You are on page 1of 13

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1613 KEPERLUAN KHAS DALAM PAKK

KOD SUBJEK: E C D 1 6 1 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH): MISS NUR ZAWANI

TARIKH SERAHAN: 2 0 / 0 9 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 PENGENALAN 2

2 KATEGORI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS 3-4


(SINDROM DOWN)

3 CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN 5-6

4 MENGAWAL DAN MENGURUS TINGKAH LAKU 7-8


KANAK-KANAK SINDROM DOWN

5 PENUTUP 9

6 RUJUKAN 10

7 LAMPIRAN 11
PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal.
Istilah lain bagi kanak-kanak berkeperluan khas juga adalah seperti kanak-kanak istimewa,
kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak
abnormal, kanak-kanak bermasalah serta kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi,
manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau
cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri serta kanak-kanak berkeperluan khas juga
mengalami kesukaran memberi tumpuan dan mengalami kerencatan mental sejak lahir.
Perbezaan di antara kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal adalah dari segi
ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkahlaku, emosi dan ciri-ciri
fizikal.

McDonnell (1995) mengkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,


gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan
fizikal dan kesihatan. Ramai masyarakat yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU)
adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat
anggota, pekak , bisu dan buta tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan
sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran. Oleh yang demikian, kanak-kanak khas
memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah atau perkhidmatan
pendidikan khas yang bertujuan untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap
yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak berkeprluan khas ini dinamakan


pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah
pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal
teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak
membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan
perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas.
KATEGORI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (SINDROM DOWN)

Sindrom Down juga dikenali sebagai Down atau Trisomi 21 adalah gangguan genetik
yang tidak dapat diubati dan boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental, dan
ketakupayaan. Perkataan 'sindrom' bermaksud, kumpulan yang mempunyai sifat tertentu
seperti bentuk mata atau muka. Walaupun individu sindrom down mempunyai sifat tertentu,
namun mereka secara amnya berbeza dan akan tetap mirip kepada ibu bapa atau keluarga.
Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai sindrom down biasanya lambat untuk mencapai
sesuatu kemahiran dan pembelajaran berbanding kanak-kanak lain seperti duduk, merangkak,
berjalan, memahami pembelajaran dan lain-lain. Kanak-kanak yang mengalami sindrom down
cenderung untuk berkongsi ciri-ciri fizikal tertentu seperti profil muka yang rata, pencongan
mata ke atas, telinga kecil, dan lidah terkeluar. Setiap kanak-kanak sindrom down adalah unik
disebabkan tahap sifat yang diperoleh berbeza.

Selain itu, sindrom down juga adalah suatu kejadian semula jadi sewaktu mengandung
yang berlakunya kelainan pada kromosom 21. Ia merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau ke semua kromosom 21. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan
perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali sindrom down dikaitkan dengan
kelemahan keupayaan berfikir iaitu kognitif dan tumbesaran kanak-kanak serta anggota di
bahagian muka sedikit berbeza berbanding kanak-kanak normal. Oleh itu, sindrom down
biasanya boleh terus dikenal pasti semasa kelahiran.

Sindrom down menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk belajar seperti kanak-kanak


normal yang lain. Walau bagaimanapun mereka tetap boleh belajar di sekolah-sekolah khas
supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Pembelajaran bagi mereka juga amat
penting bagi menyediakan diri mereka supaya dapat berdikari di masa hadapan walaupun pada
kadar yang lambat. Ibu bapa seharusnya memberikan peluang kepada anak sindrom down
untuk belajar dan tidak membandingkan mereka dengan adik beradik atau kanak-kanak yang
lain. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai pelbagai kebolehan dan kelebihan
tersendiri. Ramai daripada mereka amat gemarkan seni seperti muzik, menyanyi, menari dan
melukis. Mereka juga boleh membaca dengan baik sekiranya diberi latihan secara berterusan.

