You are on page 1of 3

NABI YAAKUB

Nabi Ya'akub a.s. ialah salah seorang dari 25 orang Rasul yang wajib diketahui dalam Islam seperti mana yang tercatat dalam al-Qur'an.nama Nabi Yaakub a.s. dirujuk di dalam bahasa Arab sebagai Ya`q b atau Jakub ( ), ialah seorang Nabi, Rasul dalam Islam dimana baginda telah disebut di dalam Kitab Suci al-Qur'an. Pandangan Islam berkenaan Nabi Yaakub agak berlainan dengan pandangan Agama Yahudi dan Kristian walaupun ada beberapa maklumat yang sama dan hampir sama.Nabi Yaakub a.s adalah putera dari Nabi Ishaq a.s.Ibunya bernama Rifqah/Rabekah/rivkah(dalam versi yahudi dan injil kristian)binti Batuei.ibunya adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim a.s.,.iaitu bapa kepada nabi ishaq a.s. Beliau dilahirkan di Kanan (Palestin iaitu lebih kurang 30 batu ke utara Jerusalem). Daripada Yaakub dinasabkan keturunan Bani Israil. Justeru, Yaakub dinamakan juga Israil. Saudara abang kembar kepada Yaakub bernama al-Ish. Al-Ish digelar sebagai bapa bangsa Romawi.Yaakub dibesarkan di sisi ibu bapanya.Kemudian beliau disuruh ibunya berpindah ke rumah bapa saudaranya bernama Laban Bin Batueil (Saudara ibunya) di Faddam Aram(berhampiran Babilon di Iraq) sebelum sekembalinya semula ke palestin.ibunya khuatir beliau dianiyakan abangnya,ish yang sebelum ini mengugut untuk membunuhnya.Kemudian Yaakub pergi mencari bapa saudaranya dan tiba di satu tempat, beliau tertidur kerana keletihan.Dalam tidurnya, beliau bermimpi melihat malaikat naik ke langit dan turun ke bumi.Bangun daripada tidur, beliau berasa senang dengan mimpi itu dan bernazar mahu membangunkan tempat ibadah di situ kerana Allah. Beliau mengambil batu dan mencelupkannya ke dalam minyak, supaya tempat itu diketahui orang. Tempat itu dinamakan Baitu II, iaitu Baitullah. Kawasannya kini dikenali sebagai Baitulmaqdis.Selepas itu, Yaakub meneruskan perjalanan menuju ke rumah bapa saudaranya di Iraq. Di sana, beliau melihat dua anak bapa saudaranya, iaitu Layya dan Rahil. Tetapi beliau berkenan dan ingin meminang anak bapa saudaranya yang bongsu, iaitu Rahil, kerana wajahnya cantik dibandingkan Layya, yang matanya kurang menarik.Bapa saudaraya memberikan syarat supaya Yaakub mengabdikan diri selama tujuh tahun dengan mengembala kambing sebelum dapat berkahwin dengan Rahil. Yaakub bersetuju dengan syarat itu.Apabila habis tempoh itu, bapa saudaranya mengadakan majlis perkahwinan pada waktu malam, tetapi dibawakannya Layya untuk dikahwinkan.Keesokan paginya, Yaakub menyedari yang dikahwininya itu bukan Rahil, tetapi Layya. Yaakub berkata kepada bapa saudaranya: Kenapa pakcik mengkhianati saya, sedangkan saya meminang Rahil.Bapa saudaranya berkata: Bukanlah adat kita untuk mengahwinkan adik terlebih dulu, sebelum kakaknya. Seandainya kamu mencintai adiknya, kamu harus mengembala lagi kambingku selama tujuh tahun, selepas itu baru aku nikahkan kamu dengan Rahil.Yaakub menyahut syarat yang diberikan bapa saudaranya. Apabila cukup tujuh tahun, dikahwinkan Rahil dengan Yaakub. Dengan perkahwinan itu, beliau mempunyai dua isteri bersaudara. Tetapi perkahwinan dua isteri bersaudara kandung waktu itu tidak dilarang.Layya dan Rahil mempunyai dua hamba sahaya, iaitu Zulfah dan Balhah. Kemudian kedua-duanya dikahwini Yaakub.Beliau dikurniakan 12 anak lelaki. Melalui Layya, lahirnya Rabin, Syamun, Lawi, Yahuza, Yakasir dan Zebulon, manakala dengan Rahil melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin.Rahil wafat selepas melahirkan Bunyamin.Sementara perkahwinannya dengan Zulfah melahirkan Jaad dan Asyir. Manakala melalui isterinya Balhah, melahirkan Daan dan Nafrali. Semua ahli keluarga Yaakub kemudian disebut al-Asbath, bermakna kabilah Bani Israil, kerana mereka mempunyai banyak keturunan. Anak Yaakub masing-masing menjadi ketua suku daripada kaum Bani Israil. Semuanya lahir di kampung Faddan Aram, kecuali Bunyamin yang lahir
di Kanan.

