You are on page 1of 34

PROGRAM

SEKOLAH SELAMAT

1
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

1.0 KONSEP SEKOLAH SELAMAT


Konsep Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
sekolah selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahu pun
dari luar.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang maka segala
usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya haruslah dipikul
bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak
pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-
latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan
kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah,
amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan
melalui pengajaran, asuhan dan amalan.
Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan satu
manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati
diri yang cemerlang.

2.0 MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti.

3.0 OBJEKTIF
 Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan, kecemasan dan kemalangan.
 Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanna aktiviti-aktiviti sekolah.
 Mewujudkan persekitaran sekolah sihat, selamat dan menyeronokkan.
 Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
 Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 Memujudkan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
 Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
 Meningkatkan tahap penumpuan kepada pembelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
 Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positf kepada
sekolah.

2
4.0 RASIONAL
 Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
pertimbangan.
 Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, emosi dan
teknikal.
 Jesteru itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
 Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dan segi keselamatan.
 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas tanpa
sokongan keluarga dan komuniti.

5.0 SASARAN
Semua warga Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Jalor yang terdiri daripada:
 Pelajar
 Guru-guru
 Staf sokongan

6.0 PERNYATAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SKBJ


“SEKOLAH SELAMAT, MELONJAKKAN TRANSFORMASI”

 Selamat semasa pergi dan balik sekolah


 Selamat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, perkhemahan dan lawatan
 Selamat dalam persekitaran sekolah
 Selamat daripada gangguan Emosi dan Rohani
 Selamat daripada Bencana Alam
 Mematuhi peraturan sekolah

7.0 PROGRAM / AKTIVITI


 Penubuhan AJK Induk
 Mesyuarat AJK Induk
 Mesyuarat AJK Pelaksana
 Majlis Pelancaran Sekolah Selamat
 Taklimat Keselamatan Lalu Lintas
 Taklimat Keselamatan Fizikal dan Bangunan Sekolah
 Taklimat Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
 Taklimat Keselamatan daripada Gangguan Emosi dan Rohani
 Taklimat Keselamatan Bencana Alam
 Taklimat Disiplin
 Bahan edaran/brosur kepada warga sekolah/waris
 Pameran/Ceramah dengan agensi/jabatan yang berkaitan
 Poster/Tayangan video
 Proram interaksi dengan jabatan tertentu dan waris serta masyarakat setempat

3
 Kaunseling/Bimbingan Individu/Kelompok
 Program-program lain yang bersesuaian

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Pengerusi : En. Basri bin Haji Yusof (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Jasmin bin Hussain (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : En. Abdull Halim bin Jaafar (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Asrol Effindi bin Md. Nor (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Noor Zaide bin Yusof (S/U 3K)
Ahli Jawatankuasa :
 YDP PIBG
 Pengerusi SARANA
 Pegawai Perhubungan Sekolah
 Pengawal Keselamatan Sekolah
 En. Mohd. Nizam bin Zalwi@Alwi
(Disiplin)
 En. Abd. Rofa bin Ab. Rahman
(Bencana Alam)
 En. Mohd. Fairuz bin Mohamad
(Polis/Bomba/Kesihatan)
 En. Mohd. Hairi bin Mansor
(Lalu lintas)
 Pn. Zuraidah binti Mat Sah
(Laluan Pergi dan Balik Sekolah)
 Pn. Nurzilla Aryatty binti Md. Tan
(Fizikal dan Bangunan Sekolah)
 Cik Nor Hasniza binti Aziz
(Aktiviti Koko / Perkhemahan / Lawatan)

9.0 FUNGSI JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT


 Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah.
 Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga).
 Mempromosi secara aktif kod dan etika semua warga sekolah dan komuniti
setempat.
 Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur
keselamatan yand ada.
 Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu sekolah selamat.
 Melaksana, menilai dan mengkaji semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari
masa ke semasa.

4
10.0 PERANAN
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi
merealisasikan Polisi Sekolah Selamat.
Contoh peranan boleh dilakukan adalah seperti berikut:

10.1 PERANAN SEKOLAH


 Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Memastikan semua warga sekolah(guru,pelajar,staf sokongan) sentiasa selamat
semasa pergi dan balik sekolah termasuk selamat semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum dan lain-lain aktiviti luar darjah.
 Mempamerkan semua polisi,peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan amalan
selamat di tempat yang sesuai.
 Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis.
 Menyediakan prosedur/sistem amaran awal akan isu keselamatan seperti banjir,
ribut, dan lain-lain.
 Mewujudkan sistem pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu-isu
keselamatan pelajar.
 Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
 Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua
warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.
 Menguatkuasa semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.

10.2 PERANAN KOMUNITI

10.2.1 DI DALAM SEKOLAH


 Menyokong semua polisi, peraturan dan panduan yang disediakan oleh pihak
sekolah.
 Memberi sumbangan perkhidmatan mengawal keselamatan pelajar di sekolah.
 Menerap nilai-nilai kerohanian.
 Melibatkan secara aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

10.2.2 DI LUAR SEKOLAH


 Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan
keselamatan komuniti.
 Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
 Mengelola dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan kesedaran
kepada keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
 Membimbing, menasihat dan menegur golongan muda agar Budaya Selamat
sentiasa diutamakan.

