You are on page 1of 4

Zaman Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim a.s. adalah putera Tarih (Azhar) bin Tahur bin Saruj bin
Rau bin Falij bin Sam bin Nuh a.s. iaitu seorang menteri kepada raja

Namrud bin Kanan yang memerintah kerajaan Babilon.


Dilahirkan di Faddam Aram, Babilon
Pakar dalam bidang astronomi.
Seorang ahli ilmu bintang dan ia terdedah dengan ilmu bintang yang

dimiliki oleh ayahnya


Beliau menyelidiki cakerawala adakah ianya tuhan-tuhan seperti

matahari, bulan dan bintang-bintang


Setelah beliau dapati semuanya tidak kekal, tegas beliau bahawa
hanya tunduk kepada Tuhan yang menciptakan alam dan cakerawala
ini

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah


pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah penceritaan yang
menyatakan bahawa Adam yang menjadi orang pertama membina Kaabah
yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Nabi
Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi Ismail, membina semula
struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual haji
dimulakan untuk umat manusia.
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menetapkan
semula dan membersihkan amalan haji di Kaabah setelah ribuan tahun
berlalu sejak zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad juga menjadi orang
yang memulakan pertukaran kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah.
Sepertimana Madinah dirujuk sebagai "Bandar Nabi [Muhammad]" atau
hanya "Bandar Muhammad", Makkah pula digelar sebagai "Bandar
Ibraham", kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di
kota suci Makkah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Ibrahim_a.s.

Zaman Nabi Daud

Nabi Daud AS tinggal bersama ayahnya di Baitleham iaitu kota


kelahiran Nabi Isa AS di bawah pemerintahan Raja Thalut

(Bahreisy,1980:326)
Allah SWT mengutuskannya sebagai nabi dan rasul dengan
diturunkan kepadanya kitab Zabur iaitu kitab suci yang
mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah SWT, kisah umatumat terdahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang termasuklah

perihal kedatangan Nabi Muhammad SAW


Allah SWT telah mengurniakan kepada baginda nikmat, ketelitian
dan kecekalan amal perbuatan, kebijaksanaan serta kesempurnaan

ilmu.
Kepakaran yang dikuasai Nabi Daud ialah teknologi pembuatan baju

besi.
Berdasarkan penjelasan dari al-Quran, dapat difahami bahawa Allah
SWT telah mengajar Nabi Daud AS cara membuat baju besi sebagai

kegunaan semasa peperangan


Satu keistimewaan yang merupakan mukjizat kurniaan Allah SWT
kepadanya ialah kebolehan melentur besi sehingga baginda dapat
membuat baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya

sahaja tanpa menggunakan bantuan api.


Fakta daripada ayat tersebut dibuktikan benar dengan penemuanpenemuan ahli arkeologi Barat yang menyatakan bahawa era
teknologi besi dunia telah bermula sejak tahun 1200-1000 SM lagi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa ayat 80:


Terjemahan: Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju - baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana - mana
peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?

Berdasarkan ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT telah


memberikan kebolehan kepada Nabi Daud AS supaya beliau mahir dalam
ilmu besi untuk kegunaan peperangan.

Zaman Nabi Sulaiman


o Nabi Sulaiman AS adalah antara nabi yang mempunyai
pemerintahan paling hebat dengan mempunyai kehidupan yang
mewah, kaya dan menguasai manusia, haiwan dan jin.
o Kehebatan sains semasa Nabi Sulaiman dapat dilihat dengan
pembinaan istana baginda yang dibina dindingnya daripada batu
pualam, tiang dan pintunya daripada emas dan tembaga, atapnya
daripada perak, hiasan dan ukirannya daripada mutiara dan intan
berlian, pasir di taman ditaburi mutiara.
o Keupayaan baginda untuk berkomunikasi dengan haiwan,
menjadikan jin sebagai pekerja dan hamba serta kehebatan baginda
menggunakan angin sebagai kenderaan
o Kisah yang berlaku antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
menggambarkan kehebatan istana yang dibina oleh nabi Sulaiman
sehingga menakjubkan Ratu Balqis.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin
untuk perjalanannya; sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan
biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan
biasa sebulan; dan kami alirkan baginya air dari tembaga; dan kami
mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin
Tuhannya, dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami,

kami akan merasakannya pukulan dari azab api neraka.

(Surah Saba:

12)
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Setelah itu dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk kedalam istana
ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah
kolam air, serta dia pun menyinsingkan pakaian dari dua betisnya. Nab i
Sulaiman berkata: sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat
licin berkilat dari kaca. Balqis berdoa:Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku
berserah diri memeluk Islam bersama - sam a Nabi Sulaiman, kepada Allah
Tuhan sekalian alam.
(Surah Al-Naml: 44)

You might also like