
manfaat kepada individu, keluarga, komuniti ataupun masyarakat yang mencakupi perkembangan
dalam bidang industri, kraftangan, sains dan teknologi, pertanian, ekonomi, peningkatan taraf
hidup, kesusasteraan, kebudayaan, kesenian dan sistem kepercayaan.

Tamadun Awal Manusia : Ahli-ahli ketamadunan dan arkeologi mengklasifikasikan


tamadun awal manusia bermula selepas empat zaman utama dalam perkembangan
manusia. Pertama Zaman prasejarah (pre-historic age), Zaman Paleolitik, Zaman
Neolitik dan Zaman Logam. Perbezaan utama zaman Paleolitik dengan Zaman Neolitik
ialah dari segi bentuk-bentuk kehidupan dan ekonomi sara diri.

Tamadun Manusia Pada Zaman Ais :Manusia dipercayai mempunyai


tamadun tersendiri sejak zaman Ais berdasarkan penemuan-penemuan
arkeologi lukisan di dinding gua. Ahli kaji tamadun percaya bahawa
keberlangsungan hidup manusia zaman ais berbanding binatang pada
zaman itu (contohnya Mammoth) adalah kerana manusia mempunyai
akal untuk mengatasi masalah kesejukan iaitu usaha menyalakan api
dan membuat pakaian yang terhasil daripada kulit dan bulu binatang.

Survival Manusia Pada Zaman Ais

Bahasa Dalam Tamadun Manusia


Bahasa adalah medium komunikasi yang paling
berharga kepada manusia. Piktografik adalah
simbol-simbol yang menggunakan bentukbentuk tertentu untuk menerangkan maksudmaksud tertentu.

Contoh Tulisan Piktografik

Contoh Tulisan Piktografik

Makanan Dalam Tamadun Manusia

Pembuatan Senjata

Proses pembuatan senjata


pada zaman prasejarah
juga menampilkan aspekaspek kesenian dan
keindahan. Pada peringkat
awal, senjata daripada
kayu dan batu dibentuk
mengikut kesesuaian saiz
tangan penggunanya.
Senjata juga dicipta
mengikut penggunaannya.
Kemudiannya, senjata
diperbuat daripada
gangsa, tulang dan besi.

Senjata Kuno China

Penggunaan Api
Manusia mula mengenali api hasil
daripada kebakaran pokok yang
terkena panahan kilat. Manusia
kemudiannya mula
memanafaatkan api untuk tujuan
memasak, pemanasan badan dan
menakutkan binatang buas.
Kewujudan api daripada panahan
kilat menyebabkan manusia
percaya kepada satu kuasa yang
menghasilkannya. Dalam
tamadun manusia, manusia mula
menghasilkan api daripada
ranting-ranting kayu yang
dipatahkan menggunakan tangan
di atas rumput-rumput kering
hingga terhasil haba dan
membakar rumput-rumput
tersebut.

Semangat Gotong-Royong dan


Kerjasama Berkumpulan
Manusia zaman batu awal
saling bekerjasama dalam
kumpulan dalam aktiviti
perburuan, aktiviti perlapahan
bahkan jamuan bersama.
Kemudian wujudlah organisasi
sosial. Ahli dalam kelompok
sosial yang tertua atau yang
mempunyai kebolehan
mengubati menjadi ketua.

Amalan Menanam Barangan Milik


Persendirian Bersama Mayat
Amalan ini wujud kerana
manusia menyangka bahawa
orang yang mati memerlukan
keperluan sama seperti orang
hidup. Kebiasaannya ditanam
bersama mayat barangan milik
peribadi sim mati, pinggan
mangkuk dan tembikar.
Amalan ini dikatakan bermula
di kalangan orang-orang
Mousterian.

Zaman Neolitik
Manusia pada zaman ini sudah
memiliki kemahiran bercucuk
tanam. Bidang penternakan juga
menjadi semakin menyerlah.
Manusia mencari kawasan tanah
yang subur untuk didiami, bertani
dan juga menternak untuk survival
hidup. Tamadun Lembah Sungai
Indus, Sungai Hwang Hwo dan
Tamadun Mesir terbina di dalam
kawasan yang subur. Bijirin dan
kapas menjadi antara tanaman
pertanian utama.