10.3 PERANAN KELUARGA


 Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
 Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.
 Memperkukuh nilai-nilai agama /moral kepada anak-anak.

5
 Kerap berkomunikasi dengan anak-anak.
 Bekerjasama dengan ibu bapa lain.
 Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membenteras isu-isu
keselamatan.
 Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.

11.0 TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT

11.1 PRINSIP
 Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.
 Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta.
 Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira.
 Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil dan tidak ada
pihak yang teraniaya.
 Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak tidak berdamai dan
diterima semula oleh warga sekolah.
 Maklumat tentang dasar dan tatcara seharusnya mudah dirujuk.
 Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

11.2 TATACARA MEMBUAT ADUAN


Sesiapa yang ingin membuat aduan, pelajar atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh
memilih satu atau beberapa tatacara berikut:
 Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.
 Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai, contohnya kaunselor.
 Berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika
aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada
pengadu.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN / PERALATAN KOS (RM)


1 Papan tanda Sekolah Selamat 1000.00
2 Brosur/edaran 300.00
3 Penutup longkang 0.00
4 Penyelenggaraan Alat Pemadam Api 300.00
5 Kemaskini laluan kebakaran 30.00
6 Pendawaian semula elektrik 0.00
7 Majlis Pelancaran 250.00
Jumlah

6
13.0 TALIAN PENTING UNTUK DIHUBUNGI

BIL AGENSI NO. TELEFON


1 PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAMPIN 06-4421430
2 KLINIK KESIHATAN AIR KUNING 06-4478730
3 HOSPITAL DAERAH TAMPIN 06-4411511
4 BALAI BOMBA GEMAS 07-9481333
5 JPAM GEMAS 07-9482967
6 PEJABAT PERHILITAN 07-9481586
7 BALAI POLIS AIR KUNING 06-4479224
8 PEJABAT TENAGA NASIONAL BERHAD TAMPIN 06-4411125
9 PEJABAT JKR DAERAH 06-4411001

14.0 PENUTUP
Pelaksanaan konsep sekolah selamat diharap dapat mewujudkan suasana yang kondusif agar
sekolah dapat berfungsi sebagai tempat mendidik dan menimba ilmu tanpa gangguan fizikal,
mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut,
bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan,
tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini
menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan
masyarakat seharusnya dicegah dan ditangani.

7
KESELAMATAN
SEMASA PERJALANAN PERGI
DAN BALIK SEKOLAH

8
PERGI DAN BALIK SEKOLAH

1.0 MATLAMAT
Memastikan murid-murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

2.0 OBJEKTIF
 Menyediakan atau menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan
diri murid pergi dan balik sekolah.
 Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi/balik
sekolah.

3.0 RASIONAL
Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian atau pun
tidak mementingkan aspek keselamatan.

4.0 PERANAN MURID


 Pastikan kenderaan yang dinaiki selamat.
 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam perjalanan ke
sekolah.
 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan:
 Berjalan dalam kumpulan
 Ikut jalan yang selamat
 Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri
 Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali

5.0 PERANAN IBUBAPA


 Bergotong royong membersihkan kawasan semak – laluan murid
 Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah
 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri
 Kenderaan yang dibawa ke sekolah dalam keadaan baik
 Menasihatkan anak supaya jangan menumpang mereka yang tidak dikenali.

6.0 PEJALAN KAKI


Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga keselamatan diri dengan
mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya seperti:

6.1 Melintas Jalan


Perkara penting yang patut diikuti ketika melintas jalan:
a. Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.
b. Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
c. Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi.
Pastikan tiada kenderaan dan melintaslah apabila selamat.
d. Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar.

9
e. Ikut arahan pengawal keselamatan jika ada.

6.2 Tempat-tempat yang selamat untuk melintas jalan raya.


a. Lintasan pejalan kaki.
b. Laluan bawah.
c. Jejantas.
d. Berhampiran lampu isyarat.
e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas.
f. Di tempat-tempat yang terdapat angggota polis, warden trafik dan pengawal
lalulintas sekolah yang bertugas.

6.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki.


a. Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan
kenderaannya sebelum anda melintas.
b. Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas.

6.4 Cara melintas jalan di lampu isyarat.


a. Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berwarna hijau.
b. Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia bererti lampu akan

bertukar kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika
anda sedang melintas percepatkan langkah anda.

6.5 Berjalan kaki.


a. Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya disediakan.
b. Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa
memandang lalulintas yang datang dari arah hadapan.
c. Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali-kali berjalan
bergandingan kecuali memimpin orang buta atau tua.

