You are on page 1of 12

SEMESTER SEPTEMBER 2022

HDPS4203

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK

NO KAD PELAJAR :921231126628001

NO KAD PENGENALAN : 921231-12-6628

NO TELEFON : 016-801 2804

E-MAIL : aulia92@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 2272 PATAH PERKATAAN

1
BAHAGIAN 1
SOALAN 1 (PEMERHATIAN DAN LAPORAN)

PENDAHULUAN

Peringkat awal zaman kanak-kanak adalah sangat penting kerana ia memerlukan


pemantauan dan galakan.Kanak-kanak diberi perhatian dan penjagaan secukupnya agar
berkembang menjadi sihat,pintar,selamat,yakin,boleh berkomunikasi,belajr untuk memberi
dan menerima,berkongsi dan menghormati orang lain.Kanak-kanak memerlukan persekitaran
positif seperti kemudahan kesihatan yang baik,persekitaran dalaman dan luaran yang bersih
dan selamat bagi mencapai tumbesaran yang optimum.Persekitaran yang memberangsangkan
akan membentuk pengalaman pembelajaran interaksi sosial yang penting bagi perkembangan
intelektual dan psikologi kanak-kanak.Persekitaran sebegini bukan sahaja disediakan
disekolah ,bahkan dirumah juga.

Taman permainan diluar merupakan tempat untuk kanak-kanak bersuka-ria dan


menggunakan tenaga mereka dengan berlari,melompat,memanjat,dan banyak aktiviti lain.Di
taman permainan juga , kanak-kanak dapat meneroka persekitaran dan meningkatkan
kemahiran social dan motor mereka.Walau bagaimanapun,taman permainan luar merupakan
kawasan dimana kemalangan boleh berlaku secara tidak sengaja.

LAPORAN PEMERHATIAN KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN


Dalam tugasan kali ini , saya telah membuat pemerhatian di sebuah taman permainan
yang berdekatan dengan sekolah anak saya sendiri iaitu Taman Permainan Prasekolah SK
Jambongan.Berikut adalah hasil laporan daripada pemerhatian yang telah saya laksanakan
sendiri di taman permainan tersebut;

Jumlah kanak-kanak prasekolah SK Jambongan : 25 Orang


Jumlah pekerja ;
 Guru : 1 Orang
 Pembantu pengurusan murid : 1 Orang
 1 orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid adalah sesuai
dengan nisbah kanak-kanak prasekolah SK Jambongan.
 Pengawal keselamatan : 1 Orang
 Pembersihan : 1 Orang

2
 Peralatan taman permainan yang ada : *Rujuk gambar seperti dibawah

 Zon jatuh meliputi bahan yang lembut pada permukaan dan diantara alat
permaianan. Kawasan taman permainan terdiri daripada simen , rumput dan
tanah dapat mengurangkan impak jatuh dengan maksimum.
 Kawasan permukaan taman permainan tiada air yang bertakung , sampah

3
sarap , tunggul kayu , kaca atau objek yang tajam dijumpai.
 Setiap alat permainan mempunyai zon jatuh bahagian hadapan dan belakang
dan ia membantu mengurangkan impak jatuh.
 Walau bagaimanapun , zon jatuh diperbuat daripada asfalt dan ia adalah bahan
yang tidak digalakkan kerana ianya bahan yang keras dan boleh menyebabkan
kecederaan kepada kanak-kanak apabila terjatuh semasa bermain.