Di samping itu, kemampuan intelek mereka juga tidak bersandarkan sifat fizikal.
Sindrom down bukanlah sejenis penyakit tetapi ia adalah hasil daripada kejadian genetik yang
tidak diduga iaitu terlebih satu kromosom. Ciri-ciri fizikal dan masalah kesihatan yang
dikaitkan dengan sindrom down adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak. Terdapat beberapa
kanak-kanak sindrom down yang perlu diberikan banyak rawatan perubatan seperti rawatan
jantung, pendengaran, pertuturan, penglihatan, cara kerja dan sebagainya. Namun ada juga
yang dapat menjalani kehidupan yang sihat dan boleh berdikari.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak yang mempunyai sindrom down adalah mata condong ke
bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata,
bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-
lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding
rakan sebaya mereka. Kanak-kanak mempunyai sindrom down juga mempunyai pangkal
hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata
mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik
ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Saiz lidah yang tebal,
kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka juga adalah
lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih
kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.

Selain itu, kanak-kanak sindrom down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan
gempal dan rendah serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut.
Kebiasaannnya, kanak-kanak sindrom down ini juga suka bermanja, bermain dan gembira
dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. Selain itu, IQ mereka pula
adalah di antara 30 hingga 80 sahaja. Kecacatan mereka akan dapat dikesan selepas lahir.
Perkembangan motor kasar mereka juga adalah lambat disebabkan otot-otot anggota yang
lembik tetapi lama kelamaan, mereka akan dapat melakukan hampir semua pergerakan motor
kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan
lambat bertutur atau bermasalah pertuturan. Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok,
selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana.

Oleh itu, dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka
berkelakuan tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada
keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana
perasaan mereka adalah sama dengan kanak-kanak normal tetapi tindak balas mereka adalah
berbeza. Mereka juga mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka
sangat singkat. Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, mereka akan
bertindak balas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat
pengasih dan mudah mesra. Masalah yang dihadapi kanak-kanak sindrom down ialah
menghadapi masalah memproses dan memahami serta mengingati maklumat verbal. Pada
hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak
terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta
kebolehan kognitif.
MENGAWAL DAN MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK SINDROM
DOWN

Kanak-kanak sindrom down mengalami masalah fizikal pada tahap rendah iaitu dalam
kalangan kanak-kanak ini yang memiliki otot lembik dan masih lagi gagal menguruskan diri
dengan baik. Segelintir kanak-kanak sindrom down, hanya memakai lampin pakai buang
kerana masih lagi tidak pandai mengurus diri untuk pergi ke tandas. Keadaan ini yang
merumitkan tenaga pengajar kerana penumpuan awal terpaksa diberi dalam membantu pelajar
untuk menguruskan diri sebelum sesi pembelajaran bermula. Kanak-kanak ini memiliki
keupayaan terbatas dalam mengharungi kehidupan normal. Ini menjadikan kanak-kanak
memerlukan bimbingan khas dalam membentuk keperluan harian mereka. Penekanan dalam
membantu menguruskan diri seharusnya dilakukan oleh ibu bapa sejak dari kecil lagi.

Menurut pandangan tenaga pengajar, ingatan kanak-kanak sindrom down adalah lemah.
Mereka mudah lupa akan sesuatu pelajaran. Oleh itu, guru-guru terpaksa mengulangi
pembelajaran sehingga berminggu untuk mengajar satu huruf ataupun nombor. Hal ini
demikian kerana kanak-kanak ini memerlukan masa yang lama dalam mempelajari sesuatu
kerana tahap kognitif mereka yang rendah. Pembelajaran menggunakan muzik sangat
membantu bagi kanak-kanak sindrom down. Keadaan ini membantu kanak-kanak sindrom
down untuk memberikan tumpuan ketika berada di dalam kelas dan ini akan membantu
perkembangan kognitif pelajar. Kanak-kanak sindrom down mudah untuk mempelajari
pembelajaran menggunakan teknik muzik. Ini adalah kerana mereka akan tidak menyedari
bahawa mereka melakukan pembelajaran berulang. Melalui permainan juga kanak-kanak ini
boleh belajar dengan mudah dan mengingati sesuatu dengan lebih baik.

