You are on page 1of 18

Arahan: Jawab semua soalan dalam Borang OMR (02) yang disediakan.

1. Ungkapan yang lebih sesuai bagi menggambarkan hubungan etnik di Malaysia pada
masa kini adalah ____________________

A. perpaduan dalam kesamaan.


B. kesepaduan dalam perpaduan.
C. perpaduan dalam kepelbagaian.
D. perpaduan dalam kesamarataan.
E. kesepaduan dalam kepelbagaian.

Soalan 2 adalah berdasarkan petikan di bawah:

X merujuk kepada suatu impian yang diidamkan oleh manusia dan berasaskan
matlamat akhir bersifat utopia. X masih belum dapat dilaksanakan kerana
kesamaan atau kesatuan adalah terlalu sempurna dan sukar dijadikan kenyataan.

2. X paling tepat menggambarkan maksud ____________________

A. social unity.
B. social diversity.
C. social cohesion.
D. unity in diversity.
E. unity is uniformity.

3. Penyataan di bawah menggambarkan keadaan pluraliti masyarakat pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka:

I. Sistem Residen dilaksanakan untuk melancarkan pemerintahan.


II. Jawatan pegawai-pegawai istana terdiri daripada orang tempatan dan bukan
tempatan.
III. Proses amalgamasi berlaku melalui perkahwinan antara masyarakat
setempat dan pendatang asing.
IV. Para pedagang yang datang ke Melaka memerlukan dokumen khas untuk
memasuki pelabuhan di negeri itu.
V. Pemerintah mengamalkan dasar pengenalan kaum berdasarkan aktiviti
ekonomi.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. III, IV dan V
E. II, III, IV dan V

1
4. Penyataan berikut menggambarkan keadaan di Tanah Melayu pada zaman
kolonial Inggeris:

I. Kehidupan orang-orang Melayu mula tersisih dari agama Islam.


II. Berlakunya pembentukan masyarakat plural secara semulajadi.
III. Hal-ehwal politik diuruskan oleh Sultan dan pembesar-pembesar Melayu.
IV. Kaum-kaum berbeza bebas mengamalkan budaya masing-masing.
V. Pegawai istana terdiri daripada pelbagai kaum.

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
E. I, II, III dan IV

5. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR mengenai era konflik:

A. Perasaan distant dan distrust berlaku antara etnik Melayu dan Cina.
B. Darurat telah ditamatkan semasa Malaya mencapai kemerdekaan.
C. Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan melalui Perjanjian Persekutuan 1948.
D. Konsepetnic bargaining digunapakai dalam beberapa perundingan etnik
sebelum merdeka.
E. Parti Melayu UMNO dibentuk bagi mengerakkan pelbagai pertubuhan Melayu
menentang Malayan Union.

6. Berikut adalah peristiwa- peristiwa yang berlaku pada era stabil tetapi tegang:

I. Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.


II. Terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963.
III. Malayan Union dibubarkan.
IV. Darurat diisytiharkan dan tamat selepas 12 tahun.
V. Rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964.

A. I dan II
B. III dan V
C. I, II dan IV
D. I, II, dan V
E. I, II, III, IV dan V

7. Konsep ________________ merujuk kepada pengkategorian manusia mengikut


perbezaan biologi atau fizikal. _______________ pula membezakan kategori manusia
mengikut perbezaan budaya.

A. ras; Etnik
B. minoriti; Ras
C. etnik; Ras
D. ras; Rasisme
E. etnik; Etnosentrisme

2
Rumah yang didiami masyarakat Portugis direka bentuk tidak jauh beza dengan
rumah Melayu. Amalan dan adat resam orang Portugis juga banyak yang sama
seperti orang Melayu; misalnya mereka sudah biasa makan cencaluk, belacan dan
nasi. Namun mereka tetap kekal mengamalkan agama Roman Katolik yang
diwarisi dari nenek moyang mereka.

8. Petikan di atas menggambarkan konsep ________________

A. akulturasi.
B. asimilasi.
C. akomodasi.
D. segregasi.
E. amalgamasi.

Melayu tak usah berniaga la... Masuk kerja kerajaan mudah hidup nanti. Biar
orang Cina saja yang berniaga. Mereka pandai. Kerja-kerja lain seperti buruh,
bagikan saja pada orang India.

