You are on page 1of 1

Nama: Abdul Mannan Hakimi bin Ibnuzaman (I20204759)

Soalan Tutorial (Individu)


Anda dikehendaki merancang aktiviti kepelbagaian budaya kepada kanak-kanak di
Taska .
Pilih aktiviti berpusatkan minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak- kanak.
Aktiviti pelbagai budaya kepada kanak-kanak ialah aktiviti permainan tradisional seperti batu
Seremban, teng-teng, pukul berapa datuk harimau merupakan permainan dimainkan secara
berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara kanak-
kanak serta membantu membangunkan kemahiran komunikasi dan sosial. Aktiviti permainan
tradisional seperti ini dapat membantu kanak-kanak untuk mengenali budaya yang pelbagai
sekaligus memupuk kesefahaman dan menghorati budaya masing-masing.Aktiviti permainan
tradisional tersebut sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak serta mampu menarik
minat dan mendorong kepada perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak serta
merangsang minda seseorang berfikir secara kritis dan membantu mempertingkatkan
kemahiran mengira dan sentiasa fokus dalam sesuatu tugas serta menguatkan fizikal
diri kanak-kanak.

You might also like