Penternakan
Manusia zaman prasejarah
bermula dengan pencarian
makanan berasaskan tumbuhan
dan kemudiannya beralih
kepada haiwan. Teknik
penternakan binatang menjadi
semakin berkembang hasil
daripada pengalaman yang
dilalui manusia. Begitu juga
faedah-faedah yang dapat
diperolehi daripada binatang
seperti kulit, bulu, susu dan
daging haiwan termasuk tulang
haiwan. Bulu kambing biri-biri
dikumpulkan untuk menjadi
benang bagi membuat pakaian.

Teknologi: 3000 tahun sebelum Masehi, orang lelaki dalam tamadun manusia sudah
mencipta kereta kuda dan membina perahu yang mempunyai layar. Zaman ini juga
menyaksikan kebolehan manusia mengenalpasti tembaga dan potensinya serta sifat
fizikalnya. Manusia pada zaman ini juga sudah mencipta kalendar berasaskan peredaran
matahari.

Konsep Ilmu Ketamadunan: Konsep ilmu ketamadunan menjana satu kekuatan dan
kemantapan yang komprehensif dan berintegrasi bagi para pelajar dan pengkajinya.
Tamadun Mesopotamia, Greek, Yunani, Parsi, tamadun Lembah Sungai Indus dan
tamadun Lembah Hwang Ho mengandungi sekurang-kurangnya salah satu elemen di
atas. Tamadun Islam mewakili semua tamadun ini daripada sudut integrasi komponenkomponen utama tamadun ditambah dengan pembangunan dan kemajuan spirituil yang
menonjolkan keunikan Islam itu sendiri.

Prinsip Ilmu Ketamadunan


Dilemma tamadun manusia kontemporari
berkisar dalam soal sikap dan penguasaan ilmu
pengetahuan. Interaksi tamadun dan
pemindahan kemajuan sains dan teknologi
daripada satu tamadun ke tamadun yang lain
tidaklah berlaku secara efisien tanpa adanya
sikap mengagungkan ilmu pengetahuan dan
para agamawan dan intelektual. Pembangunan
tamadun akan terbantut jika manusia
membelakangkan ilmu pengetahuan.

Faedah Mempelajari Ilmu


Ketamadunan
Ilmu ketamadunan Barat jarang-jarang membincangkan
mengenai permulaan penciptaan manusia. Penciptaan
manusia telah dibincangkan dalam al-Quran dengan
detail yang menerangkan tentang maksud akhirnya ialah
kekuasaan dan keagungan Tuhan dan kekerdilan
manusia. Dalam tradisi Islam juga kita akan dapati
bahawa al-Quran telah menerangkan pencapaian
tamadun-tamadun terdahulu seperti Kaum Ad, Thamud
dan Luth. Begitu juga kita akan dapati beberapa
pemerintahan besar dalam tamadun mereka seperti
Firaun, Namrud, Balqis dan seumpamanya.

Manusia Dan Ilmu Pengetahuan


Rasa ingin menyelesaikan masalah menyebabkan
manusia berfikir. Manusia beroleh ilmu dan
pengetahuan apabila manusia berfikir dan
beroleh pengetahuan. Sebelum tulisan tercipta,
manusia menggunakan tanda, rajah ataupun
simbol-simbol. Dengan cara itu, manusia mula
merekodkan segala pengalaman mereka
walaupun begitu terhad. Apabila terciptanya
tulisan, manusia mula merekodkan segala
pengetahuan dan pengalaman mereka tanpa
sebarang limitasi.

Kesimpulan
Ilmu ketamadunan adalah satu ilmu yang penting
yang melebihi kepentingan pembelajaran sejarah.
Ia membincangkan mengenai pembangunan dan
pencapaian manusia, fizikal, emosi, intelektual
dan spirituil. Ia membincangkan hampir
keseluruhan cara hidup manusia. Umat masakini
boleh mengambil banyak iktibar daripada apa
yang berlaku kepada manusia dalam tamadun
terdahulu dan merancang serta bertindak untuk
masa hadapan.

You might also like