4
 Perabot yang digunakan adalah bersesuaian dengan kanak-kanak bagi
mengelakkan mereka daripada terjatuh dan cedera.
 Rak buku dan almari kecil dirapatkan ke dinding dan diatas lantai . Ini bagi
memastikan ia tidak jatuh apabila kjanak-kanak mengambil sesuatu dari rak
itu.
 Rak buku dan rak permainan adalah sesuai dengan saiz kanak-kanak.
 Kawasan permukaan dan semua kemudahan dalaman dan luaran adalah bersih.
 Kemudahan dalaman dan luaran bebas daripada bahaya.
 Syarat keluasan bersesuaian dengan kawasan untuk setiap kanak-kanak.
 Ruang pembelajaran juga adalah selesa untuk kanak-kanak prasekolah.
 Ruang untuk menjalalankan aktiviti juga disusun dengan baik untuk
memastikan aliran perjalanan teratur.
 Terdapat almari untuk setiap kanak-kanak untuk menyimpan barang peribadi
bagi mengelakkan sebarang kehilangan atau penyakit berjangkit.
 Terdapat dua pintu yang berlainan dengan pintu hadapan untuk dijadikan
laluan kecemasan.
 Tingkap prasekolah juga dapat memberikan udara yang berkualiti kepada
kanak-kanak dengan baik.

KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah , keselamatan ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan yang
boleh mengelakkan kanak-kanak daripada kecederaan . Kecederaan yang dialami oleh kanak-
kanak boleh memberi kesan ke atas kesihatan mereka . Kita bertanggungjawab untuk
memantau dan menyediakan bukan sahaja persekitaran yang menggalakkan tetapi juga
persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak. Kita juga perlu meletakkan keselamatan
kanak-kanak sebagai keutamaan kita samada di rumah mahupun dipusat penjagaan kanak-
kanak . Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras
dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah kebangsaan .Saya mendapati Prasekolah SK
Jambongan juga mematuhi KSPK yang telah digubal bagi memastikan amalan tersebut dapat
dipraktikkan di prasekolah itu untuk memupuk potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

5
RUJUKAN

 Pendidikan Di Tadika: Guru Dan Ibu Bapa Perlu Berganding Bahu


Oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Daniel M.Sharib . March 8, 2019
 Modul HDPS4203 Kesihatan Dan Keselamatan Dalam Pendidikan Awal kanak-
kanak
 Guru Prasekolah CK Jambongan , Cikgu Suzie Elsie 2022.

SOALAN 2 (ESEI)
PENDAHULUAN
Keselamatan ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan yang boleh mengelakkan
kanak-kanak daripada kecederaan . Kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak boleh
member kesan ke atas kesihatan mereka. Oleh itu,kita perlu meletakkan keselamatan sebagai
keutamaan sama ada dirumah atau dipusat penjagaan kanak-kanak . Terdapat banyak aspek
keselamatan yang guru perlu sedar bergantung pada umur dan perkembangan kanak-kanak .
Sebagai ibu bapa dan guru atau penjaga , kita perlu sedar akan keupayaan kanak-kanak
dibawah jagaan kita . Contohnya,mainan atau makanan tertentu tidak membahayakan kanak-
kanak dalam usia tertentu tetapi boleh membawa maut kepada kumpulan umur lain . Kita
perlu berhati-hati tentang perkara tersebut. Dalam tuagsan kali ini , saya telah merancang satu
persekitaran dalam pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan selamat .

CADANGAN PELAN LANTAI BAHAGIAN DALAM YANG LENGKAP DAN


SELAMAT
Kesihatan dan kemakmuran kanak-kanak ialah komponen yang paling penting dalam
program asuhan. Gambar rajah dibawah menggambarkan persekitaran dalaman dan luaran
sekolah yang direka secara spesifik untuk menggalakkan kebersihan diri dan kawasan .
Kawasan permukaan dan kemudahan dalaman dan luaran juga sentiasa bersih dan
kemudahan dalaman dan luaran bebas daripada bahaya.
Gambar Rajah 1

6
 Jarak diantara setiap peralatan permainan juga sesuai menikut pengurusan
keselamatan kanak-kanak semasa bermaian.
 Pemegang pada setiap permainan juga disediakan bagi mengelakkan kanak-kanak
daripada terjatuh .
 Zon jatuh juga disediakan dan kawasan permainan juga terdiri daripada tanah dan
rumput.
 Zon jatuh hendaklah diperbuat daripada bahan yang lembut seperti lateks ataupun
kepingan tikar getah yang tebal diperbuat daripada bahan organic.