6.6 Berjalan kaki di waktu malam.


Pejalan kaki hendaklah memakai dan menggunakan alat-alat berikut bagi membolehkan
pemandu melihat anda:
a. Pakaian cerah atau bersinar.
b. Membawa suratkhabar atau benda-benda yang putih.
c. Memakai pemantul cahaya.
d. Menggunakan lampu picit.

6.7 Berjalan kaki di waktu hujan.


a. Diutamakan memakai baju hujan.
b. Jika pakai payung, pegang payung dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna terang.
c. Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.
d. Berjalan tengok hadapan.

10
6.8 Perkara-perkara yang patut dielakkan.
a. Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat atau
memanjat pagar pembahagi jalan.
b. Bermain atau bergurau senda di jalan raya.
c. Menggunakan jalan sibuk.
d. Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
e. Menyeberang di celah-celah kenderaan.

7.0 MENUNGGANG BASIKAL/MOTOSIKAL


a. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.
b. Ditegah menunggang basikal bergandingan dan mencelah-celah di antara lalulintas.
c. Mengekori kenderaan pada jarak yang selamat.
d. Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang ke hadapan.
e. Awasilah semasa memotong kereta yang berhenti kerana mungkin ada penumpang
yang membuka pintu.
f. Memegang hendal dengan kedua-dua belah tangan kecuali memberi isyarat tangan
sebelum membelok.
g. Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada basikal dan menyorongnya.
h. Gunakan karier untuk membawa barang-barang atau buku-buku.
i. Jangan menggunakan payung semasa hujan.
j. Jangan membawa penumpang di atas basikal.
k. Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang atau tepi kenderaan.
l. Di waktu malam pastikan semua lampu dalam keadaan baik.
m. Jika menunggang pada waktu malam pakai pakaian yang membolehkan pemandu
kenderaan dan pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih baik.
n. Periksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak tinggi hendal.
o. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan semua peraturan-peraturan lalu lintas.
p. Gunakan jalan yang paling selamat dari lalulintas yang sibuk.
q. Awasi sebelum membelok kanan atau kiri, beri isyarat dari lalulintas yang sibuk.
r. Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan basikal atau motosikal di
tempat yang disediakan.

8.0 MENAIKI BAS/KERETA


a. Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan masih bergerak.
b. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar.
c. Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang lain ketika menaiki atau turun
dari kenderaan.
d. Jangan merosakkan mana-mana bahagian kenderaan.
e. Elakkan mengganggu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual atau
bermain.
f. Jagalah kebersihan kenderaan.
g. Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.
h. Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau

11
berjuntai pada badan kenderaan.
i. Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut-rebut ketika menaiki
kenderaan.
j. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat.
k. Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas.
l. Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main dalam kenderaan
seperti melambaikan tangan keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya.

9.0 SEMASA MENUNGGU KENDERAAN


a. Semasa menunggu kenderaan, murid-murid adalah dilarang bermain seperti kejar
mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
b. Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-murid ke kenderaan
mereka sekiranya murid-murid itu menunggu di seberang jalan.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BULAN
BIL STRATEGI
J F M A M J J O S O N
1 Sistem kawalan keluar masuk sekolah x x x x x x x x x x x
2 Peraturan kawalan pergerakan murid x x x x x x x x x x x
3 Sistem kawlan lalu lintas x x x x x x x x x x x
4 Papan tanda keselamatan x x x x x x x x x x x
5 Rekod kemalangan lalu lintas di luar/dalam
x x x x x x x x x x
kawasan sekolah
6 Hebahan keselamatan pergi/balik sekolah x x x x x x x x x x
7 Ceramah keselamatan lalu lintas x x x x
8 Edaran/poster keselamatan lalu lintas x x x x

11.0 PENUTUP
Semoga dengan panduan pelaksanaan ini akan menjadi amalan kepada seluruh warga
sekolah. Pelaksanaan yang menyeluruh dan berkesan akan membawa kepada kejayaan pihak
sekolah dalam menjamin keselamatan pelajar pergi dan balik. Semua pihak yang terlibat
secara langsung akan menikmati manfaatnya.

12
KESELAMATAN
SEMASA MENJALANKAN
AKTIVITI KOKURIKULUM,
PERKHEMAHAN DAN LAWATAN

13
AKTIVITI KOKURIKULUM, PERKHEMAHAN DAN LAWATAN

1.0 RASIONAL
Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan sama ada oleh pihak sekolah
ataupun pihak-pihak lain terutamanya NGO. Oleh itu satu tatacara tindakan yang dapat
menjadi panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.

Guru menghadapi masalah apabla murid yang di bawah jagaannya mendapat kemalangan
disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dikesan lebih awal.

2.0 OBJEKTIF
 Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
 Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara
keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.
 Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang
disediakan.