9. Petikan di atas paling tepat menggambarkan maksud _________________

A. prejudis.
B. polarisasi.
C. stereotaip.
D. diskriminasi.
E. etnosentrisme.

Pada suatu masa dahulu terdapat satu kelompok manusia yang tinggal di sebuah
kampung terpencil di hujung kota. Kelompok manusia ini tidak mahu berurusan
dengan orang lain kerana beranggapan adat dan budaya mereka adalah yang
terbaik. Kelompok ini sentiasa mengenakan pakaian tradisi mereka meskipun
kelihatan pelik di mata orang lain kerana mereka bangga dengan identiti dan
budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

10. Senario hipotetikal di atas paling tepat menggambarkan maksud _____________

A. prejudis.
B. stereotaip.
C. diskriminasi.
D. etnosentrisme.
E. nasionalisme.

3
11. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR mengenai diskriminasi.

A. Diskriminasi dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif.


B. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka, atau percubaan penghapusan sesebuah
kumpulan etnik.
C. Diskriminasi berlaku apabila budaya masing-masing menolak untuk
bercampur dengan kebudayaan lain dan cenderung memandang rendah
terhadap orang lain.
D. Diskriminasi adalah perlakuan tidak seimbang terhadap seseorang atau
sekelompok manusia berdasarkan sifat kategorikal atau atribut khas mengikut
ras, kesukuan, bangsa, agama atau kelas sosial.
E. Diskriminasi mengakibatkan pengurangan, penyimpangan atau penghapusan
pengakuan, pelaksanaan atau penggunaan hak asasi manusia dan kebebasan
dasar dalam kehidupan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan
lain-lain.

Soalan 12 hingga 14 merujuk kepada teori-teori di bawah. Padankan teori-teori


berikut dengan penyataan-penyataan yang bertepatan dengannya.

A. Teori Pertukaran Sosial


B. Teori Masyarakat Majmuk
C. Teori Pilihan Rasional
D. Teori Sistem Ekologikal
E. Teori Pasaran Buruh Terpisah

12. Teori ini percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau
budaya di sekeliling mereka. Teori ini membahagikan persekitaran di mana individu
berinteraksi dengan persekitaran mereka kepada lima sistem, iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem.

13. Masyarakat berbilang kaum bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan
berpegang kepada agama, bahasa dan cara hidup mereka masing-masing. Individu-
individu bertemu, tetapi hanya di pasar untuk berjual beli. Kemudiannya mereka
pulang ke dalam kelompok masing-masing bagi meneruskan kehidupan seharian.

14. Teori ini mengandaikan bahawa pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan denda
berdasarkan prinsip-prinsip ekonomi klasik. Teori ini percaya bahawa manusia terlibat
dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan
kos. Aktiviti-aktiviti seperti pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan persahabatan
akan hanya berterusan jika menguntungkan kedua-dua belah pihak.

4
Kimarang Paitan Iranun Minokok

Timugon Lundayeh Banggi Dusun

15. Senarai di atas menunjukkan:

A. Kepelbagaian etnik dan sub-etnik di Sabah.


B. Kepelbagaian etnik dan sub-etnik di Sarawak.
C. Kepelbagaian etnik dan sub-etnik di Semenanjung Malaysia.
D. Kepelbagaian etnik dan sub-etnik yang biasanya tinggal di persisiran sungai di
Sarawak.
E. Kepelbagaian etnik dan sub-entik yang mendiami kawasan persisiran sungai di
pedalaman Sabah.

A B C
Cina Melayu Bajau
Siam Melanau Kadazan
Melayu Bidayuh Murut
Orang Asal Iban Cina
Melayu Patani Cina Suluk

16. Senarai di atas menunjukkan etnik Bumiputera dan bukan Bumiputera yang utama di
tiga buah negeri. Negeri A, B dan C, mengikut turutan yang betul, adalah merujuk
kepada:

A. Kedah, Sabah dan Johor.


B. Perak, Sabah dan Johor.
C. Kedah, Sabah dan Sarawak.
D. Kelantan, Sabah dan Sarawak.
E. Terengganu, Sarawak dan Sabah.

