You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PENGURUSAN DAN PENUBUHAN TADIKA

1) PENGURUSAN FIZIKAL
Pengurusan fizikal di dalam perancangan penbuhan tadika perlu menitikberatkan soal
persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih
berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Persekitaran yang
kondusif bermula dari kelas iaitu ruang yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah kelas bagi
memudahkan pergerakan murid dan guru. Dengan ini,kanak-kanak dapat memberi sepenuh
perhatian kepada guru yang mengajar selain turut memberi keselesaan kepada mereka. Bilik
darjah juga perlu dilengkapi dengan meja, kerusi. papan hitam/ papan putih serta selamat
untuk digunakan. Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja
murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang
baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan
peringkat tahap umur murid. Selain itu, pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan
menyeronokkan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar.
Hubungan kanak-kanak dengan guru turut menjadikan persekitaran fizikal di dalam
pembelajaran yang kondusif dimana kanak-kanak dapat melibatkan diri, mengambil bahagian
dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran yang kondusif mempunyai
keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Hal ini kerana
pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang
guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri
sebagai suautu bentuk persekitaran yang kondusif dapat diwujudkan.

Susun atur dalam kelas diubah secara berkala dan maembawa sedikit perubahan suasana
mengikut tema supayadapat menjadikan aktiviti pembelajaran dan suasana yang
membolehkan kanak-kanak merasakan ianya sangat kreatif dan tidak membosankan serta
dapat menarik penyertaan kanak-kanak. Sebagai contoh, aturkan model dan pelan lantai bagi
setiap sudut di dalam tadika yang ingin dihasilkan serta mewujudkan sudut membaca dengan
menambah bahan bacaan dan dekjorasi yang wran-warna di sudut membaca bagi menarik
minat kanak-kanak untuk membaca.
2) PENGURUSAN PERSEKITARAN PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK
BERKUALITI

Untuk menyediakan persekitaran yang penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti
perlu meliputi aspek iaitu selamat, bersih, pemilihan perabot yang bersesuaian,
penggunaan alatan yang selamat dan langkah keselamatan yang baik.

Persekitaran yang selamat penting bagi bayi dan kanak-kanak kerana mereka mudah
ditimpa kemalangan seperti terbakar, tercekik, luka atau cedera kerana jatuh,
keracunan,kejutan elektrik,dan luka kerana hirisan seperti pisau, gunting.

Ruang dan persekitaran perlu bagi membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan
selamat dan bebas. Keadaan sekitar juga merupakan cabaran kepadakanak-kanak untuk
mempelajari kemahiran baru.Kanak-kanak belajar melalui membuat danmelibatkan dirinya
sendiri. Oleh itu persekitaran perlu dapat memenuhi naluri ingin tahun kanak-kanak.

Untuk persekitaran yang selamat di dalam bangunan atau rumah jagaan bayi dan kanak-
kanak, pengasuh perlulah; Memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dengan
teliti, memastikan susun atur dalaman bersesuaian dengan keperluan bayi dan kanak-kanak.
memastikan keperluan yang bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak, bahagian dalaman
sesebuah rumah atau pusat jagaan bayi dan kanak-kanak perlu menggalakkan pembelajaran
kanak-kanak dan meastikan persekitaran yang selamat, selesa, berwarna-warni, tenang dan
mencabar, susunan perabot dan alatan mengikut kesesuaian bilangan kanak-kanak, umur
mereka dan kreativiti serta wujudnya ruang kreatif untuk aktiviti seni, ruang bacaan, ruang
senyap untuk kanak-kanak yang ingin bersendirian seketika.

3) PENGURUSAN & PEMILIHAN PENYEDIAAN BAHAN

• Bahan-bahan yang dianggap berkualiti menarik,sedap disentuh atau dipegang serta


teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak.

• Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi


dengan alat-alat sebagaimana juga merekaberinteraksi dengan guru-guru dan rakan
sebaya.

• Bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid,


bersih dan memiliki tarikanderia seperti warna, tekstur dan bau yang menarik

• Penyediaan bahan pengajaran dan bahan binaan haruslah sesaui dengan peringkat
umur kanak-kanak seperti bahan bacaan, bahan permainan dan bahan ICT.

• Pengurusan bahan haruslah disimpan dengan selamat di bilik simpanan khas


terutamanya bahan berharga seperti LCD, Projektor, Komputer riba dan fail data
maklumat murid.
RUJUKAN

1)https://www.researchgate.net/publication/
281278581_PEMILIHAN_DAN_PENYUSUNAN_BAHAN_PENGAJARAN_SECARA_K
REATIF

2) https://www.scribd.com/document/126375554/Persekitaran-Penjagaan-Kanak-kanak

3) https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/garis-panduan-perancangan/2095-17-gp027-
gpp-penubuhan-tadika-dan-taska-2017/file

4)https://www.scribd.com/doc/241477831/Contoh-Kertas-Kerja-Perancangan-Penubuhan-Pra

You might also like