3.0 PERANAN IBUBAPA


 Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-
masing.
 Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
 Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-
masing.
 Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti
sebarang aktiviti.
 Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
 Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

4.0 PERANAN GURU

4.1 Aktiviti Kokurikulum


 Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
 Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti
dijalankan.
 Menyimpan rekod pofil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
 Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
 Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan

14
perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan
aktiviti.
 Menyediakan surat makluman kepada ibubapa/penjaga tentang sesuatu aktiviti
yang dijalankan.
 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk dipenuhkan dan
dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan. Borang ini difailkan dalam fail
Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
 Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid
sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak
diingini.
 Mencatat kehadiran pelajar.
 Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
 Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

4.2 Aktiviti Perkhemahan dan Lawatan Sambil Belajar


 Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu
aktiviti yang dijalankan.
 Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau
kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil
kelayakan yang diperlukan.
 Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis
bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
 Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
 Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
 Mengedarkan borang keperluan kepada ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum
aktivtiti dijalankan.
 Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
 Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
 Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
 Mengatur program yang sesuai.

5.0 TATACARA PELAJAR SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

5.1 Sukan dan Permainan


 Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan
aktiviti.
 Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
 Bergerak ke kawasan sukan setelah menerima arahan daripada guru.
 Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan
permainan.
 Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika ada alat yang rosak
selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan
kepada guru.

15
 Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.

5.2 Unit Beruniform


 Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
 Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
 Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli .
 Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
 Tunggu arahan daripada guru penasihat.
 Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
 Sekiranya berlaku kemalangan, ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri
rawatan.

5.3 Kelab/Persatuan
 Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
 Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
 Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
 Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
 Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan, hendaklah diberi rawatan kecemasan
dengansegera dan laporkan kepada guru.
 Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti, guru penasihat hendaklah
melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

5.4 Aktiviti Gotong-Royong


 Melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
 Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong royong.
 Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru.
 Penggunaan peralatan yang tajam mesti di bawah pengawasan guru.
 Memaklumkan dengan segera kepada guru sekiranya ternampak serangga/ binatang
yang berbahaya.
 Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
 Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
 Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan dalam keadaan sempurna.
 Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
Memulangkan semula peralatan gotng royong yang digunakan.
 Membersihakan diri selepas aktiviti gotong-royong tamat.

5.5 Lawatan Sambil Belajar


 Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan
menyerahkannya kepada guru penasihat.
 Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
 Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
 Bawa peti kecemasan yang lengkap.
 Catat/Semak kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan
mengutamakan keselamatan.

16
 Setelah tiba ke tempat yang dituju, ikut arahan guru.
 Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
 Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik, tunggu di satu tempat dan
minta bantuan sehingga bantuan sampai.

5.6 Aktiviti Perkhemahan


 Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga dan serahkan kepada guru.
 Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
 Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
 Dirikan khemah di kawasan sesuai.
 Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap
yang berbisa.
 Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
 Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
 Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
 Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
 Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan, jangan panic, menjeritlah
minta pertolongan kecemasan dengan segera.
 Laporkan kepada guru/penyelamat keselamatan.
 Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di
klinik/hospital berdekatan.
 Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
 Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas/
penyelamat kelemasan.
 Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BULAN
BIL STRATEGI
J F M A M J J O S O N
1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa x x x x x x x x x x
2 Pasukan petugas x x x x x x x x x x
3 Poster/Panduan kecemasan x x x x x x x x x x x
4 Memastikan kesihatan pelajar x x x x x x x x x x x
5 Surat kebenaran waris x x x x x x x x x x x
6 Peraturan semasa di padang x x x x x x x x x x x
7 Edaran Brosur keselamatan kokurikulum, x x x
lawatan dan perkhemahan
8 Borang rawatan dan peti keselamatan x x x x x x x x x x x
9 Pakaian aktiviti kokurikulum x x x x x x x x x x x

17
7.0 PENUTUP
Aktiviti kokurikulum, perkhemahan dan lawatan sering dijalankan di dalam dan di luar
sekolah sepanjang tahun, oleh itu keselamatan pelajar perlu dititikberatkan, supaya aktiviti
yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan keselamatan mereka terjamin.
Kerjasama dari pihak keluarga dan komuniti amatlah diharapkan.

18
KESELAMATAN
FIZIKAL DAN
BANGUNAN SEKOLAH

19
KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH

1.0 RASIONAL
Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif
yang mempunyai peraturan yang dapat membantu keselamatan semua. Ia termasuk
pendawaian dan peralatan elektrik di sekolah, kelas, bilik-bilik khas sekolah, tandas, asrama,
gelanggang pemainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah berada dalam keadaan baik
dan selamat.

2.0 OBJEKTIF
 Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
 Bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan kegunaannya.
 Memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan sempurna dalam dan luar
kawasan sekolah dengan mengambil kira aspek keselamatan.
 Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik.
 Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian berfungsi dengan baik.
 Memastikan bangunan kantin sekolah baik dan sesuai untuk proses penyediaan
makanan.

3.0 PERANAN IBU BAPA


 Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.
 Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakan kepakaran yang ada.
 Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
 Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan.

4.0 KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK

4.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa
juga keadaan, ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan peralatan elektrik di dalam
kawasan sekolah.