17. Apakah faktor yang telah menggalakkan kemasukan ramai orang Cina ke Sarawak
pada zaman penjajahan Inggeris?

A. Kekayaan negeri Sarawak terutamanya dalam sektor industri seperti petroleum


dan pembalakan.
B. Syarikat Borneo Utara British membawa masuk ramai orang Cina untuk
bekerja di ladang getah dan tembakau.
C. Dinasti Brooke telah menggalakkan kemasukan orang-orang Cina untuk
bekerja sebagai petani, pelombong dan pedagang.
D. Kesan Perjanjian Bangkok dan Pangkor menyebabkan ramai orang Cina
berpindah ke Sabah dan Sarawak.
E. Peluang membuka perniagaan secara bebas telah menarik perhatian orang-
orang Cina untuk mencuba nasib di bidang yang mereka minati.

5
18. Sekiranya anda adalah Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana
Menteri Malaysia yang pertama, mengapakah tumpuan utama setelah negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 diberikan kepada pembangunan luar bandar?

A. Pengenalan etnik berdasarkan ekonomi adalah sesuatu yang tidak adil.


B. Malaysia kaya dengan hasil hutan yang perlu diterokai sepenuhnya.
C. Matlamat kerajaan adalah untuk membangunkan sektor pertanian.
D. Memajukan pertanian agar ia dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar
bandar.
E. Kawasan luar bandar mempunyai tanah yang subur dan boleh dimanfaatkan
bagi pembangunan ekonomi.

19. Jawapan manakah yang paling tepat menyatakan tujuan asal Dasar Ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan?

A. Untuk mengurangkan kadar kemiskinan antara etnik serta menyusun semula


masyarakat.
B. Ketidakseimbangan ekonomi antara etnik kesan dasar pecah dan perintah
diamalkan oleh penjajah British.
C. Berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan perasaan tidak puas
hati antara masyarakat pelbagai etnik.
D. Untuk mengembalikan 30% pegangan hak ekonomi etnik Melayu sebagai
penduduk asal di Tanah Melayu.
E. Semua jawapan di atas adalah betul.

20. Manakah penyataanyang BUKAN strategi bagi membasmikemiskinan?

A. Menyediakan perkhidmatan sosial.


B. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan di sektor produktiviti tinggi.
C. Meningkatkan bilangan usahawan dalam pemilikan saham korporat.
D. Penyediaan program latihan untuk meningkatkan kemahiran.
E. Mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB).

21. Pengukuran Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) meliputi aspek-aspek berikut:

I. Pendapatan
II. Keselamatan awam
III. Kehidupan berkeluarga
IV. Pengangkutan
V. Komunikasi

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. III, IV dan V
D. I, II, III dan IV
E. I, II, III, IV dan V

6
Soalan 22 dan soalan 23 merujuk kepada gambar rajah di bawah.

22. X merujuk kepada institusi-institusi kerajaan berikut:

I. FELDA
II. FAMA
III. MARA
IV. MARDI
V. RISDA

A. I sahaja
B. III sahaja
C. II, IV dan V
D. I, II, IV dan V
E. I, II, III, IV dan V

23. Y merujuk kepada penubuhan Industrial Coordination Act (ICA) pada tahun 1975.
Tujuan utama kerajaan memperkenalkan ICA adalah untuk mewujudkan
penstrukturan dan pemilikan ekuiti korporat berdasarkan formula pembahagian
30:30:40 untuk ______________________

A. Bumiputera Melayu: bangsa asing: etnik Cina.


B. Bumiputera Melayu: etnik Cina: bangsa asing.
C. Bumiputera Melayu: etnik India: etnik Cina.
D. etnik Cina: etnik India: Bumiputera Melayu.
E. etnik Cina: Bumiputera Melayu: bangsa asing.

7
24. Pilih isu-isu yang dibincangkan dalam Communities Liaison Committee (CLC):

I. Hak istimewa orang Melayu.


II. Hak kerakyatan kaum bukan Melayu.
III. Kemunduran ekonomi orang Melayu.
IV. Pengambilan kaum bukan Melayu dalam perkhidmatan.
V. Kedudukan Islam.

