You are on page 1of 7

Peralatan Sukan Hoki Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Penggunaannya Dalam Meningkatkan Prestasi Murid Dan Keselamatan Murid

ABDULLAH SYAFIQ BIN ARIFFIN MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN NOOR BALQIS BINTI MUHAMAD SAFIAN

ABSTRAK Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang sedia ada (Stillwell & Willgoose, 1997). Sekolah sebagai tempat pelaksanaan kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran dan juga aktiviti-aktiviti bukan pengajaran (Darst & Pangrazii, 2006). Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani.

PENGENALAN Rekod sejarah menunjukkan permainan hoki telah mula dimainkan pada abad ke-15. Orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk memukul bola. Asal perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada perkataan Anglo-Saxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet. Hoki moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun ke-19. Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British pada akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada tahun 1908 di Sukan Olimpik London bagi kategori lelaki. Hoki menjadi sukan wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan Hoki

Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai Federation Internationale de Hockey (FIH). Kini, ibu pejabat FIH di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki. Di benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah antara negara yang setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa seperti Jerman, Australia dan Belanda. Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri yang pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia. Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Malaysia sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan, persatuan - persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut.

LATAR BELAKANG MASALAH Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada peralatan hoki untuk aktiviti Pendidikan Jasmani. Kajian ini penting kerana penggunaan peralatan hoki yang utama iaitu kayu hoki dan bola sering menjadi penyumbang utama kepada kecederaan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Selain itu juga, kajian ini juga akan mengkaji penggunaan kayu hoki dan bola seperti yang distandardkan oleh

pihak antarabangsa sesuai diguanakan oleh pelajar bawah 12 tahun. Dengan penggunaan kayu hoki dan bola yang berat dan keras, pelajar akan selamat dari mengalami kecederaan.

OBEJKTIF KAJIAN Objektif Am Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan pelajar dalam permainan hoki dengan perlakuan inovasi terhadap peralatan hoki.

Objektif Khusus I. Meningkatkan keselamatan dan keselesaan pelajar dengan peralatan dalam aktiviti permainan hoki. II. Meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam aktiviti permainan hoki.

PERSOALAN KAJIAN I. Keadaan peralatan hoki seperti kayu, hoki, glove, sarung muka dan pakaian penjaga gol digunakan pelajar adakah selamat digunakan sewaktu kelas ataupun menyertai pertandingan. (Rujuk Lampiran 1) II. Saiz, jenis, panjang dan berat kayu dan bola hoki yang digunakan di sekolah adakah relevan dengan saiz pertumbuhan fizikal pelajar. (Rujuk Lampiran 1)

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN Hasil dari penyelidikan ini berkemungkinan mampu meningkatkan prestasi pencapaian murid di dalam bidang sukan ini. Ini kerana penyelidikan ini akan mengambil kira dari semua aspek termasuk saiz peralatan murid dengan saiz pertumbuhan murid serta material yang digunakan di dalam pembuatan peralatan ini

agar ianya dapat memastikan keselamatan pelajar berada di tahap yang diyakini oleh semua pihak. Penyelidikan ini juga mampu membantu pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan peralatan ini. Contohnya, kedai-kedai yang diberikan tender atau kontrak bagi menyediakan peralatan-peralatan yang telah diinovasi supaya lebih ringan dan selamat untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Ini dapat membantu syarikat-syarikat ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penganggur-penggangur yang memerlukan pekerjaan. Makmalmakmal penyelidikan yang berkaitan dengan sukan juga akan bersama-sama terlibat di dalam meningkatkan prestasi permainan ini. Mereka akan membuat kajian yang lebih terperinci mengenai material-material yang sesuai didalam melaksanakan inovasi mengenai peralatan ini.

KEKANGAN Dalam melaksanakan penyelidikan ini, tidak semua perkara dapat dikaji. Ini kerana jika mahu melaksanakan penyelidikan yang sebenarnya, ia memakan kos yang amat tinggi serta memerlukan tenaga pakar yang lebih arif tentang permasalahan ini. Penyelidikan yang dijalankan tidak mendapat geran yang boleh digunakan bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang berkualiti. Penggunaan teknologi yang berharga ribuan ringgit perlu dibelanjakan bagi memastikan keberkesanannya. Contohnya kamera yang boleh menganalisis pergerakan dalam bentuk gerak perlahan (slow motion) perlu digunakan dalam meneliti perlakuan murid semasa menggunakan peralatan hoki. Ini bagi membuktikan bahawa saiz kayu hoki yang panjang yang tidak bersesuaian dengan saiz pertumbuhan murid dapat menganggu prestasinya dalam menjalankan aktiviti permainan hoki. Pembuatan peralatan hoki menggunakan material yang sesuai untuk keselamatan juga perlu diambil kira dari semua aspek. Contohnya dari segi ketahanan bahan tersebut untuk digunakan dalam satu tempoh yang panjang serta hasil dari pembuatan tersebut dimana adakah bahan yang digunakan mempunyai impak atau kualiti yang sama dengan material yang digunakan sebelum ini. Selain itu, persetujuan dari semua pihak juga perlu diambil kira dalam menjalankan penyelidikan ini. Ada kemungkinan dimana pihak sekolah tidak memberi kebenaran untuk melaksanankan penyelidikan ini kerana dikhuatiri

