You are on page 1of 2

KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETIKCS

Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DEPAK) – Group A

Nama : Umi Kalsum Khamis

No. Matrik : EX2302070

Soalan kuiz:

Berdasarkan gambar taman permainan di dalam gambar ini, anda dikehendaki mencadangkan
penambahbaikan kepada taman permainan di sebuah tadika ini agar lebih selamat dan selesa
untuk kegunaan kanak-kanak.

Jawapan:

Kawasan permainan kanak-kanak di sesebuah kawasan komuniti mahupun pusat jagaan kanak-
kanak merupakan satu komponen penting dalam pembentukan dan perkembangan kognitif, emosi,
fizikal dan sosial kanak-kanak. Idea pembinaan dan rekaan kawasan permainan juga mampu
menzahirkan kreativti kanak-kanak sewaktu mereka bermain.

Berdasarkan gambar yang diberikan di atas, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan tadika seperti berikut:

1. Pembersihan kawasan daripada sebarang potensi bahaya seperti batu-batu, kayu tajam,
kaca dan sebagainya.
Dari gambar di atas pembersihan tapak dari rumput dan pokok terbiar perlu dilakukan. Hal
ini bagi memastikan kawasan tersebut terhindar dari ancaman binatang-binatang berbisa
dan liar. Ia juga akan menjadikan kawasan tersebut lebih lapang dan mudah untuk bermain.

2. Penukaran rumput asli kepada tikar-luar getah atau pasir lembut .


Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di
bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada
“asphalt”, konkrit, rumput dan tanah. Antara bahan yang lebih selamat yang boleh dipertimbangkan
ialah pasir lembut untuk permukaan tapak permainan pada ke dalam 10 inci, erpihan kayu proses
pada kedalam 12 inci atau pun tikar-luar getah. Pemilihan tikar-luar getah menjadi pilihan banyak
taman permainan kanak-kanak kerana ia lebih mudah diselenggara dan tidak kotor apabila kanak-
kanak bermain.

3. Menukar peralatan permainan kepada bahan besi tahan karat tanpa buju dan gerigi.
Alat permainan di dalam gambar di atas kelihatan usang dan berkarat. Adalah dicadangkan
agar alat permainan tersebut digantikan kepada alat permianan yang lebih elok dari bahan
tahan karat. Apa yang lebih penting ialah alat permainan perlu menitikberatkan ciri-ciri
keselamatan seperti tidak berbucu atau bergerigi kerana ia mengurangkan risiko tercucuk
dan luka semasa bermain.

4. Penyediaan peralatan berkaitan dengan umur


Secara umumnya kakak-kanak pra sekolah dan kanak-kanak sekolah mempunyai fizikal dan
keaktifan yang berbeza. Suka disarankan agar peralatan permainan boleh diadakan
mengikut peringkat umur. Ini boleh mengelakkan isu buli atau pergaduhan sesama mereka
bermain dan meransang kreativiti mereka sesuai peringkat umur masing-masing.

5. Mengambil kira ciri-ciri keselamatan perlu.


Keselamatan pastinya menjadi topik utama apabila kanak-kanak bermain terutama di luar
rumah atau kelas. Kawasan permainan di dalam gambar menunjukkan ia terletak di
kawasan terbuka. Oleh yang demikian faktor-faktor keselamatan berikut mungkin boleh
diadaptasi untuk menambahabaik kemudahan yang disediakan:
5.1 Pembinaan pagar di sekeliling kawasan permainan untuk mengelakkan kanak-
kanak meluru keluar dari kawasan permainan. Ini boleh mengurangkan risiko
kemalangan akibat pelanggaran oleh kenderaan yang melintasi kawasan tersebut.
5.2 Memastikan tiada risiko yang berkaitan seperti tersangkut pakaian yang
mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata
ataupun tersepit yang boleh menyebabkan lebam atau patah anggota .
5.3 Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap
kepala mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).
5.4 Selain itu, pihak pengurusan juga perlu mengambil kira had k etinggian peralatan, di
mana mereka memasang peralatan tidak lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, “guard-rails”
(tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang.

Mengambil kira saranan yang dikemukakan di atas sedikit sebanyak mampu membantu pihak
pengurusan untuk menyediakan taman permainan kepada kanak-kanak agar lebih selamat dan
selesa. Ia juga akan memberi kelegaan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka
belajar dan bermain tanap merisaukan isu keselamatan yang secara teknikal dan umumnya telah
dititikberatkan.

Reference:

1. http://www.myhealth.gov.my/keselamatan-di-taman-permainan/

You might also like