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. III, IV dan V
D. II, III, IV dan V
E. I, II, III, IV dan V

25. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan sangat penting untuk


mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Sebarang usaha
yang dilakukan untuk mempertikai unsur-unsur tradisi ini akan menggugat perpaduan.
Justeru itu, apakah langkah-langkah penting yang perlu diambil bagi mempertahankan
unsur-unsur tradisi ini?

I. Memahami sejarah pembentukan perlembagaan.


II. Menghormati keputusan Perjanjian London.
III. Mempertahankan pemuafakatan sosial yang telah dimeterai pada masa
lampau.
IV. Membuka ruang perbincangan untuk menilai semula unsur-unsur tradisi.
V. Melindungi unsur-unsur tradisi di bawah Akta Hasutan 1948 atau perundangan
lain seumpamanya.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II, III dan IV
D. I, II, III dan V
E. II, III, IV dan V

26. Penyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun1956?
A. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
B. Kewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Perdana Menteri.
C. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja
Melayu.
D. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah bagi
kaum-kaum lain.
E. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh
Persekutuan Tanah Melayu.

8
27. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mencetuskan kerjasama antara etnik
dalam menuju kemerdekaaan. Antara kerjasama yang terjalin adalah:

I. Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 dalam usaha


menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
II. Parti Perikatan telah mengamalkan konsep pembahagian kerusi dalam Pilihan
Raya Umum 1955.
III. Orang Melayu menolak sikap perkauman semasa Pilihan Raya Umum 1955.
IV. Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet yang terdiri daripada orang
Melayu sahaja.
V. Orang Melayu telah menggunakan kuasa majoriti mereka untuk menggubal
atau meminda perlembagaan yang boleh menguntungkan mereka.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV
E. I, II, III, IV dan V

28. Kebebasan beragama adalah antara unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan.
Setiap etnik bebas melaksanakan kepercayaan masing-masing dalam ruang lingkup
yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan ini telah berjaya
mengukuhkan hubungan kaum. Namun terdapat usaha-usaha negatif yang
ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menimbulkan isu
sensitif agama dengan tujuan untuk menggugat kestabilan perpaduan. Dalam
menangani isu-isu sensitif ini, apakah amalan terbaik yang perlu dilaksanakan?

I. Mengamalkan sikap akomodasi.


II. Berbincang di antara pelbagai agama melalui Dialog Peradaban.
III. Menyerahkan urusan perbincangan kepada pihak yang berautoriti.
IV. Mengukuhkan mata pelajar Sivik dan Kenegaraan di sekolah dan universiti.
V. Berpegang teguh dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seperti yang
termaktub di dalam Rukun Negara.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III, IV dan V
E. I, II, III, IV dan V

9
29.

Undang-undang memberi keistimewaan kepada golongan atau


etnik di dalam sesebuah negara dan pada masa yang sama
tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.
KONSEP X Peruntukan ini memastikan etnik yang ketinggalan dalam arus
pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan taraf
hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.

Konsep X yang mendasari penggubalan undang-undang dan peruntukan di atas adalah


merujuk kepada ________________

A. Sistem kuota.
B. Dasar Ekonomi Baru.
C. Permuafakatan sosial.
D. Ketertinggian perlembagaan.
E. Diskriminasi perlindungan.

30. Mengapakah Barisan Nasional (BN) melaksanakan konsep amalan pakatan dan
kerjasama politik antara pelbagai etnik pada awal penubuhannya?

I. Konsep ini adalah sesuatu yang baru dalam dunia politik.


II. Konsep ini dapat menggambarkan keyakinan dan kematangan berpolitik BN.
III. Konsep ini dapat memastikan BN memperoleh kemenangan dalam pilihan
raya.
IV. Konsep ini dapat menimbulkan kesedaran rakyat untuk mengekalkan
kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
V. Konsep ini dapat memberi kesedaran bahawa sesuatu parti politik atau
kumpulan etnik tidak akan dapat memerintah sendiri tanpa pembabitan etnik
lain.