ISRAEL NAMA MULIA


ISRAEL adalah nama mulia yang diserahkan keunikannya kepada Yaakub,sebagai pengiktirafan tuhan untuk hambanya yang istimewa. Dan jika sahih maksudnya mengikut bahasa Hebrew asalnya, Isra bermakna hamba dan iel membawa maksud tuhan. Dialah hamba Allah yang disayangi dan dipuji Tuhannya. Dengan rezeki anak yang ramai, yaakub melalui drama tragiknya bersama yusof anaknya. Namun keturunan mulia inilah seterusnya membentuk nama BANI ISRAEL. Nama yang pada asalnya mulia dan terhormat menjadi hina dan jijik dengan penderhakaan dan penentangan kaumnya. Tapi allah kekalkan ungkapan itu diatas pundak bani Israel bukan sebaliknya.Bahkan allah seterusnya melampirkan perkataan YAHUDI sebagai ganti pada gelaran keturunan mulia ini. Ianya gelaran yang disebutkan ALLAH selepas kebangkitan nabi, dan selepas kekufuran mereka kepadanya..perkataan yahudi diulang sebut sebanyak 8 kali dalam al quran dan kesemuanya dalam nada berbentuk kutukan, kejian dan laknat. Dan inilah hakikat dan cara al quran mengajar kita berpolemik, dengan kesedaran dan bukannya amarah, allah memisahkan kita dari mempergunakan nama mulia ini untuk tujuan yang salah.Hakikatnya, kalau penceritaan alquran berhubung kisah kesolehan dan kebaikan, allah sengaja menggunakan kalimah bani Israel, dan apabila berkaitan keengkaran al quran sama sekali tidak berkompromi kecuali menggunakan istilah kejian dan kekufuran iaitu YAHUDI.Dalam menelanjangi kebobrokan minda kita menolak nama israel ini. Golongan Kristian lebih teruk mempercayai mitos dongeng kultus nama ini.gelaran hamba allah yang membawa maksud Israel itulah yang didambakannya, bukti pengiktirafan tuhan pada ketaatannya.Yaakub mendapat keistimewaan ini kerana ketokohan dan kewibawaannya.

BAITULMAQDIS
Kota Baitul Maqdis atau Al Quds terletak di Yerussalem, Palestin manakala tanah Syam sekarang pula terletak di Suriah, Yordania, Lebanon,dan Israel. Kota Baitul Maqdis mempunyai sejarah yang panjang sebagai tanah yang paling dipersengketakan di antara manusia di muka bumi ini. Tidak hairanlah bahawa Kota Baitul Maqdis dan tanah Syam mempunyai kedudukan penting dan strategik bagi semua umat manusia serta menjadi tanah utama berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT sejak dahulu hingga ke Hari Kiamat nanti.Bagi umat Islam khususnya, Baitul Maqdis dan tanah Syam adalah sebahagian dari Negara Islam yang tidak boleh dipisahkan. Ia juga secara langsung mempunyai kedudukan strategik dengan agama Islam.Baitul Maqdis merupakan salah-satu tempat di mana terletaknya Masjidil Aqsa yang mana merupakan kota ketiga terbesar Islam, selepas Makkah Mukarramah dan Masjidil Haram iaitu masjid pertama Islam yang dimuliakan Allah. Masjid kedua pula ialah Madinah Al-Munawwarah dan Masjid An-Nabawi yang mengandungi makam Rasulullah s.a.w. Ketinggian kedudukan Masjidil Aqsa dan keberkatannya sebelum Masjidil Nabawi dibangunkan telah diberitahu dalam Al-Quran dan beberapa tahun sebelum hijrah.Ketetapan Al-Quran tersebut dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w ,di manaSolat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. (H.R Bukhari-Muslim). Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat yang pertama pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabatnya menunaikan solat ,mereka menghadap ke arah Baitul Maqdis di malam Isra dan Miraj pada tahun kesepuluh selepas Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul atau tiga tahun sebelum Hijrah. Mereka tetap menghadap Baitul Maqdis sebagai kiblat di Jerusalem. Ini berlangsung selama 16 atau 17 bulan sehingga Allah SWT menurunkan wahyu untuk mengubah arah kiblat ke arah Kaabah. Perubahan kiblat ini terjadi pada bulan Syaaban atau Rejab pada tahun ke-2 Hijrah setelah berdirinya Daulah Islamiyah di Madinah. Dan firman Allah S.W.T telah menyatakan bahawaDan dari mana sahaja kamu berangkat atau berada, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. (QS, Al-Baqarah: 150). Kemudian, Baitul Maqdis juga dikenali sebagai Negeri Isra dan Miraj. Allah telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai perhentian terakhir perjalanan Isra di bumi dan permulaan perjalanan Miraj ke langit. Nabi Muhammad SAW telah melakukan perjalanan malam dari Baitul Maqdis (Al-Quds) bertolak dari Masjidil Haram ,Makkah, dan kemudian dari Baitul Maqdis melakukan miraj ke langit ke tujuh. Masjidil Aqsha adalah tempat berakhirnya Isra Nabi dan juga merupakan tempat bermulanya Miraj Nabi. Kisah Isra dan Miraj ini kaya dengan tanda-tanda dan isyarat yang menunjukkan ketinggian kedudukan Masjidil Al-aqsa, di sanalah Malaikat Jibril mengikatkan Buraq iaitu haiwan ajaib yang menjadi alat pengangkutan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis. Buraq tersebut diikatkan di Sakhrah hingga Rasulullah s.a.w kembali dari perjalanannya yang terakhir bermula dari Masjidil Aqsa menuju ke langit yang paling tinggi di Sidratul Muntaha. Kenangan perjalanan ini telah mewariskan kepada kaum Muslimin tentang rupa Batu Sakhrah dan Dinding Buraq.

You might also like