Kemalangan dalam kalangan kanak-kanak boleh dielakkan jika keselamatan kanak-kanak


diberi keutamaan disekolah ataupun dirumah . Disekolah,guru bertanggungjawab bagi
menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak berhubung,bersosial
dan berkembang secara optimum.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN DAN SUSUN ATUR ALAT PERMAINAN


Perletakan kawasan prasekolah berdasarkan jenis program dan khidmat yang
diberi.Kawasan tersebut mestilah tidak terlalu kecil sehingga mengakibatkan kesesakan atau
terlalu besar yang menyebabkan kesukaran untuk memantau kanak-kanak. Syarat keluasan
minimum yang diperlukan adalah lebih kurang 35 kaki bagi setiap kanak-kanak . Satu
program yang berkualiti memperuntukkan keluasan 45 hingga 50 kaki perseki bagi setiap
kanak-kanak . Dengan adanya kawasan seluas ini , ia akan memberi keselesaan kepada
kanak-kanak dan guru untuk menjalankan aktiviti mereka . Ruang yang diperlukan perlu
disusun bagi menjalankan sesuatu aktiviti untuk memastikan aliran pelajaran adalah secara
teratur.

Gambar 2

7
 Tempat meletakkan mainan juga disediakan dan mudah untuk kanak-kanak ambil dan
simpan.
 Ruang yang disediakan hendaklah ruang yang selesa dan tidak sempit.
 Perabot yang dipilih juga hendaklah kukuh dan tahan lama.
 Bucu meja kanak-kanak juga tidak tajam dan sesuai dengan saiz kanak-kanak.

Perabot ,perkakas dan barangan yang digunakan seharusnya selamat untuk kanak-kanak .
Perabot perlu bersesuaian dengan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka jatuh dan cedera .
Kita hendaklah memilih perabot yang kukuh dan tahan lama . Menggunakan rak buku atau
rak permainanyang kecil berdasarkan saiz kanak-kanak . Bahan yang digunakan untuk
dinding dan als lantai perlu dapat dibersihkan dengan mudah . Contohnya , gunakan vinil atau
tikar getah sebagai alas lantai . Pastikan ia dilapkan bersih dengan segera apabila sesuatu
tertumpah kerana licin apabila basah . Letakkan tikar atau kertas diatas lantai yang selalu
basah . Memastikan tiada simen yang pecah di lantai dan tiada wayar telefon melintasi lantai
atau permaidani yang licin . Setiap kanak-kanak perlu ada almari sendiri atau kawasan
peribadi untuk simpanan bagi mengelakkan kehilangan barang dan penyakit berjangkit . Bagi
tujuan kecemasan , telefon perlu diletakkan di ruang yang mudah dicapai didalam bangunan .
Pastikan kesemua nombor yang penting seperti ambulans , hospital , polis , bomba dapat
dilihat berhampiran dengan telefon .

Setiap hari kita dan anak kita terdedah pada semua jenis pencemaran . Pencemaran
udara dalaman ialah hasil tindakan kimia , gas dan habuk didalam rumah atau kawasan
berdekatan . Kajian menunjukkan hubungan rapat anatara pencemaran udara dan peningkatan
penyakit pernafasan , alergi dan asma . Kualiti udara dalaman boleh boleh diperbaiki dengan
meningkatkan pengaliran udaran didalam bilik dengan membuka tingkap dan pintu . Kita
juga hendaklah memastikan kesemua permainan dan bahan seni tidak mengandungi toksin .
Langkah-langkah pencegahan dan langkah-langkah keselamatan kebakaran juga hendaklah
disediakan seperti , memastikan premis taska/tadika/prasekolah mempunyai dua pintu
berlainan dengan satu pintu dihadapan dan satu lagi dibelakang tanpa halangan untuk laluan
jika berlaku kecemasan . Kesemua pintu dan tingkat juga haruslah boleh dibuka sekiranya
berlaku sebarang kecemasan . Guru dan pengasuh hendaklah belajar menggunakan alat

8
pemadam api yang dibekalkan dan meletakkan wisel dan pemadam api dikawasan dapur dan
ditempat yang mudah dicapai oleh guru dan penjaga sekolah . “Pelan tindakan respons
kecemasan” juga hendaklah dibuat untuk menghadapi sebarang ketidakpastian yang mungkin
berlaku di taska/tadika/prasekolah .