4.2 Tatacara murid


 Laporkan dengan kadar segera kepada pentadbir, guru/pekerja.
 Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
 Jangan cuba baiki/menyentuh alatan elektrik yang terdedah dan merbahaya.
 Memaklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan
larangan sementara.
 Jangan hampiri tempat yang berlabel atau bertanda ”BAHAYA/AWAS”.
 Patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan dan dikeluarkan.

20
5.0 KESELAMATAN MENGGUNAKAN TANDAS

5.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa berada dan
menggunakan tandas. Manual ini untuk memastikan tandas digunakan dengan selamat dan
mengikut peraturan.

5.2 Tatacara Murid


 Memahami peraturan penggunaan yang telah ditetapkan.
 Pastikan telah menjalani latihan menggunakan tandas jika perlu.
 Jika didapati sebarang kerosakan, jangan cuba perbaiki atau menyentuhnya, sila
laporkan dengan segera kepada guru, pegawai bertugas atau pihak pentadbir.
 Pastikan tandas digunakan dengan betul dan mengikut peraturan.

6.0 KESELAMATAN MENGGUNAKAN PERALATAN

6.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil oleh murid semasa
menggunakan bilik darjah, laluan yang mengalami kerosakan, cermin tingkap dan pemegang
besi serta yang berkaitan dengannya.

6.2 Tatacara Murid


 Murid hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbir, guru atau pekerja jika
terjumpa atau mendapati pemegang besi dan tingkap yang pecah atau rosak.
 Murid hendaklah menjauhi kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai
merbahaya.
 Murid hendaklah mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan atau ditetapkan
oleh pihak sekolah.
 Murid jangan sentuh atau cuba memperbaiki bahagian yang pecah atau rosak itu.

7.0 KESELAMATAN STOR, KEBUN SAINS PERTANIAN

7.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa
juga keadaan ketika menggunakan stor dan kebun Sains Pertanian.

7.2 Tatacara Murid


 Memahami dengan jelas peraturan keselamatan ketika menggunakan peralatan di
kebun.
 Memastikan sebarang peralatan kebun selamat digunakan.
 Menyediakan perlindungan diri yang sesuai dan secukupnya seperti pakaian, sarung
tangan dan lain-lain.
 Membersihkan diri selepas kerja-kerja meracun.

21
 Mengikut arahan dan berhati-hati ketika menggunakan jentera pertanian.
 Laporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan berfungsi atau tidak.

8.0 KESELAMATAN DI KAWASAN SUNYI DAN GELAP

8.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa
juga keadaan, kita melalui/menggunakan kawasan sunyi dan gelap. Kawasan sunyi dalam
manual ini merujuk kepada kawasan yang bukan laluan utama/jauh daripada penempatan
murid. Manakala kawasan gelap merujuk kepada kawasan yang tidak mendapat bekalan
elektrik/tidak diterangi cahaya lampu.

8.2 Tatacara murid


 Murid mestilah mengenalpasti kawasan yang sunyi dan gelap.
 Pastikan murid menggunakan kawasan tersebut berkumpulan (melebihi 3 orang).
 Jika terjumpa orang yang diragui / mencurigakan atau sebarang masalah hendaklah
segera mengelakkan diri dan melaporkan kepada pihak pentadbir / guru / pegawai
bertugas.

9.0 KESELAMATAN SEMUA BANGUNAN DALAM KAWASAN SEKOLAH (24 JAM)

9.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah menghindari pencerobohan ke atas semua bangunan dalam
kawasan sekolah. Semua bangunan dalam kawasan sekolah merujuk kepada bangunan yang
menjadi hak milik dan tanggungjawab pentadbiran sekolah.

9.2 Tatacara murid


 Laporkan segera kepada guru jika didapati berlaku pencerobohan.
 Jangan mengambil tindakan secara bersendirian untuk menyelesaikan masalah
pencerobohan.
 Jangan cuba memperbaiki mana-mana kerosakan akibat pencerobohan.
 Jika kerosakan teruk akibat pencerobohan, elak daripada menggunakan kawasan
tersebut.
 Patuh arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
 Murid dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah
alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
 Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh semasa
dibengkel.
 Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam api yang
tersedia.

22
10.0 KESELAMATAN PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN

10.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil menghadapi apa juga
keadaan ketika berada dan menggunakan pusat sumber / perpustakaaan.

10.2 Tatacara murid


 Sebarang penggunaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
 Pastikan peralatan yang digunakan baik dan selamat.
 Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas jika didapati sebarang kerosakan.
 Pengguna mestilah patuh kepada peraturan.
 Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik, patuhlah kepada peraturan yang
telah ditetapkan.
 Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam menggunakan
alat pemadam api yang tersedia.

11.0 KESELAMATAN PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN

11.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa
juga keadaan, ketika menggunakan padang dan gelanggang pemainan.