A. I dan II
B. III dan IV
C. II, IV dan V
D. I, III dan IV
E. I, II, IV dan V

10
31. Pilih penyataan yang benar mengenai pakatan politik di Sarawak pada peringkat awal
menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia:

A. Kebanyakan parti politik adalah berteraskan etnik.


B. Kebanyakan parti politik adalah berteraskan agama.
C. Kebanyakan parti politik adalah bersifat berbilang etnik.
D. Kebanyakan parti politik adalah berasaskan kawasan penempatan.
E. Kebanyakan parti politik adalah berasaskan taraf Bumiputera dan bukan
Bumiputera.

32. Pilih penyataan yang benar mengenai pakatan politik di Sabah.

A. Parti politik yang dominan adalah berasaskan etnik.


B. Parti politik yang dominan adalah berasaskan kawasan pengundian.
C. Agama dan kepercayaan menjadi faktor penyatu utama sesebuah parti politik.
D. Tiada etnik Bumiputera menganggotai parti yang ditubuhkan oleh bukan
Bumiputera.
E. Masyarakat Bumiputera di pedalaman tidak menyertai parti Bumiputera dari
kawasan bandar.

33. Parti Kebangsaan Borneo Utara ______________________

A. dianggotai oleh USNO dan UNKO.


B. ditubuhkan oleh masyarakat Cina.
C. mewakili masyarakat Kadazan-Dusun.
D. dianggotai oleh Bumiputera beragama Islam.
E. ditubuhkan oleh masyarakat Bumiputera Melayu.

34. Walaupun pada Persidangan Perwakilan UMNO, ahli UMNO meminta 40


kerusi diberikan kepada UMNO atas alasan jumlah pengundi Melayu ialah 84.2
peratus; UMNO diperuntukan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC
sebanyak 2 kerusi.

Kenyataan di atas mengenai Pilihanraya Umum 1955 menunjukkan


_____________________

A. kepimpinan orang Melayu kurang dipercayai.


B. tekanan pihak British terhadap orang Melayu.
C. orang bukan Melayu lebih berupaya mentadbir negara.
D. orang Melayu mengamalkan konsep perkongsiaan kuasa.
E. pengaruh etnik bukan Melayu mendominasi pemimpin Melayu.

11
Stanley Yeong, seorang lelaki Cina mengambil keputusan menjaga seorang
anak gadis Melayu sejak berumur 9 tahun apabila dia kehilangan ibu bapanya
akibat kemalangan jalan raya, sehinggalah dia kini sudah berkahwin. Beliau
berkata, Dengan perkongsian ini, saya amat berharap agar sesiapa sahaja yang
membacanya dapat menyebarkan manfaat hidup dalam kepelbagaian kaum.
Kita perlu buta warna. Tak perlu lihat apakah agama dan budayanya, kerana
kita semua dicipta oleh Tuhan.

35. Merujuk kepada situasi di atas, pilih penyataan yang BENAR mengenai peranan
agama dalam memperkuatkan ikatan antara etnik.

I. Agama sebagai sumber nilai moral.


II. Agama mempunyai nilai-nilai penyatuan di dalam setiap doktrin.
III. Agama menimbulkan rasa keberanian pada saat manusia dalam keadaan
lemah.
IV. Penganut agama bergantung kepada kuasa agung untuk mendapatkan
pertolongan dan perlindungan.

A. I sahaja
B. I dan II

12
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
E. I, II, III dan IV

Kecewa rambut anak digunting


Oleh KHAIRUL ABIDIN NUA
utusanperak@utusan.com.my Basant Singh menunjukkan

Sumber: Artikel Utusan Melayu (M) Bhd


ARKIB : 19/01/2011

IPOH 18 Jan. Seorang bapa kepada pelatih


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
berketurunan Sikh kecewa selepas rambut
anak sulungnya dipotong sewaktu dia tidur di
Kem Seri Impian Sungai Bakap, Pulau
Pinang pada Ahad lalu. rambutnya yang
telah digunting semasa tidur ketika mengikuti
Surinderpal Singh, 46, memohon supaya PLKN di Kem Seri Impian, Sungai Bakap,
pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut Pulau Pinang baru-baru ini. BERNAMA
kerana ia didakwa menyalahi undang-undang
kebebasan beragama meskipun ia dipercayai
angkara perbuatan nakal.