memalukan pihak sekolah dengan peralatan yang serba serbi kekurangan atau tidak mencapai standard yang ditetapkan. Dari pihak murid pula, atas faktor keselamatan mereka tidak mampu memberi kerjasama kerana bimbangkan keselamatan sekiranya tercedera di dalam proses penyelidikan ini. Contohnya pada aspek melihat prestasi murid yang terganggu di dalam penggunaan kayu hoki. Penjaga gawang gol yang menggunakan peralatan penjaga gol yang usang dan uzur dikhuatiri mampu mencederakan diri sendiri. Dari syarikat-syarikat yang membekalkan peralatanperalatan sukan ke sekolah-sekolah yang mendapat tender atau kontrak untuk membekalkan peralatan hoki standard seperti yang digunakan pemain profesional, penyelidikan ini mampu mengganggu periuk nasi mereka. Ini kerana sekiranya penyelidikan ini berjaya dimana penggunaan material yang lebih ringan dan selamat lebih sesuai digunakan untuk murid sekolah, tender mereka mungkin akan ditamatkan dan akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mengusahakan peralatan-peralatan yang menggunakan material tersebut.

TAKRIFAN KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN Pengurusan pendidikan tidak hanya menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata sebagai indikator kecemerlangan, namun secara makro bertanggungjawab merubah perspektif pemikiran dan budaya setiap warga sekolah yang terdiri daripada kalangan guru, staf, pekerja dan pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawalselia keselamatan murid setiap masa. Ianya menjadi tanggungjawab pengurusan memastikan murid selamat dari sebarang ancaman yang mampu membahayakan keselamatan murid. Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. (Ronald D. Stephens 1996). School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-pelajar dan guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal.

Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick Young, 1999) Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden -insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan alagengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan murid-murid mereka. Jadi tedapat surat pekeliling ikhtisas yang telah dikeluarkan bagi memastikan keselamatan murid-murid diberi keutamaan terutamanya di dalam bidang Pendidikan Jasmani.

SOROTAN LITERATUR Merujuk kepada kajian Perancangan dan Oersediaan Guru dalam

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah oleh Syed Kamaruzaman Syed Ali, Julismah Jani, Shabeshan Rengasamy, dan Zawawi Ismail, mengatakan bahawa Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam program Pendidikan Jasmani juga mesti selamat digunakan (Darst & Pangrazi, 2006). Guru Pendidikan

Jasmani perlu memastikan kemudahan seperti padang dan gelanggang permainan tidak berlubang dan tidak mempunyai objek-objek yang yang merbahaya yang boleh mencederakan anggota badan pelajar. dijalankan terlebih dahulu sebelum Sebaik-baiknya pemeriksaan perlu aktiviti pengajaran dan

melaksanakan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Begitu juga dengan peralatan yang akan Seharusnya guru

digunakan di dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani.

Pendidikan Jasmani membuat pemeriksaan dan memastikan tidak ada alat sukan

yang sudah rosak dan boleh mendatang risiko jika digunakan. Alatan seperti kayu hoki pecah atau patah, bola sepak bocor, tilam yang rosak, dan sebagainya sebenarnya boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar sekiranya digunakan di dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani. Protection is all about impact absorption, so equipment must fit properly (David Croutch, 2011). Maka, maklumlah bahawa kesesuaian sesuatu alatan sangat mempengaruhi keselamatan. Justeru, penggunaan peralatan hoki dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi saiz peralatan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar-pelajar sekolah rendah. Bagi melaksanakan suatu pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani, aspek yang sentiasa dititik beratkan adalah peralatan. Peralatan haruslah berada dalam keadaan yang kondusif dan

selamat digunakan. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang sangat aktif apabila bermain dengan alatan-alatan sukan, wajarlah peralatan tersebut yang tidak keras yang boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk. Guru Pendidikan Jasmani

sendiri sedia maklum bahawa pengajaran Pendidikan Jasmani kepada murid adalah kemahiran asas sahaja. Tidak mustahil bagi sesebuah kelas itu mengandungi lebih kurang 50 orang pelajar, justeru, bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, peralatan yang relevan digunakan adalah yang dapat mencegah daripada risiko kecederaan.

You might also like