11.2 Tatacara murid


 Penggunaan padang atau gelanggang permainan mestilah mendapat kebenaran
guru atau pegawai yang diamanahkan/pentadbir sekolah.
 Memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan baik.
 Sebarang aktiviti di padang ”MESTI” dalam pengawasan guru/jurulatih dan pegawai
yang diamanahkan.
 Menjalankan aktiviti semasa apabila cuaca mengizinkan.
 Selesai sesuatu permainan, padang perlu dibersihkan dan meletakkan kembali
alatan di tempat yang ditetapkan.

12.0 KESELAMATAN KEROSAKAN PERABOT KELAS

12.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil oleh murid semasa
menggunakan perabot kelas. Maksud perabot kelas di dalam manual ini ialah kerusi dan
meja murid, kerusi dan meja guru, almari buku, papan tulis dan papan kenyataan.

12.1 Tatacara murid


 Pastikan tidak menggunakan perabot kelas yang rosak dan merbahaya.
 Melaporkan kepad guru atau pentadbir jika terdapat perabot kelas yang rosak dan
tidak dapat digunakan.

23
 Jangan cuba memperbaiki perabot kelas yang rosak atau tidak dapat digunakan.
 Murid hendaklah patuh kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa.
 Murid hendaklah patuh kepada tatcara penggunaan yang betul.

13.0 KESELAMATAN MAKMAL SAINS

13.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa
juga keadaan semasa berada atau menggunakan makmal/bilik sains.

13.2 Tatatcara murid


 Penggunaan makmal mestilah mendapat kebenaran daripada guru/pegawai yang
bertugas.
 Berhati-hati menggunakan bahan kimia berlabel (beracun).
 Peralatan yang digunakan hendaklah di dalam keadaan yang baik dan selamat.
 Melaporkan segera kepada guru/pembantu makmal tentang kerosakan alatan.
 Penggunaan bahan-bahan kimia mestilah dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
 Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, jangan panic, patuhlah kepada arahan
keselamatan yang telah ditetapkan.
 Murid adalah dicegah/dilarang sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah
alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
 Murid juga dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan yang tidak senonoh
semasa berada di makmal.
 Murid dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ketika berada di makmal sains.
 Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam kebakaran yang
tersedia.

14.0 KESELAMATAN BENGKEL

14.1 Definisi
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya di ambil semasa menghadapi apa
juga keadaan ketika berada dan menggunakan bengkel.

14.2 Tatacara murid


 Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum mengggunakan bengkel.
 Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak
berfungsi dan tiada dalam simpanan yang dipamerkan.
 Penggunaan sebarang peralatan, mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru.
 Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah kepada arahan
keselamatan yang dikeluarkan.
 Murid hendaklah mematuhi peraturan dari semasa ke semasa.
 Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.

24
15.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BULAN
BIL STRATEGI
J F M A M J J O S O N
1 Manual Keselamatan Sekolah x x x x x x x x x x x
2 Pendawaian semula elektrik x x x x x x x x x x x
3 Latihan Kebakaran/laluan kebakaran x x
4 Keselamatan perparitan/longkang x x x x x x x x x x x
5 Pertandingan Kelas x x x x x x x x x x
6 Bekalan air bersih dan selamat x x x x x x x x x x x
7 Ceramah/Demontrasi Bomba x
8 Bilik Sakit x x x x x x x x x x
9 Peti Bantuan Kecemasan x x x x x x x x x x
10 Kad kebenaran keluar kelas x x x x x x x x x x x
11 Edaran / Brosur x x

16.0 PENUTUP

Persekitaran sekolah selamat merupakan elemen yang penting bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar serta menjadikan sekolah sebagai pusat
menimba ilmu dan pembentukan individu yang seimbang sepertimana dalam Falsafah Pendidikan
Negara.

25
KESELAMATAN
BIDANG SOSIAL

26
KESELAMATAN BIDANG SOSIAL

Dewasa ini isu sosial di sekolah sering menjadi tajuk utama yang kerap terpapar di dada-dada
akhbar. Sayugia itu, Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Atas dasar inilah, maka
konsep dan manual Sekolah Selamat dihasilkan, di mana manual ini boleh digunapakai oleh warga
sekolah yang terdiri daripada murid (sekolah rendah dan menengah), guru dan kakitangan sokongan.
Di antara isu sosial yang akan dibincangkan dalam manual ini ialah:
 Gangguan Emosi dan Rohani

KESELAMATAN DARIPADA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI

1.0 PENGENALAN
Kestabilan emosi dapat melahirkan insan yang berfikiran positif. Gangguan emosi boleh
menjadikan seseorang itu berasa dirinya terasing, tidak berkeyakinan dan tidak selamat.
Memandangkan kestabilan emosi dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam
pelajaran dan pembelajaran, diharapkan konsep dan manual ini akan membantu mereka
yang menghadapi gangguan emosi di sekolah. Oleh itu, mereka dapat mengetahui langkah-
langkah menghindari gangguan emosi, menghadapi situasi yang sedang berlaku dan
tindakan yang perlu diambil jika situasi telah berlaku.