PERSEDIAAN LAIN BAGI MEMASTIKAN KEMALANGAN DAPAT DIELAKKAN

Kebanyakan kemalangan yang berlaku kepada kanak-kanak ialah kemalangan yang


boleh dielakkan . Kemalangan akan menjadi satu tragedy jika kecederaan atau kematian yang
berlaku kepada kanak-kanak berpunca daripada kecuaian kita sendiri . Sebagai ibu bapa dan
guru , kita cuba untuk melindungi anak pada setiap masa . Walau bagaimanapun , kita juga
tidak dapat memenuhi hasrat kita sepanjang masa . Kita juga tidak boleh melindungi anak
kita. Ini boleh mengelakkan perkembangan kanak-kanak daripada berlaku dan tidak member
peluang keapda kanak-kanak meneroka alam sekitar . Walaupun begitu , kita masih boleh
mengambil langkah pencegahan dan cuba untuk mengubah , menyesuaikan atau
menghentikan punca kemalangan . Kemalangan boleh dielakkan jika kita meletakkan
keselamatan sebagai keutamaan dalam sebarang rancangan kita . Dalam usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan , kita memerlukan maklumat berikut agar harapan kita
terhadap kanak-kanak kecil tercapai .

Seperti yang kita ketahui , perkembangan kognitif , kemahiran motor , social dan
emosi kanak-kanak berbeza dalam julat umur mereka . Jika kita mengetahui tahap
perkembangan yangberbeza berdasarkan julat umur mereka , kita dapat meramal tindakan
kanak-kanak yang boleh membahayakan diri mereka sendiri . Kemalangan dan kecederaan
berlaku pada setiap masa . Kita bertanggungjawab untuk mengenal pasti keadaan dan situasi
yang boleh menyumbang keapda kemalangan dan kecederaan . Selepas mengenal pasti , kita
juga bertanggungjawab memberikan penyelesaian untuk pencegahan . Kesemua prasekolah
perlu mematuhi garis panduan yang ditentukan dan perlu mempunyai kebenaran sebelum
memulakan operasi . Isu penting yang perlu dimasukkan dalam perancangan prasekolah ialah
keselamatan luaran dan dalaman .Kita perlu memantau permainan yang digunakan sama ada
sesuai atau tidak dengan umur dan perkembangan kanak-kanak , kawasan bermaian , dan
reka bentik dalaman dan luaran . Kita juga perlu member perhatian terhadap permukaan
dalaman dan luaran serta peralatan dan pemeriksaan ppersekitaran dan penyelenggaraan .

9
Apabila merancang aktiviti untuk kanak-kanak , terutamanya di prasekolah , kita
perlu mengambil kira banyak faktor dengan baik bagi memastikan anak kita selamat daripada
kemalangan dan kecederaan . Faktor yang perlu diberi perhatian adalah seperti permainan
dalaman dan luaran hendaklah bersesuaian dengan umur dan perkembangan kanak-kanak .
Aktiviti yang dirancang dan permainan yang dipilih haruslah dapat merangsang dan
menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka persekitaran tanpa mengabaikan keselamatan .
Sebelum memperkenalkan sesuatu aktiviti atau permainan untuk kanak-kanak , guru perlu
memeriksanya terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat. Mengetahui tindakan kanak-
kanak akan membantu guru da;am memeriksa dan menilai aktiviti dan mainan baru .
Peraturan ialah perisytiharan mengenai tingkah laku yang diterima yang melibatkan
kebajikan dan keselamatan kanak-kanak secara individu atau kumpulan . Ia melibatkan ciri-
ciri seperti menghormati orang lain dan berkongsi . Peraturan perlu menyatakan apa yang
boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak . Peraturan yang dibentuk mestilah sesuai
dengan umur dan perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dan
mematuhi peraturan tersebut . Peraturan yang digubal perlulah realistic dan tidak mengawal.
Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka dan belajar mengenai keselamatan melalui
permainan.

CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN


 Pastikan kawasan seperti bilik darjah,penjuru,koridor,tandas dan dapur diterangi
dengan lampu.
 Jangan tinggalkan objek tajam merata-rata.Simpan objek tersebut ditempat yang
selamat dan pastikan tidak mudah dicapai kanak-kanak.
 Jauhkan ubat-ubatan (peti pertolongan cemas) dan objek berbahaya (ubat
serangga,lingkaran ubat nyamuk,cat, dan sebagainya ditempat yang sepatutnya
dan tidak dapat dilihat atau dicapai kanak-kanak.
 Selalu berjaga-jaga dengan bucu perabot atau permainan , barang mudah pecah
atau permukaan yang tidak rata yang mudah tumbang atau pecah .
 Pastikan tangga dibina dengan pemegang yang rendah . Lebih baik jika tangga
adalah rendah dan dilapikkan dengan bahan yang lembut .
 Pastikan kesemua kuasa elektrik (soket) dipasang pada paras yang tinggi , jadi ia
tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak . Sumber kuasa yang dipasang pada paras
rendah harus ditutup selepas digunakan .

10
 Elakkan penggunaan lampu meja , lampu sudut yang berkaki , kipas meja dan
kipas berkaki . Jika diperlukan, ia perlu diuruskan oleh seorang yang dewasa .
 Pastikan pokok di taman permainan/kawasan lapang tidak berbahaya . Pokok
berduri ,beracun dan yang boleh menyebabkan kegatalan harus dielakkan ,
manakala pokok besar perlu dijaga dengan rapi .
 Pastikan lubang ditaman permainan.kawasan lapang ditimbus.
 Elakkan meracun rumput dan memotong rumput ketika sesi persekolahan sedang
berjalan bagi mengelakkan keberangkalian kemalangan berlaku berikutan
penggunaan mesin atau objek terpelanting apabila terkena mata pisau mesin.
 Pagar harus dibuat daripada bahan yang selamat dan perlu disimpan dalam
keadaan baik.
 Pastikan taman permainan/kawasan lapang bersih.Ia bagi mengelakkan semak
samun dan haiwan berbahaya seperti ular.

KESIMPULAN
Walau macam mana penting sesuatu set pencegahan atau peraturan sekalipun , ia
masih tidak boleh menggantikan pengawasan seorang dewasa . Jumlah guru yang diperlukan
untuk mengawasi kanak-kanak bergantung pad aaktiviti dan jumlah bilangan kanak-kanak .
Prinsip keselamatan lain yang perlu dipatuhi ialah penyeliaan kualiti dan pendidikan
keselamatan . Pengenalan kepada keselamatan perlu diajar kepada kanak-kanak pada
peringkat awal . Pembelajran ini tidak semestinya diajar secara rasmi tetapi boleh juga
ditunjukkan semasa bermain atau melakukan aktiviti . Tindakan yang selamat boleh
ditunjukkan dan akhirnya ia boleh diamalkan dengan mudah . kebanyakan kemalangan dan
kecederaan adalah disebabkan oleh kurangnya pengawasan daripada orang dewasa . Perlu
diingati , kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk meramal kemalangan .
Pengawasan daripada ibu bapa atau guru boleh mengurangkan kemalangan dengan
memastikan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak bermaian relevan dengan umur dan
tahap perkembangan , permainan dimainkan dengan betul , mencegah tindakan berbahaya
dan memastikan permainan adalah selamat dan dalam kualiti yang baik . Penyediaan kualiti
akan dapat membantu kanak-kanak dalam kes kecemasan dengan member rawatan
pertolongan cemas. Apa yang penting adalah , apabila kanak-kanak bermaian di taman
permainan , mereka perlu diawasi oleh orang dewasa .

11
RUJUKAN
 Modul HDPS4203 Kesihatan Dan Keselamatan Dalam Pendidikan Awal kanak-kanak.
 Guru Prasekolah CK Jambongan , Cikgu Suzie Elsie 2022.

12

You might also like