You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN KELAB 3.

4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang


kondusif dan produktif.    
PERKARA  1: NAMA DAN ALAMAT 

1.1 Nama kelab: PERKARA 4: FUNGSI KELAB 


Kelab Guru & Staf (KGS) SKBJ
4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi
1.2 Alamat: mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam PERKARA 3,
Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Jalor, seperti:
    73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
     4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru
dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka;
PERKARA  2: MATLAMAT  4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran
komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf
2.1 Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta sokongan serta sekolah.
menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolah  lebih
kondusif dan produktif.
PERKARA 5: KEAHLIAN 

PERKARA  3:  TUJUAN-TUJUAN KELAB 5.1 Terbuka kepada semua guru, guru kelas agama petang, staf
sokongan, pekerja pembersihan sekolah dan pengawal
3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan keselamatan yang sedang bertugas di Sekolah Kebangsaan
guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' (Felda) Bukit Jalor.
sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta Pertubuhan 1966
boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli. 5.2 Kelayakan menjadi ahli untuk guru dan staf sokongan adalah
secara automatik manakala guru KAP, pekerja pembersihan dan
3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam pengawal keselamatan perlu membuat permohonan kepada
memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru- Pengerusi Kelab dan membayar yuran.
guru dan staf sokongan.
5.3 Pentadbir Sekolah (Guru Besar dan Guru-Guru Penolong
3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi Kanan)  merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat
dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh
aktiviti yang dijalankan. mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.

1 2
5.4 Kelayakan ahli akan hilang jika: 6.8 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Guru dan Staf hendaklah
5.4.1   Memohon untuk tidak menjadi ahli (dengan persetujuan terdiri daripada:- 
Guru Besar); 6.8.1 Pengerusi 
6.8.2 Timbalan Pengerusi 
5.4.2 Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli 6.8.3 Setiausaha 
tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Guru 6.8.4 Timbalan Setiausaha
Besar. 6.8.5 Bendahari
6.8.6 Timbalan Bendahari 
6.8.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) 
PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 6.8.6 Pemeriksa Kira-Kira (sekurang-kurangnya  seorang)   

6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik 6.9 Setiap jawatan tidak diambil kira gendernya. Lelaki atau Wanita
sebagai Jawatankuasa Tertinggi KGS (Kelab Guru dan Staf). boleh terlantik/dilantik.

6.2 Jawatankuasa Tertinggi KGS hendaklah dilantik oleh ahli-ahli


kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan. PERKARA 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

6.3 Ahli Jawatankuasa KGS hendaklah terdiri daripada warganegara Fungsi Jawatankuasa Tertinggi KGS  ialah mengelola dan mengatur
Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-
(Felda) Bukit Jalor. perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan
dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung tahunan.
6.4 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa KGS, manakala ahli yang tidak dapat 7.1. Pengerusi
hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab juga layak dicalonkan 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGS
sebagai Ahli Jawatankuasa KGS. dan mesyuarat agung tahunan dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat.
6.5 Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
6.6 Ahli Jawatankuasa Kecil/Kerja boleh dilantik oleh pengerusi tanpa sewajarnya.
mengadakan mesyuarat (Program KGS).  7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan
kelab sepanjang tempoh berkhidmat.
6.7 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah 7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Pengerusi. menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah
diluluskan.
3 4
7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta 7.5 Bendahari
memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli 7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal
kelab. kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan
7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan penyata kewangan yang dikemaskini dari masa ke
dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi. semasa.
7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab 7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang
dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.     diputuskan oleh mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat
jawatankuasa KGS.
7.2 Timbalan  Pengerusi 7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau
7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain
menjalankan fungsi-fungsi pengerusi. sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta
7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa dokumen yang berkaitan.
ketiadaan pengerusi. 7.5.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau
penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
7.3 Setiausaha 7.5.5 Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk
7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan. diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung serta
7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung laporan-laporan yang berkaitan. 
tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGS.
7.3.3 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit 7.6 Timbalan Bendahari
mesyuarat jawatankuasa KGS dan mesyuarat agung 7.6.1 Membantu bendahari dalam menjalankan segala tugas-
tahunan. tugas dan fungsi bendahari.
7.3.4 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada 7.6.2 Menjalankan tugas bendahari sewaktu ketiadaan
mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bendahari.
bersangkutan dengannya.
7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod- 7.7 Ahli Jawatankuasa
rekod kelab.  7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala  program
dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.4 Timbalan Setiausaha 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.  
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-
tugas dan fungsi setiausaha. 7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan 7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
setiausaha. Kewangan Tahunan dan bertangungjawab ke atasnya. 
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan
betul.   
5 6
PERKARA  8 :  KEWANGAN  9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakan yuran tahun sebelumnya
tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab
8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM10.00 bagi setiap pada tahun semasa, melainkan mendapat persetujuan
bulan (Januari hingga Oktober) atau; Jawatankuasa Tertinggi kelab.