Di samping itu, penggunaan sesuatu bahan dalam pembelajaran memudahkan kanak-


kanak mempelajari matematik. Penggunaan alatan ataupun bahan bantu mengajar dalam
pembelajaran kanak-kanak sindrom down adalah untuk mempelajari matematik, tahap
penguasaan mereka menjadi lebih cepat dan pantas berbanding pembelajaran berdasarkan
bimbingan percakapan dan penglihatan secara ‘chalk and talk’. Guru-guru menggunakan
pelbagai kaedah untuk membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Peringkat permulaan
kanak-kanak ini didedahkan dengan mengenal sesuatu huruf melalui pelbagai deria yang
dijalankan serentak iaitu melihat, mendengar, merasa dan bertutur. Oleh itu, kanak-kanak
sindrom down memerlukan bahan rangsangan bagi menjadikan mereka tertarik dan terus
memberikan tumpuan ketika pembelajaran.
Peneguhan positif merupakan rangsangan yang memuaskan yang diberikan terhadap
sesuatu tingkah laku supaya diulang. Kebiasaanya pemberian yang menyenangkan dan
menyeronokkan apabila sesuatu gerak balas diikuti dengan peneguhan positif serta tindak balas
berulang-ulang. Di antaranya gerak balas yang terlibat seperti pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya. Contohnya, seorang murid yang suka diberi perhatian akan melakukan sesuatu
yang salah, guru akan memarahinya dan inilah yang diingini oleh murid tersebut kerana akan
terus bertingkah laku demikian kerana ditenguhkan oleh guru tersebut. Peneguhan positif
hendaklah sesuai dengan masa dan tempatnya. Sesuatu keadaan mungkin berubah dari satu
masa ke satu masa atau sesuatu tempat. Makanan mungkin peneguhan positif kepada murid
sewaktu lapar, tetapi pada waktu murid- murid kurang sihat, sakit atau selepas makan mungkin
makanan bukan lagi sebagai ganjaran untuk peneguhan positif.
PENUTUP

Kesimpulannya, sindrom down merupakan satu keadaan yang sukar untuk kanak-kanak
menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. Mereka ini mengalami kecacatan sama ada
dari segi fizikal mahupun mental. Ini tidak bererti mereka terpinggir daripada masyarakat
kerana pelbagai pembentukan pendidikan telah dirangka untuk membantu mereka menjalani
kehidupan biasa. Selain itu, kanak-kanak sindrom down mampu menguruskan kehidupan
mereka dengan baik dalam bimbingan daripada luar. Dalam konteks pembelajaran pula mereka
ini memerlukan bimbingan khusus dan tidak boleh ditempatkan dalam kalangan kanak-kanak
normal. Bimbingan yang berterusan kepada mereka mampu untuk membantu mereka dalam
menjalani kehidupan yang normal.

Di samping itu, tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran
seperti yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak
bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan
cemerlang. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah
dari segi pemikiran hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,pertuturan,
penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai
kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak
mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan dengan
murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata
dalam pelajaran.

Oleh itu, mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika
belajar. Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun
pertama persekolahan. Beberapa pendekatan haruslah diambil untuk membantu masalah
kanak-kanak sinrom down ini. Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu untuk bergerak dengan
sendirinya tanpa bantuan dan dorongan orang lain. Keperluan pelajar ini harus diambil berat
agar mereka tidak akan rasa disisih dan mampu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
yang lain.
RUJUKAN

http://www.myhealth.gov.my/sindrom-down/

https://www.scribd.com/document/211349989/Kanak-kanak-Sindrom-Down

https://dokumen.tips/documents/tugasan-kanak-kanak-sindrom-down-1.html

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/01/bagaimana-mengurus-tingkahlaku-
murid.html
LAMPIRAN

KANAK-KANAK SINDROM DOWN

You might also like