2.0 DEFINISI
Bebas daripada sebarang masalah dalaman diri, yang menganggu kestabilan emosi dan
rohani. Kestabilan tersebut menjejaskan keselamatan dan hubungan baik terhadap
manusia, alam dan penciptanya. Emosi dan rohani yang stabil menjadikan manusia lebih
tenteram dan harmoni dalam kehidupan mereka.

3.0 OBJEKTIF
 Mewujudkan sekolah yang ceria dan damai bagi membantu kecemerlangan
pendidikan.
 Mewujudkan budaya ”Sekolah Penyayang” sebagai asas institusi masyarakat
penyayang.
 Membangunkan potensi insan secara sepadu dan seimbang berasaskan pegangan
agama.
 Mempertingkatkan ketahanan diri warga sekolah melalui nilai-nilai murni.
 Mempereratkan hubungan kasih sayang serta mengurangkan gejala negatif di
kalangan warga sekolah.

27
4.0 PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI
 Diri sendiri
 Keluarga
 Sekolah
 Rakan-rakan
 Komuniti sekeliling
 Baka/keturunan
 Alat Audio Visual/Media

5.0 TANDA-TANDA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI


 Suka menyendiri
 Panas baran
 Murung
 Ponteng kelas/sekolah
 Termenung
 Penyakit
 Merendah diri
 Meninggi diri

6.0 PANDUAN UNTUK MEMILIKI EMOSI DAN ROHANI YANG TENTERAM DAN SELAMAT
 Perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.
 Perlu berfikiran positif dan menghindari gejala negatif.
 Perlu memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas kecemerlangan
pendidikan.
 Patuhi jadual harian kehidupan anda.
 Kasihi orang lain seperti mana mengasihi diri sendiri.
 Amalkan gaya hidup sihat.
 Tidur dan rehat yang cukup.
 Berfikiran terbuka dan logik.
 Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.
 Sekiranya menghadapi masalah gangguan emosi, dapatkan bimbingan dari rakan
sebaya, guru, ibubapa atau kaunselor sekolah.

7.0 PERANAN IBUBAPA


 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkah anak seperti:
 selalu mengasingkan diri;
 muram dan bersedih;
 memberontak;
 tidak betah berada di rumah; dan
 bercakap kasar.
 Menyediakan didikan asas agama yang cukup untuk anak/keluarga.
 Berkerjasama dengan kaunselor sekolah, guru dan semua pihak untuk

28
menyelesaikan masalah anak.
 Menyediakan pemakanan berzat dan seimbang untuk anak.
 Menyediakan peralatan dan keperluan belajar yang mencukupi.
 Mengenali rakan anak-anak.

8.0 TATACARA PELAJAR


 Berjumpa dengan orang yang dipercayai.
 Ceritakan masalah yang dihadapi.
 Ikut nasihat orang yang lebih tua (guru, ibu dan bapa).
 Luahkan perasaan anda dalam bentuk:
 tulisan;
 lisan (menjerit, menyanyi, berserita).
 Aktivi riadah.
 Mendengar muzik yang menyenangkan.
 Melibatkan diri dalam kokurikulum.
 Jangan menyendiri.
 Isi borang aduan untuk tindakan selanjutnya.

9.0 TATACARA GURU


 Peka terhadap tingkah laku pelajar.
 Menerima aduan dan memberi perhatian kepada masalah yang diceritakan.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BULAN
BIL STRATEGI
J F M A M J J O S O N
1 Kursus Pengurusan diri x x x x x x x x x
2 Ceramah/Pameran Kesihatan x x x
3 Kempen Sifar Rokok/Dadah x x x x
4 Kem Motivasi dan Pemantapan Sahsiah x x x x x x x x x
5 Program Keibubapaan x x x x
6 Program Kepimpinan x
7 Program Minggu 3K x
8 Ceramah AADK/Urine test x
9 Kaunseling/Bimbingan Individu/Kelompok x x x x x x x x x x
10 Edaran Brosur x x x x x x x x x x x
11 Program KPI x x x x x x x x x x x

29
11.0 PENUTUP
Pelajar merupakan aset penting kepada sesebuah negara di masa hadapan. Oleh itu guru,
ibubapa dan komuniti mestilah memainkan peranan penting untuk menangani masalah
remaja sekarang demi mencapai wawasan 2020. Sekiranya seseorang itu mempunyai emosi
dan rohani yang stabil, menjadikan seseorang itu lebih tenteram dan harmoni dalam
kehidupan mereka.

30
KESELAMATAN
SEMASA BENCANA ALAM

31
KESELAMATAN PELAJAR SEMASA BENCANA ALAM

1.0 PENGENALAN
Negara Malaysia adalah sebuah negara mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai dan
mengalami iklim monsun tropika. Perubahan iklim boleh menyebabkan berlakunya bencana
alam seperti banjir, kebakaran dan ribut. Kesan perubahan cuaca tersebut akan
menyebabkan berlakunya wabak penyakit.