8.2 Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM50.00 pada bulan
Februari dan RM50 lagi pada bulan Jun atau RM100.00 sekaligus PERKARA 10: AKTIVITI 
bagi setahun.
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung
8.3 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa KGS.
persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi bersama
8.4 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti Jawatankuasa Tertinggi dan diumumkan kepada pengetahuan
tertentu. ahli.

8.5 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan 10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh
perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan  khas bagi semua ahli kecuali ahli-ahli seperti yang dinyatakan
membiayai aktiviti tersebut. dalam  PERKARA 9 perenggan  9.3.

8.6 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam


akaun (menumpang akauan lain) yang akan disediakan oleh PERKARA 11:  MEMBERHENTIKAN KEAHLIAN
bendahari.
11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau
8.7 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan semasa mesyuarat mengganggu ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh
agung.  Jawatankuasa Tertinggi KGS.

11.2 Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari
PERKARA 9: KEHADIRAN/PENYERTAAN  dari tarikh pemecatan, dan akan dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Tertinggi  KGS.
9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.     
     
9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri mesyuarat agung, ahli
hendaklah memaklumkan (menulis surat) kepada pengerusi
kelab. 8
7
PERKARA 12: PINDAAN PERLEMBAGAAN  13.3.6 Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi KGS bagi tahun
berkenaan;
12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia 13.3.7 Hal-hal lain;
dipinda. 13.3.8 Ucapan penangguhan.
 
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama 13.4 Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih
ahli jawatankuasa KGS semasa mesyuarat agung tahunan. pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Tertinggi KGS
serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Besar/Pentadbir dan kebajikan kelab.
dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KGS  akan diadakan bagi
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika 13.5 Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut:
perlu. 13.5.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah
seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6;
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan 13.5.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang
disahkan oleh pengerusi. dan  penyokong;
13.5.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan
yang ditandingi;
PERKARA 13:   MESYUARAT AGUNG TAHUNAN  13.5.4 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat
jawatan yang dipertandingkan.
13.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap
tahun setelah tamat tempoh setahun. 13.6 Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan:
13.6.1 Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Tertinggi KGS;
13.2 Notis tarikh Mesyuarat Agung tahunan hendaklah dihebahkan 13.6.2 Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh
kepada ahli-ahli selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh tidak kurang daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa
mesyuarat. dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab
mengadakannya.
13.3 Agenda Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-
perkara berikut: 13.7 Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah
13.3.1 Ucapan pengerusi; diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh
13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung permintaan itu.
tahun lalu;
13.3.3 Membentang dan menerima laporan aktiviti; 13.8 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas
13.3.4 Membentang dan menerima laporan kewangan; itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh setiausaha
13.3.5 Membahaskan perkara berbangkit;
9 10
sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk 15.2 Kematian – Kematian saudara terdekat sahaja diberi sumbangan
mesyuarat. bernilai  RM50.00. Saudara terdekat dalam perkara ini ialah
ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli.

PERKARA 14:  KUOROM 15.3 Bertukar – Cenderahati bernilai RM30.00 untuk ahli berkhidmat
lebih daripada 1 tahun di sekolah ini.
14.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti
berikut: 15.4 Penghargaan – Cenderahati bernilai RM20.00 untuk Ahli
14.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang Jawatankuasa Tertinggi KGS yang telah menjalankan tugas cukup
daripada 2/3 ahli; selama 2 tahun.
14.1.2 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi KGS hendaklah tidak
kurang ½ daripada jumlah bilangan Ahli Jawatankuasa 15.5 Sakit – Cenderahati bernilai RM30.00 untuk mereka yang sakit
KGS; dan dimasukkan ke wad 3 hari dan lebih (kecuali bersalin). Layak
sekali dalam setahun.
14.2 Jika kuorom tidak mencukupi selepas setengah jam daripada
waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat 15.6 Cahaya mata – Cenderahati bernilai RM30.00 untuk ahli yang
Agung Khas, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada menyambut kelahiran anak pertama semasa berkhidmat di
satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi KGS. sekolah ini.

14.3 Jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada 15.7 Perkahwinan – Cenderahati bernilai RM30.00 untuk ahli yang
waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu berkahwin untuk kali pertama semasa berkhidmat di sekolah ini.
maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab
atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli, 15.8 Pendidikan – Cenderahati bernilai RM30.00 untuk anak-anak ahli
mengikut nasihat Penasihat Kelab. yang mencapai keputusan yang tertinggi/cemerlang dalam
peperiksaan awam (UPSR, UPKK, PT3, SPM dan STPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PERKARA 15: SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI

15.1 Bersara – Sumbangan untuk ahli yang bersara adalah berupa PERKARA  16:  PEMBUBARAN KELAB
cenderahati bernilai RM50.00 untuk mereka yang berkhidmat
antara 1 tahun hingga 5 tahun dan RM70.00 untuk mereka yang 16.1 Guru Besar (Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan kelab
berkhidmat lebih dari 5 tahun di sekolah ini. jika didapati melanggar Perlembagaan Kelab dan Falsafah
Pendidikan Negara. 
11 12

You might also like