36. Mohon baca keratan akhbar di atas dan kemudian jawab soalan berikut.

Angkara kenakalan individu yang tidak dikenalpasti memotong rambut Basant Singh
dianggap menyalahi undang-undang kebebasan beragama dan kepercayaan agama
Sikh di Malaysia. Pilih penyataan yang BENAR mengenai kepercayaan penganut
Sikh.

I. Kesh atau berambut panjang adalah simbol keimanan.


II. Rambut adalah simbol utama dalam kepercayaan Sikh dan ia adalah
pemberian tuhan.
III. Guru Gobind Singh telah menetapkan char kurahit (empat larangan utama)
yang perlu dipatuhi oleh setiap penganut Sikh.

13
IV. Kirpan sentiasa terletak di dalam serban kerana ia ada ada hubungkait dengan
kebersihan rambut.
V. Penganut Sikh tidak dibenarkan memotong atau mencukur rambut tetapi
dibenarkan untuk mencukur bulu bahagian lain pada badan mereka.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. III, IV dan V
E. I, II, III, IV dan V

37. Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong merupakan persatuan Cina (Huatuan)
yang memperjuangkan ______________ bagi etnik Cina.

A. ekonomi
B. politik
C. pendidikan
D. agama
E. kualiti hidup

38. Berikut adalah perkara yang menggambarkan keterbukaan kerajaan dalam


mengekalkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) kecuali
________________

A. membuat pindaan Seksyen 21 (1B), Akta Pendidikan 1961.


B. membenarkan etnik lain bersekolah di SRJKC.
C. menggalakkan penguasaan etnik lain terhadap bahasa Mandarin.
D. menggalakkan interaksi dalam kalangan pelajar pelbagai etnik.
E. penerusan SRJKC dalam sistem pendidikan selepas kemerdekaan seperti yang
termaktub dalam Penyata Razak 1956.

39. Penyataan berikut BENAR mengenai pendidikan vernakular Melayu pada zaman
pemerintahan British:

I. Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu.


II. Tumpuan diberikan kepada pengajaran ilmu-ilmu berkaitan al-Quran, hadis
dan hal ehwal keagamaan.
III. Lepasan sekolah vernakular Melayu yang layak berpeluang melanjutkan
pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
IV. Lepasan sekolah vernakular Melayu yang lulus dengan cemerlang berpeluang
berkhidmat sebagai pegawai di dalam pentadbiran British.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III

14
D. II, III dan IV
E. I, II, III dan IV

40. Pendidikan di peringkat rendah adalah secara percuma dan penggunaan


Penyataan di atasmasing-masing
bahasa ibunda merujuk kepada:
dibenarkan. Juga, peluang pendidikan yang
sama bagi kaum wanita.

Penyataan di atas merujuk kepada __________________

A. Dasar Cheeseman.
B. Laporan Fenn-Wu.
C. Laporan Barnes.
D. Laporan Razak.
E. Laporan Rahman Talib.

41.
Dasar ini merupakan dasar pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Dasar ini memartabatkan peranan Bahasa Melayu dalam
pembinaan negara bangsa. Pendidikan di dalam Bahasa Melayu juga telah dilanjutkan
ke peringkat menengah dan universiti.

Dasar yang dimaksudkan di dalam penyataan di atas adalah _____________


A. Laporan Rahman Talib.
B. Laporan Razak.
C. Laporan Kabinet.
D. Akta Pendidikan.
E. Ordinan Pelajaran.

42. Jawatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1949. Antara lain ia bertanggungjawab
untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan perlembagaan,
politik dan ekonomi.

Jawatankuasa tersebut merujuk kepada __________________

A. Jawatankuasa Politik Perpaduan.


B. Jawatankuasa Penyelesaian Konflik.

15
C. Jawatankuasa Perhubungan Kaum.
D. Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat.
E. Jawatankuasa Perlembagaan Persekutuan.

43. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Program Rukun Tetangga
pada masa kini:

I. Menjaga keselamatan kawasan kediaman.


II. Program kunjung-mengunjung semasa musim perayaan.
III. Program penjanaan pendapatan untuk masyarakat setempat.
IV. Menganjurkan ceramah-ceramah kesihatan dan kempen kebersihan.

A. I sahaja
B. I dan II
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
E. I, II, III dan IV

44. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menangani masalah perkauman di


Malaysia dikenali sebagai __________________

A. Jabatan Perdana Menteri.


B. Jabatan Perhubungan Kaum.
C. Jabatan Pembangunan Luar Bandar.
D. Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
E. Kementerian Kekeluargaan dan Kerajaan Tempatan.

45. Pilih penyataan yang BENAR.

A. Majlis Keselamatan Negara dikenali sebagai MAGERAN.


B. Fungsi utama MAGERAN ialah memerangi pihak yang mencetuskan rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969.
C. MAGERAN adalah usaha kerajaan untuk memulihkan hubungan antara kaum
kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.
D. Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 untuk
menggantikan Jabatan Perpaduan Negara.
E. MAGERAN telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj.

16
46. Penyataan berikut adalah benar mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
KECUALI:

A. PLKN adalah berteraskan Rukun Negara.


B. PLKN mula dilaksanakan pada tahun 2004.
C. Antara tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan etnik serta integrasi
nasional.
D. Kurikulum PLKN bersifat multidisiplin dan menekankan penerapan sains dan
teknologi.
E. Modul Pembinaan Karektor dalam PLKN mencakupi penerokaan diri sendiri
dan hubungan interpersonal.

47. Agama Islam yang mesti dianuti oleh orang Melayu di Malaysia adalah
mengikut aliran Sunnah-Wal-Jamaah dengan bermazhabkan Shafie.

Kenyataan ini paling tepat menggambarkan takrifan _______________

A. harian.
B. autoriti.
C. istilah fiqh.
D. adat dan budaya.
E. Perlembagaan Persekutuan.

Soalan 48 adalah berdasarkan situasi di bawah:

Mei Ling berdarah kacukan Iban dan Cina. Bapanya seorang etnik Cina manakala
ibunya dari etnik Iban. Kad pengenalan Mei Ling mencatatkan beliau berbangsa
Cina, manakala adik-adiknya pula dicatatkan sebagai berbangsa Iban. Mei Ling
dan adik beradiknya lebih selesa dengan adat dan budaya Iban. Mei Ling dan
keluarganya menetap di kawasan perumahan Taman Melur yang didiami majoriti
kaum Melayu. Mei Ling sekeluarga fasih berbahasa Melayu dan sering memasak
makanan Melayu selain Cina dan Iban.

48. Penyataan yang paling tepat menggambarkan takrifan autoriti:

A. Mei Ling berdarah kacukan Iban dan Cina.


B. Kad pengenalan Mei Ling mencatatkan beliau berbangsa Cina.
C. Mei Ling lebih selesa dengan adat dan budaya Iban.
D. Mei Ling sekeluarga fasih berbahasa Melayu.
E. Mei Ling dan keluarganya menetap di kawasan perumahan Taman Melur yang
didiami majoriti kaum Melayu.

17
Soalan 49 dan 50 adalah merujuk kepada tokoh-tokoh berikut:

A. Sam Karuna
B. Chuah Thean Teng
C. Mohamad Nor Khalid
D. Gayatri Su-Lin Pillai
E. Yasmin Ahmad

49. Beliau merupakan seorang pelukis batik yang menggambarkan kehidupan di


perkampungan Melayu sebagai unsur utama dalam lukisannya. Karya beliau sarat
dengan unsur akulturasi apabila teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara
China dipadankan dengan teknik seni lukis tempatan.Usaha beliau memartabatkan
corak batik membuatkan beliau dikenali sebagai Bapa Lukisan Batik Moden
Malaysia.

50. Beliau merupakan salah seorang penerima anugerah Ikon 1Malaysia bagi tahun 2009.
Beliau terkenal sebagai seorang kartunis yang memaparkan mesej kesepaduan sosial
melalui watak-watak pelbagai kaum dan agama yang ditonjolkan di dalam karyanya.

18

You might also like