You are on page 1of 6

BAB 3 : BAHAN PENDINGIN

1. Bahan pendingin ialah bahan untuk menyerap haba di penyejat dan menyingkirkan haba di
pemeluwap. Ini adalah kerana takat didihnya sangat rendah.
2. Nama lain untuk bahan pendingin ialah refrigerant, neon fron.
3. Bahan pendingin yang baik mestilah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

Kesan Terhadap Haba dan Suhu


1. Haba pendam pewapan bahan pendingin mestilah tinggi .ini membolehkan kuantiti bahan
pendingin yang sedikit mampu menyerap haba yang banyak.
2. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat di mana-mana
bahagian dalam sistem itu. Jika ini tidak diambilkira,bahan pendingin mungkin membeku
dipenyejat dan menyebabkan sistem tidak dapat beroperasi dengan baik.

Kesan Terhadap Tekanan


1. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah seboleh-bolehnya
hendaklah rendah.
2. Apabila tekanan peweluwap rendah,alat-alat yang ringan dapat digunakan dan kebocoran boleh
dielakan.

Sifat-Sifat Bahan Pendingin


1. Tidak mudah terbakar.
2. Tidak berbau tengik.
3. Tidak beracun.
4. Tidak meletup
5. Tidak berkarat atau menghakis.
6. Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah.
7. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran berkesan.
PERATURAN DAN KESELAMATAN PENGENDALIAN BAHAN PENDINGIN

Langkah- langkah keselamatan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Apabila berlaku kebocoran,pastikan bilik mempunyai pengalihudaraan yang cukup sebelum


membaikinya. Periksa tekanan dengan memasang tolok.
2. Periksa jenis bahan pendingin sebelum mengecas.untuk mengelakkan bahan pendingin
bercampuran .
3. Gunakan pelindung mata dan sarung tangan semasa mengecas. Ini untuk mengelakkan mata,kulit
dan tangan dari terkena bahan pendingin dan juga untuk mengelakkan kecederaan.
4. Cecair bahan pendingin boleh membekukan kulit dan boleh mengakibatkan frost bite. Jika ini
berlaku, basuh bahagian yang terkena bahan pendingin dengan segera.
5. Kemalangan akibat daripada bahan pendingin hendaklah dirawat oleh doktor.
6. Jangan mengisi bahan pendingin kedalam silinder servis sehingga penuh. Jika ini dilakukan,
tekanan hidrostatik dalam silinder akan menyebabkan silinder meletup.
7. Simpan silinder bahan pendingin ditempat yang sejuk dan kering. Jangan menggunakan silinder
bahan pendingin sebagai roda/menggoleknya.
8. Kebanyakkan bahan pendingin adalah lebih berat daripada udara. Bahan ini pula boleh bercampur
dengan udara di dalam bilik jika berlaku sebarang kebocoran. Hal ini boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami sesak napas sekiranya tersedut udara yang bercampur dengan bahan
pendingin. Banyakkan pengalihudaraan.
Ciri – Ciri Am Gas
1. Tiada rupa bentuk sendiri
2. Tiada isipadu tertentu
3. Merupakan keadaan jirim yang paling ringkas

Jenis- Jenis Gas


1. Gas unggul( sempurna)
2. Gas sejati( sahih)

Terdapat perbezaaan antara kedua-dua gas tersebut antaranya :

1. Gas unggul tiada interaksi (daya tarikan/daya tolakan) antara molekul

2. Saiz molekulnya sangat kecil

3. Gas sejati berkelakuan seperti gas unggul pada tekanan yang sangat rendah

Gas Unggul

Gas unggul adalah gas yang mematuhi hukum-hukum gas pada semua keadaan.

Hukum- Hukum Gas Unggul

1. Hukum Boyle

2. Hukum Charles

3. Hukum Dalton
Hukum Boyle

Pada suhu tetap, tekanan bagi sejumlah gas tertentu adalah berkadar songsang dengan isipadunya

P1v1=P2V2
**tekanan tinggi , isipadu rendah. ATAU tekanan rendah, isipadu tinggi**

Hukum Charles

Pada keadaan tetap, isipadu bagi sejumlah gas tertentu bertambah secara linear dengan suhu.

V1/T1 = V2/T2

**Isipadu gas bertambah apabila suhu gas bertambah**

Hukum Dalton

Tekanan total bagi satu campuran gas-gas unggul adalah tekanan separa komponen-
komponenya.

P = Pa +Pb +Pc+........
LATIHAN PENGIRAAN

SOALAN 1

a) Lukis dan jelaskan graf V melawan P bagi gas yang mematuhi Hukum Boyle.
(Sketch and explain Graph V versus P that follows the Boyle’s Law.)

b) Graf di bawah mematuhi Hukum Boyle. Kirakan tekanan gas apabila isipadu adalah 8
cm3.
(Graph below is following the Boyle’s Law. Calculate the pressure if the volume is 8
cm3.)

(10 Markah / Marks)


SOALAN 2

Diberi isipadu bagi Gas ABC dalam sebuah balang ialah 9.57 m3 pada suhu 37.5 °C.
Didapati isipadu bagi Gas ABC semakin berkurang sehingga 7.22 m3. Kirakan suhu akhir jika
tekanan dalam balang adalah tetap.
(Given volume of Gas ABC in a jar is 9.57 m3 at a temperature of 37.5 °C. The volume of
Gas ABC is reducing to 7.22 m3. Calculate the final temperature if the pressure in a jar is
constant.)

You might also like