2.0 OBJEKTIF
 Mengambil langkah keselamatan untuk menghindari kemalangan di kalangan warga
sekolah.
 Menyediakan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat.
 Mengadakan latihan menghadapi bencana alam.
 Menjadi warga sekolah yang prihatin dan sentiasa bersedia menghadapi kecemasan.
 Mewujudkan permuafakatan dan perasan bertanggungjawab di kalangan warga
sekolah dan komuniti bencana alam.

3.0 BANJIR
Banjir merupakan satu keadaan di mana sesuatu kawasan ditenggelami air atau lumpur.
Banjir boleh dikategorikan sebagai:
 banjir kilat;
 banjir lumpur;
 banjir musim tengkujuh.

3.1 TATACARA KETIKA BANJIR KILAT


 Jangan panik.
 Tutup atau matikan semua suis.
 Guru hendaklah membawa pelajar ke tempat yang selamat.
 Guru/ketua memastikan bilangan pelajar yang mencukupi.
 Pelajar yang tiada hendaklah dicari.
 Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.
 Ikut arahan guru.
 Lapor diri kepada guru ketika di tempat perpindahan.
 Guru dikehendaki menghubungi pihak waris/penjaga.
 Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta unit pertolongan
cemas.
 Pelajar tidak perlu ke sekolah sekiranya banjir membahayakan diri pada hari
berikutnya.
 Sentiasa mengikut perkembangan semasa laporan kaji cuaca dan amaran banjir.
 Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini.
 Memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak sekolah semasa banjir.

32
4.0 KEBAKARAN
Kebakaran yang berlaku disebabkan oleh litar pintas, pembakaran terbuka dan kecuaian
pengguna.

4.1 TATACARA KETIKA KEBAKARAN


 Jangan panik dan lapor kepada guru sekiranya kelihatan tanda-tanda kebakaran.
 Tutup suis utama.
 Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.
 Pelajar diminta meninggalkan kelas apabila mendengar loceng kecemasan.
 Ikut laluan kecemasan yang diberikan/disediakan.
 Guru memastikan bilangan pelajar yang mencukupi.
 Menghubungi pihak bomba.
 Menjerit meminta pertolongan sekiranya terperangkap.
 Guru/pasukan bomba sekolah boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya
kebakaran adalah kecil.
 Hantar pelajar ke hospital sekiranya mengalami kecederaan.
 Hubungi waris pelajar yang terlibat.
 Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius.
 Buat tuntutan Insuran Kebakaran Takaful dengan menyediakan:
 slip hospital;
 laporan polis;
 borang takaful lengkap.

5.0 WABAK PENYAKIT BERJANGKIT


Wabak penyakit berlaku akibat dari jangkitan kuman dan keracunan makanan serta akibat
kurang penjagaan kebersihan persekitaran.

5.1 TATACARA PELAJAR / SEKOLAH


 Pelajar dinasihatkan mengutamakan kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.
 Lapor kepada guru bertugas.
 Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor.
 Minum seberapa banyak air masak.
 Dapatkan surat kebenaran rawatan daripada sekolah.
 Segera ke hospital atau pusat kesihatan.
 Dapatkan rawatan daripada doktor.
 Dapatkan surat cuti sakit dan menyerahkan kepada pihak sekolah.
 Maklumkan kepada penjaga.
 Sekiranya tinggal di asrama pelajar akan dihantar balik ke rumah.
 Prihatin kepada poster/brosur kesihatan.
 Mengadakan ceramah kesedaran kesihatan.
 Pelajar dinasihatkan supaya berehat di rumah / hospital.
 Kantin/dewan makan hendaklah ditutup atas arahan Guru Besar/Pengetua.

33
5.2 TATACARA IBUBAPA / PENJAGA
 Penjaga mesti memaklumkan taraf kesihatan pelajar kepada pihak sekolah.
 Dapatkan surat kebenaran mendapat rawatan daripada pihak sekolah.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BULAN
BIL STRATEGI
J F M A M J J O S O N
1 Sistem perparitan/longkang x x x x x x x x x x
2 Latihan bencana alam x x
3 Peraturan bencana alam x x
4 Hebahan kepada pelajar x x
5 Menyediakan tempat yang selamat x
6 Menyediakan laluan kecemasan x
7 Pemeriksaan makanan di kantin x x x x x x x x x x x
8 Poster Kesihatan x x x x x x x x x x
9 Surat rawatan hospital x x x x x x x x x x x
10 Pemeriksaan Kesihatan x x x x x x x x x x x
11 Loceng kecemasan x x
12 Hubungan komuniti luar x x x x x x x x x x
13 Edaran kepada pelajar x x

7.0 PENUTUP
Bencana Alam seperti ribut, banjir, kebakaran dan wabak penyakit boleh berlaku pada bila-
bila masa sahaja. Oleh itu semua warga sekolah mestilah sentiasa berwaspada dan berhati-
hati sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Sesungguhnya adalah menjadi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat tanpa
gangguan fizikal, mental dan emosi.

34

You might also like